28 September, 2023

Lagu yang suka dengar sekarang


Lagu yang suka dengar sekarang | Kalau ditanyakan apa lagu favourite nieyl sekarang ni kan, dah susah nak jawablah sebab faktor umur barang kali. Tapi yang pastinya sekarang ni nieyl suka dengar lagu-lagu cinta, lagu yang boleh melayan jiwa. Sekarang ni nieyl suka dengar lagu-lagu afgan. Nieyl suka dengar dekat youtube. Kalau tengah buat kerja dekat pejabat, nieyl akan pakai hearphone, layan sorang-sorang sambil tangan buat kerja. 

Kalau dekat rumah pun sama juga, nieyl suka duduk dekat depan laptop sambil menaip entry ke buat kerja ke sambil dengar lagu guna aerphone. Selalunya kalau dah pakai earphone, duduk depan laptop, husband nieyl dia takkan kacau dah sebab nieyl takkan bersembang, berborak ke apa..Nieyl dah ke dunia nieyl sendiri. 

Selain dari lagu afgan, nieyl suka juga dengar lagu Rossa. Ha..lagu-lagu cinta dia pun best juga kalau nak layan jiwa. Kalau nak tahu, nieyl ni kalau nak dengar lagu, kena ikut mood, kalau mood nak romatink nieyl akan pasang lagu cinta la, kalau masa tu mood tengah stress ke nieyl akan pasang lagu rancak-rancak, tak pun lagu hindustan hahaha...klu dah keluar lagu hindustan tu tengah buat-buat kerja pun tangan, kaki, kelapa semua goyang hahaha..

Kalau korang, sekarang ni korang suka dengar lagu apa?share la..





2 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)