19 November, 2026
18 November, 2026
Mulakan hari dengan senyuman

Assalamualaikum
Salam Hari rabu..
Semalam seharian nieyl tak sempat nak update entry..
semalam nieyl fokus dekat Ujian PSEE SPA..
menjawab 199 soalan dalam masa 2 jam..
Memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi..
Rasanya nieyl dah 5 ke 6x berpeluang menjawab PSEE ni..
berlainan jawatan lah, sekali je berjaya..
yang lain gagal..semoga hujung-hujung tahun ni, ada lah rezeki...
doakan ya..nieyl dah cuba buat yang terbaik..
klu gagal lagi, tak apa..nanti kita cuba lagii...
Happy working semua..
16 November, 2026
Pengalaman Menonton Teater Puteri Gunung Ledang The Musical 2026
Kali ini, nieyl bersama Afika dan Syida berkesempatan menonton Teater
Puteri Gunung Ledang The Musical 2026. Ingatkan nieyl cerita yang kena battel dapatkan tiket..
kini tiba harinya..Excited sebab ini kali ke-2 nieyl layan teater..Yang kali pertama tu teater Bawang putih Bawang merah , dipentaskan di Istana Budaya tahun 2015.
Untuk Puteri Gunung Ledang 2026 ini dipentaskan di The Grand Theatre, Jeffrey Cheah Performing Arts Centre (JCPAC), Sunway Square, Bandar Sunway, Selangor.
Berlatarbelakangkan zaman kegemilangan kerajaan Melayu Melaka dan empayar Majapahit, teater muzikal ini mengisahkan percintaan tragis antara Gusti Puteri Retno Dumilah, seorang puteri dari Majapahit, dengan Hang Tuah, pahlawan tersohor Melaka.
Namun, kisah cinta mereka diuji apabila Sultan Mahmud Shah turut berhasrat untuk memperisterikan Gusti Puteri. Hang Tuah pula menerima titah untuk mengetuai rombongan meminang bagi pihak Sultan, sedangkan hatinya sendiri mencintai puteri tersebut.
Dalam usaha mempertahankan cinta dan maruahnya, Gusti Puteri mengemukakan tujuh syarat yang luar biasa dan hampir mustahil untuk dipenuhi.
Kisah ini membawa penonton menyelami konflik antara cinta, kesetiaan, kuasa dan pengorbanan.
Kemunculan Aqasha sangat dinantikan,
bila aqasha start nyanyi satu dewan rasa teruja semua cakap WOW!..
sebab suara aqasha ni suara macho..
Ramai lagi pelakon yang menonjol sangat lakonannya..
terutama Mila Mohsin (Gusti Puteri Retno Dumilah)
Luqman Hafidz (Sultan Mahmud Shah)
Mimi Fly (Bayan)
Yusof Hashim (Gusti Adipati)
** Aisha dan Mila berkongsi watak Puteri, begitu juga Mimi Fly dan Nadia untuk watak Bayan. bergantung pada sesi persembahan.

