Showing posts with label nieyl short vacation. Show all posts
Showing posts with label nieyl short vacation. Show all posts

24 November, 2025

Menginap di Homesay Ad’Lia Villa Melaka

by on November 24, 2025

 

Menginap di Homesay Ad’Lia Villa Melaka | Weekend baru ni nieyl dan sebahagian family nieyl bercuti di Melaka dan menginap di Homesay Ad’Lia Villa Melaka, dan villa ini memang buat nieyl  rasa seperti balik rumah sendiri, tapi dalam versi yang lebih luas, lebih selesa dan lebih tenang. Nieyl bergerak dari rumah malam dalam pukul10 lebih macam tu sebab hari jumaat siang hari masih bekerja. Malam tu bergerak dua kereta sahaja dan sampai homestay dalam pukul12 lebih. 

Jom nieyl bawa tour dalam rumah dulu. Villa ni setingkat tapi sangat luas dan susun atur dia pun simple dan sesuai untuk dijadikan homestay dan corner lot. 

Ini ruang tamu yang luas sesuai untuk bersantai bersama family. Disediaka Wifi juga dan kalau nak tengok netflix pun boleh cuma kena login acc sendiri ya. Kemudian disediakan juga PS4 untuk anak-anak main tapi nieyl tengok yang tak berapa nak kanak je syok main hehehe.

Sebelah ruang tamu tu ada meja makan untuk 8 orang. 
Ada anak tangga sikit, untuk naik ke bahagian dapur kering dan juga ada mainan juga tepi tu untuk budak-budak main juga. 

Dapur kering ada disediakan coway, microwave, peti sejuk dan pembakar roti. 
Ini salah satu bilik bahagian bawah. Dekat bawah ada 4 bilik katil queen dan setiap bilik semua ada aircond, sejadah, almari dan dalam almari ada disedian juga tilam-tilam extra dan bantal.
Ini pula bilik bahagian atas, ada 2 katil single dan juga bilik air.
Ini bahagian ruang tamu atas cuma tak ada aircond..
Ini Pool dia besar dan tak dalam sangat. Nieyl tinggi 153 pun air dia paras dada je..

Ada satu lagi area dapur basah dan tempat kita masak memasak. Bagusnya homestay ni kan kita masak semuanya diluar. Tempat yang disediakan sangat selesa. Kelengkapan memasak semua ada, tak payah nak nak bawa dari rumah. Dekat luar juga ada peti sejuk, meja dan kerusi pun ada. Senang cerita lengkap macam dekat rumah kita.

Cuti kali ni memang kita nak bersantai di homestay sahaja. Kita memang tak ke mana-mana pun. Sangat seronok walaupun bukan semua family tapi sebahagian pun dah seronok. Rasa tak puas bercuti.. 

Untuk sebuah villa yang lengkap dan selesa ni terbuka untuk Muslim sahaja. Max adalah 25 pax. Masa nieyl pergi tak sampai 25pax pun, dalam 20 pax..Bawah ni nieyl share harga penginapan..

💵 Harga:
🗓️ WEEKDAYS
▪️ Rm990 (2hari 1malam)💢
▪️ Rm1980(3hari 2malam)💢 

🗓️ WEEKEND | PUBLIC HOLIDAY | CUTI SEKOLAH
▪️ Rm1650(2hari 1malam)💢
▪️ Rm2950(3hari 2malam)💢

Harga dia setanding dengan kepuasan yang nieyl dan family dapat. Sangat best!Homesay Ad’Lia Villa Melaka adalah pilihan penginapan yang selesa, cozy dan penuh privasi. Kalau korang mencari lokasi untuk bersantai sambil meluangkan masa berkualiti bersama keluarga atau rakan, villa ini memang patut masuk dalam senarai korang tau..

Lokasi Bunglow:

 📍 Alamat : 

Taman Paya Rumput Perdana, 76450 Melaka Tengah, Melaka

📲 https://wa.me/60109410470

08 May, 2025

Thai Best Massage Penang

by on May 08, 2025


Thai Best Massage Penang | Last day dekat Penang, pagi tu memang masing-masing mandi pool sampai pukul11 pagi. lepas tu bersiap check out pukul12.00 tengah hari. Terus kita pergi Mall untuk cari lunch, mak nieyl nak makan Chicken Rice Shop , kemudian kitaorang plan nak gi massage kaki dalam mall tapi sayang semua dah full. So, kita pergi cari dekat luar.. Google-google, call ada satu yang boleh buat sekali 7 orang. Nama kedai dia Thai Best Massage Penang.

Kitaorang 6 orang ambil kaki, tangan dan kepala. Untuk mak, nieyl ambilkan kaki sahaja sebab takut mak tak boleh nak tahan sakit pula nanti. Kitaorang ambil 1 hour. 

