28 September, 2018

Kalau dah berhutang,sila bayar

by on September 28, 2018
Bila sebut tentang hutang, semua orang akan cakap "ala hutang semua orang berhutang". Memanglah berhutang ni ada baik buruknya. Yang baiknya bila kita berhutang, kita boleh merasa membeli sesuatu barangan tetapi dengan membayar secara ansuran contohnya beli kereta, rumah dan sebagainya. Sama juga kalau kita berhutang sesama manusia, bila orang memberi kita pinjaman semasa kita susah, bila dah berjanji kenalah bayar tak perlu sampai orang yang memberi pinjam tu yang meminta. Orang beri kita pinjam dengan cara yang baik, kita pulang kan dengan cara yang baik juga.


Dan lagi satu kes yang meminjam dengan bank. Ada yang ambil mudah dengan mengatakan ala hutang dengan bank bukan dengan orang. Tak bayar pun tak apa.. Tapi korang sedar tak setiap perkara yang ada perkataan HUTANG, ianya adalah wajib di bayar walaupun dengan bank..Ingat biarlah kita ni hidup miskin daripada kita tinggalkan dunia ini dengan berhutang, berat akibatnya... 

Mungkin ada yang mempunyai masalah kewangan dengan bank, yang boleh membuatkan korang di isytiharkan bankrap atau muflis, itu bukan penghujung harapan korang untuk bebas dari hutang, carilah agensi-agensi yang boleh memberi khidmat nasihat kepada masalah korang seperti AKPK ( Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit). InsyaÁllah mereka di sana boleh membantu okay.


27 September, 2018

Taman Bunga dan Sayur Nieyl

by on September 27, 2018
Dah lama nak share dalam blog taman-taman bunga dan sayur sekitar kawasan rumah nieyl. First sekali nak bagitahu, pokok-pokok bunga dan sayur ini husband dan mak nieyl yang usahakan. Nieyl hanya menikmati keindahan dan beri pendapat je dekat mak dengan husband. husband nieyl jenis suka pokok-pokok yang hijau tanpa bunga. Manakala mak pula suka bunga orkid , bunga rose, bunga raya dan macam-macam jenis lagi la.. 


Ini bahagian depan rumah nieyl, rumah nieyl dengan adik beradik lain memang sebelah-sebelah je, so..depan rumah yang masih belum siap lagi tu rumah abg nieyl manakala tingkap yang banyak tu dulunya rumah mak nieyl sekarang ni jadi milik abg sulung nieyl, mak dengan ayah duduk dengan nieyl, nieyl jaga dieorang. 


Mak nieyl selain suka taman pokok bunga, dia juga suka taman sayur contohnya sekarang ni dia taman pokok cili api , bendir, kacang botol, terung , kangkung, pucuk manis. Alhamdulillah semua tamanan mak menjadi orang kata tangan mak ni sejuk tanam apa pun lah mesti menjadi. 


Macam pokok bendir ni dia senang hidup, sekarang ni setiap minggu nieyl akan petik bendir ni untuk masak, dan bagi adik beradik merasa termasuk juga jiran sebelah rumah nieyl pun dah merasa bendir yang mak tanam ni. Seronok rupanya kalau tanaman kita tu keluarkan hasil dan hasilnya dapat pula kita beri kepada semua orang rasa.

Selain tu juga mak nieyl ada tanam pokok daun kunyit, pokok pandan dan pokok daun kari. Sekarang ni nieyl minta mak tanam pokok daun sup dan bawang pula..Harapnya menjadi lah sebabnya tak perlu nak beli lagi kalau nak masak sup.

Berjasa pada tanah ni banyak nikmatnya. Husband dengan ayah nieyl ada plan nak bela ayam kampung dekat tapak tanah nieyl dekat cyberjaya. Doakan semoga projek dieorang tu berhasil dan berjaya ya..Amin....

26 September, 2018

Bye-bye kak nana

by on September 26, 2018
Pejam celik dah 9 tahun kami berkenalan dan 9 tahun juga dah bekerja satu jabatan dan bahagian yang sama, lama kan? Lama-lama pun last week merupakan hari terakhir officemate ataupun kak nana last kerja sebab dapat kerja yang lebih terjamin . Alhamdulillah. Sekarang ni tinggallah nieyl dengan kak asiah je. Apa nasib hujung tahun ni pun tak tahu lagi sebab dah tukar kerajaan kan...apa sahaja boleh jadi..


Berkawan dengan kak nana since masuk kerja, dari free hair ,berhijab , dari bujang sampai kahwin dan sekarang anak sorang. Birthday kak nana ngan nieyl sebelah je, kak nana 2 Mac dan nieyl 3 Mac.. So, insya'Allah takkan lupa punya sampai tua..hihihi..

9 Tahun bersama berkongsi suka dan duka bekerja bersama lagi-lagi bab gaji. Setiap bulan kalau tanya gaji dah masuk ke?so..lepas nie dah tak ada nak tanya siapa dah. Selalunya kalau ada info-info baru selalu kak nana akan share.Sekarang ni...sunyi sepi la...

Apa-apa pun setiap manusia itu ada rezeki dia masing-masingkan..Semoga kak nana sihat selalu di tempat baru, sentiasa berbahagia bersama keluarga tercinta...Amin....dont forget me okat!

