02 December, 2024

Good Morning

by on December 02, 2024


Assalamualaikum...
salam pagi isnin..
Pagi ni nieyl masuk opis dulu untuk settelkan bos-bos punya kad parking..
hari ni kad parking akan ditukarkan ke kad baru..
kemudian hari ni juga last untuk hantar segala claim..
sebab akaun dah nak tutup untuk  2024.

Lepas settel semua urusan di opis..
baru nieyl akan ke tapak event untuk esok..
nak setup booth dan juga pendaftaran area..
doorgift dan lain-lain...

Nieyl banyak story nak share..
tapi nanti hari rabu insyaÁllah nieyl update lagi okay..
Doakan semoga urusan nieyl hari ni dan esok dipermudahkan ya..

Happy working..

 

29 November, 2024

Morning Di Pagi Jumaat

by on November 29, 2024


Assalamualaikum..
Selamat Pagi...
Salam Jumaat...
Dari malam tadi non stop hujan sampai ke Pagi ni..
Kita sama doakan semoga negeri atau kawasan2 yang dah start banjir ini dipermudahkan segala urusan mereka..Amin...

Happy working



 

28 November, 2024

Jangan Pandang Belakang 2

by on November 28, 2024

 

Jangan Pandang Belakang 2 | For the first time nieyl pergi tengok filem hantu di panggung wayang. Ini semua gara-gara bakal anak buah (bf bella) dia ajak pergi tengok wayang. Bila nieyl tanya cerita apa, dia cakap cerita jangan pandang belakang, dan nieyl cakap tak nak. Dia cakap dia dah beli 6 seat terus. Saja nak kenakan nieyl budak 2 ni.. Nak tak nak, pergilah sebab dah dia beli kan..tapi hati ni tak tenang la jawabnya..

Sepanjang perjalanan tayangan boleh dikatakan nieyl hanya mampu pandang depan 20% je..dan lagi 80% tu nieyl tutup mata dengan tudung, pandang tepi hahaha. Dia punya sound effect petir, kilat tu Allahuakbar, memang nieyl terkejut-kejut. Dan pulak tu bunyi tengkorak dipusing kepalanya tu lagi la buat rasa nieyl nak lari je..hahaha..seriklah weh..

Actually cerita dia tak adalah seram mana pun tapi yela..nieyl ni memang takut tengok cerita hantu-hantu ni dan tak pernah tengok pun, jadi perasaan tu lain. Orang lain tengok elok je hahaha...Tapi jalan cerita dia semua nieyl faham dan tahu walaupun 20% je tengok hahaha..sebab mata tak tengok, telinga dengarrr.

Korang pergilah tengok, support filem tempatan kita okay...nieyl tak nak share nanti spoil hihihi.. Siapa yang dah tengok yang first, ini sambungannya..dan boleh jalan kenapa dan menngapa saka tu masih menggangu keturunan dia. Ok bye

Morning View Penang Bridge

by on November 28, 2024


Assalamualaikum..
Selamat pagi..
Tenang-tenang hari ini..
Nieyl dekat opis dah sibuk-sibuk untuk event 3hb ni..
Settelkan doorgift..
Rasa macam nak kenduri kahwin pula..
Seperti biasa nama nieyl naik dekat pendaftaran dan doorgift..best2..

Hari ni view Penang Bridge ni sebab bulan depan nieyl akan ke Penang 3hari 2 Malam...
nak jalan-jalan penang dengan kedah..
Kebetulan nak pergi rumah baru adik ipar nieyl dekat SP tu..
tu yang alang-alang nak g jalan-jalan..

Untuk trip ke Penang tu..
nieyl belum siapkan itinerary lagi..
sebab nak settelkan itinerary untuk 30hb ni..
nak jumpa Afika ngan Syida..
Nak spend time sehari dengan dioerang..
Sebelum masuk tahun 2025...