Dekat tempat ni ramai pekerja dia. Setiap staff akan ambil seorang customer untuk dibawa cuci kaki terlebih dahulu. Yang ni kelakar tau, nieyl ingatkan dia cuci guna air biasa rupanya guna air suam yang panas-panas juga ya terkejut sis hahaha. Nieyl tanya kenapa cuci dengan air panas, kebetulan nieyl dapat staff orang malaysia so, dia boleh cakap melayu la.. Yang lain-lain dapat orang luar, ckp bahasa english sikit-sikit je..dia cakap kena cuci dengan air panas supaya urat -urat , dan darah mengalir dengan baik. 



Lepas tu kita di bawa ke bilik yang tak berapa nak terang, malap-malap memang untuk orang relax.  Bilik tu besar, dah ada lebih kurang 15 kerusi dan boleh masuk 15 orang sekali. Dia start dengan urut kaki, jari-jari kaki ditarik, tapak kaki memang sedap dia tekan , nieyl terlena sekejap hehehe..dia urut lengan dan tapak tangan, last sekali dia suruh kita duduk, dia urut bahu dan bunyikan pinggang kita peh!memang sedapppp..hihihi... Oh ya lupa, harga pakej ni 60 minit RM95..

Lepas selesai massage, kitaorang terus bergerak ke Airport untuk balik.....


Tamat dahh...
 

07 May, 2025

Jeruk Madu Pak Ali Seberang Jaya

by on May 07, 2025


Jeruk Madu Pak Ali Seberang Jaya | Setiap kali pergi Penang, pasti takkan lupa beli Jeruk Pak Ali kan. Ok kalau macam nieyl pun suka juga beli jeruk-jeruk ni cuma nieyl hanya akan beli Jeruk Pak Ali dekat kedai ini sahaja. So, kali ni nieyl bawa semua pergi memborong dekat sini sebab masing-masing memang tak sabar nak memborong ya. 

Kenapa nieyl suka beli dekat sini sebab dekat sini kedai dia bersih, besar, makanan tersusun cantik dan kaunter banyak, lepas tu tak bersesak dengan orang ramai. Dan yang paling nieyl suka sebab dia ada jual macam-macam makanan IKS bukan sahaja jeruk tau. 

Kalau nak beli jeruk, dia dah susun elok-elok jeruk apa yang kita nak. Ada yang mix, ada yang satu jenis, satu jenis. Ada bungkus besar, ada bungkus kecil, korang boleh pilih sendiri dan banyak pilihan. Masing-masing masuk bawa sorang satu bakul tau..kecuali nieyl tak bawa sebab nak beli rempeyek sedap 3 bungkus je untuk bos². 

Masa ni dah sesi membayar masing-masing , masalahnya korang berplastik-plastik mak nieyl beli ok.. Bukan main seronok lagi dia membeli , semua dia ambil dan mak bayar sendiri hihihi.total mak punya barang dekat RM200 korang tau hahaha..
Yang kelakarnya kan..masing-masing bila dalam kedai macam tak cukup tangan nak ambil barang tau. Bila semua barang dah masuk dalam kereta, kitaorang sewa kereta vellfire faham-faham jela mana ada ruang besar nak letak barang. Dalam kereta, barulah masing-masing cakap macam mana nak bawa balik eh..kita naik flight hahahaha...nieyl ketawa je la..ha..pandai-pandai lah korang nanti nak sumbat...

Tapi nasib baiklah naik MAS tau..20kg, 1 bag pakaian besar tu kitaorang kosongkan, kitaorang letak semua jeruk-jeruk yang dieorang beli tu, rempeyek sedap tu dan macam-macam makanan lagi..Lepas tu timbang, 22kg hahahaha...nasib baik masa timbang dekat airport tu kita campurkan semua sekali so lebih tak ada kena bayar. hihihi.. 

Begitulah ceritanya...sebelum shopping, tengok kita naik apa ya hehehe

Gani Famous Pasembur Pulau Pinang

by on May 07, 2025


Gani Famous Pasembur Pulau Pinang | Sebenarnya kan nieyl dengan Penang ni tak boleh dipisahkan sebabnya nieyl rasa dah banyak kali nieyl pergi penang ni..hehehe..sebab adik ipar nieyl stay dekat penang. Dan memang setahun sekali akan ke penang untuk ziarah dia dekat sana. Selalunya kitaorang akan ambil peluang untuk berjalan-jalan dekat sana. Jadi, nieyl tahulah sikit sebanyak tempat-tempat yang sedap nak makan terutama sekali PASEMBUR ni..

Setiap kali datang penang, nieyl tak mis pergi padang kota lama untuk makan Pasembur Gani ni. Dari arwah mak ayah mertua ada lagi memang kitaorang hanya makan pasembur dekat kedai ni je. Jadi, baru ni masa pergi Penang tu, nieyl bawa semua pergi makan dekat kedai Gani Pasembur ni..

