Hai korang...ada yang dah start bekerja ke? nieyl dah start kerja itupun kalau ikutkan nieyl masih lagi bercuti ni.. tapi hari ni macam nak datang kerja.. esok x sure lagi..tengok mood..hihihihi...
Cara Menganyam Ketupat | Setiap kali menjelang Syawal seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia akan membuat persediaan sambutan 1 Syawal. Antara menu wajib di pagi Syawal adalah ketupat. Betul tak?sangat jarang kalau kita pergi beraya ke rumah sanak saudara atau jiran tertangga,tiada ketupat. Paling tidak pun mesti akan ada nasi impit sebagai pengganti ketupat.
Masa zaman kecil-kecil nieyl dulu, pernah berkesempatan merasai dan melihat sendiri kakak, mak menganyam ketupat, masukkan berat dan rebus ketupat. Tapi itulah,sampai ke hari ini pun nieyl tak reti menganyam ketupat. Sebab mak dah lama sangat tinggalkan acara menganyam ketupat. Mak kata, sekarang lebih mudah guna nasi impit segera.
Ok tak apa la..kepada yang nak belajar menganyam ketupat palas ataupun ketupat biasa,nieyl share kan toturialnya okay..sama-sama lah kita belajar..
Siapa masih bekerja hari ini, kita geng... Di kesempatan ini, nieyl ingin mohon ampun maaf.. jika nieyl terlepas pandang untuk membalas kunjungan... Insya'Allah akan diperbaiki di masa akan datang..
Kepada mereka akan pulang ke kampung... berhati-hati ketika memandu... jika mengantuk, rehat di R&R... Nieyl doakan semoga perjalanan kalian semua dipermudahkan.. selamat sampai ke kampung...
Rezeki Duit Raya | Pagi-pagi khamis buka blog ternampak komen dan ucapan tahniah kerana menjadi salah seorang pemenang giveaway duit raya. Terima kasih Abam Kiesebab PM nieyl kalau nak tahu, nieyl nie suka je join giveaway atau contest tapi itulah..jarang sangat dapat follow up. So, terima kasih banyak².
Hadiah yang nieyl memang duit raya bernilai RM20 Alhamdulillah...Boleh buat tambah-tambah nak beli kasut raya ni.
Penerbangan Percuma Seumur hidup..bestnya! | Amboi cepat je klik kan, Jet Airways telah menghadiahkan penerbangan percuma seumur hidup kepada seorang bayi yang telah dilahirkan di dalam pesawatnya baru-baru ini. Bayi berkenaan dikatakan dilahirkan tidak cukup bulan ketiak ibunya dalam penerbangan dari dammam, Arab Saudi ke Kochi,India.
Kelahiran bayi tersebut telah di bantu oleh krew penerbangan dan seorang jururawat yang secara kebetulan merupakan penumpang pesawat yang sama. Pesawat juga terpaksa mendarat di Mumbai untuk memberi laluan ibu dan bayi mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
Wahhh...seronoknyaaa...nanti bila bayi tu dah besar, tak perlu lagi fikir tentang bajet tiket kapal terbang kan..waahhh..best²...
Say good bye boss | 16 Jun 2017 merupakan hari terakhir boss menggunakan perkhidmatan nieyl sebagai PA. Dan genaplah 2 tahun 10 bulan bekerja dan berkhidmat menjaga jadual kerja dan membantu melicinkan tugas-tugas hakiki. Pemergian boss ke jabatan lain sangat mengejutkan semua orang terutamanya cawangan kami. Tapi kata orang..rezeki manusia itu Allah beri dalam pelbagai bentuk dan pada bulan yang mulia ini, boss dapat peluang yang lebih baik.
Ini lah boss yang suka menyakat, yang suka kata PA dia jarang. Saya tak jarang lah boss, saya garang bila perlu je..hihihi.. Dan inilah boss yang paling sporting, yang paling baik dan boss yang tidak lokek share tips² pergi melancong walaupun PA dia duduk dekat Malaysia ke selama 29tahun ni..hihihi..