Happy working semua



 

27 November, 2024

Mengada pergi laser

by on November 27, 2024

Mengada pergi laser | Tergendala story pasal laser ni, ada kakak-kakak tanya dekat komen..hari ni baru nieyl sempat nak menaip pasal ni. Sebelum tu, nieyl ni ada masalah sikit dekat upperlips ni ada tumbuh bulu halus kadang-kadang nieyl macam segan sikit lah tapi actually benda tu normal ada tumbuh bulu halus dekat upperlips cuma kalau korang apa PCOS dia macam lebat sikt . Ada je kawan-kawan nieyl yang ada PCOS ada masalah ni. Untuk nieyl, bila nieyl pakai make up lama terutamanya bekerja ataupun pergi event, bulu halus tu dia akan kelihatan. Dan kadang-kadang sehelai dua tu dia panjang, so nieyl macam arrgghhh..

Sebelum ni nieyl pergi kedai untuk cabut bulu guna benang tu hahaha...jangan tanya sakit ke tak ya..nak cantik kan hahaha...klu dah biasa buat, tak adalah sakit mana pun lagipun kejap je dalam 5 min je. Cuma tempoh dia nak tumbuh balik tu dalam beberapa minggu la... Kadang-kadang nieyl malas betul nak pergi kedai hahaha..sebab tu nieyl decide nak try laser pula. 

Kalau laser ni dia matikan akar bulu tu cuma dia tak leh buat sekali je dia kena buat beberapa sesi. Baru la bulu tu tak tumbuh. So, nieyl try buat dekat Nacural hari tu. 

Untuk nieyl hanya buat upperlips. jadi dia punya proses tu sekejap je. First-first tu dia akan tolong shave kan bulu dekat uppperlips kita tu sampai bersih. Kemudian dia akan letakkan gel atas bibir kita tu rasa sejuk-sejuk je, kemudian dia akan laser atas bibir tu. Rasa dia macam semut-semut kena renjatan hehehehe..Tak adalah sakit. Biasa-biasa je. 

Selepas selesai tu, dieorang akan terangkan apa yang perlu kita buat selepas laser. Nieyl kena Scrub 2x seminggu, sebab bulu halus akan tumbuh tapi dia akan gugur sebab tu nieyl kena scrub 2x seminggu.

Masa nieyl pergi ni , nieyl ambil yang promosi punya harga sebagai percubaan. Harga dia murah RM38 untuk trial. 

Dekat bawah ni macam biasa dia akan bagi pakej-pakej untuk buat beberapa sesi. Harga dia mmg wow! hahaha, mereka sediakan ansuran juga, guna ATOME pun boleh juga. Setakat ini nieyl memang puas hati dengan kesan dia, dan mungkin kena buat lagi untuk matikan akar dia. 

Dekat sini kan bukan sahaja buat service untuk laser upperlips tau, untuk underarm pun ada juga dan mereka juga ada buat laser di bahagian wanita juga. Yang itu pun pekerja tu kata ramai yang buat. Dia offer nieyl tapi nieyl kata tak apalah lain kali hahahaha...tak terfikir nak laser situ hahahaha...



 

Morning View Kundasang

by on November 27, 2024


Assalamualaikum...
Morning...
Tajuk bukan main lagi hahaha...
Nieyl belum lagi pergi kundasang, InsyaÁllah plan next week before raya..
cuma tengah berbelah bagi nak ke Kundasang or Hatyai..

Nieyl share gambar pemandangan pagi kundasang ni..
nak cakap yang nieyl Ok dan bersemangat untuk move on..
yang dah lepas, biarkan ia berlalu..
yang penting future...

Nieyl bukan seorang yang suka story in public..
tapi kadang-kadang, nieyl kena luahkan walaupun bukan 100%..
at least boleh melegakan kesakitan ni..

Semalam ramai yang dm and whatsapp..
dieorang tak tanya apa masalah nieyl..
tapi dioerang bagi kata-kata semangat..
bagi ni support yang nieyl perlukan..
Terima kasih sangat2...

So, now..i'm back 
Nak hidup happy je..
Sebab hidup ni sekali je..jadi tak nak sia-sia kan..
Biarlah orang buat kita..
Seorang mengkhianati kita, Allah akan datangkan 10 org yang baik untuk kita...

Happy working...

