Lunch Date di Canton Boy, Dpulze Cyberjaya | Ada entry nieyl hari tu kan cerita tentang coffee hunter kan so kali ni ada hobi baru mencuba kedai makan baru. Kebetulan dah beberapa kali pergi Dpulze tu , nampak kedai baru ni tapi tak singgah pun sebab tengok dari luar tu macam mahal je makanan dia lepas tu ramai je orang kalau lunch hours. Jadi, nieyl selalu akan pergi lunch dekat kedai lain la yang dah biasa.
Itulah kalau tak snap gambar makanan, itu bukan nieyl namanya. Sebab itulah kalau tengok dalam folder handphone beribu gambar makanan sahaja. Kadang-kadang nieyl suka snap je gambar, video dulu..balik dari lunch tu nanti baru nieyl edit untuk share dekat story IG. Ha..nieyl memang suka share dekat story IG je sekarang ni.
Nasi goreng seafood dekat sini memang sedap dan portion dia banyak,so kalau yang jenis makan sikit tu boleh share dengan kawan. Yang ni pun kak emmy makan separuh nieyl makan separuh, macam mana nak kurus ni.. Seafood dia fresh, sedap , manis. Dan nieyl order dimsum, yang ni memang nieyl nak makan masa tu, tapi kan..kalau korang datang sini nak makan dim sum, jangan la ambil nasi sebabkan cepat kenyang. Nieyl lepas makan nasi kan, dimsum tu mampu makan seketul je, selebihnya take away, makan dekat rumah pula.
Inilah gambar realitinya meja nieyl pada hari kejadian. Jenuh ya kawan-kawan nak habiskan semua ni. seminggu lepas nieyl pergi dengan kak emmy ni. Nieyl pergi lagi lunch dekat sini tapi kita pergi berlima. Ha..kali ni nieyl dah bijak order dah, kita order sorang lain-lain menu, dan kita share makan, kenyang sebab portion dia banyak. So, nieyl rekemen kalau korang nak try makan dekat sini..
bestnya..mcm2 menu ada and semua pun nampak sedap2...
ReplyDeleteCyberjaya memang banyak tempatmakan best2 kan..lama x pi area situ..putrajaya je selalu pi sbb meeting
ReplyDeleteMakanan nampak sedap-sedap belaka.
ReplyDeletesedap2 menunya..:)
ReplyDeleteyummy... sedap belaka makanan kat situ..selamat menjamu selera..
ReplyDelete