31 May, 2019

Buah -Buahan Bersama Asam Boi

by on May 31, 2019
Buah -Buahan Bersama Asam Boi | Sekarang ni apa sahaja boleh divariasikan terutama sekali makanan. Bila berpuasa ni apa sahaja yang lalu di wall facebook / IG semuanya nampak sedap dan mudah tergoda. Padahal hari bukan puasa ok aje, tak teringin pun nak makan. Last week nieyl ternampak kawan nieyl up dia jual jeruk mangga dengan kedondong aduhai, terus order 2 bekas untuk makan berbuka. hihihi..


Ini mangga 


Kedondong

Sebekas kawan nieyl jual RM5, mangga nieyl tak berapa sangat tapi kedondong muda tu memang sedap,rangup memang makan tak sedar dah habis satu bekas hahahaha.. husband dah jeling-jeling sat lagi sakit perut baru tahu dia kata....Dah habis dah pun...lambat bagi nasihat suruh berhenti makan :P

30 May, 2019

Have A Nice Day

by on May 30, 2019

Assalamualaikum korang...
tinggal beberapa hari sahaja nak cuti raya kan..
Hari ini masa dalam perjalanan kurang sikit sibuk kenderaan di jalan raya..
Esok rasanya ramai yang last bekerja kan...
seronoknya uolls...
Nieyl masih lagi bekerja sampai 4hb Insya'Allah..

29 May, 2019

Lontong Dan Kuah Lodeh Mudah dan Cepat

by on May 29, 2019
Lontong Dan Kuah Lodeh Mudah dan Cepat | Bila dah hujung-hujung bulan ramadhan ni nak masak menu berlauk sampai kekeringan idea kan. Semalam tekak nieyl memang nak makan lontong dan kuah lodeh tau. Tapi nieyl sebelum ni memang tak pernah masak lagi, even hari raya semua mak nieyl yang masakkan..hihihi... so, sekarang ni mak nieyl dalam tempoh pemulihan, dia tidak dibenarkan masak jadi..nieyl kena lah masak sendiri. 

Ini salah satu menu pagi raya tau, tapi mak nieyl jarang buat sebab dia lebih kepada rendang, ayam masak merah dan sambal jawa. Tahun ni nieyl akan buat lontong kuah lodeh ni sebab dah pandai buat dah hihihi..


Bahan-bahan
  • Kobis
  • Kacang Panjang
  • Karot
  • Tempe
  • Pucuk Kering
  • Suun
  • Santai
  • Bawang merah (dikisar)
  • Udang kering (dikisar)
  • Kunyit
  • Gula dan Garam

Cara-caranya
  1. Masukkan bahan yang di kisar bersama suku air, masak sehingga mendidih
  2. Masukkan air mengikut berapa byk kuah yang korang nak
  3. Masukkan sayur-sayur yang keras dulu, masak sehingga mendidih
  4. kemudiaan masukkan santan, gula, garam dan serbuk perisa kalau nak lebih rasa.
  5. Kalau ada udang segar pun boleh letak juga..lebih manis lebih sedap..

Selamat Mencuba :)


28 May, 2019

Ha..jangan nak membawang sangat ya..makan bawang lagi baik

by on May 28, 2019
Ha..jangan nak membawang sangat ya..makan bawang lagi baik | Tak pasal-pasal bawang juga yang selalu dikaitkan dengan membawang ya..Bawang adalah salah satu bahan pelengkap kepada masakan kita, kalau tak ada tu masakan kita macam kurang rasa betul tak? tapi khasiat bawang lebih banyak jika di makan mentah.


Khasiat Bawang Mentah Yang Kita Perlu Tahu ;-
  1. Mengandungi khasiat seperti organosulfur dan flavonoid
  2. Merupakan antiplatelet iaitu bahan untuk mencegah pengumpulan darah dan antikanser terutamanya usus, perut dan kerongkong
  3. Makan bawang mentah bagus bagi menghindari dari terkena sakit jantung dan stoke
  4. Bawang merah tinggi antioksidan dan vitamin C
Petua Elak Mata Pedih Ketika Memotong Bawang
  • Simpan bawang dalan Freezer selama 5 minit. Ia dikatakan meninggikan khasiat bawang di mana bahan antioksidan quercetin akan terhasil lebih banyak.
Raya dah nak dekat ni, mesti bawang makin laku dekat kedai ni nak masak rendang, nak masak ayam masak merah hihihi..


