Unexpected! afika wasap tanya buat apa lepas tu dia tanya nak coffee tak?terkejutlah sebabnya tahu dia dekat batu pahat ketika ini. Rupanya dia semalam pagi dia hantar mak dia dekat rumah kakak dia tengah berpantang. Bertuah punya budak, dia selalu macam ni tak bagitahu, tahu-tahu depan mata.
Bertiga kembali dalam satu frame. Ya Allah, lamanya tak berjumpa last sekali kalau tak silap masa travel tahun lepas pergi IPOH. Lepas tu masing-masing sibuk dengan study, kerja.. Tahun ni tak berkesempatan lagi nak pergi travel. Kalau ikut perancangan hujung bulan 9 ni nak pergi PENANG. Tapi terpaksa postpone sebab Projek Syida tunda pelancaran. Tarikh baru untuk travel belum ada lagi.
Yang pasti Bulan Oktober/november 2026, kitaorang bertiga nak pergi tengek teater PGL .. Pada 18 Ogos 2026 untuk Affin Cardmember Presale , excitednya..cuma kali ini dia tak buat di Istana budaya, dia buat dekat JCPAC, Sunway Square.. Untuk public ticket akan open pada 21 Ogos 2026 di tix.jcpac.my



No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)