19 August, 2026

Snap & Eat



Assalamualaikum
Selamat pagi..

"Pagi ni rajin sikit scroll gallery..
ada gambar makanan yang nieyl snap..
tapi tak post dekat media sosial pun..
kita share dekat blog je lah..

Atas tu Wanpaku sandwich, pegawai nieyl bagi..
kenapa orang panggil Wanpaku?
Nama dia dari bahasa Jepun "Wanpaku" = Nakal / Lasak
Sebab dia memang sandwich "nakal" - penuh melimpah isi sampai tak muat 😆

Last weekend dekat office nieyl ada jualan..
Bos nieyl beli banyak donat ni, minta nieyl letak dekat pantry..
jemput sesiapa nak makan..boleh je makan..
walaupun rupa tak macam donat tapi sedap tau..
Alhamdulillah petang nieyl nak bersihkan,
donat tu tinggal 3 ketul dan nieyl bawa balik..

Fuhhh Tandoori Chicken!! 🤤🔥
Warna merah charred tu + sos hijau + dulang besi...
aesthetic kedai mamak betul tapi itulah mengoda betul..
nieyl suka satu kedai mamak dekat area Dengkil tu..
dia punya tandoori sangat sedap dan tak keringgg..

Last but not least... Maggi Goreng!! 😭👏
Ini dia comfort food kebangsaan
Nampak garing2 + ada telur hancur + sawi + ada ketul ayam
ini menu wajib kalau nieyl pergi makan dekat mamak ya..

Oklah, jumpa next entry nanti...

6 comments:

  1. nasib baik bos nieyl beli donut tu.. risau kalau tak habsi dijual..sebab orang akan tengok rupa.. macam donut linda buat je.. rupa takde, rasa boleh tahan.. hahaha
    yang maggi goreng tu, pedas lagi sedap

    ReplyDelete
  2. Gambar foodie hidden gem dalam gallery memang sayang kalau perap je! Nasib baik ada blog content untuk abadikan. Murah hati betul bos sponsor pantry treats.

    ReplyDelete
  3. Donut gitu yg sedap Nieyl, tak gebu sangat.
    Akk pun suka ayam tandoori juicy gini. Ada tempat kering ayamnya. Megi goreng tu makanan favorite geng lepak mamak kot hehe

    ReplyDelete
  4. Tandoori chicken ngan maggi goreng tu looks tempting...akak boleh say goodbye je la kat maggi goreng tu.....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)