Farm Fresh UPM Serdang | Destinasi yang kedua adalah Farm Fresh UPM yang terletak di Serdang. Selalu tengok iklan farm fresh je, so kali ini kita pergi sana untuk tengok apa yang best dekat sana tapi tujuan asalnya nak OOTD dan makan Ais Krim je pun hehehe..
Sebelum masuk kita beli tiket dulu dewasa RM15 seorang. Kita pakai tagging serius terasa macam lawatan sekolah tau sebab budak-budak memang ramai dan dewasa pun ramai juga.
Dekat situ dia macam mini zoo, ada beberapa binatang macam ayam, macam2 jenis ayam ada, burung, kambing dan macam2 lagi. Tarikan paling besar dekat farm fresh tu adalah lembu la.. Dan..dan kalau korang lalu bau lembu , korang bolehlah pergi jalan-jalan area kandang lembu tu tapi kalau korang jenis tak tahan bau busuk lembu, better tak payah pergi area lembu kang muntah hijau pulak kang.
Lepas dah habis ronda situ, kita berOOTD pula. Disebabkan masing-masing lupa bawa tripod jadi kita guna apa sahaja baang yang ada untuk jadikan stand.
Masa ni awan memang tersangat cantik, dengan pemandangan hijaunya semua gambar yang kitaorang snap sumpah cantik sangat.
Biasalah feeling-feeling dah sampai kundasang ni hahaha. Cantikkan kedudukan matahari tu..
Afika kalau tak candid memang tak sah budak sorang ni. Macam-macam gaya dia buat hahaha
Syida biasa dia memang sopan sikit.. Dia rosak duduk dengan nieyl dengan afika hehehe...
Dah panas-panas berOOTD tu, kita pergi beli aiskrim farm fresh. Duduk bawah pokok sambil bersembang tentang kundasang. Sebab suasa farm fresh ni memang ala-ala kundasang cuma cuaca je la berbeza sikit hehe...
Duduk-duduk tu panjanglah pokok di kemuncak bukit tu, kang best kalau dapat pergi atas tu kan.. Lepas dah habis aiskrim, kitaorang mulakan perjalanan untuk ke kereta. On the way tu afika mencuba nasib tanya trak tu boleh naik ke dia tanya orang tu. Orang tu kata boleh, terus kitaorang bertiga berlari naik hahaha
Tadaa..kitaorang dah on the way nak naik bukit untuk ke puncak pokok yang nieyl tunjuk tadi tu. excited sis..
Muka excited masing-masing akhirnya dapat juga naik ke puncak bukit UPM hahaha..jadi ler kan..Free je tau naik ni..
Finally, tanda kami bertiga dah sampai ke Farm Fresh UPM. Walaupun dekat atas tu sebenarnya rasa panas ya. Nasib baik gambar cun . Tak lama pun dekat atas tu lebih kurang 10 min je lepas tu kita turun dan balik ke kereta.
Total kos ke sini hanya RM25 sahaja ( Tiket dan Aiskrim )
Ok next....
Macam best je..hari tu Dania ada mention...akak ingat tempat ni sesuai untuk budak2 je...
ReplyDeleteWahhhh...Best ni =D
ReplyDeleteDekat dengan Fakulti Dania ni. Cantik permandangan situ.
ReplyDeleteboleh cuba pergi nie...dedek dah pergi..lawatan sekolah hari tu
ReplyDeleteNak pergi sini selalu salah timing. Pernah sampai, dia tutup pulak haha
ReplyDeleteSeronok ni, boleh pergi nanti. Trip mak2 atau bawak anak2 hehe.
ReplyDeleteTak pergi² lagi sini... Anak² mesti suka ni
ReplyDeleteSeronoknya..mcm2 aktiviti buat bersama 🥰
ReplyDelete