 

26 November, 2024

Makan Steamboat Dapat Henna Free

by on November 26, 2024

Makan Steamboat Dapat Henna Free | Lupa nieyl nak share, hari tu kan nieyl ada share nieyl pergi lunch steamboat dengan geng-geng makan nieyl dekat IOI kan. Rupanya makan dekat situ, lepas makan dapat pakai henna tapi sebelah tangan je la.. Bukan main excited masing-masing termasuk nieyl lepas makan, bergambar terus beratur nak pakai henna. Rupanya bukan kitaorang je yang excited nak pakai, sekali tengok dekat ruang pakai henna tu, beratur sis hahaha..sebelum turn kiteorang tu adalah lebih kurang 5 orang lagi tengah menunggu giliran.

Restoran ni dia asingkan ruang henna dengan ruang makan. Jadi, tak adalah nampak sesak sangat kalau nak menunggu tu kan. 

Ok-ok dah sampai dah turn nieyl, nieyl pilih design yang simple je yang tak perlu nak penuh satu tangan. Dahlah sebelah je berhenna, sebelah lagi tak ada so kita pilih yang comel-comel je supaya cepat hilang pun ya..hehehe..dalam masa 3-4 hari dia hilang lah..


Taadaaa..dah siappp...cantik tak?alamak..gemoks nyalah tangan nieyl tu hahaha..abaikan jela yaaa..tengok design henna tu je...

Cehwwaahh..gambar ni nieyl edit untuk letak dalam IG,itu yang warna dia lain sikit hehehe..suka gambar ni..sweet je moment ni hahaha..tadah tangan macam nak kahwin jer hahaha

Gediks betul budak sorang ni tauu...kalau gambar-gambar macam ni semua nieyl update dekat IG..hehehe...

Ok sekian, cerita henna free nieyl hehehe..





 

Good Morning

by on November 26, 2024

Assalamualaikum...
Selamat pagi..

Alangkah indahnya kalau hati dan perasaan ni setenang berada di dalam gambar ni..
Dari petang semalam nieyl cuba untuk positifkan diri dgn apa yang berlaku..
sebenarnya conversation PA & Bos adalah Privasi..
PA or Bos sepatutnya tahuu..
Tetapi bila salah seorang menforward tanpa fikir kesan..
itu yang menjadi masalah...

Kecewa tu dah tentu sebab ini first time terasa dikhianati..
Sampaikan tertanya pada diri, kenapa aku baik sangat..

Nampaknya nama nieyl ni dah popular dkt HR tu..
silap-silap kena pancung untuk sambung kontrak..Allahuakbar..
entahlahh..so, lepas ni nieyl tekad jawab soalan dgn jawapan yg ringkas sahaja..

Nasib baik 3 lagi bos nieyl insyaÁllah tidak begituu...
mungkin mereka bertiga ni jiwa mak-mak dan hargai nieyl...

Korang doakan untuk nieyl ok..
semoga nieyl terus kuat, dan moga nieyl ada rezeki di tempat lain..

25 November, 2024

Biskut Timbang Datang Lagi

by on November 25, 2024

 

Biskut Timbang Datang Lagi  | kali ni nieyl beli 3 jenis lagi biskut timbang, yang atas tu zaman kecil-kecil dulu mak ayah nieyl suka beli untuk nieyl. Dulu ingat lagi, nieyl tak makan biskut dia, nieyl makan gula aising atas tu je hehehe. Cuma mak nieyl kata biskut ni dah tak sama macam dulu, rupa memang nampak sama tapi mak kata yang sekarang ni keras biskutnya.. Tapi memang kebanyakkan biskut-biskut zaman dulu, yang ada sekarang dah tak sama rasa dia..

Keropok ketam ni sedap, yang ni nieyl beli yang tak pedas. Keropok ni kalau time raya letak sebalang, sebalang habis hihihi..

Kali ni biskut wafer ni terpaling laku. Semalam nieyl tengok tinggal 2 keping je sebab dia lembut je tak keras. So, mak nieyl boleh makan. Nanti boleh beli lagi.

Sekian, cerita biskut timbang..

