Hati yang baik vs Mulut yang jahat | Kita ni selalu je dengar orang berkata " ala mulut aku je jahat, tapi hati aku ni baik lah" ataupun " ala kau ni, dia tu mulut je jahat tapi hati dia baik" almost kita dengar ayat-ayat tu kan. Tapi realitinya ada ke tak sebenarnya mulut jahat tapi hatinya baik?
Pendapat nieyl kalau dah mulut awak tu jangan mana datangnya hati awak tu baik??Hati yang baik selalu dia akan seiring dengan mulut yang baik juga. Tak ada istilah mulut jahat, hati baik tu..bohong! kalau awak ada hati yang baik pasti kata-kata yang keluar dari mulut awak juga adalah yang baik-baik.
Bukanlah kita cakap ni , kita nak kata kita ni baik sangat, tapi kita kenalah sentiasa sedar diri bahawa setiap kata-kata yang keluar dari mulut kita ni adakalanya boleh menjadi senjata paling tajam untuk orang-orang disekelilingan kita. Kalau rasa tak ada perkara baik yang kita nak sembang, borak , sampai kan lebih baik kita diam, sebab bila kita berkata-kata nanti benda yang tak baik boleh jadi fitnah. Ha..fitnah ni jangan ingat macam makan gula-gula ya manis je rasanya lepas tu gigit-gigit telan ya. Ingat sikit, kalau rasa diri tu belum cukup baik, jangan tambah dosa ya..Sama-sama kita ingatkan diri kita ni supaya sentiasa rendah diri dan ingat dosa pahala.
Betul tu..setuju sangat...
ReplyDeleteKalau dah mulut cakap macam2, mesti la orang lain terasa. Habis tu mana datangnya hati yang baik tu?. Hati yang baik tak cakap ikut sedap mulut je.
ReplyDeleteSetuju sangat. Sekarang lebih baik banyak diam. Takut nanti kalau banyak cakap, tersalah sikit terus kena viral
ReplyDeletesetuju sgt...
ReplyDelete