Ha..dah lagi satu boss yang selalu tidak lupa PA dia,selalu ada je ole-ole atau buah tangan kalau pergi holiday..TQ boss..Ni lepas dah pindah ni, kalau pergi holiday luar negara jangan lupa ole-ole saya..kekekeke...ontah ingat lagi ke idok ontah dokat den ni ha..ha..ha..ha...
Disebabkan notis yang sangat singkat, nieyl usaha juga berpakat dengan kakak-kakak MO cawangan nieyl untuk beli something sebagai tanda penghargaan kami pada boss kami. Walaupun tak mahal tapi ianya sangat bernilai..InsyaÁllah..
Nieyl cadangkan beli sampin dan tafsir quran, sebab di jabatan baru boss akan kerap menghadiri majlis-majlis rasmi dan majlis keagamaan jadi penggunaan sampin adalah sangat perlu untuk matching dengan baju melayu nanti dan tafsir quran pula ianya akan menjadi ilmu yang tidak akan lapuk di dunia ini . Nieyl sendiri pun tertarik dengan tafsir quran ni,dan nieyl pun nak beli satu nanti..
Terima kasih boss beri kan kami sejadah bagi perempuan dan kain pelekat untuk lelaki, semoga Allah sentiasa berikan rezeki dan kesihatan yang baik pada boss..Amin...
Beras Plastik? | Beberapa minggu yang lepas, ada juga la perasan status rakan-rakan di facebook berkaitan dengan beras plastik ni. Tidak tergerak hati pula nak check jenama apa..sebab rasa yakin yang beras nieyl guna di rumah tu beras tulen bukan plastik...hihihi..
Beras plastik yang dimasak kemudiaannya dikepal dijadikan bulat lalu dilemparkan yang jelas kelihatan tidak hancur ataupun pecah seperti beras-beras yang lain..Ya Allah..kalau kita makan sampai mati pun takkan hancur dalam badan ni..sedangkan plastik pun ribu tahun nak lupus ini kan beras yang masuk dalam badan..Allahuakbar..minta dijauhi...
Chocolate chip versi nieyl | Antara salah satu kuih raya yang wajib ada dalam balang kuih rumah. Cookies banyak versi tapi tahun ini nieyl buat yang paling simple,sedap dan cepat. So,korang pun yang mana rajin masih ada masa lagi ni kalau nak buat..hihihi..last week nieyl buat 2 adunan dapat lah 2 balang besar. Lepas tu, MIL nieyl request nak 1 balang,jumaat malam tu walaupun tak berapa nak sihat..Alhamdulillah..dapat juga buatkan 1 balang untuk MIL..
Bahan-bahan
7 Cawan tepung gandm
2 Buku Butter
1 1/2 cawan gula putih (nieyl kurangkan sikit) 1 1/2 cawan gula perang
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar empleks
1 sudu kecil esen vanila
3 biji telur kuning
Chocolate Chip 1 paket Add-on (badam hancur/ceri/kacang)terpulang
Cara-caranya
Pukul butter bersama gula putih,gula perang dan kuning telur + esen Vanila
Hilang Bau Najis Kucing Dalam Rumah | Masalah yang sering di alami oleh pencinta kucing yang membela kucing di dalam rumah terutamanya mesti akan hadapi masalah bau busuk najis kucing kan. Pengalaman nieyl sendiri selama 4 tahun membela kucing dalam rumah, nieyl akan sentiasa menggunakan kasir yang mengandungi wangian dan sentiasa kena alert untuk buang tahi kucing setiap hari supaya tidak berbau.
Tapi sekarang nieyl dah bersara membela kucing di dalam rumah, semua kucing nieyl yang gebu gebas tu semua dah bagi dekat orang yang mampu menjaganya dengan baik sekali. So, sekarang ini rumah nieyl clean and clear. Kecuali kucing di luar kawasan rumah tu adalah dalam 2 ekor.