Kembali bertemu MONDAY

by on November 25, 2024


Assalamualaikum...
selamat pagi..
Pagi ni nieyl masuk office, bos tak ada lagi..
Check calender, oo..hari ni depa semua meeting luar pagi ni..
Jadi, bolehlah relax-relax sikit hehehe..
kalau tak, pagi isnin macam ribut..

hari ni nieyl bawa breakfast nasi goreng udang butter..
kejap lagi nak makan..

Happy working semua..

 

22 November, 2024

Semua ni sebab Chagee

by on November 22, 2024

Semua ni sebab Chagee | Hari sabtu yang lepas, nieyl ambil peluang untuk pergi try buat laser upperlips dekat SPA kecantikan di Putrajaya. Selesai urusan dekat situ, anak buah nieyl yang si Bella ni sibuk ajak pergi beli Chagee, sebab kata dia mana tahu ada rezeki menang gift best-best. Nieyl cakap , kalau nak pergi boleh, tengok yang mana paling dekat. 

Dia tengoklah paling dekat IOI tapi waiting list dekat 400 cups. Serius ar tak sangguplah nieyl nak menunggu macam tu weh, lepas dia tak puas hati dia cari lagi yang paling terdekat. Dia pujuk pergi Jade Hills , Kajang.. rasa nak lempang ke budak sorang ni tau, jauh-jauh dia suruh makcik dia pergi. Nasib baiklah makcik dia ni jenis melayan, so..gigihlah nieyl pergi sana ikut waze, ikut highway ok la tak adalah jauh sangat tapi sebab kita tak biasa jalan tu kan perasaan takut-takut tu adalah. 

Dah sampai tu, nieyl stay dalam kereta je malas nak ramai-ramai dekat kedai tu sampai-sampai je dia kata tak ramai sangat dalam waiting list 170 cups..Lepas je dia order, makin ramai yang sampai. Tunggu dalam 15 minit macam tu lah, kalau dekat IOI tu rasanya tak tahulah..

Semua gara-gara si Chagee ni. beria benor anak buah nieyl ni membeli ni. Dia belanja nieyl hahaha..cuma untuk promo hari tu dia ada 2 jenis air je yang boleh beli. 

Balik-balik masing-masing excited juga nak buka dapat hadiah apa, sekali 3-3 dalam kad yang sama hehehe..jadi ler...50% kan..siapa nak kasi..lagipun ini kali pertama nieyl minum air chagee ni ya..nieyl suka jasmine..

Sekian, story nieyl pasal si chagee ni...



 

Rezeki Pagi Jumaat Yang Indah

by on November 22, 2024

Rezeki Pagi Jumaat Yang Indah | Alhamdulillah syukur..bertemu di hari jumaat yang indah ini. Pagi ni aras nieyl ada orang buat sedekah breakfast. Ada bihun goreng, sambal dan telur mata kemudian ada 3 jenis kuih, karipap pusing, donat dan burger sambal. 

Pagi ni memang nieyl tak bawa bekal breakfast cuma bawa bekal untuk lunch je..Sebab hari ni nieyl duduk di opis je mungkin layan Running Man je la kot, sebab nak tengok Kdrama belum sampai mood nak tengok drama.. Tak pun lunch time nanti nieyl nak tidur sekejap..sebab pejabat sunyiiii tak ada orang..

Lagpun, kak emmy dengan syida tak ada hari ini dieorang ke PD ada mesyuarat dan team building. Hari ni boleh la siapkan itinerary untuk 30hb nanti..

Selamat bekerja semua...


 

Salam Jumaat

by on November 22, 2024

Assalamualaikum..
Salam jumaat..
Ya Allah kenapa rasa sekejap sangat ni..
Hari ni dah jumaat...
rasa macam baruuu je..
Next week dah hujung bulan kan..

Semoga apa sahaja yang kita niatkan..
semoga Allah permudahkan..Aminn...
ingat doa yang baik2 tau...
doa yang baik2 sahaja Allah terima tau..
selitkan nama nieyl dalam doa korang..
semoga kita sama-sama sentiasa diberkati dan dilindungi..Amin..