27 May, 2019

Tuuuu...diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam

by on May 27, 2019
Tuuuu...diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan ramadhan ni mood untuk menaip entry semuanya ke laut betul la..Niat ada tapi entah malas je rasanya. Ada masa tu dah buka blog tapi tak juga menaip entry..hihihi.. Nieyl kagum dengan kakak-kakak yang bulan puasa pun masih aktif lagi menaip entry setiap hari..Moga akan datang kemalasan itu hilang dari diri ini ya.

Oklah sebenarnya nieyl nak share hari sabtu baru ni nieyl berbuka di luar bersama adik beradik belah husband. Alhamdulillah, semuanya dapat join bersama-sama. Adik ipar nieyl pilih Cafe Tuuu Diaa Pak Tam di Sekyen 14 Shah Alam.  Jauh sikit kita berbuka puasa kali ini ya. Tercapai KPI nak bawa mak mertua berbuka buffet ramai-ramai.




Salah satu sebab kenapa cafe ini menjadi pilihan tahun ni adalah dari segi harga yang sangat berpatutan, tidak terlalu murah dan tidak terlalu mahal. lebih 100 jenis makanan termasuklah kuih muih yang disediakan. Pada nieyl berpatutan dengan harga dia, lagipun banyak mana yang korang boleh makan pun bila berbuka puasa ni kan. Sorry tak sempat nak snap menu-menu dia sebab nieyl sampai ngam-ngam lagi 5 minit nak azan maghrib hehehe... Nieyl gerak dari Paradigm mall so, jalan agak jem nak ke Shah Alam.

Banyak-banyak makanan yang nieyl paling suka dengan cafe ni dia punya roti bakar + kaya memang sedap. Dan nieyl suka makan mee sup daging campur ngan ayam..hehehe..So, kalau korang cari buffet yang murah dan sedap boleh try datang sini. 

Dan yang paling bagusnya, suasana tempat berbuka yang sangat selesa, tidak terlalu penuh dengan orang. Boleh duduk dalam bahagian kedai dan luar kedai. Yang mana ada anak-anak tu tempat ini sangat selesa. 


Biras nieyl merangkap kawan baik nieyl since tadika lagi. Yang kecik tu Putri kalau selfie begitulah gayanya sampai mata pun tak nampak tu..


Kami geng perempuan , jadi wajiblah bergambar sebelum balik. Eh..eh..semua sama tinggi lah kan.. 


Selfie sikit !

B-LG-9 , Vista Alam,
Jalan Ikhtisas 14/1
40000 Shah Alam


21 May, 2019

Still Working

by on May 21, 2019

Assalamualaikum semua...
Hari ni ada yang bekerja ke?Nieyl kerja hari ini..
Esok kembali bercuti sehari lagi...
Dah sibuk ke buat kuih raya tuu?

17 May, 2019

Cara Simpan Bunga Kantan Wajib Tahu

by on May 17, 2019
Cara Simpan Bunga Kantan Wajib Tahu | Kalau pergi kebun ayah nieyl dekat cyberjaya tu memang ada pokok bunga kantan ni, kalau pergi memang kena ambil la kalau tak sayang .. Masalahnya bila dah bawa balik ke rumah, tak tahu cara nak simpan supaya bunga kantan tu tahan lama. Selalu kalau letak dalam peti sejuk tu, nanti dia akan jadi kering betul tak..lagi lah sayang bila nak guna. Kita bukan buat asam pedas hari-hari kan. 

Tadi nieyl ada terbaca cara nak simpan bunga kantan dengan lebih lama. Ilmu baru dapat ni nak share ngan korang yang baca blog nieyl ni..so, sama-sama kita kongsi ilmu dapur ya..


