Assalamualaikum... Selamat Pagi dan selamat hari selasa.. Semoga hari ini segala dipermudahkan urusan kita.. Pagi ni nieyl ke Pasar Borong selangor, nak cari barang basah untuk minggu ni..
Setiap hari nieyl tidak pernah berhenti meminta diberikan rezeki kerja, diberikan rezeki zuriat.. sebab Allah pasti beri cuma belum tiba masanya untuk diberikan.. Jadi, korang pun jangan berhenti meminta tau.. Insya'Allah Allah pasti akan beri bila tiba masanya..
Assalamualaikum.. Salam Jumaat Semua.. hari ini jumaat yang ke 2 tahun 2024.. Semoga Allah permudahkan semua uruskan.. semua pembaca blog nieyl ..Aminn
Assalamualaikum.. Selamat Pagi.. Senyum selalu ok.. Insya'Allah mulakan hari kita dengan senyum.. sepanjang hari mood kita akan happy.. Jangan lupa senyum sebab senyum itu boleh jadi penawar.. happy-happy selalu okay..
Assalamualaikum.. Selamat hari Khamis.. Semalam petang RPPC kalah untuk ke Final.. tapi tak apa lah, dieorang dah buat yang terbaik kan.. So, hari ni mulakan setiap pagi dengan cipta moment yang baru.. Enjoy life dengan cara kita sendiri bukan dengan cara orang..
Hati yang baik vs Mulut yang jahat | Kita ni selalu je dengar orang berkata " ala mulut aku je jahat, tapi hati aku ni baik lah" ataupun " ala kau ni, dia tu mulut je jahat tapi hati dia baik" almost kita dengar ayat-ayat tu kan. Tapi realitinya ada ke tak sebenarnya mulut jahat tapi hatinya baik?
Pendapat nieyl kalau dah mulut awak tu jangan mana datangnya hati awak tu baik??Hati yang baik selalu dia akan seiring dengan mulut yang baik juga. Tak ada istilah mulut jahat, hati baik tu..bohong! kalau awak ada hati yang baik pasti kata-kata yang keluar dari mulut awak juga adalah yang baik-baik.
Bukanlah kita cakap ni , kita nak kata kita ni baik sangat, tapi kita kenalah sentiasa sedar diri bahawa setiap kata-kata yang keluar dari mulut kita ni adakalanya boleh menjadi senjata paling tajam untuk orang-orang disekelilingan kita. Kalau rasa tak ada perkara baik yang kita nak sembang, borak , sampai kan lebih baik kita diam, sebab bila kita berkata-kata nanti benda yang tak baik boleh jadi fitnah. Ha..fitnah ni jangan ingat macam makan gula-gula ya manis je rasanya lepas tu gigit-gigit telan ya. Ingat sikit, kalau rasa diri tu belum cukup baik, jangan tambah dosa ya..Sama-sama kita ingatkan diri kita ni supaya sentiasa rendah diri dan ingat dosa pahala.
Aku benci betul dengan orang macam ni! | Korang pernah tak jumpa orang macam ni dalam hidup korang?serius ar nieyl memang benci dengan orang yang ada sikap macam ni. Memang sesetengah orang akan kata sabar!sabar!sabar!nanti dia akan dapat balasannya juga tapi kan geram tahu tak. Kalau betul-betul memang memerlukan bantuan, tak ada masalah..tapi kalau kau sengaja buat ada hal dan suruh orang lain, sikap tu tak baiklah. Dah dewasa pun masih ada lagi sikap tak matang macam tu, dah tua la tolong la berubah. Pernah je terfikir nak balas balik , tapi kita ni ada otak , boleh fikir kan benda tu tak baik, jadi kita kan buat dekat orang. Sebab satu hari nanti, orang akan menyampah dengan sikap kita yang suka mengambil kesempatan ni..
Hari ini nieyl nak share dengan korang... Hampir setiap pagi nieyl termenung dan berfikir... apa yang nieyl buat untuk mengisi masa lapang..