 

21 November, 2024

Rezeki di luar sangkaan hari ini

by on November 21, 2024

Rezeki di luar sangkaan hari ini | Al kisahnya pagi tadi nieyl memang tak bawa bekal breakfast sebab malam tadi wani dah tanya, nak nasi lemak apa.. Pagi tadi sampai pejabat, nieyl memang makan karipap 3 ketul je lepas tu terus pergi meeting. 

Selepas habis meeting, Puan yang panggil meeting bagi nasi lemak seorang sebungkus, kemudian on the way ke bilik En. Hasnul cakap dia dah letakkan nasi lemak atas meja. Nieyl gelak sorang-sorang alamak ada 2 bungkus nasi lemak dah ni, siapa pula nak makan banyak-banyak ni kan. 

Tapi nieyl letak je nasi lemak tu atas meja, dah pergi jumpa pegawai kejap nak ambil cop dan sign , kononnya lepas settel ni nak makan la sebab dah lapar, pergi la jumpa Puan Tengku, ambil sign semua dia bagi 2 bungkus nasi lemak. Satu untuk nieyl dan satu untuk bos nieyl hahahaha... 

Lepas tu terjumpa kak atie, cakap dengan dia adoi nasi lemak lagiiii... dia ckp itu la orang2 sayang..Murah betul rezeki nieyl hari ini tapi tak tahu nak kongsi dengan siapa sebab hari ni tak ramai pula ada dekat pejabat.  Lepas tu kak atie cakap, nieyl esok pagi pun ada sarapan tauu... dia bagitahu awal2 supaya esok pagi nieyl tak bawa bekal breakfast hehehe...

Apa-apa pun semoga Allah murahkan rezeki mereka-mereka yang bersedekah pada nieyl hari ini..sampai 3 nasi lemak. Nasib baik berlainan sambal dia, satu sambal kerang, satu sambal paru dan sambal ayam hahaha...silap2 bekal lunch ni tak makan ni hehehe

 

Balik kerja terus masuk ke dapur

by on November 21, 2024

 

Balik kerja terus masuk ke dapur | kadang-kadang kan biasalah kita kalau balik kerja tu nak take 5 sekejap untuk lepaskan penat bekerja di pejabat kan. Tapi husband nieyl selalu dengki, baru 4 langkah masuk rumah, belum sempat lagi nak letak handbag, dia akan cakap " sayang buatkan air " eee geram tau awak, dia tak bagi kita peluang nak berehat pun hahaha..husband nieyl ni sehari tak menyakat memang tak sah. Dia suka tengok nieyl bising-bising sorang-sorang hahaha.. Bising-bising pun air siap yaa hahaha..

Kalau tak minta air, dia akan cakap "Sayang lapar lah" . Dia boleh je masak simple-simple tapi dia nak isteri dia juga masak, dia kata sedap la, lagi kenyang la...hahaha..mengada-ngada kan, kalau isteri outstation boleh je masak sendiri. Manja lebih ni, so..petang semalam balik kerja teruslah masak yang simple-simple je nieyl masak untuk dinner. Tapi selera sepinggan nasi habiss, termasuklah si Raisya join makan sekali.

Husband nieyl dia lebih suka makan di rumah berbanding makan dekat kedai. Dan dia jenis tak cerewet bab makan ni. Tapi kadang-kadang dia sukaaaaa menyakat nieyl, kita dah landing dekat atas katil dengan dia, lepas tu dia cakap "sayang nak air panas", padahal kan nieyl ni dekat ruang tahu kemas, buat kerja tak nak dia minta, bini dah relax nak tidur time tu laaa dia nak air panas..ko rasaaa?? geram je dekat diaaaa..kecil besar kecil besar je nieyl tengok, lepas tu dia gelak-gelakk...buat dapat pahala tau hahaha...itula modal dia nak kenakan nieyl..

ha..begitulah kiteorang bergurau berdua..
tapi kadang-kadang sakit hati hahahahaha

Selamat pagi

by on November 21, 2024

 

Assalamualaikum..
Selamat pagi khamis..
Pagi ni nieyl ada discussion untuk setup booth pada 3 Dis 2024..
Ada event Hari Bertemu Pelanggan..
Tak tahu kenapa nama nieyl masuk dalam team booth pun tak tahu la...
Sedangkan nieyl dah sign dgn team registration dah hahaha..
Nasib baik registration seminar start pukul1.30 ptg..
so, bolehlah buat 2 kerja..

korang breakfast apa pagi ni?

