Pergi Kenduri Sepupu Kahwin | Bulan 12 mesti banyak undangan kenduri kahwin kan, nieyl start munggu lepas dah ada undangan. Balik je pasar pagi terus siap-siap untuk pergi kenduri kahwin sepupu nieyl, anak makcik belah ayah nieyl kahwin cuma kali ni dia buat agak jauh sikit lah. Sebab dia gabung dengan belah perempuan sekali.
Nieyl suka betul tengok pelamin dia yang sangat cantik dan besar. Oh ye lupa nak bagitahu majlis ini di buat di cinerea hall forest valley cheras. Ini kali pertama kali nieyl sampai sini. Disebabkan jauh dari rumah nieyl , jadi kita bergerak awal sampai dewan dalam pukul11.15 cmtu. Jemputan belum ramai lagi. Nasi arab dia pun sedap jugak.
Selain itu nieyl ada ambik juga laksa utara , kuey teow dan apam balik crispy. Semua makanan dia sedap-sedap. Kawasan ni ada 4 hall , jadi bila dah parking tu guard akan tanya siapa nama ayah pengantin supaya kita tak salah masuk hall..
Selesai majlis, nieyl balik rumah dan berehat~
.jpeg)


No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)