  1. Leraikan kelopak bunga kantan dengan tangan, sebolehnya jangan pakai pisau ya.kita tak nak dia akan jadi kehitaman nanti. Kita nak dia kekal cantik je..
  2. Masukkan kelopak tu kedalam bekas yang bertutup
  3. Dan simpankan dalam peti beku, jangan isi air..biarkan kering-kering camtu...
Nanti cuba korang try, nieyl nak try juga nanti..harapnya petua ini menjadilah..Sebab bunga kantan ni kadang-kadang bila musim dia tak ada, memang payah nak jumpa kan..selamat mencuba

Terbang Ke Osaka Bersama Traveloka

by on May 17, 2019

Terbang Ke Osaka Bersama Traveloka | Siapa dah sampai Osaka,Jepun?Nieyl tak pernah pergi lagi ke sana tapi kawan-kawan ada yang dah pernah sampai dekat sana. Bila dengar story dieorang ni buat kita rasa teruja nak pergi juga. Nampaknya kena menabung dari sekarang la.. Sebelum nak tunggu nieyl pergi Osaka entah bila tu, meh nieyl share apa yang menarik di Osaka untuk rujukanan korang yang nak holiday ke sana. Lagipun cuti sekolah dah semakin hampir..


Osaka adalah salah satu bandar utama di Jepun yang terletak di rantau Kansai. Dengan penduduk lebih 19 juta, Osaka adalah kawasan metropolitan kedua terbesar di Jepun dan antara bandar-bandar terbesar di dunia. Bandar ini adalah kira-kira 223 kilometer persegi dan metropolitan adalah antara bandar paling dikunjungi oleh pelancong dari seluruh dunia kerana ia terkenal dengan seni bina modennya, menghiburkan kehidupan malam serta pelbagai makanan jalanan serta dikelilingi oleh sejarah berabad lamanya monumen dan landmark yang masih berdiri sehingga hari ini.


Kalau korangberkeinginan untuk bercuti ke bandaraya Osaka ini, terdapat beberapa sebab untuk korang book tiket flights to Osaka sekarang juga. Musim bunga yang sedang mekar di Jepun juga merupakan salah satu sebab utama anda harus melawat bandar ini. Pengangkutan awamnya yang meliputi seluruh bandaraya ini juga akan memudahkan korang untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain. korang dinasihatkan untuk menggunakan jaringan pengangkutan tren metro subway kerana pengangkutan jenis ini adalah yang paling murah serta cepat untuk tiba ke destinasi yang korang ingini.


Osaka pula terkenal dengan bunraku iaitu sejenis teater patung tradisional, teater kabuki dan manzai merupakan komedi informal yang lebih kontemporari dan juga menjadi tarikan para pelancong yang berkunjung ke Osaka. Jika anda ke Osaka, anda juga dinasihatkan untuk berkunjung ke Istana Osaka yang merupakan kediaman rasmi kerabat Diraja Jepun yang masih digunakan sehingga hari ini. Istana ini dibina pada tahun 1583 dan dahulunya merupakan kuil Ishiyama Honganji yang kemudiannya diruntuhkan oleh Oda Nobunaga Hideyoshi yang menginginkan tempat ini dijadikan sebagai pusat kerajaan Jepun baharu yang telah disatukan oleh pemerintahan Toyotomi. Kemudiannya, istana ini menjadi istana terbesar di Jepun pada waktu itu. Selain itu, korang disarankan untuk berkunjung ke daerah Shinsekai iaitu satu daerah di Osaka yang wujud sebelum Perang Dunia yang pertama dan masih memegang elemen sejarah sehingga ke hari ini. Daerah ini yang masih kaya dengan arkitekturnya yang vintaj serta bersejarah pasti akan menarik perhatian serta pemandangan korang yang berkunjung. Menariknya tentang daerah ini adalah dibahagian utara, terletaknya suatu kawasan pembangunan yang pesat yang merupai Kota Paris dan dibahagian selatan pula menyerupai Pulau Coney di New York. Tsuntenkaku Tower yang berdiri ditengah-tengah daerah ini dibina pada 1912 untuk menyerupai Eiffel Tower di Paris.


Sebelum korang pergi ke Osaka, disarankan untuk anda melakukan price alert di aplikasi mobil korang supaya korang  tidak terlepas untuk book Cathay Pacific Malaysia flights dengan harga runtuh yang dilakukan oleh Cathay Pacific ataupun penginapan korang disana. Booking awal juga boleh dilakukan melalui website seperti Traveloka untuk menyewa bilik hotel dengan harga yang murah serta berpatutan. Disarankan juga untuk korang set up Maybank online untuk memudahkan urusan perbankan korang disana nanti. Macam mana?tertarik tak untuk melawat OSAKA?segalanya menjadi mudah dengan Traveloka.