20 November, 2024

Hari Kecergasan 2024

by on November 20, 2024

 

Hari Kecergasan 2024 | Hari isnin 18hb tu nieyl tak dapat nak bersiaran di blog sebabnya isnin nieyl ada hari kecergasan ataupun hari sukan jabatan nieyl. Kita buat di Kompleks Kejiranan Presint 16. Ini merupakan kali pertama anjuran jabatan ni sebab jabatan nieyl ni baru ditubuhkan. So, semuanya benda baru dan tak boleh expect lebihlah dari urusetia.  Kumpulan rumah sukan terbahagi kepada 4 color. Kuning, Merah, Biru dan Hijau. Dan bahagian nieyl dapat rumah kuning, jadi terserlah lah aura kuning kita di hari tersebut hehehe. Tak pernah-pernah nieyl ada T-shirt kuning, jadi kena pergi carilah nasib baik murah sehelai rm14 kain jersi. 

Orang perempuan, biasa ya sebelum apa-apa pun gambar penting hahaha..Ini Knora, Jun dan Nieyl kiteorang ni PA , tak cukup korum Wani tak dapat join sebab dia dah sign kontrak jadi urusetia bengkel. 

Kalau gambar-gambar begini dah tahu dah, mesti orang perempuan punya. Ini tanda semangat perjuangan, walaupun tak berapa nak ramai yang dapat hadir tapi kuning tetap gagah di medan perang.

Tak cukup tangan, kita gambar kasut pulak. Nieyl selit je tu kaki dekat situ sebab seronok sangat tengok kakak-kakak ni excited ambil gambar. 

Kenangan bergambar sebelum kita start ZUMBA, dengan bos-bos rumah kuning. Nieyl dekat belakang tu, pun menyelit jer..

Time ni bergambar beramai-ramai, rumah kuning bersama KP , KP kita rumah merah hehehe..

Selepas sesi bergambar, kita start dengan ZUMBA sampai pancit ya kawan-kawan. Kemudia, kita take 5 untuk berehat. Kemudian kita sambung dengan aktiviti sukan di padang. Antara game yang dipertandingan kan. Isi air dalam botol, Baling Selipar, Tarik Tali, Kain sarung, Bola Beracun dan indoor game. Cuba teka nieyl masuk game apa?? hihihi...Isi air dalam botol..No. 1 tauu..hehehe..

Boleh dikatakan hampir setiap game rumah kuning menang top 3..Alhamdulillah..pada-pada tak cukup orang tu, berjaya juga kita...

Gambar-gambar official dari cameraman tak dapat lagi, jadi kita guna je la apa yang ada dalam hp. Last gambar sebelum masing-masing balik ke rumah, nak dijadikan rezeki Grand Prize adalah TV 50"untuk cabutan bertuah di menangi salah seorang ahli rumah kuning, so kita tumpang bergambar lah dengan Tv hehehe..

Kalau ikutkan, hari sukan ni nak diadakan sekali dengan hari sukan negara tapi dah tak sempat atas sebab-sebab tertentu. Tapi KP maklumkan bermula tahun depan kita akan buat pada setiap tahun pada bulan Oktober sempena hari sukan negara. 



Good Morning

by on November 20, 2024

Assalamualaikum...
Selamat pagi..
Hari ni salah seorang boss nieyl jadi salah seorang panel bual bicara IT..
Semoga segalanya dipermudahkan..Amin..

Petang semalam plan nak share story hari sukan..
Tapi tak sempat juga rupanya..
sebab petang semalam ada mesyuarat agung kelab kali pertama..
Postpone lagi entry hehehe...
InsyaÁllah hari nieyl share story banyakk....
Nanti  korang singgah tauuu...

Happy working...

