Bila difikirkan semula, lama juga perjalanan nieyl dalam dunia pekerjaan. Dulu nieyl masuk kerja dengan hanya tahu nieyl perlu datang bekerja, buat kerja dan balik. Tapi lepas bertahun-tahun bekerja, nieyl sedar bahawa dunia kerja sebenarnya mengajar jauh lebih banyak daripada apa yang tertulis dalam skop tugas.
Nieyl belajar tentang tanggungjawab. Tentang sabar. Tentang manusia. Tentang menerima teguran, mengurus emosi dan paling penting, tentang diri sendiri.
Ada hari kita balik kerja dengan rasa puas sebab berjaya menyelesaikan kerja. Ada juga hari kita balik dengan kepala yang serabut fikirkan kerja yang tak siap..
Tapi setiap hari, pasti ada sesuatu yang kita belajar kan...
Korang dah berapa tahun dalam dunia kerja?Share lah..

No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)