27 December, 2019

Pusing-pusing Kuala Lumpur Naik Train

by on December 27, 2019
Pusing-pusing Kuala Lumpur Naik Train | Walaupun duduk di Selangor, yang orang kata paling hampir dengan Kuala Lumpur tetapi jarang ataupun fikir dua kali untuk ke sana sebabnya kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur semua orang sedia maklum. Jadi, sesekali holiday di Kuala Lumpur ni kita akan gunakan pengangkutan awam untuk elakkan pembaziran masa dan duit hihihi


Sementara nak tunggu semua orang turun ke lobi, kita berselfie dulu area lobi Tamu Hotel ni. 


Adam dan Ellsa bersama maklong 


Adik ipar nieyl yang sebaya dengan nieyl aka kawan sekolah


With mother in law nieyl 


Masa ini dah separuh jalan nak ke stesen train kampung baru, kami jalan kaki je sebab dekat je Hotel Tamu dengan Kampung baru tu. Sempat snap gambar berempat sebagai kenangan. 


Sementara tunggu train sampai,wajib bergambar dulu lepas tu sent dalam group family kasi bakar line adik ipar seorang tak dapat jon hehehe.. ::P


Stroller ada satu je, kadang-kadang sumbat sekali 3 dalam tu bila masing-masing dah penat berjalan 


Walaupun anak-anak tidak memberi kerjasama yang baik tapi mommy² tetap nak bergambar juga hahaha..


Kami naik train dari kampung baru ke KLCC je, 1 stesen je..saja nak jalan-jalan sambil nak pergi tengok air pancut KLCC tu.


Time ni best sebab sambil tengok air pancut berlampu bergerak mengikut musik yang dimainkan. Budak-budak pun teruja lagi-lagi adam dia suka tengok lampu. Kalau korang nak tahu, sekeliling kolam ni manusia ramai ya amat. Pelancong pun ramai juga, ada juga yang bawa family , remaja jangan cakap la, KLCC kot memang port dieorang lepak-lepak ni. 


Masa ni masing-masing dah kepenatan dah, ada yang berdukung, ada yang nak suruh didukung..Kami bertiga pun penat juga tapi kalau depan camera automatik senyum sampai telinga hahaha..


Dalam train nak balik ke Hotel dah time ni, kami bertiga akan tua sama-sama sebagai satu keluarga hahaha..


Wan bersama cucu-cucunya


Jarang-jarang naik train, macam ni lah gambar dalam train 


Adam dan ellsa sentiasa teruja naik train..

Walaupun hanya 1 malam di Kuala Lumpur, perasaan seronok dapat luangkan masa bersama keluarga itu sangat berharga. Penat tapi seronok .. InsyaÁllah next dalam list, kami akan ke Kundasang dan kota konabalu hujung tahun 2020, Tiket pun dah beli, sekarang nak kena menabung untuk duit jalan-jalan pula..




Daftar Air Percuma Selangor Sekarang

by on December 27, 2019
Daftar Air Percuma Selangor Sekarang | Berita baik untuk rakyat negeri selangor. Kerajaan negeri akan meneruskan program bantuan air percuma Selangor 2019 yang lebih dikenali sebagai Skim Air Darul Ehsan. Kepada pengguna dan penduduk Selangor yang berpendapatan isi rumah RM4000 dan ke bawah boleh daftarkan permohonan sebelum 31 Disember 2019 ini.



Dato Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, proses itu bagi mengumpul dan mengemaskini data pemohon yang layak melalui semakan LHDN. Semakan akan bermula selepas tempoh pendaftaran ditutup. Manakala keputusan permohonan akan dimaklumkan selewat-lewatnya penghujung Februari 2020 iaitu sebelum pelaksanaan Skim Air Darul Ehsan yang akan bermula pada 1 Mac 2020.

Kepada yang ingin membuat permohonan boleh buat secara dalam talian sesawang Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat di www.ssipr.selangor.gov.my 


Cepat-cepat mohon, mana tahu ada rezeki..
..


