29 December, 2025

Ada orang belanja pergi SPA

Ada orang belanja pergi SPA | Sweet betul adik ipar sorang ni. Ingatkan bagi gift box je rupanya diam-diam dia dah booked SPA untuk 3 kakak dia ni. Sehari selepas majlis memang jujur cakap memang penat ya walaupun buat di dewan. Balik dari dewan hari kenduri tu, dah petang kepenatan jangan cakap lah mana ada duduk sepanjang majlis. Kaki ni rasa macam dah tak rasa apa dah, balik bersihkan make up, mandi, solat konon nak tidur sekejap sebab penat sangat sekali sedar..hihihihi...jangan tanya pukul berapa ye.. tak elok dicontohi..

Esok harinya adik ipar ada bookedkan SPA untuk nieyl dan 2 orang lagi tu berehat. Kita ambil pakej facial dan massage head and shoulder. 

Pakej yang adik ipar nieyl ambil ni ambil masa dalam 45min. Ya Allah walaupun 45 min sangat best lena tidur ya..kalau ikutkan hati nieyl kalau ada massage full body dekat SPA tu nieyl dah add on dah. Tapi tak ada..tak apalah , bersyukur dengan apa yang ada nieyl oi..

Selesai SPA , duduk santai seketika sambil melihat decoration SPA ni walaupun simple tapi menenangkan..

Sambil-sambil minum teh yang disediakan tu, sempat juga lah membelek pakej-pakej SPA yang ada. Kalau tengok tak adalah mahal sangat semuanya bawah Rm200. Oh ye lupa pula nak cakap nama SPA ni The Coconut SPA Cyberjaya.  Area Cyberjaya ni banyak SPA-SPA best juga, kena rajin explore kadang-kadang dapat harga yang sumpah berbaloi-baloi..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)