Syukur Alhamdulillah | Tanggal 20 Disember jam 10.20 pagi adik ipar nieyl sah bergelar isteri. Lega hati kami adik beradik ni bila kini adik dah ada orang jaga dia. Adik tidak lagi keseorangan selepas ini. Kalau yang baru baca blog ni, nieyl tiada mak dan ayah mertua lagi mereka telah meningggal dunia beberapa tahun yang lalu.
Segala persiapan perkahwinan adik ipar ini di uruskan sendiri oleh kami adik beradik. Majlis kenduri pun kami tak jemput ramai orang , kami jemput sedara mara , kawan-kawan adik dan juga jiran selorong je. Kami buat secara kecil-kecilan sahaja. Nikah di masjid dan majlis makan-makan kita buat di dewan.
Inilah family belah husband. Dia ada 4 orang adik beradik. Husband anak yang pertama, dan sebelah husband tu no. 2 dan sebelah nieyl tu no. 3 dan bongsu yang jadi pengantin. Anak buah setakat ini ada 4 orang..
Dari kawan , kini keluarga...siapa sangka jodoh semua rahsia Allah kan.
Sorry tak banyak sangat gambar, sebab tuan rumah kan. Memang mengharap gambar orang share je la dan tunggu offical gambar dari photographer. Nak tengok tak dessert table nieyl?next entry ya...



No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)