Rating
1000/10
Persembahan yang sangat mengagumkan! Dari jalan cerita, lakonan, muzik, kostum hinggalah suasana pentas, semuanya memberikan pengalaman yang luar biasa. Sound System yang sangat padu. Walaupun ia satu cerita lagenda tapi ia masukkan sedikit unsur jenaka dari percakapan dan perbuatan sangat menghiburkan semua penonton, nieyl sangat puas hati...
Singgah Sekejap, Nikmati yang Manis : Inside Scoop
Kadang-kadang, dalam kesibukan berjalan-jalan,
perkara kecil seperti singgah menikmati aiskrim pun boleh menjadi kenangan yang manis.
Selesai berjalan-jalan sekitar Pasar Seni, Kitaorang mengambil peluang untuk singgah di Inside Scoop.
Mestilah tak lengkap kalau keluar berjalan tanpa menikmati sesuatu yang manis, kan? 😆Suasana santai, sembang-sembang bersama memang sesuatu yang menyeronokkan..
Bukan tentang ke mana kita pergi atau berapa banyak tempat yang kita singgah,
tetapi tentang momen kecil yang kita cipta bersama.
Jauh afika turun KL dari batu pahat untuk spend time kali ini..
Ok lepas makan aiskirm, kitaorang pergi lunch..
di mana,next entry okay..
Singgah Pasar Seni
Kali ini, Nieyl berpeluang keluar seharian Syida dan Afika.
Destinasi pilihan kami ialah Pasar Seni, Kuala Lumpur!
Ini first time kiteorang..
kebanyakkannya menjual kraftangan dari Malaysia..
boleh dikatakan kebanyakkan kedai menjual barang yang sama..
jadi, nieyl tak masuk semua kedai..
nieyl lebih tertarik dengan suasana je..
menarik menjual pelbagai magnet, poskad, buku cop dan macam-macam lagi..
tapi hanya afika yang membeli..
dia beli buku cop..
kita layan je adik sorang ni main cop-cop..
next entry...
13 November, 2026
Jualan dekat Lobi Tamarind Square
.jpeg)
Alkisahnya last week nieyl kan pergi makan dekat Glaze Eatery..
masa nak pergi ke parking tu, ternampak ada jualan dekat tengah-tengah lobi Tamarind Square ni..
Nieyl pun singgahlah saja tengok-tengok,cuci mata..
Ada jual pakaianan, makanan, beg, pokok bunga
Ada jual aksesori wanita..
kak emmy ada beli perfume 2 botol..
benda yang comel kalau ternampak,
harus beli hahahaha..
nieyl beli cincin riben tu..
RM10 cute kan..
12 November, 2026
Glaze Eatery, Tamarind Square Cyberjaya
Biasalah kalau puasa, teringin dia tu kalah orang mengandung..
nieyl teringin makan speghetti dan ayam grill..
Waktu lunch jumaat nieyl pergi dengan kak emmy..
kalau dekat tamarind tu salah satu tempat speghetti sedap,
ha..di Glaze Eatery sebab kena dengan tekak nieyl tapi orang lain tak tahu la..
Ini menu nieyl,
Aglio Olio + Chicken Grill..
cafe bagi extra udang dekat nieyl sebab dia lewat sikit ..
tapi pada nieyl tak adalah lewat mana pun...
lebih kurang 10-15 minit je pun tunggu..
borak-borak dengan kak emmy,
makanan sampai..
Yeung Chow Fried Rice with chicken dan telur
dapat vibe yang best dan tenang...
makanan sedap..
staff yang sangat peramah dan mudah berurusan..
10/10
11 November, 2026
Roti Sarang Sos Caremel
mesin dah ada, tapi buatnya setahun sekali je..
lebih rajin membeli dari membuat sendiri..
adoi la, siapa dah kerajiaan yang lebih, meh bagi nieyl sikit...
nieyl submit order 11 bekas..
memborong ye..bukan semua nieyl punya tau..
biasalah nieyl suka ambil order sekali dekat group family..
itu yang banyak sekali order tu..
Sebekas RM5 je..
Alhamdulilah, nieyl kongsi rezeki dengan bos nieyl ..
bos selalu bagi nieyl makanan..
sesekali kita kongsi rezeki dengan bos..
10 November, 2026
Rindu ke tu
cuti panjang blog nieyl dengan entry..
malam ni kena buat kerja sikit buka laptop..
Dapatlah entry satu, takut nanti orang dah lupa blog nieyl hehehe...
Dalam fon banyak benda yang nak di share kan..
ni sementara tunggu husband balik dari lepak minum dekat mamak..
nieyl menaip sikit lah untuk auto publish esok ok hehehe..
06 November, 2026
Geram betul lah dengan Si Haris ni
Apa lagiii, geramlah tengok perangai si Haris dalam drama Suamiku Anak Mak tu..
Korang ada follow tak?
Drama yang mula ditayangkan pada 26 Oktober 2026 menerusi slot MegaDrama di Astro Ria ini menampilkan barisan pelakon seperti Emma Maembong, Keith Foo, Dian P. Ramlee dan Izzue Islam.
Sinopsis Drama Suamiku Anak Mak
Drama ini mengisahkan Zaraa (Emma Maembong) yang berkahwin dengan Haris (Keith Foo) atas dasar cinta dan mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia.
Namun, selepas berkahwin, Zaraa mula menyedari bahawa Haris terlalu mengutamakan ibunya, Mak Leha (Dian P. Ramlee).
Apa sahaja keputusan rumah tangga seolah-olah perlu mengikut kehendak Mak Leha. Haris pula sukar untuk meletakkan batas antara tanggungjawab sebagai seorang anak dengan tanggungjawab sebagai seorang suami.
Lebih menyedihkan apabila pengorbanan Zaraa tidak dihargai. Sedikit demi sedikit, kebahagiaan rumah tangga mereka mula tergugat.
Mampukah Zaraa bertahan dengan keadaan tersebut?
Antara Kasih Ibu dan Tanggungjawab Suami
Bagi Nieyl, tema yang diketengahkan dalam drama ini memang menarik
untuk dijadikan renungan.
Mungkin tidak terjadi pada kita,
tetapi tak mustahil ada terjadi pada orang di luar sana..
Tidak salah seorang lelaki menyayangi ibunya. Malah,