17 December, 2019

View Swimming Pool Hotel Tamu & Suites Kuala Lumpur

by on December 17, 2019
View Swimming Pool Hotel Tamu & Suites Kuala Lumpur | Assalamualaikum, moh kita sambung story short vacation nieyl bersama family di Kuala Lumpur. Lepas dah check in tu, masing-masing tukar pakaian untuk rendam diri dalam pool hotel kecuali nieyl. Nieyl tak mandi pun, sebab tak rasa nak mandi pool masa tu, jadi nieyl snap kan gambar-gambar dieorang je yang mandi. 



Nieyl sukalah pool di Hotel Tamu ni, dia berada tengah-tengah antara apartment. Cantik sangat suasana yang open space, dari pool tu korang boleh nampak bangunan-bangunan Kuala Lumpur seperti menara Kuala Lumpur tu. Nampak tak , tebing tepi tu..kalau ada anak-anak sila jaga dan awasi okay. Dekat situ pun ada pegawal keselamatan yang akan alert kalau ada orang atau budak berhampiran dengan tebing tu dia akan bunyikan amaran wisel. 


Nampak tak tu KLCC, masa ni kan biras nieyl si fir ni dia nak pinjam handphone nieyl bawa ke tengah-tengah kolam tu, nak snap gambar ni..menjerit-jerit tak kasi juga bukan apa takut handphone mandi sekali hahaha...bagi juga lah tapi mata ni tak berkelip-kelip ketakutan tapi Alhamdulillah..selamat weh..kalau tak minta ganti iphone hahaha... :P 


Walaupun tak mandi, gambar tetap kena ada okay. Gambar nieyl bersama adik ipar dan MIL nieyl. Sportingkan MIL nieyl. Untuk pengetahuan korang, pool di Hotel Tamu ni besar tau, ada 3 wings, termasuklah khas untuk kanak-kanak. 


Bersama adik ipar, biras dan anak-anak buah kesayangan nieyl


Masa ni dah nak naik bilik dah, masing-masing dah kecut dah, ellsa pun dah menggigil kesejukan dan kelaparan. Lepas maghrib nak keluar makan dan jalan-jalan KL pula..Ok next entry nieyl share okay.



16 December, 2019

Biar dibenci Manusia

by on December 16, 2019


Assalamualaikum...
Dalam hidup kita tidak semua orang suka kita betul tak..
kalau tak, takkan ada makcik-makcik bawang tu kan..
Sebagai manusia, kita tak boleh nak paksa semua orang suka kita..
Cuma jika ada manusia yang benci kita, Tak mengapa..jangan sedih..
Asalkan jangan Allah membenci kita, sudahlah..
takut nanti hidup kita akan sengsara selamanya.. 

12 December, 2019

Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur Best

by on December 12, 2019
Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur Best | Dah lama nieyl tak pergi short vacation dengan family husband. Alhamdulillah hujung bulan November 2019 yang lepas ni, kitaorang sekeluarga pergi vacation. Cuba teka dekat mana?hehehe...dekat Kuala Lumpur. Walaupun dekat tapi moment yang kita dapat tu sangat berharga nilainya.

Hampir 2 ke 3 bulan juga merancang short vacation ini tau, sebabnya adik ipar nieyl menetap di Kedah, jadi kami di sini kena ikut date dia lah. Kami memilih Hotel Tamu And Suites Kuala Lumpur ini sebabnya pemandangan bandar Kuala Lumpur yang cantik, berdekatan dengan Kampung Baru dan jua dekat dengan train.


Sebelum nieyl share dengan korang aktiviti yang nieyl buat sepanjang berada di Kuala Lumpur. Nieyl nak share Suite yang kitaorang duduk semalaman. Kalau korang tengok harga di website memang telan air liur tau, nasib baiklah adik ipar nieyl grab time Matta fair, bolehlah berjimat banyak tau korang.


Pada asalnya memang beli voucher untuk standard room tapi kitaorang upgrade bilik untuk dapatkan Two Bedroom Suite kami bayar lagi RM190 so, total RM380. Kira oklah sebab kalau normal price harga dia antara rm700-800 tau..seram tengok price dia..hehehe..