Kalau tengok gambar macam pinggan kecil kan, tapi sebenarnya dia pinggan besar tau..Ini penuh ni nieyl ambil total semua ni RM51 boleh makan 7 orang. Ha..dekat sini dia tak ada pinggan kecil-kecil tau dia konsep sharing pinggan besar ni. Dan kuah pasembur dia sumpah korang sedap gilaa..Nampak je merah tak pedas pun budak boleh makan. So, kalau korang pergi penang, google je Gani famous Pasembur Padang Kota Lama tau, lepas makan tu boleh lepak tepi laut ambil angin..

Ok nanti nieyl share 1 lagi tempat yang selalu nieyl beli jeruk..

06 May, 2025

Jalan-Jalan Bukit Bendera

by on May 06, 2025

Jalan-Jalan Bukit Bendera | Antara tempat di Pulau Pinang yang ramai orang pergi weekend adalah Bukit Bendera. Kalau ikut plan asal nieyl nak pergi weekdays tapi sebab dah lewat sampai jadi kita pergilah hari sabtu. Nak bagitahu korang, memang ramai orang ya. Beratur nak naik train ke atas tu.  Nieyl pernah pergi juga dulu-dulu masa sekolah lagi, masa tu train pun terbuka, nak naik atas bukit tu ambil masa 30 min juga..
Anak buah nieyl beratur belikan tiket. Masa beli tiket ni semua IC kena collect ya..setiap tiket tu untuk 1 mykad sahaja. Dan nieyl baru tahu skrg ni ada laluan express dan laluan biasa. Beza harga memang banyaklah. 
Kalau laluan biasa hanya RM16 untuk 2 hala.Manakala untuk laluan express ni RM40 untuk 2 hala. Untuk kali ini nieyl ambil fast lane ataupun laluan express untuk merasa sendiri pengalaman dan nak tahu apa yang diberikan untuk laluan express ni. 

Yang pertama adalah waktu menunggu yang singkat. Lepas beli tiket terus masuk ke laluan express sampai ke ruang menunggu. Berbanding kalau ambil lane biasa mereka kena beratur panjang, beberapa meter dari pintu masuk. 

Yang kedua, bila train sampai laluan express diberikan keutamaan dahulu untuk masuk dalam train dan duduk. Kemudian baru laluan biasa akan masuk dalam train.

Yang ke-3 adalah ruang menunggu berhawa dingin yang selesa. 

Train bukit bendera skrg mengambil masa lebih kurang 2-3 min untuk sampai ke atas bukit. Sekejap je rasanya berbanding dulu. Train pun skrg dah ada aircond dan selesa .

Teropong ni dari dulu sampai skrg menjadi tarikan walaupun dah banyak kali cuba tapi tetap nak cuba juga tengok Penang. Skrg ni kalau nak teropong kena masukkan RM1..nasib baik boleh nampak penang je kalau boleh nampak selangor, boleh teropong husband hehehe
Sepanjang jalan nak pergi ke stesen Buggy tu, ada beberapa kedai yang menjual cenderahati Penang dan juga ada SPA urut kaki juga tepi tu. Kitaorang naik atas bukit bendera tu ambil 2 buggy, sepanjang perjalanan naik atas bukit tu, pemandu buggy ni dia akan bagi pencerahan tempat-tempat yang kita lalu. Rupanya atas-atas tu ada perkampungan juga, dieorang memang orang asal bukit bendera. Tak ramai pun dalam 100-120 orang je penghuni kampung tu. Dan nieyl terfikir macam mana dieorang bawa naik kereta, moto rupanya dieorang ada laluan khas untuk orang kampung. 

Bila naik buggy dia akan berhenti untuk kiteorang bergambar sebagai kenangan di atas bukit. Ini kiteorang ambil gambar ramai-ramai.
Nieyl bersama mak dan kakak nieyl
Sepanjang naik buggy tu kan kita tak rasa panas pun.rasa sejuk berangin je sebab atas bukit kan. Rasanya kalau pagi-pagi lagi sejuk kan. Lepas tu kita plan nak turun dah sebelum turun tu kita lepak sekejap dekat kedai area situ minum-minum sebelum kita turun ke bawah..

Keseluruhannya, bukit bendara ni banyak perubahan yang diperbaiki menjadi lebih bagus. Semoga akan datang, kena banyak train lagi supaya orang tak tunggu terlalu lama untuk naik. 
 