25 September, 2018

Senaman Di Pejabat

by on September 25, 2018
Sesibuk macam mana sekali pun kita di pejabat jangan kita abaikan tahap kesihatan kita. Menyesal kemudian tak berguna lagi dah. Rasanya yang bekerja di pejaba seperti nieyl mesti akan mengalami masalah yang sama bila duduk dan mengadap komputer dengan kerap atau lama. Apa kata selepas ini kita semua luangkan sedikit masa untuk melakukan senaman regangan di pejabat. Nieyl ada jumpa senaman regangan yang mungkin kita boleh praktikkan untuk menjamin kesihatan kita walaupun sibuk dengan kerja di pejabat. 

Ianya bukan sahaja sesuai di lakukan di pejabat, pada mereka yang bekerja di rumah yang perlu duduk berhadapan laptop juga boleh buat senaman regangan ini di rumah. Insya'Allah kalau kita sentiasa amalkan senaman regangan ini, badan kita akan rasa lebih cergas dan bersemangat nak sambung kerja. 

 sumber gambar dari binainsan.com

Selamat mencuba demi kesihatan kita. Semoga kita sentiasa sihat dan cergas serta dapat menjalankan amanah dengan baik dan happy..



24 September, 2018

Resepi: Ayam Masak Black Paper Simple

by on September 24, 2018

Bila tiba masanya buntu nak masak apa, kita akan masak apa aje menggunakan bahan yang ada di dapur. Kali ini nieyl masak ayam masak black paper yang simple sahaja. Yang penting boleh di makan dan pastinya sedap..hehehe..Lain orang, lain caranya ya..


Bahan - bahan

Ayam dipotong kecil
Halia (di hiris)
Bawang Putih (di hiris)
Bawang Besar (potong 4)
Kacang panjang
Karot
Serbuk black paper
Serbuk lada sulah
Sos black Paper
Kicap manis
Air
Pati Ayam/Serbuk pati ayam

Cara-cara
  1. Goreng ayam bersama serbuk kunyit dan garam (setengah masak je)
  2. Gunakan sedikit minyak goreng ayam tapi untuk tumis halia dan bawang putih. Halia lagi banyak lagi sedap untuk buang angin dalam badan
  3. Kemudian, masukkan sos black paper ikut kuantiti ayam dan masukan air. Kalau nak banyak kuah,korang bubuh la lebih sikit
  4. Masukkan karot, kacang dan ayam untuk di gaul bersama.
  5. Masukkan serbuk black paper, serbuk lada sulah, kicap manis sikit dan pati ayam..
  6. Akhir sekali masukkan bawang yang potong 4 tu, kacau-kacau tutup api...
  7. Dan boleh hidangkan
* ada sesetengah orang letak tepung jagung nak kasi kuah pekat, so..nieyl tak letak sebab tak suka..




21 September, 2018

20 September, 2018

BBQ bersama Keluarga

by on September 20, 2018
Bila ada cuti yang panjang, nieyl selalu ambil kesempatan untuk adakan aktiviti kekeluargaan bersama keluarga besar nieyl. Baru-baru ni kan ada cuti direct 4 hari, nieyl plan untuk buat BBQ ni pun last minit masa tengah boring-boring duduk dekat rumah. Nieyl whatsapp dalam group family petang ahad, bagi detail dan collection duit untuk beli bahan-bahan buat BBQ. Pagi ahad tu nieyl collect duit 1 family RM30 ,  ada 6 family total RM180


Buat simple-simple sahaja untuk berkumpul adik beradik,ipar duai dan anak-anak buah. Itupun ada yang tak balik sebab masih belajar di Poli masing-masing. Menu yang nieyl buat , Ayam , Ikan cencaru , Hotdog, Potato, Mushed Potato, Salad. Lepas tu ada potluck nasi goreng dan sate.. Alhamdulillah...dari sikit terus jadi banyak menu nya..

Ayam dan ikan cencaru tu nieyl beli dekat pasar borong selangor, rata-rata ayam sekarang ni harga dia RM7.50/kg , nieyl dapat RM6.50/kg jadi beli dalam 5 ekor dan potong 24. Kalau buat BBQ ni tak payah nak potong besar-besar nanti budak-budak makan tak habis, kalau kecil-kecil ni boleh makan berulang kali. Itupun Alhamdulillah..Ayam habis..next time mungkin kena lebihkan sikit ayam sebab keluarga besar. Manakala ikan cencaru pula RM6.50/kg . Nieyl dapat RM5.00/kg so, beli dalam 3kg je size sederhana. Kalau yang size besar harga dia ada yang RM8.00/kg


Belakang rumah nieyl, husband dengan abg-abg ni ada buat pondok untuk dieorang lepak-lepak bila berkumpul, lengkap berlampu, kipas. Kerusi dengan meja dieorang tukang sendiri. Selain itu husband nieyl dia buat tempat BBQ siap berpayung lagi dan dia buat juga sinki untuk kita basuh-basuh pinggan dekat luar,tak payah basuh dalam rumah.  Bulan lepas jiran nieyl bagi freezer, katanya rosak . Nieyl dengan mak ambil, pastu minta biras nieyl repair kena RM30 je terus boleh pakai, dan kitaorang letak bawah tangga untuk kegunaan bersama. So, lepas ni kalau beli ais batu ke untuk kenduri ke..dah ada freezer dekat luar. Alhamdulillah..rezeki...TQ jiran♥


Semoga aktiviti seperti ini akan selalu di buat untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Selain dari aktiviti BBQ petang ke malam.. Tidak di lupa juga membaca doa akhir tahun dan lepas maghrib baca doa awal tahun. Lepas insyaÁllah sambung sembang adik beradik dekat pondok bersama ayah mak. Seronok...InsyaÁllah akan datang kita buat lagi...