Nieyl ada jumpa satu cara yang paling win yang tengah viral dan dikongsikan oleh seorang pengemar kucing iaitu Norliza Hani. Letakkan sebekas arang disebelah tandas kucing. Ini kerana arang memiliki fungsi penyerapan luar biasa dengan menyerap pelbagai jenis kuman dan bakteria yang menyebabkan bau busuk di udara. So,korang yang masih membela kucing di dalam rumah boleh try cara sis ni untuk hilangkan bau busuk tu..
Cara yang sama juga nieyl gunakan sebelum ini,tapi bukan dalam rumah tapi dalam kereta. En.husband memang akan letak sekayu arang di bawah site kereta untuk mengelakkan bau busuk didalam kereta. Cara itu memang sangat berjaya kalau korang nak tahu, so..tak perlukan pewangi kereta yang mahal-mahal sangat pun...hihihi...try okay...
Ayam Masak Asam Pedas Nieyl | Salah satu menu yang sering di request oleh MIL nieyl adalah asam pedas. Tahun ni kerap kali juga tekak nieyl nak berbuka dengan asam pedas, sebelum ini ikan dan semalam MIL request ayam. Kakak nieyl selalu cakap, dia tak berapa pandai sangat masak asam pedas yang sedap. Ha..hari ini nieyl nak share cara dan resepi yang nieyl selalu buat.. Kot-kot ada yang nak try masak asam pedas tapi mungkin cara dan bahannya sama sahaja macam korang buat, mungkin ikut air tangan masing-masing la kot kan..hihihi..
Bahan-bahan
Bawang Putih 2 ulas (dikisar atau tumbuk)
Bawang Besar 1 biji (dikisar atau tumbuk)
Halia 1 inci (dikisar atau tumbuk)
Serai 1 batang (di ketuk)
Ayam di potong kecil
Daun limau Purut
Cili kisar
Garam secukup rasa
Air asam jawa sedikit
1 sudu kecil halba (penting)
Cara-Caranya
Panaskan kuali ataupun periuk,letak sedikit minyak
Tumis bahan yang dikisar bersama serai dan halba
Dah naik bau,masukkan cili kisar dan masak sehingga bertukar warna gelap sikit
Masukkan ayam, kacau dan biarkan seketika.
Kemudian masukkan daun limau purut dan air secukupnya (kalau nak kuah pekat,letak air dalam 2 cawan, kalau nak kuah cair boleh letak lebih)
Masukkan garam secukup rasa,air asam jawa, biarkan mendidih sehingga ayam masak..
Kempen ‘GROW AMAZING’ oleh Anmum Essential Untuk Mendidik Ibubapa Tentang Tumbesaran Otak Anak -Anak | Cepat sungguh masa itu berlalu, kini Adam telah pun berusia 1 tahun 9 Bulan. Dapat melihat perkembangan dari sehari usianya kini dah semakin besar dan InsyaÁllah akan jadi abang long tidak lama lagi. Walaupun sehingga kini masih belum ada tanda-tanda positif untuk menimang cahaya mata sendiri tapi kehadiran Adam dan Ellsa cukup memberi kebahagiaan untuk kami suami isteri.
Kempen ‘GROW AMAZING’ oleh Anmum Essential Untuk Mendidik Ibubapa Tentang Tumbesaran Otak Anak -Anak
Mungkin kita dapat melihat anak-anak kita semakin membesar dan kuat, tapi pernahkah kita terfikir sama ada otak mereka juga berkembang dengan baik? Berbanding dengan pertumbuhan fizikal, tumbesaran otak agak sukar untuk diperhatikan.
Menurut kata Irene Cheah, Pengurus Pemasaran Anmum Malaysia. “Sebagai ibu bapa, kita sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak, oleh itu adalah amat penting untuk memahami tumbesaran otak kanak-kanak,” “Justeru itu, Anmum Essential ingin memperkenalkan Grow Amazing, suatu inisiatif baharu berunsur pendidikan untuk membantu ibu bapa memahami proses tumbesaran otak dan perkara yang dapat menyokong perkembangan otak si manja.”
