05 November, 2026

Tips Menyimpan Bawang Supaya Tidak Cepat Rosak

by on November 05, 2026


Pernah tak korang beli bawang dalam kuantiti yang banyak, tetapi belum sempat habis digunakan, bawang dah mula lembik, bertunas atau berkulat?

Rasa sayang pula nak buang, kan?

Sebenarnya, bawang boleh tahan lebih lama jika disimpan dengan cara yang betul. 

So, hari ini nieyl nak kongsikan beberapa tips mudah untuk menyimpan bawang supaya lebih tahan lama.

1. Simpan di Tempat Kering dan Berpengudaraan

Bawang mentah yang belum dikupas sebaiknya disimpan di tempat yang:

Kering dan tidak lembap.
Tidak terkena cahaya matahari secara langsung.
Mempunyai pengudaraan yang baik.
Jauh daripada kawasan panas.

**Gunakan bakul berlubang atau jaring supaya udara boleh bergerak dengan baik.

2. Jangan Simpan Bawang dalam Plastik Tertutup

 antara kesilapan yang sering dilakukan bila balik dari membeli

Bawang yang disimpan dalam plastik tertutup boleh memerangkap kelembapan dan menyebabkan bawang lebih mudah berkulat atau rosak.

Jadi,  keluarkan bawang daripada plastik asal dan pindahkan ke dalam bakul atau bekas yang mempunyai pengudaraan.

3. Jangan Basuh Bawang Sebelum Disimpan

Bawang yang masih mentah dan belum dikupas tidak perlu dibasuh sebelum disimpan.

Air yang tertinggal pada permukaan bawang boleh meningkatkan kelembapan dan mempercepatkan kerosakan.

Jika kotor, bersihkan tanah yang melekat secara kering terlebih dahulu.

4. Asingkan Bawang yang Sudah Rosak

Periksa bawang dari semasa ke semasa.

Kalau ada bawang yang lembik, berkulat atau mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, asingkan dan buang.

Jangan biarkan bawang yang rosak bercampur dengan bawang yang masih elok.

5. Simpan Bawang yang Telah Dipotong dalam Peti Sejuk

Kalau ada bawang yang sudah dipotong atau dikupas, cara penyimpanannya berbeza.

Masukkan ke dalam bekas makanan yang bersih dan bertutup.
Simpan di dalam peti sejuk pada suhu 4°C atau lebih rendah.
Gunakan dalam tempoh yang sesuai dan jangan biarkan terlalu lama pada suhu bilik.

Dan korang ada 1 lagi tips nieyl nak share..
sebab nieyl pun baru juga ni tahu, so nieyl share dengan korang juga..

Cara Penyimpanan Mengikut Jenis Bawang

🧅 Bawang besar
Simpan di tempat sejuk, kering dan mempunyai pengudaraan baik. Bawang yang telah dipotong perlu disimpan dalam peti sejuk.

🧅 Bawang merah
Simpan di tempat kering dan berangin. Elakkan kelembapan berlebihan.

🧄 Bawang putih
Simpan di tempat yang kering, sejuk dan mempunyai pengudaraan. Elakkan menyimpannya dalam bekas kedap udara ketika masih mentah dan belum dikupas.

Rupanya, menyimpan bawang pun ada caranya. Dengan cara penyimpanan yang betul, kita bukan sahaja dapat memastikan bawang tahan lebih lama, malah dapat mengurangkan pembaziran barang dapur dan juga dapat jimatkan duit kitaaa..

Rayhana dengan toys

by on November 05, 2026


Petang semalam Rahyana datang rumah kakak nieyl..
biasa dia datang rumah nieyl. kebetulan petang semalam nieyl ada dekat rumah kakak..
dia ikut nieyl, nampak ada toys baru Inara..
dia main sebab inara baru 3 bulan..hehehehe..
Geram tengok antena dia tu..


 

Setiap Pagi Adalah Peluang Baharu

by on November 05, 2026

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!

Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk membuka mata dan menikmati satu lagi pagi yang indah.

Setiap kali matahari terbit, sebenarnya Allah sedang memberikan kita semua peluang baharu.
 Peluang itu untuk kita memperbaiki diri, mencuba sesuatu yang lebih baik .

Tak perlu terlalu memikirkan kesilapan semalam lalu.
 Jadikan ia pengajaran, bukan beban yang perlu dibawa sepanjang hari.

Mulakan pagi ini dengan senyuman, hati yang tenang dan fikiran yang positif.