19 September, 2018

Blog Walking Segment by KasihJuju

by on September 19, 2018

Syarat Penyertaan:
  1. Wajib ada blog.
  2. Buat satu entri bertajuk: Blog Walking Segment by KasihJuju
  3. Letakkan banner segmen dan link kan semula ke entri ini,
  4. Follow blog Kasih Juju,
  5. Follow Facebook Page Blog Kasih Juju -->
  6. Follow Instagram Helmi Julia di www.instagram.com/helmijulia
  7. Publish dan tinggalkan link anda di ruangan komen entri ini sahaja.
Segmen ini bermula dari 19 September 2018 hingga 30 September 2018 jam 11.59pm

Maggi Goreng Ayam

by on September 19, 2018
Bukan selalu pun singgah makan dekat kedai Mamak ni tapi kalau kakak nieyl balik kampung, kami berdua pergi pasar pagi pastinya akan singgah kedai Mamak fav kitaorang dan order Maggi Goreng  Ayam dan kopi ais. Ini menu wajib bila ke kedai Mamak.


Cuma tak semua kedai Mamak masak Maggi goreng ayam sedap tau, nasib-nasib sebab tu nieyl jenis kalau dah tahu situ sedap, everytime akan ke kedai tu je dah tak singgah kedai mamak yang lain. Dulu nieyl pun tak layan kedai mamak ni tapi sejak kahwin dengan husband, dia la yang ajar ke kedai mamak ni hahaha.. Dialah pencetusnya.

18 September, 2018

Cabaran 25 Hari Blogging : Tempat Makan BEST

by on September 18, 2018

Tiada tempat yang paling best selain rumah sendiri dan rasa masakan mak. hihihi. sorry kalau korang expect nieyl share tempat makan luar ya. Sebab pada nieyl rumah sendiri atau rumah mak adalah tempat makan yang paling best dari yang lain-lain. Husband nieyl pun memang seorang yang tidak cerewat dalam bab makan ni, apa yang di masak itulah yang dia akan makan. Dan jarang nak makan dekat luar sangat.

Andai kata nak keluar jalan-jalan atau shopping lepas Zohor, biasanya nieyl akan masak terlebih dahulu dan kitaorang akan makan sebelum keluar rumah. So, kalau shopping ke jalan-jalan tak ada lah rasa lapar lagipun, dengan keadaan sekarang ini semuanya dah mahal. Kita kena bijak guna duit dengan berhemah. Paling tidak pun, kitaorang akan singgah minum dan beli makanan yang light-light je.

Bila makan di rumah sendiri lebih selesa dengan keadaan sekeliling. Yang mana ada anak-anak pun senang nak jaga. Apa yang paling penting, makanan yang kita makan itu terjamin 100% bersih dan sihat sebab kita masak sendiri untuk family kita. 😃

CAROUSELL PARTNERS BOOST E-WALLET, POSTCO, TO DELIVER A MORE CONVENIENT EXPERIENCE TO MALAYSIANS

by on September 18, 2018

Strategic partnerships with payment and logistics providers underline the company’s commitment to Malaysia.

Kuala Lumpur, 18 September 2018 – Carousell Malaysia, one of the world’s largest and fastest growing classifieds marketplace is making it even easier to buy and sell on the marketplace. Carousell has teamed up with strategic partners, Boost and PostCo, to address payment and logistics across Malaysia.

Boost, a homegrown e-wallet that allows payment without the hassle of cash, and PostCo, a logistics company that delivers parcels through its network of more than 1,000 locations which include cafes, pharmacies and stores, inked a cross-promotional partnership deal with Carousell in August.


 

The promotion includes Cashback Rewards for purchases made on Carousell with Boost, as well as a special delivery rate for Carousellers who choose the delivery option via PostCo.


“This is a stepping stone for Carousell Malaysia to provide an end-to-end service for our users. We are committed to creating value for our users and make it more convenient to buy and sell. This trial phase has seen a positive response from users, and we will continue looking for opportunities to improve our marketplace and services to Malaysian Carousellers,” said Tang Siew Wai, Country Head of Carousell Malaysia.



He added that the partnership will run till the end of September, but the company has not ruled out a long-term deal.

Carousell continues to gain traction in Malaysia. For the month of August, it saw total transactions and listings grow by 20% and 30% respectively from the previous month. Response to the strategic nationwide collaboration has been encouraging, with PostCo recording a 47% repeat in Carousellers utilising its delivery services just after a month of partnership and Boost seeing full redemptions in their promotional offers.



Carousell has more than 19 million listings for its Malaysian market as of June 2018, with over 5 million items sold on the marketplace. Globally, it has over 158 million listings and over 54 million items sold across all seven markets in Malaysia, Singapore, Indonesia, Philippines, Taiwan, Hong Kong and Australia.

“This partnership marks another milestone in our journey to strengthen our leadership in the e-wallet space and enhance our offerings,” said Christopher Tiffin, Chief Executive Officer of Boost. “Boost simplifies your day-to-day operations by allowing you to manage your cash flow with just one app. With their engaged community and wide variety of marketplace offerings, collaborating with Carousell was a natural move for us. Since the start of our partnership to date, we’ve seen an almost four-fold increase in Boost mentions in Carousell.”