16 May, 2019

Menu Ramadhan

by on May 16, 2019
Menu Ramadhan | Assalamualaikum semua...Alhamdulillah, dah masuk 11 Ramadhan kan... Sekejap sahaja . macam mana setakat 11 Ramadhan ni? ada yang dah pergi bazaar ramadhan?atau ada yang masih bertahan tak pergi bazaar ramadhan ni. Nieyl so far, belum lagi berbuka di luar dan belum lagi jejakkan kaki ke bazaar ramadhan.. Kononnya tak nak pergi tahun ini sebab takut tergoda lebih dengan makanan-makanan yang banyak tu..

Niat di hati kan, tahun ni nak share dengan korang setiap hari menu ramadhan nieyl tapi tahun ni tak tercapai lagi niat tu, sebab kekangan masa nieyl yang terlalu sibuk dengan rutin harian nieyl. Nak snap-snap pun kadang-kadang dah makan baru teringat hihihi... Tapi tak apa..masih ada lagi yang sempat nieyl snap kalau teringat untuk memberi idea korang nak masak juadah berbuka nanti..


Ayam masak lemak cili api + ubi kentang


Taugeh hijau goreng udang, sayur ni memang menjadi fav nieyl skrg ni..


Cendawan goreng tepung yumyum...

Menu berbuka ni tahun ni sangat simple kena ada 1 lauk dan 1 sayur. Itu dah memadai dah..Sebab kalau banyak-banyak nanti tak termakan, membazir je..sebab sahur nieyl dengan husband tak makan nasi.Semoga menu nieyl ni boleh la bagi idea dekat korang masak hari ini okay..

15 May, 2019

Ellsa Dah Pandai Pose Depan Kamera

by on May 15, 2019
Ellsa Dah Pandai Pose Depan Kamera | Sekarang ini Ellsa semakin hari semakin besar dah, kalau dulu tak nak dengan orang lain selain mommy dia. Sekarang ni dah besar, ok sikit nak dengan orang tapi masih lagi cari mommy..mommy..hehehe.. 

Bila dah semakin besar, ada sahaja akal dia lagi kalau nak selfie macam-macam gaya dia buat tak payah nak suruh. Cakap pun dah jelas, pandai menyanyi pula tu .. riuh rumah kalau ada Ellsa, penceria rumah. 





Semoga Ellsa membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah di dunia dan akhirat ya.. Kalau dah besar nanti, Ellsa nampak post ni...ini lah Ellsa sayang Maklong. 

13 May, 2019

Master Pasto Nak Kasi Diskaun Laa

by on May 13, 2019
Master Pasto Nak Kasi Diskaun Laa | Hari tu bila nieyl share tentang Master Pasto punya pasta, ramai yang tanya beli dekat mana?nak beli juga..so, hari nieyl nak share berita BAIK untuk korang..
Kepada yang nak beli untuk buat stok berbuka atau bersahur dibulan Ramadhan ni Korang hanya perlu guna PROMO CODE di bawah ini dank orang akan mendapat 15% diskaun setiap kali korang membeli produk dorang di https://www.masterpasto.com/ bermula 5 Mei 2019 hingga 30 Jun 2019.

PROMO CODE : NIEYLMP

Salam Ramadhan

by on May 13, 2019

Assalamulaikum semua...
Alhamdulillah syukur...hari ni masuk hari ke 8 kita berada di bulan Ramadhan...
Macam mana puasa?dah ada yang cuti ke...hihihi...
Apa-apa pun semoga ramadhan kali ini kita lebih membuat perkara-perkara yang baik..

10 May, 2019

Stacking Block Game

by on May 10, 2019
Stacking Block Game | Bila hidup berdua suami isteri ni mainan budak-budak pun kiteorang beli untuk bermain bersama bila ada masa terluang. Kadang-kadang aktiviti macam ni sekali main memang seronok . Selain itu boleh mengeratkan lagi ikatan kemesraan suami isteri tu..Ini cara nieyl dengan husband.  Bukan mainan block ni je yang ada dekat rumah tu, Saidini ada, monopoly ada hahaha... kadang-kadang anak-anak buah datang rumah main sama-sama juga. 


07 May, 2019

Menu Ramadhan Day 1

by on May 07, 2019
Menu Ramadhan Day 1 | Wah..start semalam nieyl dah nampak ramai kawan-kawan di media sosial khususnya post menu-menu sahur dan berbuka puasa. Tak kurang juga yang share-share resepi untuk menu berbuka puasa. Setiap petang sebelum balik rumah, otak ligat fikir menu untuk berbuka puasa kan. Nieyl Alhamdulillah, dah siap listkan menu untuk seminggu sebagai panduan. Guna barang basah yang ada dalam freezer sahaja. Tak adalah membazir nak beli -beli kan..