Tahukah korang bahawa sel otak mula terbentuk sekitar hari ke-28 kehamilan dan setelah bayi dilahirkan, terdapat lebih kurang 100 bilion sel-sel otak yang sedang berfungsi! Selain daripada jumlah sel-sel otak, jumlah perhubungan antara sel-sel tersebut juga amat penting.
Di peringkat awal usia kanak-kanak, hubungan-hubungan sel-sel otak ini berkembang dengan pesat – setiap satu sel otak berupaya membentuk 2,500 perhubungan sel-sel dengan sel otak yang lain setelah si manja dilahirkan. Apabila mencapai usia 2 atau 3 tahun, hubungan sel-sel otak ini mungkin telah berganda sebanyak 6 kali!
“Perhubungan ini, yang juga dikenali sebagai synapse, adalah cara sel-sel otak berkomunikasi antara satu sama lain.
Pengalaman awal dan persekitaran luaran merangsang pembentukan hubungan sel-sel otak. Semakin banyak rangsangan dari persekitaran luaran, semakin banyak perhubungan akan terbentuk,” jelas Wendy Goh, Pengurus Saintifik dan Nutrisi Fonterra Brands Malaysia. “Perhubungan antara sel-sel otak ini penting kerana ia menyokong pembelajaran, memori dan keupayaan kognitif yang lain. Aktiviti perangsang dan nutrisi yang sesuai seperti DHA dan Gangliosida amat penting dalam tumbesaran otak.”
DHA dan Gangliosida (GA) Penting Untuk Otak
DHA dan Gangliosida (GA®) terdapat dalam otak dan memainkan peranan penting dalam tumbesaran otak. DHA membantu dalam pembentukan sel-sel otak dan Gangliosida menyokong pembentukan hubungan sel-sel otak. Tumbesaran otak yang pesat semasa tiga tahun pertama amat penting dan ia boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari segi emosi, sosial dan kognitif.
Namun begitu, kajian menunjukkan 1 daripada 4 kanak-kanak di Malaysia mengambil GA® 40% lebih rendah daripada purata pengambilan GA® dalam sehari . Selain daripada makanan berasaskan ternakan seperti daging dan telur, pengambilan GA® boleh dipertingkatkan dengan susu dan produk tenusu. Anmum™ Essential dirumus dengan DHA dan Nuelipid untuk paras GA® yang lebih tinggi dan tanpa gula tambahan****. Anmum™ Essential juga mengandungi prebiotik FOS dan Inulin. Persekitaran usus yang baik adalah penting untuk penyerapan nutrien yang efektif. Selain itu, Anmum™ Essential juga mengandungi vitamin dan mineral yang penting untuk membantu tumbesaran kanak-kanak.
Untuk ketahui lebih lanjut cara untuk menyokong tumbesaran otak si manja kita dnegan Grow Amazing dan jom pelajari Fakta Menarik tentang otak kanak-kanak di lamanweb rasmi Anmum.
Terliur Tengok Sambal Sardin Dia | Nieyl tak ingat hari apa, nieyl scroll IG lepas tu ternampak menu kak Falsya kita sambal sardin. Aduhai buat kita berliur sungguh sebabnya nieyl dengan en.husband rasanya dah lama kitaorang tak makan sambal sardin. So, terus dapat idea nak buat sambal sardin waktu berbuka hari rabu lepas.
Beli sardin tin besar so dalam tu adalah dalam 4 ketul ikan sardin tu, letak lah bawang lebih sikit..sedap tau..Yang bestnya..nieyl dapat makan 1 ketul je..yang lagi 3 ketul en.husband makan habiskan..hahaha..dia kata dah lama tak makan sambal sardin sayang..huhuhu
Kebiasaanya kalau nieyl masak sambal tidak kiralah sambal apa pun,mesti nak ada sup-sup sebagai lawan dia..ha..kalau ada 2 benda nie,memang makan bertambah la jawabnya..