 

19 November, 2024

Good Morning

by on November 19, 2024


Assalamualaikum...
Selamat pagi..
Hari ni nieyl baru masuk office..
Semalam seharian di luar..

Masuk-masuk office...
Macam biasa settelkan kerja-kerja yang tertunggak semalam..
sebab semalam hari sukan..
jadi nieyl settelkan kerja dulu..
Nanti nieyl buat entry lagi ok..
entry pun banyak tertunggak juga ni hehehe...

happy working...

 

15 November, 2024

Cekodok Pisang Comel

by on November 15, 2024

Cekodok Pisang Comel | Hari sabtu kan nieyl pergi pasar untuk beli barang basah untuk 1 week. Kadang-kadang tu singgah juga kedai buah dekat situ, biasanya kakak nieyl je yang suka borong buah dekat situ. Kebetulan pula masa tengok pisang tu, cakap dengan kakak. Ini kalau buat cekodok pisang sedap ni..  Lepas tu kakak belanja nieyl pisang untuk cekodok pisang.

Lepas solat asar tu, terus masuk dapur , blend pisang kemudian bancuhlah dengan tepung, gula dan garam bagi rasa masin-masin lemak. Kalau bancuh tu jangan terlalu banyak sangat letak tepung tu kang keras pula,macam nieyl akan letak tepung sikit-sikit dulu sebab nieyl suka masak luar dia rangup.

Bila dah siap masak tu, nieyl asingkan sikit untuk husband nieyl sebab dia tak balik lagi. Selebihnya tu nieyl bawa ke rumah kakak untuk kita makan sama-sama. Tak sampai 10 minit ya, licin cekodok pisang nieyl yang comel tu hehehe... Anak buah nieyl kata sedap..hihihi..

Next time lah kita buat lagi ya....
 

Salam Jumaat

by on November 15, 2024


Assalamualaikum
Selamat pagi..
Salam jumaat..

Hari ni lunch hour nieyl dengan geng makan 
nak pergi lunch dekat luar, untul farewell salah seorang ahli geng
yang akan ke berpindah keluar, naik pangkat..
rezeki dia untuk berkhidmat di tempat baru...

Ok happy working..

 

14 November, 2024

Yang Lama Tidak Pernah Dilupakan

by on November 14, 2024

 

Yang Lama Tidak Pernah Dilupakan | Kata orang apabila kita dah bersara/pencen kita akan dilupakan, tapi pada nieyl susah untuk nieyl lupakan semua kenangan dengan ex boss nieyl yang lepas. 6 Nov 2024 genap setahun ex boss nieyl bersara dari perkhidmatan awam. Jadi, pagi 6 Nov nieyl wish birthday untuk ex boss nieyl yang nieyl dah anggap macam mak nieyl sendiri. We very close sebab ex boss nieyl yang bawa nieyl ke jabatan bersama-sama dia. 

Dan masa dia nak bersara, dia pesan "Kau jangan pergi mana-mana, stay sahaja dekat sini" Tak payah dah nak pergi tempat lain, nak kena cari kawan baru , sini semua kawan dah kenal..

Frame yang ada gambar nieyl dengan ex boss, yang nieyl bagi hadiah pada dia, dia kata dia letak gambar tu atas meja kerja dia..Nieyl cakap kalau dah letak atas meja tu, bermakna takkan lupakan nieyl la..hihihi...

Kami ni selalu je berhubung, kadang2 bila masing2 terasa rindu tu..whatsapp la..berkali-kali plan nak g lunch sama, asyik tak menjadi je sebab kadang-kadang nieyl yang tak boleh last minute...nantilah nak cari masa juga ni , nak jumpaa lepas rindu...

Breakfast Hari Ini

by on November 14, 2024

Breakfast Hari Ini | Pagi ni dah tak tahu nak buat breakfast apa untuk bekal ke office, buka laci dapur ternampak ada meggi. Terus nieyl buat meggi goreng campak-campak ayam , bawang , cili.. tengah masak tu tiba-tiba raisya datang dapur...

