Showing posts with label Office. Show all posts
Showing posts with label Office. Show all posts

08 October, 2026

Orang lain pergi Oustation, PA dapat ole-ole

by on October 08, 2026

Untung ke idak jadi PA..
Alhamdulillah di kelilingi orang yang baik-baik..
Tak pernah lupa PA di ofis ni..
Ini keropok dari Sabah..
Dri Kak Amy pegawai khas KP..

Yang ini pulak dari Kak jaja, 
dia pergi holiday dgn family dekat thai..
kak jaja salah seorang pegawai yang tak pernah miss bagi ole-ole..
Alhamdulillah...

Sukalah tu BTS

by on October 08, 2026

Pagi tadi sempat BW blog kak Ezna 
dia cerita pasal kad debit maybank yang baru tu..
nieyl ingatkan kawan nieyl sorang ni je yang tukar...
rupanya kak ezna pun tukar juga..

Yang member nieyl ni memang fanatik BTS yea..
Bukan main happy bila kad debit yang dinantikan tu sampai..
tapi HITAM je pon hahaha...

Korang yang ada kad maybank pun tukar juga ke?

29 September, 2026

TUESDAY: SUPER BUSY

by on September 29, 2026

 


Assalamualaikum..
hari ini baru masuk pejabat..
Start ahad nieyl ada rehearsel sampai lewat petang..
Semalam event pun habis lewat petang..

Hari ini masuk pejabat, 
settelkan hal-hal kerja..
Petang baru ada masa nak menaip ni ha..

terima kasih yang singgah blog nieyl ♥

09 September, 2026

Ajk Kecil Tema Biru dan Hijau

by on September 09, 2026



Kan nieyl ada bagitahu yang nieyl sibuk dengan seminar minggu lepas..
ni nieyl share sikit, simpan kenangan dekat blog..
biasanya PA memang dipejabat sahaja, 
sesekali bila dapat berbakti diluar pejabat tu..
best juga kan ambil angin luar pula..

Seminar ni setiap tahu..
jadi insyaÁllah selagi di jabatan ini..
wajah-wajah kaunter pendaftaran ini lah dia hehehe..
Hari pertama bertemakan Ash blue ..
setiap kali seminar bertema, time tu lah kena beli tudung baru hahaha...
tudung nieyl dah 2 bakul dah ni..
tengah cari almari yang sesuai untuk nieyl gantung ni..

Hari kedua bertemakan hijau...
sila abaikan double chin nieyl tu ye...
menci betul, tak nak pula dia hilang bersama 2kg tu hahaha..

Bila tamat seminar, 
kembali rutin harian masuk pejabat..

07 September, 2026

First lunch date dengan boss

by on September 07, 2026




Ini cerita 2 minggu lepas..
Rabu malam nieyl beradu awal..
apa sahaja wasap yang masuk,
pukul4 pagi baru nieyl reply..

Dapat wasap dari En. Mizie
"Nieyl jom bos ajak lunch esok"
nieyl jawab OK je..

Pagi khamis  fikir..
alamak kalau makan nasi ni mcm mana ni..
sebab nieyl dah sebulan tak makan nasi beras biasa,
nieyl dah sebulan makan beras tak ada kanji, tak ada kalori..
Tapi apa kan daya..
rezeki jangan di tolak..
Nieyl pun bedal lah nasi lunch tu..



Nasi goreng ulam dekat SERAI. 
nieyl dah sebulan tak makan nasi sebanyak tu..
nieyl nak habiskan sangat terseksa ya..
nieyl sumbat sampai habis..
segan nak tinggalkan makanan tak habis kan...

Jadi, di sebabkan lunch dah makan banyak tu..
petang tu denda diri nieyl untuk briskwalk 3 round..
ambil masa lebih kurang 45minit..