“Our partnership with Carousell provides their sellers with a unique avenue to deliver their items through our network of PostCo locations. It is great to see how much convenience it has offered to the community of sellers on Carousell. Once someone finds it convenient, they will continue to utilise the service for their remaining deliveries. Aside from sending, we also allow buyers to collect their parcels at a specified pick-up point at any time, be it before, during or after working hours. We believe that PostCo will also continue to play a pivotal role for Carousell users in a long run,” said Melisa Wang, Chief Operating Officer of PostCo.

Carousell users can now buy from sellers that accept Boost as a payment option by easily entering the seller’s mobile number in the payment app, selecting the Carousell icon and inserting the purchase details. Moreover, sellers can have their first three parcels delivered from only RM1.90 when they send via PostCo.

For more information, follow Carousell on https://my.carousell.com or download the Carousell app from the Apple Store or Google Play Store.

16 September, 2018

Lirik Lagu : Suara Azan -Fitri Haris

by on September 16, 2018
Kali ini nieyl share lirik lagu Suara Azan yang setiap kali nieyl dengar ianya memberi satu peringatan betapa pentingnya solat dalam perjalanan kehidupan kita. Jangan sesekali kita melengahkan tanpa sebab yang munasabah. 


Telah terdengar suara

Memanggil memuji yang Esa
Menyeru muslimin dan juga muslimat
Untuk segera bersolat

Suara azan
Di langit tinggi
Mengagungkan Mu
Puji juga memuja
Allahuakhbar

Oh azan
Mendayu ingatan lima waktu
Panggilan menyembah Mu
Tuhan yang satu

Bangun semua
Bingkas segera
Usah berlengah
Lupakan lelah
Majulah

Suara azan
Di langit tinggi
Mengagungkan Mu
Puji juga memuja
Allahuakhbar

Oh azan
Mendayu ingatan lima waktu
Panggilan menyembah Mu
Tuhan yang satu

Suara azan
Di langit tinggi
Mengagungkan Mu
Puji juga memuja
Allahuakhbar

Oooooh azan
Mendayu ingatan lima waktu
Panggilan menyembah Mu
Tuhan yang satu

Telah terdengar suara
Memanggil memuji yang Esa


14 September, 2018

Menjadi Rutin Derma Darah

by on September 14, 2018
Best ke derma darah? Tak takut ke derma darah selalu? Tak sayang darah ke? Itulah antara soalan yang sentiasa orang tanya pada nieyl setiap kali nieyl up gambar time derma darah. First of all bukan nak bangga diri ke apa snap gambar ni ya.. Nieyl nak share dengan semua yang baca blog nieyl tentang pentingnya derma darah ini. Percayalah, kalau niat derma darah ini untuk membantu mereka yang memerlukan Insya'Allah Allah itu akan berikan kesempatan walaupun kita takkan tahu pun dekat siapa darah tu di beri tapi apa yang penting asalkan boleh menyelamatkan nyawa orang lain. 

Kalau nak tahu syarat atau kebaikan menderma darah ini korang boleh klik link INI sebab sebelum ni nieyl pernah share juga tentang derma darah ni, So,korang boleh rujuk ya..


Nieyl sentiasa rujuk jadual Pusat Darah Negara untuk mengetahui tempat-tempat yang dieorang buat open untuk derma darah ni. Contohnya this weekend dieorang buat di Jusco Taman Equien Serdang so, memang dekat dengan nieyl so tanpa buang masa, pagi tu nieyl memang mind set nak pergi sana derma darah. Masa sampai tu pun tak ramai orang pun yang derma, mungkin awal lagi kot sebab nieyl sampai pun dalam pukul 11 lebih juga. 

Sampai je terus isi borang seperti biasa, kemudian akan check jenis darah. Jenis darah ni dia akan check tidak kira lah korang first time ke ataupun dah ada buku, still kena check juga jenis darah korang tu. Selepas selesai check jenis darah tu, next step kena juga doktor yang bertugas untuk check tekanan darah dan ada soal jawab beberapa soalan, Ok untuk soalan ni memang kena jawab dengan jujur depan doktor ya...jangan tipu-tipu tau..



Doktor akan beri kita sebotol air mineral untuk kita minum, sama ada habis kan atau pun separuh dia akan maklumkan. So, korang nak tak nak kena minum juga ok, Last step sekali, nurse akan suruh kita baring untuk proses derma darah.. Macam nieyl memang dah biasa ambil darah tangan belah kiri ni so, nieyl akan stay dengan tangan kiri sebab ada urat besar yang mudah untuk ambil darah. Belah kanan tu urat susah nak nampak.


Time ni darah dah berjaya keluar dengan lancarnya. Time ni korang kena sentiasa pam atau genggam alat genggaman yang dia kasi dekat korang tu supaya proses mengaliran darah cepat berlaku. Biasanya tak ambil masa yang lama pun lebih kurang 10 ke 15min je. Bergantung kepada kelajuan darah korang keluar, Darah tu keluar, korang tak rasa apa-apa pun,tahu-tahu je dah settel. 


Lagi satu nak di ingatkan, kalau tengah derma tu jangan la rasa stress ataupun tertekan ya..Korang cuma perlu relax je, nampak tak nieyl sampai boleh curi-curi pejam mata lagi..ha..ha..ha... So, jangan takut ya untuk derma darah.


Terpaksa up gambar ni sebabnya nieyl korang nampak je macam berani derma darah semua kan tapi sebenarnya nieyl tak boleh tengok darah yang banyak secara live rasa nak muntah dan loya. So adik nieyl ni saja je snap dan whatsapp gambar ni dekat nieyl. Sekarang tahu la kenapa nieyl tak jadi doktor atau pun nurse sebab memang tak layak pun.

