20 December, 2024

The best Shampoo Untuk Rawat Kelemumur

The best Shampoo Untuk Rawat Kelemumur | First nak cakap ini bukan paid review ya, ini personal review yang nieyl nak share apa yang nieyl cuba dan hasil yang nieyl dapat. Nieyl tak sure kalau wanita yang berhijab ni dia akan ada masalah kelemumur atau tidak but untuk diri nieyl ya sebab mungkin kulit kepala nieyl jenis yang berminyak. Tahu tak korang setiap lapisan kulit yang normal akan bertukar setiap 28 hari, manakala bagi masalah kelemumur pula kulit kepala akan bertukar dengan cepat iaitu dalam masa 11 hari.

So, kalau kita tak rawat masalah kelemumur ni awal dia akan semakin banyak dan akan menyusahkan kita sebab kulit kepala kita akan gatal dan luka. Macam nieyl kan, dah cuba guna macam-macam brand ant- dandruff yang murah, yang mahal mungkin tak sesuai dengan kulit kepala.

Jadi, last week nieyl pergi watsons kebetulan anak buah pun cakap why not try Selsum Blue ni pula sebab dia cuba Alhamdulillah hilang terus. Dan Selsum blue ni harga dia kalau tak promo memang agak pricy la, harga dia kita boleh beli beras 10kg satu..hihihi..

watsons ada buat YES ni kan, so..nieyl pun try ambil botol yang kecil itupun dalam RM20 lebih juga la tapi tak apa lah, kita try botol kecil dulu kalau hasil dia elok , bagus kita boleh beli lagi nanti..

So, after 1 week nieyl guna and result dia Alhamdulillah masalah nieyl selesai..Cuma-cuma shampoo ni bukan macam shampoo yang biasa-biasa kita pakai tau, dia jenis yang pekat, warna dia pun hijau dan bau dia tak wangi guys. Dia baru macam ubat-ubat macam tu, so far dia memang bagus. 

Kalau tak silap nieyl dia banyak jenis untuk rambut rosak, gugur pun ada juga. So, high recommend okay!

11 comments:

  1. itu lah tu..sama lah macam rambut linda nie...so, memang 2hr sekali akan basuh rambut guna syampoo, baru di amcm terkawal sikit...

    ReplyDelete
  2. Pernah pakai tapi x sesuai untuk kita..

    ReplyDelete
  3. pernah pakai juga dulu. bagus untuk kelemumur tapi agak mengeringkan rambut

    ReplyDelete
  4. Akk pun guna shampoo ni Nieyl. Alhamdulillah serasi 👍🏻

    ReplyDelete
  5. Shampoo ni mungkin ikut kesesuaian kulit kepala kita juga, sebab medicated shampoo..

    ReplyDelete
  6. Boleh try la lepas ni beli brand yg ini.. mcm tak pernah perasan pulak sebelum ni huhuu

    ReplyDelete
  7. pernah cuba, kelumumur hilang tapi rambut jadi kasar, mgkin tak boleh guna selalu kot

    ReplyDelete
  8. Setuju, akak sekarang alami masalah kelemumur sebab pakai tudung kan..

    ReplyDelete
  9. Pernah cuba syampu ni, berkesan juga.

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..jumpa yg serasa kan
    lama nya kak ayu x dtg sini & lama juga Nieyl bercuti yer..
    anyway...happy new year, moga yg baik2 saja buat Nieyl & family...aamiin

    ReplyDelete
  11. wah serious seminggu je boleh dapat result positif? kita punya masalah sekarang rambut gugur. rambut kelimumur dah tak ada. atau mungkin kurang sebab tak perasan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)