Nieyl kena tegas dengan diri nieyl sendiri..
sebab hanya kita je yang faham diri kita sendiri kan..
bukan mudah untuk nieyl cut sugar , eat clean selama sebulan..
bukan untuk kurus semata-mata tapi lebih kepada nak SIHAT..
umur makin banyak, kalau tak start sekarang..nanti susah nak buat bila dah tua nanti..
sebulan ni Alhamdulillah 2kg..
slow tapi konsistem.

skrg kena stop dulu..
sebab udara tak tak sihat..
akibat jerebu...

20 August, 2026

17 tahun..

by on August 20, 2026

Bila difikirkan semula, lama juga perjalanan nieyl dalam dunia pekerjaan. Dulu nieyl masuk kerja dengan hanya tahu nieyl  perlu datang bekerja, buat kerja dan balik. Tapi lepas bertahun-tahun bekerja, nieyl sedar bahawa dunia kerja sebenarnya mengajar jauh lebih banyak daripada apa yang tertulis dalam skop tugas.

Nieyl belajar tentang tanggungjawab. Tentang sabar. Tentang manusia. Tentang menerima teguran, mengurus emosi dan paling penting, tentang diri sendiri.

Ada hari kita balik kerja dengan rasa puas sebab berjaya menyelesaikan kerja. Ada juga hari kita balik dengan kepala yang serabut fikirkan kerja yang tak siap..

Tapi setiap hari, pasti ada sesuatu yang kita belajar kan...

Korang dah berapa tahun dalam dunia kerja?Share lah..




18 August, 2026

Jangan bagi jumpa, nanti susah!

by on August 18, 2026

 


Benda ni lebih kepada habit kot..
nieyl tak boleh pergi kedai yang ada tempat stationary..
memang lama nieyl akan stay dekat situ..

tengoklah apa yang nieyl beli tu ..
Tq lah unicorn sebab keluarkan pensel warna pink..
dan beli lagi pen pink.. 
pensel tu nieyl beli dekat kedai ECO dan pen tu beli dekat Mr. DIY ..
mur-mur je..sebab pink kan..
nanti nieyl share dengan korang stationary nieyl yang warna pink hehehe...



Pindah bilik pejabat baru

by on August 18, 2026

 



Assalamualaikum..
Selamat pagi..

Sebelum ni nieyl stop sekejap blog sebab ada perubahan kerja..
Skrg ini nieyl dah pindah ke  level kayangan ( aras 6 )..
Dan kerja pun dah makin bertambah, sebab itulah..
nieyl tak dapat fokus untuk menulis blog..

Skrg semua dah under control..
Alhamdulillah dah boleh kembali menulis..
meh nieyl nak tunjuk workstation yang baru..
Gambar yang atas sekali tu adalah tempat setiap hari nieyl mengadap..
dari 8.00 pagi sampai 5.00 petang..



ini pula bahagian dinding ang nieyl gantungkan sebahagian keychain dari Oversea..
Dan ada nota-nota juga nieyl letakkan di situ sebab mudah nak tengok..


Ini bahagian belakang kerusi nieyl duduk skrg..
Nieyl letak tray untuk surat-surat dan dokumen..
kemudian ada koleksi buku nota juga..
Hujung sekali tu adalah lego yang nieyl buat..
bahagian bawah tu, rak yang terbuka tapi nieyl tutup dengan langsir..
mencacatkan pemandangan kalau terbuka sebab dalam tu, 
nieyl letak barang juga..

Ha..ini lah dia tempah bekerja setiap hari..
bila bos-bos masuk bilik nieyl, diaorang akan cakap..
wanginya bilik..semua pink hahaha..
Pink kan tenangggg....

03 August, 2026

Setiap perubahan ada hikmah.

by on August 03, 2026

Setiap perubahan ada hikmah.
WFH dah habis, digantikan dengan Hybrid pula 3 hari di office, 2 hari secara hybrid..
Tapi keistimewaan itu kali ni nieyl tak dapat..
Nieyl kena bekerja 5 hari seminggu kembali..
setelah 3 bulan hanya bekerja di pejabat 3 hari seminggu..

Sedih juga lah tapi tak apalah..
kena lebih bersemangat bila bekerja di office ..
ada berkatnya juga kan betul tak hehehe...
fokus kerja di office , balik rumah dah free..