Ingatlah...

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah peluang dan esok adalah harapan.

Semoga hari Khamis ini dipenuhi dengan urusan yang dipermudahkan, rezeki yang melimpah dan berita-berita yang menggembirakan.

Happy working semua..

04 November, 2026

Buah tangan Dari Sabah

by on November 04, 2026


Alhamdulillah..
terima kasih kepada Pemberi..
boleh dikatakan setiap kali pergi Outstation..
Pegawai ni akan bagi something dekat nieyl sebagai ole-ole..
Macam tahu-tahu je ikan bilis dekat rumah dah habis..

National Stress Awareness Day

by on November 04, 2026


Assalamualaikum..
kejap nya dah rabu eh hari ini...

Pernah tak korang rasa penat, tapi bukan penat fizikal? Badan rasa okay,
tetapi fikiran macam penuh dengan macam-macam perkara. Kerja, keluarga, tanggungjawab dan hal-hal kehidupan yang kadangkala datang tanpa kita duga.

Haa... itulah antara situasi yang boleh menyebabkan kita mengalami stress.
untuk pengetahuan korang, hari ini  4 November diperingati sebagai National Stress Awareness Day atau Hari Kesedaran Stres. Hari ini mengingatkan kita tentang pentingnya menjaga kesihatan mental dan belajar mengurus tekanan dalam kehidupan seharian.

Kadang-kadang  kita terlalu sibuk memikirkan orang lain, sibuk menyelesaikan urusan kerja dan tanggungjawab harian, sampai terlupa nak bertanya khabar pada diri sendiri.

Pesanan untuk diri sendiri

Jangan terlalu keras dengan diri sendiri. Tak mengapa kalau hari ini kita tak mampu buat semuanya. Tak mengapa kalau kita perlukan sedikit masa untuk berehat.

Ingat, berehat bukan bermaksud malas. Menangis bukan bermaksud lemah. Dan meminta pertolongan bukan bermaksud kita gagal.

Kita juga berhak untuk rasa tenang, gembira dan bahagia.

Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk menghadapi apa sahaja ujian kehidupan. Jangan lupa jaga diri sendiri kerana diri kita juga sangat berharga.

Happy working semua♥


03 November, 2026

Kiriman Foto Dari Anak Buah Nun Jauh

by on November 03, 2026


Ini sorang lagi anak buah nieyl yang membesar depan mata nieyl..
Adik kepada bella, sekarang tengah buat Degree  produksi dan kesihatan haiwan di Unisza, 
kampus Besut Terengganu.

Hari ni dia hantar gambar menunggang kuda..
semalam seharian dekat kandang kuda..

Khamis ni dia balik cuti seminggu..
khamis petang nieyl pergi ambil dia dekat KLIA..

Semoga dia dapat habiskan pengajian 4 tahun ni dengan cemerlang..
Amin..

Peti Sejuk Berbau? jom cuba Petua ini

by on November 03, 2026

 


Pernah tak korang buka peti sejuk, tiba-tiba terhidu bau yang kurang menyenangkan?
 Kadang-kadang bau tu datang daripada ikan, ayam, makanan yang sudah lama disimpan ataupun sisa makanan yang tertumpah yang kita tak perasan.

Walaupun peti sejuk tu fungsi dia  untuk memastikan makanan kekal segar,
tapi ia perlu dibersihkan. Ha..agak-agak bila kali terakhir korang bersihkan peti sejuk dekat rumah tu?

Hari ini Nieyl nak kongsikan beberapa petua mudah untuk membantu mengatasi masalah bau dalam peti sejuk. Jom cuba

🌷 1. Gunakan Baking Soda

Baking soda atau soda bikarbonat boleh membantu menyerap bau yang kurang menyenangkan.

Caranya:
Masukkan sedikit baking soda ke dalam bekas kecil yang terbuka.
Letakkan di salah satu bahagian dalam peti sejuk.
Gantikan dengan yang baharu secara berkala.

🌷 2. Bersihkan Peti Sejuk dengan Air Sabun

Kadangkala bau datang daripada kuah yang tumpah, susu atau makanan yang melekat pada rak.

Caranya:
Keluarkan makanan dan barang daripada peti sejuk.
Tanggalkan rak yang boleh dibuka.
Cuci menggunakan air suam dan sabun pencuci pinggan.
Lap sehingga bersih dan kering sebelum memasukkan semula makanan.

