01 December, 2025

Morning Routine Ringkas Yang Bantu Mood Positif

 

Morning Routine Ringkas Yang Bantu Mood Positif | Pagi adalah segala-galanya yang menentukan mood kita sepanjang hari.  Setiap manusia ni rutin dia berbeza mengikut masa dan kesempatan yang ada.  Inilah beberapa rutin pagi mudah yang nieyl buat setiap hari, boleh dikatakan hampir sama setiap hari kecuali hari cuti. 

Bangun Dengan Perlahan dan Sedar

Nieyl akan ambil masa untuk bangun dari katil. Sebab itulah nieyl akan kunci jam setiap 15 minit dari pukul5.30 pagi. Bila dah bangun, nieyl akan duduk sekejap tarik nafas dan bagi mata tu buka besar-besar, baru nieyl akan buat benda lain.  Nampak macam kecil, tapi ia bantu elak rasa kelam-kabut dan memulakan hari dengan lebih teratur. Tapi kalau terlewat bangun, sendiri mahu ingatlah tak ada masa nak duduk terus capai tuala , masuk bilik air dan mandi.

Prep Muka dan mula make up untuk pergi kerja

Nieyl bukan jenis kaki make up tebal-tebal tu, make up niey pergi kerja pun simple sahaja asalkan cantik, simple dan kemas. 

Susun Katil

Walaupun nampak remeh, kemas katil boleh beri rasa ‘siap satu tugas’. Ia bagi semangat awal untuk teruskan hari dengan teratur. Kerja ni selalunya husband nieyl yang akan buat, nieyl buat sesekali sahaja untuk kemas katil..

Buka Tingkap dan Dapatkan Cahaya Semula Jadi

Cahaya pagi sentiasa beri rasa segar. Sekeliling rasa hidup, dan mood pun automatik jadi lebih cerah. Setiap pagi nieyl memang akan pastikan tingkap bilik di buka dan langsir di sangkut kemas.

Salam Suami dan Mak

Yang paling mempengaruh mood nieyl adalah kalau terlupa salam dua insan tersayang ni. Ha..memang hati tak tenang. Jadi, setiap kali sebelum keluar pergi kerja nieyl akan pastikan nieyl salam, cium mereka berdua. Ini yang paling MOOD ONZ sepanjang hari..

Akan datang kalau dah ada anak, mungkin rutin tu akan berubah dan takkan sama dah betul tak.. Apa-apa pun rutin kita, yang penting boleh bagi kita MOOD yang terbaik sepanjang hari..Okay!

1 comment:

  1. Rutin akak pagi- pagi buat sarapan suami,suami dah hantar MRT Kajang memang salam cium tangan..biasa keluar rumah pagi2 jarnag jumpa PZ..keluar time dia belum bangun

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)