Nothing
Ya Serius..nothing hanya main game, fb dan Ig.. And one day tu nieyl ternampak satu post status whatsapp kenalan nieyl.. boleh dikatakan setiap hari ia akan update part time biz dia yg semakin hari semakin maju.. Jadi, satu hari tu nieyl cakap dengan diri nieyl.. Kenapa aku tak ambil peluang untuk belajar niaga dari bawah...
So, dari detik itulah... nieyl ambil keputusan untuk mulakan sesuatu tanpa modal... Alhamdulillah syukur..jadi, setiap hari kita perlukan new hope dan grab apa sahaja peluang yang ada di hadapan kita okay....
Biz apa nieyl buat skrg.. Next nieyl share lebih lanjut okay...
Perjalanan kita setiap hari tidak mungkin akan sama, ada kalanya kita di datangi ujian dan dugaan tetapi tidak kurang juga di datangi rezeki dan perkara yang baik-baik.. Jadi, kita kena sentiasa bersyukur okay!
kalau kita bersyukur nikmatnya adalah BESAR.. DUGAAN yang kita rasa berat, bila kita bersyukur dan berfikiran positif.. Ia akan menjadi dugaan yang kecil untuk kita selesaikan... Allah menurunkan ujian dan dugaan pada hamba-Nya mengikut tahap kemampuan kita.. cuma kita sentiasa percaya bahawa, Allah sentiasa ada
Kata orang selagi nyawa dikandung badan selagi itulah masalah akan ada Satu pesanan nieyl jika dihadiri masalah walaupun sekecil zarah please selesaikan sebelum sekecil zarah itu menjadi barah okay.. jangan lupa tau!
Hari ini nieyl tertarik nak share dengan semua.. petikan ayat di atas ini.. Kita semua semestinya pernah mengadu masalah kita pada manusia.. terutama sekali dengan kawan rapat, kawan-kawan betul tak..
cerita nieyl..
Dalam hidup nieyl ada 2 jenis kawan.. 1 yang boleh dipercayai dan 1 lagi disebaliknya..
Alhamdulillah Allah ketemukan 2 insan dalam hidup nieyl yang kami boleh share problem bersama.. Kalau tengah serabut ke kekusutan dengan masalah.. nieyl akan share dengan dieorang berdua.. Sebab mereka berdua tidak kenal satu sama lain.. dan apa yang nieyl suka berkawan dengan dieorang.. pada bila kita ada masalah mereka tidak menjadi batu api malah dieorg beri nieyl moral support... sebab itulah nieyl selesa berkawan dengan dieorg sampai sekarang... Sorang dah berkawan selama 26 tahun
Dan sorang lagi berkawan selama 6 tahun..
Kawan jenis yang tidak boleh dipercayai.. Kawan seperti ini kalau Allah nak jaga aib kita, Allah akan tunjukkan perangai dia yang sebenar.. One day nieyl pernah share some story dengan DIA.. after dua day, ada orang lain cerita dekat nieyl story yang sama.. padahal secret tu tau...dari situlah nieyl tahu siapa yang tidak boleh dipercayai..
Tetapi untuk nieyl, kawan yang jenis tidak boleh dipercayai ini kita tak boleh anggap diri dia 100% negatif tau, ada part-part dalam diri dia yang kita boleh ikut , boleh tiru...
Kita boleh berkawan seperti biasa cuma tak perlu cerita perkara-perkara boleh menjadi story dia pada orang lain..itu je ♥
Assalamualaikum Syukur Alhamdulillah kita bertemu lagi kita hari jumaat yang indah ini...
semoga kalian yang membaca entry ini sentiasa dimurahkan rezeki.. serta dipermudahkan segala urusan ya..
Hari ini nak ajak sesiapa yang membaca entry ini... 2 perkara yang kita kena ubah..
iaitu pandangan kita pada orang lain.. dan pandangan kita pada diri kita sendiri...
kalau kita asyik pandangan orang lain dengan kejahatan.. cuba fikir, apa pandangan orang pada diri kita ini...
Apa salahnya kalau kita pandang semua orang dengan pandangan yang baik.. jika ternampak perkara yang tak baik pada seseorang tu.. jika tidak mampu tegur, doakanlahsemoga Allah beri hidayah padanya..♥