Dah-dah jom nieyl share gambar-gambar Two Bedroom Suite dia, actually kan korang gambar ni di snap time nak check out tau, gigih kemas okay. Sebabnya time check in tu masing-masing terlupa nak snap,jadi kalau nampak katil tu comot-comot tu sorry la yaa...


Ruang tamu untuk bersantai bersama keluarga, kalau selak langsir tu ada balkani tau..
boleh nampak Kuala Lumpur dan kampung baru juga.


Nieyl kalau pergi mana-mana mesti risau kalau tak ada seterika..
Di hotel tamu ni korang tak yah risau, di sediakan bersama iron board hihihi


Small kitchen sesuai untuk kita yang berkeluarga kecil dan sederhana. Korang boleh juga
masak kalau malas nak keluar makan dekat luar tu. Macam nieyl hari tu memang tak masak,
sebab jadual penuh kekeke


Ini bedroom pertama
Ada almari pakaian yang besar, ada juga peti besi untuk kita simpan barang-barang berharga.


Sudut untuk ke bilik air
Kemas, bersih dan besar


Bedroom ke-2


Bilik air bedroom ke-2

Selain suite yang best, Hotel Tamu juga ada pemandangan yang cantik di area swimming pool tau. Nak tengok tak?sabar ya...nanti nieyl update entry seterusnya..stay tuned :P . Untuk nieyl sekeluarga memang puas hati dengan penginapan di Hotel ini. Korang pun boleh cuba menginap di sini juga okay. Best sesekali menginap di Kuala Lumpur yang terkenal dengan kesesakan. 😵

TAMU Hotel & Suites, Kuala Lumpur
120 Jalan Raja Abdullah
Kampong Bharu
50300, Kuala Lumpur

 +603 2603 1999
 +603 2603 1777
 info@tamuhotel.com

11 December, 2019

Beza pemikiran orang yang berjaya dan gagal

by on December 11, 2019

Assalamualaikum..
Pagi ni nieyl nak share sedikit motivasi pagi untuk diri nieyl dan juga yang membaca..
Tidak kira dalam apa juga yang kita buat dalam hidup ini...
Pemikiran kita sekarang ini yang mana ?
Orang yang berjaya
atau
Orang yang gagal..

Jika Orang yang berjaya, Alhamdulillah..
Jika pemikiran orang yang gagal, masih belum terlambat untuk berubah
menjadi orang yang berjaya..bangit dan bangun sekarang..

10 December, 2019

Elakkan Makanan Ini Ketika Perut Kosong

by on December 10, 2019
Elakkan Makanan Ini Ketika Perut Kosong | Bila perut kita kosong, kalau nampak makanan tu semuanya kita nak makan kan, semua kita nak order..tapi sebenarnya tidak semua makanan tu sesuai di makanan ketika perut kosong. Mesti tak tahu kan?nieyl pun sama juga tak tahu..sekarang ni baru tahu, so jom nak share..


  1. Tomato
    Semua orang tahu yang tomato kaya dengan vitamin c, tetapi ianya tidak sesuai di ambil ketika perut kosong kerana asid tannic yang terdapat dalam tomato mampu meningkatkan keasidan di dalam perut dan boleh menyebabkan masalah gastik.