First time hari itu, kawan bagi nieyl rasa sebotol hari rabu tu nieyl beli 2 botol sebab air dia sangat sedap tau korang kena cuba yang asli..lemak berkrim letak ais sikit...pasti repeat lagi nanti..
Baru 14 Ramadhan dah buntu nak masak apa untuk berbuka puasa..
Puasa Zaman Kanak-Kanak | Setahun hanya sekali sahaja bulan Ramadhan ini datang, jadi setiap kali ianya tiba pastinya ibu bapa yang mempunyai anak-anak ingin melatih anak-anak berpuasa menahan diri dari lapar dan dahaga. Mungkin itu bukan satu perkara yang mudah kan, sebab kita dulu masa zaman kanak-kanak begitu kan. Tapi ibu bapa perlu membantu tingkatkan kesedaran anak-anak tentang puasa. InsyaÁllah ianya sangat membantu.
Teringat zaman kecil-kecil dulu, nieyl mula puasa umur 5 tahun time tadika lagi itupun setengah hari sahaja, yela..kanak-kanak kan kuat bermain,lepas tu masih belum pandai menahan lapar dan dahaga. Itupun kalau azan zohor je, tingkap pintu semua mak tutup sebab nak bagi anak dia ni makan sampai kenyang.hihi..
Start darjah 2 sehingga lah hari ini Alhamdulillah puasa seperti umat islam yang lain kecuali hari-hari Allah beri cuti..Banyak pengalaman ponteng puasa dulu, hahaha..yang masih segar di ingat adalah terliur tengok buah rambutan sebab time bulan puasa tu musim buah. Ambil buah rambut, duduk bawah katil sebab gelap kan,tak ada orang nampak..hihihi..sekali mak sapu-sapu bawah katil,keluarlah kulit rambutan kering-kering..hahaha..time tu memang kena rotan la sebab ponteng puasa.
Kalau dekat sekolah pun ada pengalaman, curi-curi bawa air sirap pergi toilet minum,ha..tahu tak elok minum dalam tandas tapi masa itu budak hingusan apalah yang difikirkan kan..janji hilang dahaga seketika. Lepas tu menyesal sebab tak boleh makan sekali dengan orang yang berpuasa. Ha...undang-undang di rumah nieyl tu siapa yang tidak berpuasa tidak boleh makan sekali bersama orang yang berpuasa..sediihhh...esoknya gigih paksa diri untuk berpuasa..Alhamdulillah...
Begitulah zaman puasa nieyl masa kecil-kecil..kalau korang pula macam mana agak nya..mesti korang pernah je ponteng puasa kan, makan sorok-sorok..meh la share...:)
Wanita Aktif Berhijab Tiada masalah dengan Elysium by Jacqueline.K. | Sebilangan besar wanita zaman kini berjinak-jinak dalam aktiviti lasak. Menutup aurat itu adalah wajib bagi kaum wanita yang beragama islam tidak kira seaktif dan selincah manapun kita. Walaubagaimanapun sebagai seorang yang berhijab, itu sebenarnya bukan bermakna kita tidak boleh melakukan aktiviti-aktiviti sukan yang kita suka.Ianya tetap boleh dilakukan bagaimana??jom nieyl share...
Untuk pengetahuan korang, PTT Outdoor merupakan platform yang membekalkan segala kelengkapan dan keperluan perkhemahan di Malaysia. Terbaru PTT Outdoor telah melancarkan sesuatu yang baru khas untuk golongan wanita yang memenuhi citarasa mereka yang aktif dan berhijab. Apakah dia? Ianya adalah tudung khas yang diberi nama Elysium by Jacqueline.K.
Elysium by Jacqueline.K mempunyai 3 warna yang menarik iaitu Green, Blue dan Purple. Material kain yang digunakan adalah Microfibre dan streachable s spandex jadi sesuai untuk melakukan aktiviti luar dengan lebih selesa. Lagipun kainnya ringan dan cepat kering jika dibasuh, basah terkena air terjun ataupun peluh.