🌷 3. Simpan Makanan dalam Bekas Bertutup

Makanan yang mempunyai bau kuat seperti ikan,
sambal, durian dan lauk-pauk boleh mempengaruhi bau makanan lain.

Jadi, Gunakan bekas kedap udara supaya bau tidak mudah
merebak ke seluruh ruang peti sejuk.

🌷 4. Jangan Terlalu Penuhkan Peti Sejuk

Peti sejuk yang terlalu padat boleh menghalang peredaran udara sejuk.

Susun makanan dengan kemas dan pastikan ruang untuk
udara bergerak supaya suhu lebih sekata.

Ada macam-macam lagi petua..
korang ada petua lain tak?
Share lah dekat komen okay..

Tak perlu tunggu sampai bau busuk memenuhi ruang peti sejuk.
Amalkan rutin membersihkan dan menyusun makanan
supaya peti sejuk sentiasa berada dalam keadaan baik..

Suka Buat Minum Petang

by on November 03, 2026


Sekarang ni kalau ada hari cuti ke..cuti sabtu ataupun ahad..
nieyl dengan kakak-kakak nieyl suka buat minum petang..
berkumpul dekat luar rumah..
sambal makan, sembang-sembang adik beradik..
ipar duia, anak-anak buah..

Ini menu yang hari ahad baru ni..
cekodok kentang bawang, tempe goreng, kari kepala ikan dan sambal ikan bilis..
lepas tu kakak nieyl ada buat mee hailam juga..
masa tu makanan ni semua dah habis..

Minggu depan  isnin kan cuti kan..
tengah plan nak buat makan-makan juga nanti..

Semoga ikatan kekeluargaan ini kekal hingga jannah..
Amin..

97 hari lagi menuju Ramadan 1448H

by on November 03, 2026


Alhamdulillah… sedar tak sedar, semakin hampir kita melangkah ke bulan yang penuh keberkatan.

Hari ini, countdown menunjukkan 97 hari lagi menuju Ramadan 1448H. Tak terasa masa berlalu begitu pantas. Rasanya baru sahaja kita meninggalkan Ramadan yang lalu, kini sudah hampir tiba waktunya untuk bertemu kembali dengan bulan yang dinanti-nantikan.

Yang mana tinggal puasa tu, dah habis ganti ke belum tu?
kalau belum, moh kita ganti secepat yang mungkin..

Happy woriking semua..

02 November, 2026

Pengumuman Top Komentator Oktober 2026

by on November 02, 2026

Assalamualaikum...

petang baru sempat nieyl nak update Pemenang Komentator Oktober 2026..
Ini merupakan kali pertama untuk blog nieyl..

Sebelum tu, nieyl akan pilih pemenang yang berlainan setiap bulan supaya semua follow nieyl yang rajin singgah dan komen entry nieyl dapat gift dari  nieyl ♥



Tahniah di ucapkan kepada Encik Shaizhar..

Nanti emel details dekat nieyl okay...
(emel : nieyl.puteriimpian@gmail.com)

Terima kasih kepada semua yang tersenarai dalam TOP 10 Komentator nieyl..
selalu singgah blog nieyl yang biasa-biasa ini, dan tinggalkan komen..
insyaÁllah nieyl akan cuba untuk membalas BW juga nanti..

Jom jadi pemenang TOP Komentator November nieyl 

Korang, comel tak mereka?

by on November 02, 2026



Siapa yang comel tu?semestinyalah bukan nieyl..
ni ha crochet haiwan yang menjadi koleksi di meja nieyl..
Dari pada 1 , jadi 2 dan kemudian tambah satu lagii...
comel kan mereka 3 sekawan..

Bila orang datang ke bilik nieyl..
semua macam geram dengan dieorang ni..
tanya nieyl buat ke?
alamak..tangan tak berseni..
nieyl order dekat adik ipar kakak nieyl..
dia suri rumah, jadi nieyl membantu membeli..
sambil tu nieyl pun promote-promote dekat kawan-kawan..


Yang ini kawan nieyl order..
comel gila..

Yang ni cat , kawan nieyl order juga..
Untung siapa yang tangan, jari jemari kreatif ni..
kalau ada yang berminat nak order juga..
Boleh contact nieyl okay..

 

Hello November

by on November 02, 2026



Assalamualaikum..
Welcome November!
Semoga bulan November ini membawa lebih banyak kebahagiaan, kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah dan segala urusan dipermudahkan.

Semoga setiap hari hadir dengan cerita indah yang baru.