tanggungjawab berbakti kepada ibu bapa tetap perlu dijaga walaupun selepas kita berkahwin berkahwin.
Tetapi dalam masa yang sama, seorang suami juga perlu memahami
bahawa isteri mempunyai hak, perasaan dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan.
Ibu tetap ibu, isteri pula pasangan hidup yang dipilih untuk membina sebuah keluarga.
Jadi, kedua-duanya mempunyai tempat tersendiri.
Tidak sepatutnya kasih kepada seorang menyebabkan seorang lagi terabai.
Apa yang Nieyl boleh katakan, drama ini memang menarik untuk diikuti kerana jalan ceritanya membawa kita melihat realiti kehidupan berumah tangga dari sudut yang berbeza.
Kadang-kadang, perkara yang nampak kecil seperti campur tangan keluarga, keputusan tanpa berbincang dan sikap terlalu mengikut kehendak orang lain boleh menjadi punca keretakan hubungan.
betul tak?
Dah lama nieyl tak tengok drama tv..
bila ada drama yang best je, nieyl baru akan tengok tapi
bila dah tengok geram la pula hahaha..
Astro Ria 104
Isnin – Khamis, 10 malam
Jangan Lupa Berselawat Hari Jumaat
Assalamualaikum dan salam Jumaat semua.
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bertemu lagi dengan hari Jumaat. Hari yang penuh keberkatan dan menjadi penghulu segala hari.
Dalam kesibukan kita menguruskan rutin harian, jangan lupa untuk meluangkan sedikit masa memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Kadangkala, amalan yang nampak kecil tetapi dilakukan dengan penuh kasih dan ikhlas membawa makna yang begitu besar.
happy working semua..
05 November, 2026
Tips Menyimpan Bawang Supaya Tidak Cepat Rosak
Pernah tak korang beli bawang dalam kuantiti yang banyak, tetapi belum sempat habis digunakan, bawang dah mula lembik, bertunas atau berkulat?
Rasa sayang pula nak buang, kan?
Sebenarnya, bawang boleh tahan lebih lama jika disimpan dengan cara yang betul.
So, hari ini nieyl nak kongsikan beberapa tips mudah untuk menyimpan bawang supaya lebih tahan lama.
1. Simpan di Tempat Kering dan Berpengudaraan
Bawang mentah yang belum dikupas sebaiknya disimpan di tempat yang:
Kering dan tidak lembap.
Tidak terkena cahaya matahari secara langsung.
Mempunyai pengudaraan yang baik.
Jauh daripada kawasan panas.
**Gunakan bakul berlubang atau jaring supaya udara boleh bergerak dengan baik.
2. Jangan Simpan Bawang dalam Plastik Tertutup
antara kesilapan yang sering dilakukan bila balik dari membeli
Bawang yang disimpan dalam plastik tertutup boleh memerangkap kelembapan dan menyebabkan bawang lebih mudah berkulat atau rosak.
Jadi, keluarkan bawang daripada plastik asal dan pindahkan ke dalam bakul atau bekas yang mempunyai pengudaraan.
3. Jangan Basuh Bawang Sebelum Disimpan
Bawang yang masih mentah dan belum dikupas tidak perlu dibasuh sebelum disimpan.
Air yang tertinggal pada permukaan bawang boleh meningkatkan kelembapan dan mempercepatkan kerosakan.
Jika kotor, bersihkan tanah yang melekat secara kering terlebih dahulu.
4. Asingkan Bawang yang Sudah Rosak
Periksa bawang dari semasa ke semasa.
Kalau ada bawang yang lembik, berkulat atau mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, asingkan dan buang.
Jangan biarkan bawang yang rosak bercampur dengan bawang yang masih elok.
5. Simpan Bawang yang Telah Dipotong dalam Peti Sejuk
Kalau ada bawang yang sudah dipotong atau dikupas, cara penyimpanannya berbeza.
Masukkan ke dalam bekas makanan yang bersih dan bertutup.
Simpan di dalam peti sejuk pada suhu 4°C atau lebih rendah.
Gunakan dalam tempoh yang sesuai dan jangan biarkan terlalu lama pada suhu bilik.
Dan korang ada 1 lagi tips nieyl nak share..
sebab nieyl pun baru juga ni tahu, so nieyl share dengan korang juga..
Cara Penyimpanan Mengikut Jenis Bawang
🧅 Bawang besar
Simpan di tempat sejuk, kering dan mempunyai pengudaraan baik. Bawang yang telah dipotong perlu disimpan dalam peti sejuk.
🧅 Bawang merah
Simpan di tempat kering dan berangin. Elakkan kelembapan berlebihan.
🧄 Bawang putih
Simpan di tempat yang kering, sejuk dan mempunyai pengudaraan. Elakkan menyimpannya dalam bekas kedap udara ketika masih mentah dan belum dikupas.
Rupanya, menyimpan bawang pun ada caranya. Dengan cara penyimpanan yang betul, kita bukan sahaja dapat memastikan bawang tahan lebih lama, malah dapat mengurangkan pembaziran barang dapur dan juga dapat jimatkan duit kitaaa..
Setiap Pagi Adalah Peluang Baharu
Assalamualaikum dan selamat pagi semua!
Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk membuka mata dan menikmati satu lagi pagi yang indah.
Setiap kali matahari terbit, sebenarnya Allah sedang memberikan kita semua peluang baharu.
Peluang itu untuk kita memperbaiki diri, mencuba sesuatu yang lebih baik .
Tak perlu terlalu memikirkan kesilapan semalam lalu.
Jadikan ia pengajaran, bukan beban yang perlu dibawa sepanjang hari.
Mulakan pagi ini dengan senyuman, hati yang tenang dan fikiran yang positif.
Ingatlah...
Semalam adalah kenangan, hari ini adalah peluang dan esok adalah harapan.
Semoga hari Khamis ini dipenuhi dengan urusan yang dipermudahkan, rezeki yang melimpah dan berita-berita yang menggembirakan.