Kepada yang ada niat nak derma darah tapi takut..percayalah, bila niat tu dah ada, pergi laa..ianya sangat bermakna pada yang memerlukan. kalau derma sekali pasti nak lagi hihihi... Sekarang ni nieyl jadikan ianya rutin setiap 3 bulan untuk derma darah.  Mari sama-sama kita membantu pusat darah negara yang sentiasa kekurangan bekalan darah. 





Quote : Beauty

by on September 14, 2018

Salam Jumaat everyone...
Kecantikan luaran dan dalaman adalah pakej...
Cantik luaran tapi dalaman out pun tak guna..
Jadi biar luaran tak cantik tapi dalaman cantik..
InsyaÁllah..orang sekeliling akan lebih pandang..

Kepada yang baca blog ni..
nieyl doakan pada hari jumaat yang mulia ini..
apa sahaja ujian,dugaan dan permasalahan kalian..
Akan di permudahkan hendaknya...
Amin...

13 September, 2018

Review : Silkygirl Moisture Balm Lipcolor

by on September 13, 2018
Setiap wanita paling tidak pun dalam handbeg mesti ada lipstik betul tak? Kalau yang tak suka make up tebal-tebal tu pun nieyl rasa korang mesti ada lipstik kan paling sikit pun satu. Dulu nieyl pun tak suka juga tapi bila dah start bekerja tu sikit banyak mesti nak calit sikit dekat muka ataupun bibir.

Baru-baru ni nieyl beli lipstik baru, tapi sekarang ni ramai orang suka pakai lipstik yang jenis Matte kan sebab lebih tahan lama dan kalau makan ke minum ke dia tak mudah tanggal dan sesuai juga kalau jenis kulit bibir yang kering.  Oklah jom nieyl review sikit lipstik yang nieyl baru beli tu ya.. Mana tahu korang berkenan juga nak beli satu.

Sekarang ni kalau nak beli apa sahaja produk kosmatik khususnya dinasihatkan pentingkan kualiti barang tersebut bukan semata-mata nak cantik sahaja ya. Sebab ada sesetengah barangan kosmatik ni dia tak serasi dengan kulit kita. Ss,be careful guys.. 


Kali ni nieyl terlebih teliti dalam memilih lipstik untuk bibir sebab bibir nieyl jenis yang kering so kena sentiasa basahkan termasuklah minum air masak dengan lebih kerap. Kalau dah kerap sangat minum air tu faham-faham je la kerap juga la ke toilet. hehehe.. Jadi masa window shopping dekat watsons tu, nieyl nampak lipstik silkygirl ni. Nama lipstik ni Moisture Balm Lipcolor.


Kalau korang tengok lipstik ini dia menggabungkan kelembapan bibir dengan warna gincu. Dilengkapi pelbagai vitamin A, C dan E untuk membantu menyuburkan dan melindungi bibir daripada sinaran UV yang berbahaya selain daripada itu juga lipstik ini mengandungi Macadamia Seed Oil dan Jojoba Oil . Dua minyak ini dari tumbuhan semula jadi dan memberi kelembapan pada bibir supaya sentiasa lembap. 

Sejujurnya nieyl memang jatuh cinta dengan Moisture Balm Lipcolor ni , sampaikan ramai yang tanya nieyl pakai lipstik apa sebab nampak lain dan sentiasa lembap. So,nieyl pun dah share di Instagram, Facebook dan Blog. Memang korang akan rasa sendiri kelembapan bibir bila pakai lipstik balm ni. 


Dari segi warna pula nieyl memilih warna yang sweet je, sebab nak pergi pejabat hari-hari kan tak nak nampak over sangat. Kenalah dengan kulit nieyl yang putih ni, sebenarnya kulit orang yang putih nie sesuai je pakai warna apa je. Cuma kena tengok tempat juga supaya orang tak nampak kita pelik sangat nanti kan. Code yang nieyl pilih adalah code 02 Peach.

Antara code lain yang ada ialah :-
  • 01 Raisin
  • 02 Peach
  • 03 Berry
  • 04 Mandarin
  • 05 Raspberry
  • 06 Cocoa
  • 07 Cherry
  • 08 Plum
Kalau korang nak beli, korang boleh cari di Watsons, Guardian dan yang mana ada brand silkygirl la. Harga pula jangan risau tak mahal dan mampu milik. Ingat!yang penting ianya dapat melindungi bibir kita dari kering dan hitam ya...



So, kalau nak bibir kita sentiasa lembap dan sihat, jangan lupa dapatkan lipstik balm ni okay dan sebelum terlupa, lipstik balm ni mudah di cuci dengan wet tissue, tak perlu nak tonyoh ataupun pakai minyak. Lap guna tisu biasa pun boleh tak ada masalah untuk solat nanti. Selamat Mencuba..💓💓









12 September, 2018

Cabaran 25 Hari Blogging : Resepi Ayam Masak Merah

by on September 12, 2018

Cabaran seterusnya adalah resepi, dalam blog nieyl ni pun adalah serba sedikit nieyl share resepi masakan nieyl yang biasa-biasa je. Tapi tak apalah, kali ini nieyl share resepi masakan yang nieyl baru je masak baru-baru ni. Setiap orang mempunyai cara masakan yang berbeza tapi rasa dia rasanya sama sahaja. 


Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan

Ayam 
Bawang Putih (di ketuk)
Bawang Besar ( dihiris)
Cili Kisar
Gula
Serbuk/ kiub pati ayam
Serai
Halia
Kayu Manis
Bunga Lawang
Sos Cili Kimballs
Cara-Caranya
  1. Ayam hendaklah di goreng setengah masak
  2. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak kemudian tumis bawang putih,halia,serai, kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau
  3. Masukkan cili kisar , tumis sehingga pecah minyak dan kemudian masukkan 2 sudu sos cili kimballs , gula , garam secukup rasa dan serbuk pati ayam
  4. Last sekali masukkan ayam yang telah di goreng tu dan bawang besar yang telah di hiris tadi
  5. Gaul rata dan boleh hidangkan untuk makan..

*Nieyl suka letak serai,bunga lawang dan kayu manis sebab nak rasa bau wangi.

Selamat mencuba semua ..



09 September, 2018

Farm Fresh Susu Segar Kurma

by on September 09, 2018
Kalau nak minum susu semata-mata mungkin kena fikir banyak kali sebabnya lebih rela beli susu yang dah di campur dengan perisa lain. Dalam tahun ni juga rasanya Farm Fresh perkenalkan susu kurma, kawan-kawan selalu beli berbotol-botol. Nieyl pula baru nak merasa untuk botol yang pertama. 

Apa yang nieyl boleh katakan ialah nieyl dah jatuh cinta la dengan susu kurma ni. Serius rasa dia sangat sedap. Rasa rugi pula beli sebotol je. Tak apa nanti boleh beli lagi buat stok.


Untuk pengetahuan korang, susu segar kurma ini tiada bahan pengawet, tiada perisa tambahan dan tiada pewarna. Selain itu, susu ini juga tiada pemanis ataupun gula tambahan, kalau rasa manis itu adalah asli dari kurma itu sendiri.

Susu segar kurma ini sesuai sangat untuk ibu yang mengandung dan ibu yang menyusukan anak untuk menambahkan kandungan susu badan. Harga sebotol dalam RM7.45 . Pesanan khas untuk korang, susu segar ini tahan 3 hari sahaja selepas dibuka penutupnya, so dalam masa 3 hari tu korang kena minum habiskan la..sebab dia akan jadi masam selepas 3 hari. Ini kerana ia tidak mengandungi bahan pengawet. Ianya ASLI Segar dari Ladang. 

Patut pun laku susu kurma ni dipasaran, dahlah sedap,murah dan banyak khasiat yang boleh diperolehi selepas minum. Korang cuba la nanti..


08 September, 2018

Domino Pizza Sentiasa Menjadi Pilihan

by on September 08, 2018
Domino pizza sentiasa menjadi pilihan nieyl atau rasanya orang lain juga kot bila cafe tutup ataupun malas nak lunch dekat luar just one call, order and tunggu delivery sampai, seronok kan..Tapi tak boleh la selalu mahu berlubang dompet hihihi..


Nieyl pulak jenis yang jarang makan domino pizza dekat kedai dia, selalu delivery ataupun take away je makan dekat rumah. So, bulan lepas pergi makan dekat domino pizza area presint 15 tu not bad sebenarnya duduk makan dekat kedai tu, selesa dan dapat makan pizza panas-panas.  

Dalam gambar di atas tu cuba korang teka berapa orang yang makan 2 pizza tu..Dan nak bagitahu bahawa kedua-dua pizza tu habis licin..hahaha..nampak tak tahan lapar dia..Tak adalah lapar sangat pun time tu, just tak nak membazir so, makan slow-slow akhirnya habis juga 2 pizza tu.. 

Oklah,nanti korang teka lah berapa orang ya..jawapan yang pertama jawab dengan betul nieyl kasi special review dalam blog nieyl nanti ok..nieyl tunggu jawapan korang yang sporting ♥




07 September, 2018

Laman pembelajaran online kini dibuka PERCUMA

by on September 07, 2018


Tutor.com.my, laman pembelajaran online kini dibuka PERCUMA selama 4 bulan mulai 1/9 hingga 31/12/2018. Kepada semua calon peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM, layari www.tutor.com.my utk soalan latih tubi dan set peperiksaan percubaan A+. 

Zaman nieyl dulu teringat lagi masih mengharapkan pertukaran kertas-kertas ujian pelbagai sekolah untuk ulangkaji. Selain tu siap langgan buku-buku latihan peperiksaan. Sekarang ini hanya dihujung jari sahaja so,kepada Ibu ayah mohon pastikan anak-anak anda tidak melepaskan peluang ini.


Ayuh, pecutan akhir di www.tutor.com.my sekarang!!

06 September, 2018

Cabaran 25 Hari Blogging : Siapa Saya

by on September 06, 2018


Menulis ni ada harinya idea mencurah-curah tapi bila tiba hari blank dia, dia akan blank juga walaupun kita paksa dia untuk keluar. Last-last sendiri yang sakit kepala kan. So, hari ni nieyl nak buat Cabaran 25 Hari Blogging . Ianya sesuai untuk korang yang tiba hari blank korang macam nieyl sekarang ini. 

Nama Pena Nieyl , korang boleh panggil Nieyl. Berumur 30 Tahun walaupun tak nampak macam 30 tahun pun kan..(perasan betul) . Sudah pun berumahtangga bersama jejaki pilihan hati sejak 2012 lagi dan belum ada rezeki untuk bertiga berempat ataupun berlima..InsyaÁllah one day dream become true..doakan yang baik-baik ya.

