14 November, 2025
Morning...
Selamat pagi..
Jumaat dah hari ni kan..
semoga dipermudahkan segala urusan kita..
Pagi ni salah seorang anak buah nieyl..
maklumkan yang mak mertua dia di hospital ketika ini..
dan maklumkan result hasil pemeriksaan detail semalam..
Mak anak buah nieyl ( isteri anak buah) disahkan menghidap kanser usus..
Allahuakbar..
besar ujian mereka..
semoga anak buah nieyl bertabah dan dipermudahkan segala urusan perubatan mak nya..
Terus berikan sokongan dan dorongan supaya terus kuat..
Kita ni jangan lupa ya..
baca surah Al-kahfi ya..
13 November, 2025
Smile
Bubur Berlauk Paling Meriah dan Murah
Matching- matching sama warna
Good Morning
Selamat Pagi...
Semoga hari ini lebih baik dari semalam...
khamis dah hari ni kan...
sedar tak sedar..kita ni kurang dari 100 hari nak sambut ramadhan kan..
minggu depan plan nak sambung ganti puasa...
korang yang kaum hawa dah habis ganti belum...
klu dah habis, bagus ...
klu tak habis, moh kita ganti..
12 November, 2025
Evolusi kad pengenalan
Kerabu Ikan Bilis Labuan
- Bawang mereh -dihiris
- Tomato-dihiris
- cili api-dihiris
- bunga kantan-dihiris
- Ikan bilis ( goreng garing)
- Gula
- garam
- Pak aji sikit
- Gaul semua bahan sehingga sebati kecuali ikan bilis, ikan bilis masukkan yang terakhir sekali supaya kekal rangup masa makan..
Tahap Kesejahteraan Psikologi Nieyl
Apa yang penting, kita kena sentiasa berfikiran positif.
Selagi kita bernafas, kita akan sentiasa di uji dalam pelbagai ujian..
Nieyl setiap malam sebelum tidur berdoa, semoga bangun pagi nieyl nak dengar suara mak, tengok muka mak..walaupun nieyl tahu, hari itu akan tiba tapi nieyl sedaya upaya berfikir positif dan sedaya upaya lalukan semuanya untuk mak..
Korang,sentiasa doakan kesihatan mak nieyl ya..terima kasih semua...
Stay Positive
Selamat pagi...
Selalu dengar perkataan ni Stay Positive...
nieyl pernah berada dalam situasi yang mana hilang rasa positive dalam fikiran..
ketika itu apa sahaja benda yang positive yang didengar..
bertukar menjadi negative..
sebab itu sekarang ni nieyl cakap dengan diri nieyl..
nieyl nak hidup dengan happy..
nieyl nak selalu stay positive...
walaupun susah selagi ada IMAN dalam diri..
INGAT ALLAH..insyaÁllah kita semua boleh..
Happy working semua...
11 November, 2025
Itulah sweet sangat
Dia dah sampai ofis dah
10 November, 2025
Awal pagi rezeki masuk
13 October, 2025
Mak kena warded
Salam isnin..
Tak sempat nak BW blog yang komen entry nieyl..
Mak nieyl kena warded selepas 2 hari balik dari umrah..
Khamis balik tu memang nampak mak agak lemah..
beberapa hari dekat sana mak nieyl di uji tiada selera makan..
makan pun hanya sedikit sahaja..
Balik Malaysia, pun dia tak berapa nak makan..
Sabtu malam dia mengadu jantung dia laju..
dada macam cucuk²..
mula-mula tu dah bagi nab dekat rumah..
ok sekejap lepas tu mak kata dah tak boleh nak tahan..
terus nieyl bawa pergi Emergency...
Alhamdulillah..
Ambil darah semua ok..
Masih batuk dan jantung dah stabil..
cuma perlu rehat lagi dan tekanan darah agak rendah..
jadi, kena stay lagi dekat hospital sehari dua Dr. cakap..