29 July, 2026

Akhirnya, Saya Menulis Lagi

by on July 29, 2026


Hari ni nieyl lambat bersiaran.
Bukan apa, hari ni WFH.
Jadi keutamaan nombor 1,2,3 memang kena setelkan kerja dulu.
 Email kena semak dulu, contact pegawai yang bos nak jumpa..
Walaupun WFH, pada nieyl kerja nieyl sama macam nieyl bekerja di pejabat..
Segala keperluan bos nieyl akan sediakan dari rumah..

Baru pukul 11 lebih , baru ada ruang sikit baru nieyl buka blog  🤭
Rasa macam student dulu. Buat kerja sekolah siap,
baru dapat main..hehehe

Bulan depan dah start 3 hari di pejabat, 2 hari secara hybrid..
kalau depat opis nieyl belum ada arahan official lagi dari pengurusan..
So, minggu ni kita masih menunggu..
hari apa yang boleh hybrid..

09 March, 2026

Photoshoot Raya Office

by on March 09, 2026


Photoshoot Raya Office | Kisah hari jumaat sesi photoshoot gambar raya dan video raya bahagian nieyl. Setiap bahagian kena kreatif buat video raya dan upload dalam GD.. Video tu dah siap, tapi nieyl rasa bos-bos ni memang sporting habis. Gambar atas tu bahagian nieyl ada 64 orang tapi masa shoot ada yang tak ada..

Yang ini pula Trek yang nieyl jaga. Apa-apa urusan pentadbiran semua akan pergi ke nieyl. Ini tak cukup juga , ada yang cuti. Yang baju merah tu bos yang nieyl jaga. 

Dan dua-dua ni pun bos yang nieyl jaga. Susah nak ambil gambar 1 frame dengan bos-bos nieyl ni. Semoga jodoh kita bekerjasama panjang lagi..Biasalah kalau PA ni susah nak kekal satu tempat sama juga dengan bos. Siapa dapat bos-bos nieyl ni memang bertuah. 

06 March, 2026

Dugaan Petang Ramadan

by on March 06, 2026

Dugaan Petang Ramadan | Actually benda ni jadi rabu, yela pagi kan sampai-sampai mata memang tak pandang screen monitor tu pun, dia capture no plat dan jalan. Bila petang baru nak keluar bangunan tu, tiba-tiba screen tu scan no plat WXC..dan nieyl tak boleh nak keluar. Dah bagitahu dah budak yang jaga tu, no plat nieyl WYC bukan WXC.. dia pun ambil gambar no plat dan buka palang tu. So, ingatkan dah settel lah..

Semalam pagi, nieyl masuk lalu palang.. eh..dia scan lagi WXC. Nieyl berhenti tepi panggil staff yang jaga tu kebetulan tak ada kereta belakang nieyl tu. Nieyl cakap kenapa masih dia capture WXC. Dia pun pergi ke depan kereta nieyl tengok no plat.. dia cakap oh kak ni ha sebab ada sticker dekat huruf Y. Nieyl pun oh yeke, dia tolong buangkan sticker tu dan dia cakap nanti dia maklumkan pada supervisor dia. Dan nieyl tanya saya kena keluar balik tak, dia cakap tak payah.

Petang semalam nieyl nak keluar, palang tak nak buka dan dia tetap scan WXC.. aku lah argghhh.. Dah la balik pukul4, dia buat hal lagi. Nieyl kejar masa tak nak jem . Macam-macam pula dia tanya nieyl (staff petang) . Stress dah sebenarnya. dia dah ambil gambar , video semua dan dia buka palang. So, nieyl keluar. 

Dalam perjalanan tu, hati tengah panas kan, hahaha..nieyl pun whatsapp pegawai khidmatan pengurusan ( peg tu close dengan nieyl ) selalu tolong selesai kan masalah nieyl hehehe. Nieyl tunjukkan bukti screen parking semua, dan dia minta EO dia semak betul tak no plat nieyl tu yang dieorang hantar ke Syarikat. Semak-semak betul ke tak ada masalah. Pegawai cakap tak apa mungkin ada kotoran ke apa dekat no plat tu. Nieyl kata Ok tak apa , esok nieyl lap kasi kilat hahaha..