Lepak di ferringhi bay

by on May 06, 2025

Lepak di ferringhi bay | Nieyl stay dekat Batu Ferringhi area sini memang dekat dengan laut. Tarikan dia adalah pantai. Kononnya nak pergi tengok sunset petang tu, tapi bila masing-masing dah keletihan, jadi kita keluar lewat petang betul tapi nak ke ferringhi bay tu tak jauh pun dalam 10 min. Sampai-sampai je nampaklah sikit sunset tu kan, jadi ler hehehe..

Malam tu kita makan tepi pantai. Area tepi pantai ni banyak kedai makan. Korang pilih je nak makan apa cumanya ikut pada rezeki lah. Kalau makanan dia sedap rezeki lah, kalau makanan dia tak sedap tu , redha je la. Tak boleh nak buat apa, sebab kita bukan orang situ kan so kebanyakkannya memang pelancong luar.



Nieyl tak ingatlah nama kedai dia tapi dia masak ala thai. Atas ini antara makanan yang kiteorang order. sejujurnyakan yang sedap Fun Fries, tomyam, ikan apa tak yang grill tu, kerabu mangga yang lain tu hurm..tak kena dengan tekak kitaorang sebab masakkan dia banyak gila bawang putih memang spoil betul. Rasa makanan tu dah tak ada, ko rasa makan bawang putih je..adoi..sekali jela makan kedai tu .. Memang rezeki dia lah, kiteorang makan tak habis ni pun bayar dekat RM5++, dah nya on the way balik singgah beli meggi cup hahaha..

Lepas makan tu, kita pergi tengok pertujukkan api dekat situ, nieyl tak sure setiap hari atau Jumaat dan weekend je yang ada..

Dekat sini pun ramai yang duduk lepak untuk tengok pertunjukkan api sebab persembahan tu betul-betul depan Ferringhi Heart ni. Lepas habis tu, kiteorang gerak balik hotel dengan harapan perut kenyang tak kenyanglah hahaha tapi dah standby meggi cup kot-kot lapar nanti kan.

Ok nanti sambung lagi

05 May, 2025

Hard Rock Penang

by on May 05, 2025

Hard Rock Penang | Penginapan yang menjadi pilihan kali ini di Hard Rock Hotel Penang, terletak di Batu Ferringhi. Ini first time nieyl menginap dekat sini, so excited jugalah..Nieyl sampai hotel dalam pukul3 lebih macam tu, kena letak dekat lobi dulu sebab bilik belum ready lagi, kena tunggu dalam 30 min..

Sambil tu wajiblah ambil gambar depan hotel ni sebagai kenangan bersama gitar Hard Rock..

Kaunter untuk uruskan check in dan check out situu..memang luas dan cantik...

Ini ruang untuk menunggu dan melepak sementara menunggu..

Decoration lobi sangat cantik macam muzium shop..

Ini laluan untuk ke bilik level bawah sekali, nieyl ambil bilik yang terus terjun pool hahaha...

Bilik ni ada katil king 1, kita add on extra bed 1..

Meja make up untuk bersiap

Ingatkan frame rupanya Tv nya..hihihi...

Ni toilet dia bersih dan yang kelakarnya kan..cermin toilet dia tu sekali tingkap..so, kalau nak guna toilet, kena tutup tingkap kalau tak, nampak ler dalam toilet tu hahaha..

Ini view dari balkoni bilik nieyl cantikkan, belakang tu pantai...tapi kita tak boleh ke pantai lalu situ..
kena pusing ikut jalan yang dibenarkan.

Ini pemandangan bilik-bilik dia. kiteorang punya bilik bawah sekali tu yang buka pintu terus terjun pool hehehe..

kitaorang sewa pelampung 2, single dan double. Kalau korang nak tahu, nieyl tak pandai berenang dan pool ni sangat dalam ya untuk ketinggian nieyl 153cm ni kalau masuk pool air paras bibir itupun berjengket ya..sini memang sesuai untuk orang dewasa je, kalau kanak-kanak dia ada pool khas..

Oleh itu, nieyl hanya baring atas pelampung je dengan kakak..feeling-feeling nak naik pelampung unicorn tu tapi tak ado haha..

Kitaorang mandi lepas breakfast dalam 2 jam sebelum nak keluar berjalan-jalan penang dan lunch dekat luar. Ok nnt nieyl sambung lagi.


 

29 April, 2025

Moment yang wajib kalau naik flight

by on April 29, 2025

 

Moment yang wajib kalau naik flight | Kalau naik flight korang suka duduk seat yang mana?Kalau nieyl, suka duduk seat tepi tingkap sebab nieyl suka menikmati pemandangan di awan biru. Untuk kali ini pergi penang, memang anak buah nieyl dah beli seat untuk nieyl tepi tingkap oleh itu banyaklah gambar sayap kapal terbang yang nieyl snap untuk simpanan sendiri.. nieyl share sini untuk tatapan korang juga..

baru naik masih nampak lagi darat..

Dah tinggi sikit
Dah tinggggiiii...