Tudung ini juga sangat mudah untuk disarungkan tidak memerlukan sebarang pin pun, hanya sarung sahaja sudah siap terletak sahaja atas kepala. Ianya memang sangat sesuai untuk wanita yang ada anak kecil dan menjimatkan masa untuk bersiap. Malah korang tidak akan rasa panas pun kalau memakai tudung ini sebab ianya tidak memerangkap haba. so, try okay..
Setiap wanita perlu ada sekurang-kurangnya satu helai,kenapa?sebab tudung ini tidak memerlukan korang menggosok. Terus sarung sahaja, semudah A B C. Cepat,selesa, pantas dan kemas. Siapa tak grab sehelai rugi tau..
Kalau korang masih lagi tercari-cari tudung yang sesuai untuk bersenam, tidak mudah terselak, ringan dan serap peluh, nieyl sangat rekemen korang cuba tudung Elysium by Jacqueline.K. ini korang pasti tidak akan kecewa malah nak beli lagi warna lain. serius..
Ramai orang pilih tudung Elysium sebab :-
Material kain tidak panas..best sangat.
Tidak mudah bergerak,tidak perlu risau terselak lagi
Ringan dan sesuai untuk bersukan
Harga adalah mampu milik dan berpatutan
Nieyl dah ada sehelai,warna blue..sangat ringan, sejuk dan tidak kedut itu yang paling penting okay. Jadi sangat penting untuk kita sebagai wanita yang aktif memilik tudung Elysium ini..Untuk dapatkan tudung khas ini, nieyl share detail di bawah:-
Kasut Si Burung Merpati | Tertarik nieyl baca artikel tentang terciptanya kasut si burung merpati ni, kalau sekali pandang memang ingat ianya adalah burung merpati yang asli.Dengan reka bentuknya, warna-warna yang digunakan memang seperti the real burung merpati. Tapi sejujurnya tak pula terfikir nak buat kasut seperti ini kan. Biasa kita tengok rekaan menggunakan kulit binatang sahaja, so ini adalah sangat unik.
Pereka terkenal dari Jepun yang dikenali sebagai Keiko Ohata telah mendapat idea mencipta kasut persis burung merpati asli kerana kecewa tidak dapat mendekati burung merpati dengan lebih dekat dan Keiko telah mereka kasut burung merpati supaya dia dapat berdiri sehampir mungkin dengan haiwan tersebut.
Jom tengok cara-cara membuat kasut burung merpati yang asli. teruja tengok gambar-gambar yang mempamerkan cara dia membuat dan mereka kasut tersebut.
Cantik kan?kalau sekali pandang memang nampak seperti real..nak satu boleh?hihihi...agak² kalau ada di Malaysia,korang nak beli dan pakai tak?-CARI
Random Menu Berbuka | Sori ya korang, pagi-pagi dah tayang makanan almaklumlah bulan puasa kan kebanyakkan entry memang tentang makanan pun.hihihi.. Tahun ni bulan puasa, masa nieyl akan tak berapa nak stabil sebab lepas keluar pejabat nieyl terus kena pergi Bangi untuk pick up my sister. Sepatutnya nieyl keluar pejabat jam 4.30 sampai rumah biasanya jam 5 tapi disebabkan kena pergi Bangi terus, sampai rumah antara 6.10-6.30 lebih kurang, jadinya nak masak sedap² agak susah sedikit sebab kekangan masa. Itu belum kalau jamm lagi..Jadi,menu berbuka memang sangat simple,dalam masa 30 minit kena siap masa.
Menu ni hari sabtu lepas nieyl pergi rumah my sister,nak buka bersama mak.. mak buatkan nasi ayam special untuk nieyl..yumyum...
Selamat berpuasa semua, yang mana masih bertahan tu Alhamdulillah...jangan di bilang berapa hari tinggal di bulan Ramadhan yaa...sabar....
