Shopping Apa Tu? | Pada asalnya nieyl nak beli tudung lilac untuk kenduri adik ipar nieyl lagi 2 minggu ni. Tapi biasalah kalau niat nak beli sehelai kejadiannya akan jadi berhelai-helai. hahaha.. Nieyl kalau tudung jarang beli yang mahal-mahal sebab nieyl memang akan pakai selagi tak koyak tapi bertahun-tahun lah.
Kali ini nieyl beli 7 helai tudung bawal. Kebanyakkannya warna-warna yang nieyl tak ada lagi. Lepas tu husband geleng kepala, dia cakap nak simpan dekat mana lagi tu. Tempat letak tudung dah penuh dan termuntah dah tu hahaha.. Sudahnya duduk dalam beg plastik lagi hehehe..


No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)