Merupakan anak yang ke 8 daripada 9 adik beradik satu ibu. Kalau campur ibu yang kedua nieyl mempunyai seramai 13 adik beradik 1 ayah. Dan 24 orang anak buah serta 1 cucu. Telah berkhidmat sebagai PA selama 9 tahun. Dan saya suka main game dan tengok drama korea..

Rasanya itu jela tak ada apa yang menarik pun yang nak di sharekan tentang diri ini. kepada yang baru follow blog ni, salam perkenalan.. Jangan lupa! ISI FORM INI ya 

Amalan Romantik Sunnah Rasulullah

by on September 06, 2018
Apa yang dikatakan Romantik Sunnah Nabi?

Sikap romantik adalah lahir dari hati yang penuh kasih sayang. Ianya melalui percakapan dan perbuatan hari - hari. Sikap romantik ini perlu dikekalkan sepanjang masa walaupun usia perkahwinan itu semakin hari semakin bertambah.

Pada yang telah dikurniakan anak-anak malah ada juga yang bercucu tidak wajar dijadikan alasan untuk tidak lagi bersikap romantik bersama suami mahupun isteri kita. 


Cara mengekalkan sifat romantik

Menghias keseluruhan selalu dilakukan oleh isteri tapi jangan dilupakan untuk menghias bilik tidur untuk mewujudkan suasana romantik. Ini kerana apabila ianya di lakukan dengan kerap, suami akan sentiasa berasa gembira sehingga sikap romantik yang ada dapat disuburkan. Selain itu isteri hendaklah menjaga penampilan diri di hadapan suami dengan memakai pakaian yang menarik dan bau-bauan yang menyenangkan. Ha..tak adalah asyik bau belacan, bau ikan masin je sentiasa kan. 

Mengungkapkan kata-kata cinta ketika berdua -duaan adalah perkara yang lazim di ucapankan. Ha..buat tak?Walaupun masing-masing sibuk dalam menjalankan tanggungjawab dalam kerjaya dan menguruskan rumahtangga, suami isteri hendaklah bijak mencari masa untuk berdua-duaan tanpa gangguan anak-anak. 

Banyak cara yang boleh kita lakukan contohnya berikan sekeping kad ucapan yang mengandungi kata-kata romantik penuh kasih sayang, terutamanya isteri bila dia terima kad seperti itu Ya Allah rasa macam dunia ni dia yang punya. Rasa diri ini di hargai oleh suami. Menghargai pasangan kita, ada kalanya tidak perlu dengan barangan yang mahal-mahal, cukup sekadar ucapan terima kasih, ataupun luangkan masa untuk makan malam di restoran dan sebagainya.

Jika ada salah faham atau permasalahan dalam rumahtangga, jangan sesekali biarkan masalah itu beralaurutan sehingga lukanya meninggalkan bekas, cepat-cepat selesaikan sebolehnya jangan libatkan orang luar ataupun orang ketiga. 

Romantik perlu dilahirkan melalui 

Ciuman mesra - Memberi ciuman mesra kepada isteri seperti isteri mencium tangan suami ketika keluar bekerja dan baru pulang ke rumah. Ciuman adalah lambang kesetiaan, peniup semangat isteri dan suami meneruskan kehidupan. Begitu juga suami, boleh membalas ciuman di dahi isteri jadi..ada lah give and take suami dan isteri .

Ucapan- Selalu mengucapkan perkataan-perkataan yang menunjukkan kasih sayang kepada isteri dan suami . Contonya I love u , I miss U dan sebagainya..Boleh ucapakan ketika nak pergi tempat kerja ataupun outstation. 

Panggilan - memanggil pasangan kita dengan panggilan atau gelaran yang disukai. Sayang ke, Ayang ke sebab panggilan yang simple begitu bermakna untuk isteri.

Usik mengusik - Sentiasa menjadikan suasana lebih romantik dengan usik mengusik dan gurau senda suami isteri. kadang-kadang bergurau senda ini lah boleh merapatkan hubungan suami isteri.

Berpegang tangan - Bagi yang masih berdua masih belum dikurniakan anak, pastinya sentiasa seiringan apabila di luar rumah dan sentiasa berpegang tangan atau lengan suami isteri. Bagi yang mempunyai anak masih boleh jalan seiringin bukannya seorang di hadapan dan seorang di belakang. Tak syoklah begitu kan. Suami isteri kalau boleh jalan seiring :)

Jauhi perkara-perkara yang boleh menyakitkan hati suami atau pun isteri. Kerana perkara seperti itu akan menjadi virus dalam rumahtangga lagi-lagi hati wanita yang sangat sensitif..

Shopathon Blogger Contest

by on September 06, 2018


Shopathon Blogger Contest anjuran LAZADA kali ini. Rajin lazada buat contest untuk blogger, moga kali ini join adalah la habuan yang berbaloi. Kepada mereka yang memang setia dengan Lazada ni, nak beritahu yang Lazada sedang membuat Sale Paling Crazy weh! 9.9 Festival Sale yang akan bermula pada hari ini 6 - 9 September 2018 jadi korang jangan lupa rebut peluang membeli barang kesukaan korang time ni...pasti lebih berbaloi-baloi.

3 PRODUK LAZADA MENJADI IDAMAN


Nak gantikan table study yang lama selain tu nak memberi semangat baru dalam menulis di rumah sebab terlalu banyak masa di habiskan di rumah sekarang ini. Jadi, perlukan semuanya, kononnya begitu lah, harapnya boleh beli la nanti..