Happy working semua..
04 November, 2026
National Stress Awareness Day
Assalamualaikum..
kejap nya dah rabu eh hari ini...
Pernah tak korang rasa penat, tapi bukan penat fizikal? Badan rasa okay,
tetapi fikiran macam penuh dengan macam-macam perkara. Kerja, keluarga, tanggungjawab dan hal-hal kehidupan yang kadangkala datang tanpa kita duga.
Haa... itulah antara situasi yang boleh menyebabkan kita mengalami stress.
untuk pengetahuan korang, hari ini 4 November diperingati sebagai National Stress Awareness Day atau Hari Kesedaran Stres. Hari ini mengingatkan kita tentang pentingnya menjaga kesihatan mental dan belajar mengurus tekanan dalam kehidupan seharian.
Kadang-kadang kita terlalu sibuk memikirkan orang lain, sibuk menyelesaikan urusan kerja dan tanggungjawab harian, sampai terlupa nak bertanya khabar pada diri sendiri.
Pesanan untuk diri sendiri
Jangan terlalu keras dengan diri sendiri. Tak mengapa kalau hari ini kita tak mampu buat semuanya. Tak mengapa kalau kita perlukan sedikit masa untuk berehat.
Ingat, berehat bukan bermaksud malas. Menangis bukan bermaksud lemah. Dan meminta pertolongan bukan bermaksud kita gagal.
Kita juga berhak untuk rasa tenang, gembira dan bahagia.
Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk menghadapi apa sahaja ujian kehidupan. Jangan lupa jaga diri sendiri kerana diri kita juga sangat berharga.
Happy working semua♥
03 November, 2026
Kiriman Foto Dari Anak Buah Nun Jauh
Adik kepada bella, sekarang tengah buat Degree produksi dan kesihatan haiwan di Unisza,
kampus Besut Terengganu.
Hari ni dia hantar gambar menunggang kuda..
semalam seharian dekat kandang kuda..
Khamis ni dia balik cuti seminggu..
khamis petang nieyl pergi ambil dia dekat KLIA..
Semoga dia dapat habiskan pengajian 4 tahun ni dengan cemerlang..
Amin..
Peti Sejuk Berbau? jom cuba Petua ini
Pernah tak korang buka peti sejuk, tiba-tiba terhidu bau yang kurang menyenangkan?
Kadang-kadang bau tu datang daripada ikan, ayam, makanan yang sudah lama disimpan ataupun sisa makanan yang tertumpah yang kita tak perasan.
Walaupun peti sejuk tu fungsi dia untuk memastikan makanan kekal segar,
tapi ia perlu dibersihkan. Ha..agak-agak bila kali terakhir korang bersihkan peti sejuk dekat rumah tu?
Hari ini Nieyl nak kongsikan beberapa petua mudah untuk membantu mengatasi masalah bau dalam peti sejuk. Jom cuba
🌷 1. Gunakan Baking Soda
Baking soda atau soda bikarbonat boleh membantu menyerap bau yang kurang menyenangkan.
Caranya:
Masukkan sedikit baking soda ke dalam bekas kecil yang terbuka.
Letakkan di salah satu bahagian dalam peti sejuk.
Gantikan dengan yang baharu secara berkala.
🌷 2. Bersihkan Peti Sejuk dengan Air Sabun
Kadangkala bau datang daripada kuah yang tumpah, susu atau makanan yang melekat pada rak.
Caranya:
Keluarkan makanan dan barang daripada peti sejuk.
Tanggalkan rak yang boleh dibuka.
Cuci menggunakan air suam dan sabun pencuci pinggan.
Lap sehingga bersih dan kering sebelum memasukkan semula makanan.
🌷 3. Simpan Makanan dalam Bekas Bertutup
Makanan yang mempunyai bau kuat seperti ikan,
sambal, durian dan lauk-pauk boleh mempengaruhi bau makanan lain.
Jadi, Gunakan bekas kedap udara supaya bau tidak mudah
merebak ke seluruh ruang peti sejuk.
🌷 4. Jangan Terlalu Penuhkan Peti Sejuk
Peti sejuk yang terlalu padat boleh menghalang peredaran udara sejuk.
Susun makanan dengan kemas dan pastikan ruang untuk
udara bergerak supaya suhu lebih sekata.
Ada macam-macam lagi petua..
korang ada petua lain tak?
Share lah dekat komen okay..
Tak perlu tunggu sampai bau busuk memenuhi ruang peti sejuk.
Amalkan rutin membersihkan dan menyusun makanan
supaya peti sejuk sentiasa berada dalam keadaan baik..
Suka Buat Minum Petang
nieyl dengan kakak-kakak nieyl suka buat minum petang..
berkumpul dekat luar rumah..
sambal makan, sembang-sembang adik beradik..
ipar duia, anak-anak buah..
cekodok kentang bawang, tempe goreng, kari kepala ikan dan sambal ikan bilis..
lepas tu kakak nieyl ada buat mee hailam juga..
masa tu makanan ni semua dah habis..
tengah plan nak buat makan-makan juga nanti..
Semoga ikatan kekeluargaan ini kekal hingga jannah..
Amin..
97 hari lagi menuju Ramadan 1448H
Alhamdulillah… sedar tak sedar, semakin hampir kita melangkah ke bulan yang penuh keberkatan.
Hari ini, countdown menunjukkan 97 hari lagi menuju Ramadan 1448H. Tak terasa masa berlalu begitu pantas. Rasanya baru sahaja kita meninggalkan Ramadan yang lalu, kini sudah hampir tiba waktunya untuk bertemu kembali dengan bulan yang dinanti-nantikan.
Yang mana tinggal puasa tu, dah habis ganti ke belum tu?
kalau belum, moh kita ganti secepat yang mungkin..
Happy woriking semua..
02 November, 2026
Pengumuman Top Komentator Oktober 2026
petang baru sempat nieyl nak update Pemenang Komentator Oktober 2026..
Ini merupakan kali pertama untuk blog nieyl..
Sebelum tu, nieyl akan pilih pemenang yang berlainan setiap bulan supaya semua follow nieyl yang rajin singgah dan komen entry nieyl dapat gift dari nieyl ♥

