Bila difikirkan semula, lama juga perjalanan nieyl dalam dunia pekerjaan. Dulu nieyl masuk kerja dengan hanya tahu nieyl perlu datang bekerja, buat kerja dan balik. Tapi lepas bertahun-tahun bekerja, nieyl sedar bahawa dunia kerja sebenarnya mengajar jauh lebih banyak daripada apa yang tertulis dalam skop tugas.
Nieyl belajar tentang tanggungjawab. Tentang sabar. Tentang manusia. Tentang menerima teguran, mengurus emosi dan paling penting, tentang diri sendiri.
Ada hari kita balik kerja dengan rasa puas sebab berjaya menyelesaikan kerja. Ada juga hari kita balik dengan kepala yang serabut fikirkan kerja yang tak siap..
Tapi setiap hari, pasti ada sesuatu yang kita belajar kan...
Korang dah berapa tahun dalam dunia kerja?Share lah..

Lama tu..Sy dah +-25 years =)
ReplyDeleteSama la Nieyl ngan akak tahun ni 17 tahun berkhidmat kat Malakoff...macam pencen kat sini nampaknya...hahaha
ReplyDeleteCantik semuanya banyak yang pink. Elok je tersusun keychain tu. Kemas.
ReplyDeletekalau dekat sektor goverment...dah 13 tahun..
ReplyDeletekalau campur yang kerja ngarut2.. total 16tahun juga la kot.. hihihi
17 tahun satu perjalanan luar biasa! Pengalaman kerja memang banyak mengajar tentang kehidupan & emosi. Btw, apa kenangan paling manis sepanjang 17 tahun berkhidmat? So inspiring! ❤️
ReplyDeletewow..alhamdulillah & congrats..
ReplyDeletekak ayu dlm perkhidmatan awam dah 22 tahun, keja hotel dulu...dlm 3-4 tahun jer