  2. Yogurt
    Untuk pengetahuan semua, 1-2 selepas makan adalah waktu terbaik untuk makan yogurt. Bukan dengan perut kosong tau. Bakteria Asid laktik yang ada dalam yogurt bermanfaat kesihatan, tetapi ketika perut kosong asid laktik tidak berkesan malah membunuh bakteria asid laktik dalam produk susu dan keasidan.
  3. Makanan Pedas
    Kebanyakkan orang asia lagi-lagi kita yang melayu ni kan, pagi-pagi mesti akan makan makanan yang pedas baru ade urmmppp kan.Tetapi apabila kita menjamah makanan pedas ketika perut kosong, kita akan rasa kerengsaan pada perut dan akan menyebabkan tindak balas asid dan kekejangan.
  4. Manisan/gula
    Pagi-pagi selalunya kita dihidangkan dengan kuih muih yang manis-manis kan, lagi manis lagi sedap. Tahu tak korang, yang gula sebenarnya sangat mudah untuk dicerna. Akan tetapi jika kita mengambil makanan bergula ketika perut kosong tubuh manusia tidak dapat mengeluarkan insulin yang cukup untuk mengekalkan tahap normal dan akan menganggu keseimbangan asid alkali.
  5. Minuman berkarbonat
    Pengambilan minuman berkarbonat ketika perut kosong boleh terkena kanser esophageal. Apabila terlalu banyak pengambilan minuman berkarbonat boleh meningkatkan asid dalam perut dan menyebabkan hakisan.
  6. Pear
    Pear mempunyai serat mentah dan boleh merbahaya membran mukus yang halus dan akan menyebabkan sakit perut kalau makan pear ketika perut kosong. Jika nak juga makan buah pear ketika perut kosong, dinasihatkan makan bersama bijirin ataupun oat.

09 December, 2019

Makanan yang menaikkan selera makan kita

by on December 09, 2019
Makanan yang menaikkan selera makan kita | Assalamualaikum semua..Ya Allah lamanya tak update blog ni. Rindu kita tak?sorry ya korang nieyl 2 week sibuk dengan short vacation, kemudian dengan interview . Banyak sangat yang nak di story, InsyaÁllah nanti nieyl akan update okay. 

Untuk hilangkan rindu korang, pagi ni nieyl mulakan update entry tentang makanan yang pastinya akan membuatkan korang meleleh air liur masa buat kerja tu..hehehe. Jangan marah ya... 



Ini makanan masa majlis perpisahan pegawai cawangan nieyl. Main menu tempah katering dan yang dessert kebanyakkan potluck. Nanas masak kari/ lemak memang menjadi kegemaran so, nieyl memang makan banyak nanas tu.. Dessert yang nieyl makan tu agar-agar cermin, brownies dan oreo puding.


Boleh dikatakan kerap juga lah cawangan nieyl ni buat makan-makan terutamanya hari jumaat. Murah rezeki orang yang bersedekah ini..Amin, yang bubur daging tu boss sebelah bilik nieyl bagi, kebetulan cawangan dia pun buat makan-makan juga...Jadi,korang faham la ya kenapa nieyl tak kurus-kurus..


Dekat pejabat nieyl, cekodok pisang desa pinggiran putra memang popular sangat sebab cekodok pisang dia memang sedap. Kalau boss balik rumah masa lunch dia selalu akan singgah belikan ataupun nieyl selalu kirim minta dia belikan. Kalau tak silap 7 biji RM1, cekodok pisang dia rangup-rangup tapi tak keras. kalau makan sambil buat kerja tu memang tak sedap, dah habis 1 plastik hehehe


Ha..cuba korang teka harga nasi lemak dalam tupperware ni berapa RM? RM2.50 je abg cafe ni kalau boleh nasi tu dia nak isi penuh-penuh ikut bekas kita tu..hehehe.. Kalau kecil bekas kita tu, sikit jela nasi ko..hahaha..


Sesekali tu nak juga la breakfast ala western konon tapi sambal tetap sambal paru weh..hahaha..kalau makan apa-apa pun pagi mesti nak benda yang pedas baru terbuka selera makan kita tu..ish..tekak orang melayu macam ni la, nasib baik chicken chop tak makan dengan sambal petai nieyl weh hahaha


Nieyl selalu reward kan diri dengan makanan.Last week lepas selesai interview SPA hari tu, lunch tu terus nak pergi makan ayam goreng Mcd. Malas nak drive kita order grab je, pergi la 3 orang. Bila dah sampai mcd mulalah tukar-tukar menu, kejap nak makan ayam kejap nak makan prosperity la..last-last makan ayam goreng je ya nieyl 3 ketul ko sorang hadap..hahaha...

Oklah korang, dah banyak nieyl membebel pagi ni..nanti kita jumpa next entry ya..banyak entry yang masih pending ni...adoi lah..selamat menjamu selera semua yela..dah pukul11.30 dah tu..sikit je lagi nak lunch dah kan...