Tahniah di ucapkan kepada Encik Shaizhar..
Nanti emel details dekat nieyl okay...
(emel : nieyl.puteriimpian@gmail.com)
Terima kasih kepada semua yang tersenarai dalam TOP 10 Komentator nieyl..
selalu singgah blog nieyl yang biasa-biasa ini, dan tinggalkan komen..
insyaÁllah nieyl akan cuba untuk membalas BW juga nanti..
Jom jadi pemenang TOP Komentator November nieyl
Korang, comel tak mereka?

Siapa yang comel tu?semestinyalah bukan nieyl..
ni ha crochet haiwan yang menjadi koleksi di meja nieyl..
Dari pada 1 , jadi 2 dan kemudian tambah satu lagii...
comel kan mereka 3 sekawan..
Bila orang datang ke bilik nieyl..
semua macam geram dengan dieorang ni..
tanya nieyl buat ke?
alamak..tangan tak berseni..
nieyl order dekat adik ipar kakak nieyl..
dia suri rumah, jadi nieyl membantu membeli..
sambil tu nieyl pun promote-promote dekat kawan-kawan..
comel gila..

Yang ni cat , kawan nieyl order juga..
Untung siapa yang tangan, jari jemari kreatif ni..
kalau ada yang berminat nak order juga..
Boleh contact nieyl okay..


.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.png)


.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)





.jpeg)









.jpeg)