Untuk tahun 2019 ni nieyl dengan husband nak try untuk sahur tidak makan nasi berlauk sebenarnya cumanya tak tahu la jadi ke tidak, untuk setakat 2 hari ni Alhamdulillah masih berjaya.Tapi tak tahu la bila tiada idea dah kan nanti..nasi juga di cari. 

Sebelum nieyl makan Wrap ni, nieyl akan bancuh oat 3 sudu bersama susu ataupun milo untuk singkirkan lemak-lemak yang ada dalam badan ni..Kemudian baru nieyl akan makan Wrap yang nieyl buat ni. Inti dalam Wrap ni simple je nieyl letak.. Ayam goreng tepung, salad, telur hancur (omelet) dan sos. Alhamdulillah kenyang sampai petang. 


Untuk membekalkan nieyl tenaga yang berpanjangan sepanjang hari berpuasa adalah susu kurma dutch lady. Ok yang ni ramadhan edition, so memang susah sikit nak dapatkan stok sebab dia baru lagi dipasaran. Banyak kedai yang sold out, selain dari itu nieyl akan minum air masak 2 gelas sebelum azan subuh.


Setiap tahun selepas arwah ayah mertua nieyl meninggal, MIL nieyl akan berbuka sekali dengan nieyl dan husband. Untuk tahun ni dimulakan dengan berbuka puasa di rumah MIL, nieyl masak menu yang simple sahaja, iaitu udang masak lemak cili api + kacang panjang, telur masin wajib sebab husband memang request, ikan sardin goreng dan sayur Tau Miu (Taugeh Hijau).

Ha..itulah menu nieyl untuk ramadhan hari pertama puasa. Mana la tahu kot-kot boleh kasi idea dekat korang nak masak apa untu berbuka hari ini..

Giveaway SapsIbuBapa.net Di Mialiana.com

by on May 07, 2019
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun menyediakan satu platform kepada kepada guru dan juga ibu bapa yang dipanggil sebagai SAPS Ibu Bapa.

SAPS Ibu bapa merupakan satu aplikasi secara atas talian yang digunakan oleh guru untuk "key in" markah peperiksaan pelajar. Manakala, ibu bapa pula boleh mengakses aplikasi ini untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar.

Semakan ini boleh dilakukan dengan melayari laman web seperti berikut :



Antaramuka SAPS IBUBAPA

Inisiatif kerajaan ini patut dipuji ini kerana ianya memudahkan banyak pihak untuk mengetahui markah peperiksaan pelajar/murid.



Giveaway ini dianjurkan oleh SapsIbuBapa.net dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM400 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.


06 May, 2019

Selamat Berpuasa Semua

by on May 06, 2019
Selamat Berpuasa Semua | Syukur Alhamdulillah bertemu lagi kita di bulan Ramadhan Almubarak ini. Kita masih lagi diberi peluang menjalankan ibadah berpuasa, solat terawih pada tahun ini. Ada yang dah start cuti puasa ke..hehehe... Semoga perjalanan ibadah puasa kita pada tahun ini dipermudahkan. InsyaÁllah..Amin..


03 May, 2019

Alhamdulillah...Allah Selamatkan Mak

by on May 03, 2019
Alhamdulillah...Allah Selamatkan Mak | Rasanya ada dekat seminggu nieyl sunyi sepi dari dunia blogging sebab nieyl perlu tumpukan perhatian pada mak nieyl. Pada 30.4.2019 bersamaan hari selasa jam 12.30 tgh hari mak nieyl di bawa ke dewan pembedahan untuk menjalani pembedahan yang besar iaitu bypass. Hampir 8 jam mak dapat OT, kalau ikutkan hanya 5-6 jam sahaja..saat itu saat mendebarkan kami sekeluarga menunggu menanti di hadapan bilik bedah. 

Tepat jam 8.25 malam, mak keluar dari bilik bedah ditolak ke bilik CICU.. Syukur Alhamdulillah dapat melihat wajah mak yang telah selamat menjalani pembedahan yang berisiko tu.. Terima kasih kawan-kawan yang mendoakan kesejahteraan mak nieyl di Facebook terutamanya.