05 February, 2024

Sepetang Di Calma Cafe Cybersouth


Sepetang Di Calma Cafe Cybersouth | Sejak nieyl naik pangkat jadi suri rumahtangga sepenuh masa ni kan, dah jarang order coffee ataupun beli coffee. Bukan sebab apa, area rumah nieyl ni tak ada coffee yang nieyl suka. Dan biasanya kalau keluar dengan kawan-kawan baru nieyl akan cari coffee.  Minggu lepas selepas nieyl baik dari sakit tekak tu, nieyl memang craving coffee betul. 

Kononnya nak pergi Zus baru buka dekat Cybersouth tu, alih-alih tengok penuh dengan orang. Actually Zus dekat situ kecil je, student ramai dalam tu sebab dekat dengan UiTM Dengkil. Nieyl pula memang tak suka tempat yang ramai orang sempit macam tu, so pusing-pusing area situ ternampak satu cafe yang baru buka nieyl rasa sebab sebelum ni tak pernah nampak. So, nieyl try la sebabnya cafe tu nampak cantik hiasan dia luar dan dalam dia.

Masa nieyl masuk tu adalah dalam 4 meja yang ada orang, tapi masih ada 4 meja yang kosong. So, kira oklah sebab masa nieyl nak order tu pun dah ramai yang beransur keluar. So, tempat tu memang susuailah untuk relax makan-makan sambil tenangkan fikiran ke sembang-sembang dengan kawan-kawan. 

Untuk first time nieyl nieyl order Chocolate latte rasanya, lupa dah nama dia tapi nieyl try hot sebabnya tekak tengah nak baik kan, nanti dah baik betul baru la minum ais hahaha.. sebab nieyl bukan orang yang suka minum coffee panas tau, kalau ais nieyl paling suka. Kalau nak belanja, kena belanja ais hehehe.. Bila dalam keadaan tertentu je minum hot.

Dan nieyl pun ada order makanan juga saja nak rasa sedap ke tak?nieyl order spaghetti bolognese chicken, harga dan portion dia tu sesuai lah untuk orang yang tak makan banyak. Nieyl suka makanan dia sedap cukup rasa. Lepas tu dia ada juga jual pastry, macam -macam jenis tapi nieyl tak try la sebabnya masa tu nak makan berat sikit. Insya'Allah next time nieyl nak try pastry dia pula..nanti nieyl share lagii..



 

3 comments:

  1. suka tengok decoration calma cafe ni , cantik .

    ReplyDelete
  2. Sama lah kak, kalo ke kafe kopi yg ramai sangat, saya tak nyaman. LBH suka yg sepi, tenang. Makanya saya LBH suka take away drpd makan di tempat kalo ramai.

    Tapi kalo soal panas atau ice, saya suka kopi panas 😄😁

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)