Cube storage ni dah lama nak beli sebenarnya memandangkan baju kami suami isteri semakin hari semakin banyak. Mana datangnya pun tak tahu la, sampai penuh dah almari yang sedia ada. So, mungkin kalau pakai cube macam ni nampak lebih kemas dan tak perlu guna ruang yang besar seperti kalau beli almari yang lain.


Tv Cabinet seperti ini amat diperlukan sebab senang gantung je so, habuk-habuk tak terselit dekat bawah cabinet.Nak sapu pun senang tak perlu nak pindah-pindah kan cabinet tv. Lagipun nampak lebih kemas nanti rumah kita kalau tak terlalu banyak sangat perabut di lantai rumah. Masih berada di dalam wishlist, harap dapat juga beli yang ini untuk rumah nieyl nanti.

Jangan lepaskan peluang yang menarik ni okay KLIK SINI je pun tak apa... Doakan nieyl ya..mengharap tu tak la..tapi kalau rezeki, Alhamdulillah..sebab rasanya dah kali ke berapa ntah join lazada punya contest. Asyik tak menang je, so..makin malas pula..hehehe..so, harap menang la..hehehe


05 September, 2018

Jom Isi Form Contact Korang

by on September 05, 2018
Assalamualaikum korang semua! First nieyl nak say Thank You dekat korang yang rajin komen entry blog nieyl yang tidak seberapa ini. Nieyl sedaya upaya membalas kunjungkan korang, kalau ada yang terlepas itu minta maaf ya...InsyaÁllah akan cuba lakukan yang lebih baik di masa akan datang InsyaÁllah..

Ok petang ni, nieyl ada nak minta korang yang tersinggah sini ataupun memang selalu singgah blog nieyl ini, untuk mengisi borang FORM INI  sekiranya korang merupakan follower blog nieyl. Cepat-cepat isi okay..

Korean Dessert Cafe - Hanbing

by on September 05, 2018
Dah lama sebenarnya nak buat girl hang out ni cumanya masa tidak mengizikan. Last week kebetulan semua cuti, bangun tidur nieyl terus dapat idea nak buat girl hang out ni terus whatsapp dalam group, lepas pergi jamuan makan jiran lama mertua nieyl dekat salak, kita pergi IOI City Mall Putrajaya. Lagipun dah lama nak bawa semua adik-adik pergi makan dekat Korean Cafe Hanbing. Nieyl dah kali ke-3 makan dekat sini. 


Alamak..terselit seorang budak teruna dekat tengah-tengah tu. Putri tak nampak sebab tak muat dalam gambar..Tak apa,jap lagi nieyl share gambar putri amoi tu ya.. Macam ni lah kita orang kalau dah berkumpul, bergambar di mana sahaja.


Oh ya..kalau nak pergi cafe ni nasib-nasib lah, kalau rezeki baik...datang-datang je terus dapat tempat makan. Kalau nasib tak baik , korang kena Q panjang dekat luar sementara tunggu customer yang dalam habis makan. Ellsa tolong order makan menu kitaorang hari tu..




Sementara tunggu pesanan sampai, girl membawang bergurau senda sesama kami. Bukan sahaja dekat rumah bersembang gelak ketawa, dekat luar pun sama kalau orang tengok..macam lama tak jumpa padahal setiap bulan je jumpa.


Suka gambar candid acue ambil ni, time ni nieyl kacau ellsa selfie dengan mummy dia..sebab tu la keluar muncung itik tu..aduhai..ellsa muka masam sebab gambar maklong ada juga dlm skrin tu. Korean Dessert Cafe ini terkenal dengan Snow Ice dia yang tersangatlah halus. Kalau makan tu dia cair sendiri dalam mulut kita. Jom tengok apa yang nieyl order..


Blueberry Snow Ice Cheese ini kali ke-3 nieyl makan memang rekemen sedap, halus je ice dia topping ada buah blueberry, aiskirm vanilla dan potongan cheese yang lemak-lemak gitu.. Semangkuk ni korang boleh share 2 orang ataupun 3 orang. Kalau seorang tu nak habiskan agak mengah juga la melainkan kalau korang tahan sejuk..hehehe.. Harga RM26 sahaja


Ini pula nama dia Manggo Snow Ice , yang ini siapa suka makan buah mangga..try ni serius memang sedap kalau makan dengan mangga dia skali. Cuma nasib juga lah kadang-kadang mangga dia manis ,kadang tak berapa manis..topping sama juga ada aiskrim atas tu.. Harga RM26 sahaja


Dumpling goreng ni sedap kalau korang makan cicah la sos yang dia bagi tu, kalau nak makan tanpa sos pun boleh aje rasa dia ranggup dan disediakan juga salad campur yang di potong halus. Ellsa suka makan salad dia.


Kimbap dekat cafe banyak jenis nieyl ambil yang vetegtable punya sebab kimbap ini je yang nieyl boleh makan. Ambil 2 set kimbap ni habis licin..kekeke...Kimbap ni kalau nak sedap makan terus sekali dalam mulut, kalau gigit sikit² berterabur isi dalam dia..


Nampak tak betapa happynya Ellsa dapat makan snow ice, siap nak makan sendiri tu tak nak orang suapkan..Comot pun comot lah asalkan dapat makan sendiri ya Ellsa..

LG-75, West Wing,
 IOI City Mal,
Putrajaya
+603 8940 5034