Doakan mak nieyl ya...
09 October, 2025
Dim Sum Discovery by Canning: Pengalaman Makan & Belajar Dalam Satu Tempat
Maklumat Penting
-
Tarikh dibuka: 25 Januari 2024
-
Waktu operasi: 8.00 pagi – 4.00 petang (tutup setiap Selasa)
-
Alamat: 26, Hala Rapat Baru 21, Kawasan Industri Ringan Kinta Jaya, Ipoh
-
Telefon: +60 16-709 1535
Off Day
Selamat Pagi..
Hati nieyl berbunga-bunga hari ni sebab Mak nieyl balik dari Umrah hari ini...
Yeay...seronoknyaaa
Kalau ikutkan mak touch down pukul6 pagi..
lepas subuh nieyl akan bergerak ke KLIA..
sehari sebelum tu mak videocall..
mak kata nanti balik , masakkan tomyam sedap-sedap untuk mak..
baik bos..everything for youu...
08 October, 2025
Kedai Cikgu Ipoh – Suasana Santai, Rasa Macam Masakan Rumah!
Apa yang buat ramai suka datang ke sini bukan sekadar makanannya, tapi juga layanan ramah staf dan harga yang berpatutan. Kedai ni sesuai untuk semua — sama ada nak lepak santai dengan kawan, makan tengah hari dengan keluarga, atau singgah selepas berjalan di sekitar Ipoh. Total breakfast RM34 untuk 3 orang makan, murahkan..
Kalau anda orang luar yang datang melancong ke Ipoh, Kedai Cikgu memang antara tempat terbaik untuk rasa masakan tempatan sebenar. Pendek kata — "masakan cikgu, tapi rasa macam mak masak!"
Nanti korang try ok, masuk dalam wishlist kalau datang Ipoh..
Lutut Ayam Goreng Niase Ipoh – Unik, Rangup & Padu!
Photobooth Kreatif di Lorong Kecil
Bagi nieyl photobooth ini adalah elemen kecil yang memberikan “bonus” dalam pengalaman jalan-jalan. Ia menjadikan lorong itu bukan sahaja tempat lalu lalang, tapi juga ruang untuk berhenti dan mencipta memori visual.
Namun, seperti banyak tempat pelancongan komersial, ada ulasan bahawa Concubine Lane kini lebih tertumpu ke arah jualan souvenir dan makanan, dan aspek warisan kadang-kadang terasa terpinggir. Photobooth yang menarik boleh menjadi salah satu cara memulihkan elemen seni dan estetika di tengah kesibukan lorong.
Jadi, kalau korang ke Concubine lane carilah photobooth ni dia belakang Plan B cafe...Oh lupa, cost photobooth tu rm30 sahaja..lain pakej , lain harga tau..
07 October, 2025
House of Salai by Naddy — Menyelami Aroma Salai & Kenangan Rasa Kampung
06 October, 2025
Keindahan & Keunikan Iskandar Polo Club, Ipoh
Tasik Cermin 2 Ipoh: Hidden Gem yang Tenang dan Cantik
Suasana di sini lebih tenang dan tak terlalu ramai orang. Air tasiknya jernih, dikelilingi tebing batu kapur yang tinggi – bila kena cahaya matahari, memang nampak macam lukisan alam.
Kalau datang waktu pagi, kabus tipis masih menyelimuti kawasan ni. Memang rasa macam masuk dunia lain!
Tips Sebelum Melawat
-
Datang awal pagi atau lewat petang untuk elak cuaca terlalu panas.
-
Pakai kasut yang selesa sebab akses jalan agak berbatu.
-
Jangan lupa bawa kamera atau phone dengan bateri penuh – confirm banyak gambar cantik!
-
Jaga kebersihan – jangan buang sampah sembarangan.












.jpeg)








.jpeg)


.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)



.jpeg)
.jpeg)




.jpeg)
.jpg)



.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)