Deko Raya Impian Yang Di Idamkan | Pejam celik Pejam celik dah masuk 11 Ramadhan, Alhamdulillah. Sekarang ini bila dah menghampiri 15 hari Ramadhan, rata-rata umat islam sedang sibuk membersihkan rumah sedikit demi sedikit untuk menyambut bulan Syawal tidak lama lagi. Selain itu juga ada juga yang memikirkan deko-deko raya untuk menghiasi rumah mereka sempena hari raya yang bakal tiba tidak lama sahaja lagi.
Pada nieyl selain membersihkan kawasan luar dan dalam rumah, nieyl dengan en.husband sangat menitik beratkan tentang dekorasi dalaman dan luaran rumah. Ada sahaja idea dan susanan yang akan di buatnya. Kebiasaannya En.husband lebih arif bab-bab deko nie, kita tolong tengok sahaja la..hihihi..
Dalam entry ni, nieyl nak share 3 idea deko raya yang nieyl nak buat dekat rumah tu tapi seperti biasalah kena minta pendapat en.husband dulu.Dapat green light, kita terus sambar..
1. Simple dan menarik- Idea nak beli buaian ini salah satunya adalah sebab ruang tamu untuk menonton televisyen tidak besar, so bila adanya buaian ini ianya lebih santai untuk tetamu yang datang ke rumah malah ianya pasti menjadi satu tarikan kepada kanak-kanak untuk duduk di atas buai tersebut sementara ibu dan ayah mereka menjamu selera
2. Jimat ruang dan elegan - Jika ruang rumah kecil, adalah sesuai jika kita beli sofa yang tidak terlalu besar.Ini kerana bila sofa besar akan menyebabkan ruang rumah kelihatan penuh atau padat. Cukup sekadar, selesa untuk tetamu duduk, senang dibersihkan dan berkualiti.
3. Menaikan keceriaan rumah dan hati - Apabila rumah cantik, ceria secara tidak langsung kita juga akan membuat hati tetamu-tetamu kita happy dan senang hati. Permilihan warna langir adalah sangat penting ya sebab ia akan menberikan satu aura kepada diri kita dan tetamu. Jangan la campur-campur warna block yang mungkin menyakitkan mata tetamu yang datang nanti.
Untuk pengetahuan semua sempena Marbahan Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya Sale Lazada yang akan bermula pada 19 Mei sehingga 30 Jun 2017, Lazada menawarkan pelbagai tawaran dengan 90% diskaun...jom ramai-ramai membeli belah di Lazada.com.my sekarang.
Buah Kiwi bantu bulan puasa | Pada bulan puasa, ramai di kalangan kita menghadapi masalah pencernaan. Ini kerana kurangnya makanan yang berserat dan pengambilan air dengan kadar yang minimum merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan sembelit.
Untuk pengetahuan korang, sebenarnya bukan susah pun nak mengatasi masalah sembelit di bulan puasa ini. Korang hanya perlu makan makanan yang berserat seperti buah kiwi kerana ianya sangat membantu.Ini kerana kiwi memilki kandungan serat yang sangat banyak dan ianya juga mengandungi enzim proteolytic yang dapat membantu memecahkan protein dan melancarkan sistem pencernaan tubuh manusia.
Tahukan korang,bahawa buah kiwi mengandungi vitamin c 2x ganda dari buah limau..ha..klu tidak tahu,hari ni korang dah tahu kan..antara lain manfaat buah kiwi ini adalah :-
Request Dari Ibu Mertuaku | Alhamdulillah,sudah beberapa hari MIL nieyl berbuka bersama nieyl dengan en.husband di rumah nieyl. Tak ingat hari ke berapa puasa, MIL request nak makan asam pedas..huhuhu..berdebar jantung ni nak masak asam pedas time bulan puasa, yela tak boleh nak rasa main agak-agak sahaja. Cuma lepas berbuka tu,rasa kurang manis sahaja sikit yang lain ok boleh dimaafkan sebab bulan puasa tak leh nak rasa..hihihi..
So,hari ini MIL request nak makan nasi goreng sahaja..so,juadah berbuka nieyl hari ini adalah nasi goreng. Cuma tengah fikir lagi nak masak nasi goreng apa,ikan bilis ke, ayam ke,udang ke....