Alhamdulillah, pagi ni elok je dia scan dengan betul . adoi lah..Itu jela cerita petang semalam hehehe..Kalau tidak sehari RM18 tau, 2 hari dah berapa kan..hkalau boleh claim tak apa lah juga, ini apa pun tak boleh claim..jadi, sabar bulan ramadan..

26 February, 2026

Rezeki Ramadan

by on February 26, 2026

Rezeki Ramadan | Nieyl kan sekarang jaga 3 orang bos, 2 bos perempuan ( Dsm dan TN) dan seorang bos lelaki( MR). Semalam bos nieyl MR whatsapp minta naik ke bilik untuk ambil nasi arab..Alhamdulillah rezeki semalam..

Lepas tu, kak jaja datang bilik bagi ole-ole dari JAPAN. Dia baru habis kursus dekat sana 4 bulan. 

Terima kasih Ya Allah selalu murahkan rezekiku...

30 December, 2025

Happy birthday kak emmy

by on December 30, 2025

Hari ini selain birthday ayah nieyl..
hari ni juga birthday kak emmy..
kira kalau dekat ofis ni, kak emmy antara orang yang sangat close dengan nieyl..
kerana banyak makan semut , nieyl kelupaan birthday kak emmy..
nasib baiklah semalam sempat nieyl order special kek untu birthday kak emmy..
kek yang simple, cute dan sedap..




Tadaa...cute kan?khas untuk kak emmy..

Semoga kak emmy sentiasa dimurahkan rezeki..
Diberikan kesihatan yang baik, diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat...
Love u kak emmy...

26 December, 2025

Hari Jumaat Yang Sunyi Sepi

by on December 26, 2025


Assalamualaikum..
Salam Jumaat..
level nieyl hari ni sangat sunyi sepi ya...
ramai yang sambung cuti sampai weekend..
Tadi nieyl sampai adalah nampak 3 orang je yang ada...

Bos nieyl pun tiga-tiga cuti hari ini..
jadi, PA close door lah hari ini hehehe...

Ada yang kerja ke hari ni ?
kita geng tak cuti hehehe...

Happyyy working...

 

20 November, 2025

Yeay..dapat Free Gift Lagi

by on November 20, 2025

 

Yeay..dapat Free Gift Lagi | Semalam selepas selesai perhimpunan, emcee maklumkan ada sediakan makan dan minum pagi di lobi. Mula-mula tak nak pergi sebab masa pendaftaran perhimpunan tu urusetia ada sediakan roti dan air mineral. Tapi bila geng-geng ni nak turun, nieyl heret kaki jugalah turun join dioerang sekejap. 

Dalam gambar ni geng makan-makan yang asli cuma ada 4 org dan yang lain-lain ni ahli baru geng makan tingkat 6 hehehe.. Semalam ingatkan breakfast je tau rupanya ada lunch dan minum petang juga. Vibe-vibe orang kahwin pula sebab makan bawah khemah dan buffet. Kitaorang cakap majlis kahwin wanie tapi bakal suami tak tahu bila nak muncul hehehe.. kita doakan ya semoga wanie ditemukan jodoh yang baik2..
Masa buat pendaftaran ingatkan tak dapat apa-apa, rupanya ada free gift lah..dapat NFC touch n Go.. Sorang satu, walaupun dah ada tak apalah standby untuk kereta baru eh..insyaÁllah...doakan..semoga makbul...



19 November, 2025

Happy Birthday Waniee

by on November 19, 2025

Happy Birthday Waniee | Semalam birthday budak wanie ni, beza umur dengan nieyl dia muda setahun. Dulu kita kawan-kawan biasa je, bila dah duduk satu bahagian ni jadi close. Pergi mana-mana akan berdua. Kawan gaduh, merajuk , tampar menampar ni dah biasa hahaha... manja-manja jelah. Semalam konon-kononnya nak buat surprise kek untuk dia, alih-alih terkantoi di saat-saat akhir sebab budak ni tak boleh duduk dia  hahaha.