Raisya : Ooo..awak ingat saya tak tahu ke awak masak apa?
Nieyl   : Masak apa?
Raisya : Awak masak meggi kan?sampai depan bau..
Nieyl   : Aah masak meggi goreng, kenapa?
Raisya : Meggi tak sihat makan selalu
Nieyl   : Mana ada selalu, baru je ni nak makan
Raisya : Ok hari ni je tau, lepas ni jangan makan lagi 

Aduh..sekarang ni boleh dikatakan setiap pagi nieyl tengah buat breakfast, dia akan datang dapur check apa nieyl masak. Yang tak tahan tu kadang-kadang ayat-ayat spontan dia tu buat nieyl geli hati pagi-pagi mood terus ceria.



 

Good Morning..

by on November 14, 2024


Assalamualaikum..
Selamat pagi..
Seperti biasa pagi-pagi nieyl akan settelkan kerja-kerja yang tertunda semalam..
Dah settel baru boleh relax, update blog..dan breakfast...

Semalam petang nieyl ambil time off 2 jam..
untuk bawa mak nieyl appointment klinik gigi..
smalam kira kali ke-3 dah..
untuk next appointment nieyl minta hari ahad ni senang, time cuti kan..

Belah malam pula nieyl pergi tengok cucu baru nieyl..
menemani anak buah nieyl yang bella tu..
dia nak bagi hadiah dekat baby..

Dia pergi beli petang semalam dekat Alamanda..
dahlah pergi seorang, lepas tu duk lah wasap tanya mana ok..
mana cantik..hahaha..

Kita ni kalau nak beli barang ambil masa lama juga dok belek..
dok survey dulu harga banyak tempat...
tapi budak muda ni payah..dia malas nak fikir..
dia pergi satu kedaii je..geram betul..


Ini menjadi pilihan nieyl untuk baby fateh..
Walaupun pilihan nieyl, tapi yang bayor bukan nieyl hahaha..
Bella yang bayar..hadiah dari bella dengan future husband dia..
Harga dia kalau tak silap RM899 ..

Ok korang..
Happy working semua...

13 November, 2024

Ikan Siakap Masak Berlada

by on November 13, 2024


Ikan Siakap Masak Berlada  | Sekarang ni balik kerja nieyl akan masak untuk dinner mak dan husband. Nieyl dah tak bagi mak masak sangat dah sekarang ni, kalau dia nak masak boleh tapi bila ayah nieyl balik (turn) rumah mak baru mak akan masak untuk ayah dan kiteorang sekali.  So..kali ini nieyl masak ikan siapa berlada bersama terung telunjuk. Mak nieyl kan tukang masak, jadi dia ni susah nak puji masakan anak-anak dia. Tapi..tapi kali ni nieyl masak ikan siakap ni dia kata terpaling sedap hahaha...weh, kembang seluar macam nak pecah weh...hahaha. Nieyl kalau masak berlada cili api ni suka ada rasa manis,pedas, masam sikit, baru padu..

Selain tu, nieyl masak juga sayur park choy tumis je, sebab mak nieyl ni kena makan nasi ada kuah, siakap tadi nieyl masak kan kering sikit kan, so ada kuah sayur ni berselera mak makan ngan husband. Nieyl tak makan pun, nieyl simpan 2 ketul untuk bawa bekal. Tukang masak memang macam tu kot eh, dia masak untuk orang tapi dia kadang-kadang tak makan. Maybe time tu nieyl dah kekenyangan makan dekat opis..hehehe...bila mak tanya, tak makan ke?takkkk diet...yola diet la sangat nieyl oit...




 

Morning..

by on November 13, 2024


Assalamualaikum...
Selamat pagi...
Dah breakfast ke tu..
nieyl baru breakfast karipap 2 ketul dan kuih bijan kacang merah 1..

Semalam afika minta tlg nieyl tanyakan beberapa soalan berkaitan dengan passport group..
nieyl tanya dekat kawan nieyl, husband dia kerja dekat imigresen..
Rupanya sekarang ni dah tak ada passport group macam dulu...
sekarang ni semua kena guna passport individu...
Baru nieyl tahuuu..hehehe...

Happy working..