Naik lagi satu nombor umur mu..semoga yang baik-baik sahaja untuk wanie.. Semoga diberikan kesihatan yang baik, dipertemukan jodoh-jodoh yang baik dan dimurahkan rezeki selalu.
Antara mereka meraikan bithday girls semalam. Balqis master mind dia yang gigih beli kek semua. Lepas ni bahagian balqis nak pindah bangunan belakang dah, payah dah nak lepak-lepak makan sama-sama lagi..melainkan kalau dia rajin datang bangunan depan ni hehehe...semoga silaturrahim ini kekal sampai bila-bila..

12 November, 2025

Tahap Kesejahteraan Psikologi Nieyl

by on November 12, 2025
Tahap Kesejahteraan Psikologi Nieyl | Dekat ofis kena buat ujian psikologi , nak tengok tahap psikologi kita. Jawab dengan jujur dan pastikan baca soalan tu dan fahamkan baru jawab. Bila dah jawab semua soalan yang ada. Dia akan berikan result kita terus. Ada 3 tahap Tinggi, sederhana dan rendah. 

Markah nieyl : 9.36

Apa yang penting, kita kena sentiasa berfikiran positif. 
Selagi kita bernafas, kita akan sentiasa di uji dalam pelbagai ujian..
Nieyl setiap malam sebelum tidur berdoa, semoga bangun pagi nieyl nak dengar suara mak, tengok muka mak..walaupun nieyl tahu, hari itu akan tiba tapi nieyl sedaya upaya berfikir positif dan sedaya upaya lalukan semuanya untuk mak..

Korang,sentiasa doakan kesihatan mak nieyl ya..terima kasih semua...



 

11 November, 2025

Itulah sweet sangat

by on November 11, 2025

Itulah sweet sangat | sebelum lunch tadi nieyl pergi pantry top up air kosong. Balik ke bilik tiba-tiba ada bungkusan Richiamo atas meja. Tak ada nota, tak ada orang whatsapp. 5 minit juga fikir siapa pula yang bagi ni. Cuba jugalah PM sorang-sorang yang selalu kongsi rezeki dengan nieyl. Semua kata tak ada. Sampai dah tak boleh nak fikir dah siapa.

Nieyl terus tepek dekat status whatsapp sebab status whatsapp ni mejoriti semua orang akan buka tengok termasuklah pegawai-pegawai, bos-bos nieyl. Tiba-tiba...ada orang mengaku..korang tahu siapa??

Bos no.2 nieyl hahaha.. tak terfikir pula sebabnya bos kata nak pergi bengkel sebab itula tak syak dia pun. Saja je nak sweet-sweet dengan PA dia. Dia tahu kalau nieyl tak tahu siapa bagi, memang tak makan la , nasib baik dah terjawab.. Alhamdulillah..dapat bos yang baik itu adalah rezeki....

Bos no.2 nieyl ni dia cakap dia tak nak gemoks sorang-sorang, nak kena ada geng hahaha..PA lah jadi mangsa , selalu bagi makanan... Terima kasih bos..

Dia dah sampai ofis dah

by on November 11, 2025

 

Dia dah sampai ofis dah | Semalam kebetulan bos  nieyl bengkel 2 hari, jadi bolehlah nieyl mengemas sikit-sikit deco workstation nieyl ni. Sementara nak buat deco tahun baru 2026 nanti kan, kita sisih dulu mana yang dah tak guna tu. 

Nieyl ada add on collection brick lego yang dah lama nieyl buat, ada dekat rumah tersimpan dalam kotak je. Semalam nieyl bawa semua pergi pejabat untuk letak hiasan sementara dekat pejabat. Bila dah susun macam ni cantiklah pula kan. Bolehlah mengantuk-mengantuk tengok benda yang cantik, segar mata tu..hehehe...