23 August, 2023

Aku benci betul dengan orang macam ni!

by on August 23, 2023

Aku benci betul dengan orang macam ni! | Korang pernah tak jumpa orang macam ni dalam hidup korang?serius ar nieyl memang benci dengan orang yang ada sikap macam ni. Memang sesetengah orang akan kata sabar!sabar!sabar!nanti dia akan dapat balasannya juga tapi kan geram tahu tak. Kalau betul-betul memang memerlukan bantuan, tak ada masalah..tapi kalau kau sengaja buat ada hal dan suruh orang lain, sikap tu tak baiklah. Dah dewasa pun masih ada lagi sikap tak matang macam tu, dah tua la tolong la berubah. Pernah je terfikir nak balas balik , tapi kita ni ada otak , boleh fikir kan benda tu tak baik, jadi kita kan buat dekat orang. Sebab satu hari nanti, orang akan menyampah dengan sikap kita yang suka mengambil kesempatan ni..



 

Kami bukan adik beradik

by on August 23, 2023

Kami bukan adik beradik | Kami selalu disangkakan kembar dan adik beradik. Kadang-kadang ada juga yang salah panggil nama. Disebabkan masing-masing pakai mask kan jadi orang tak tahu siapa disebalik mask tu, kita angguk-angguk jela. Ini kawan nieyl nama dia Shazwani, nieyl panggil dia wani. Kalau di pejabat ni dia duduk di level kayangan hahaha..di level 6 dan nieyl di level 2. 

Wani ni dia jual tudung Fareha, jadi kiteorang selalu la shopping dengan dia kalau ada keluaran baru. Nak dijadikan cerita satu hari tu, nieyl pergi hantar dokumen dekat admin dekat level 3, terserempak dengan si wani ni, dari jauh kiteorang dah bergelak-gelak. Mana tidaknya, hari tu kiteorang pakai tudung yang sama corak warna, lepas tu baju pun sama warna hahaha memang kalau berjalan berdua tu rasa berjalan dengan kembar sendiri hahaha..adoi la...kenangan sungguh! semoga persahabatan yang dibina ini akan menjadi persahabatan yang berpanjangan sehingga ke Jannah Amin..

 

Breakfast Pisang Goreng

by on August 23, 2023


Assalamualaikum...
Selamat Pagi...
Hari ni hari rabu dah kan...
lagi 2 hari je nak weekend...
cepat je masa berlalu...

Pagi ni mak nieyl bekalkan nasi goreng 
dengan pisang goreng. Pisang ni ayah nieyl ambil dari kebun..
Alhamdulillah, ayah nieyl memang suka berkebun, 
setiap kali dapat hasil, mesti dia akan bawa balik..
agihkan pada anak-anak dia semua..
Alhamdulillah semua dapat merasa..

Nieyl pun kadang-kadang bawa pergi pejabat
jamu kawan-kawan juga hasil kebun...

Dah breakfast ke tuu..


 

22 August, 2023

Nak Breakfast KFC Budak Ni

by on August 22, 2023

Nak Breakfast KFC Budak Ni | Isnin lepaskan selangor cuti, nieyl HQ dekat Putrayaja tapi kerja di Cyberjaya so..extra cuti lah kita. Seronok ya dapat cuti hari isnin memang tak sempat nak Monday Blues dah. Plan nieyl cuti hari tu pagi nieyl ke Maybank Putrajaya untuk COD bawang goreng dekat customer dengan budak kenit ni. Nieyl suka kalau jalan-jalan ke COD barang ke bawa dia sebab dia ni boleh dibawa berkawan, sembang macam orang dewasa. Telatah dia tu kadang-kadang buat nieyl bahagia.

Lepas dah selesai COD, nieyl cakap nak pergi Petronas nak isi minyak kereta kejap, lepas tu nak pergi ronda tempat husband kerja dekat P18 tu..lepas tu Raisya cakap lepas tu boleh tak kalau dia nak makan KFC..biasalah kalau dia nak sesuatu dia muat drama yang kalau korang tengok, memang nak tergelakkk..dia usap perut dia, dia kata adik lapar...hahaha..

Bila kita kata ok , dia dah mula request nak makan apa hahaha..tapi biasanya kalau dia pergi dengan nieyl, nieyl akan make sure apa yang dia nak makan je dia order dan ajar makan sampai habis baru balik. Rasanya pagi tu dia betul-betul lapar, sebab semua yang dia nak semua habis dia makan, dah kenyang nak tahu dia buat apa?masuk kereta, dia usap perut dia cakap adui kenyangnya, menguap berkali-kali ya hahaha..mengantuk..bertuah punya budak lepas makan dia tidur..

Walaupun raisya ni manja dengan nieyl, tapi dia tahu kalau dia dengan nieyl dia kena ikut peraturan dan tak boleh ikut suka dia je. Bila perlu mandi, bila perlu makan, bila perlu main, bila perlu tengok HP. bila perlu belajar. Dan dia kalau tahu nieyl cuti ke dia akan datanglah rumah tapi kalau tak ada mommy dia. Kalau ada mommy dia, nieyl ni tak laku dah hahaha..bijak budak bertuah ni, untung ada 3 mak, 3 rumah ikut dia nak pergi mana...



 

Breakfast hari ini

by on August 22, 2023


Assalamualaikum....
Selamat Pagi...
Dah breakfast ke tu...
Pagi ni mak bekalkan nieyl mee goreng..
Baru je lepas makan..Alhamdulillah..

Semoga hari ini apa sahaja yang kita lakukan..
dipermudahkan segalanya..
Happy Working...♥

 

18 August, 2023

Ikan Masak Taucu Pembuka Selera

by on August 18, 2023

Ikan Masak Taucu Pembuka Selera | Kalau weekend selalunya nieyl yang akan masak untuk family, menu nieyl biasanya yang simple tapi sedap cehwah...puji diri sendiri awal-awal hahaha..Menu masakan yang paling mudah dan cepat adalah ikan masak taucu. Jenis ikan yang selalu nieyl guna ikan sela, ikan sardin ataupun ikan kembung. Kalau masak taucu ni nieyl suka letak bawang dan cili api banyak-banyak, kalau makan dengan nasi panas kena makan dengan cili api dan bawang tu sekali baru sedap.


Bahan-bahan

Ikan sela/sardin/kembung
Bawang besar (dihiris)
Cili Api (dihiris)
halia (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Taucu
Air 
Garam 
Gula
Air Asam jawa

Cara Memasak
  1. Goreng ikan seperti biasa, ketepikan
  2. Tumis bawang besar, cili api, bawang putih,halia dan taucu
  3. Masukkan air, air asam jawa, gula dan garam sedikit, biarkan mendidih
  4. Kemudian, masukkan ikan yang telah digoreng, gaul dan hidangkan.

*garam secukup rasa sahaja tau, balance dengan dengan gula.


 

17 August, 2023

PRN 2023 kali ke 4 mengundi

by on August 17, 2023


PRN 2023 kali ke 4 mengundi | Walaupun kadar peratus keluar mengundi PRU yang lepas dan PRN yang baru ni rendah tapi langsung tak menjadi penghalang untuk nieyl sebagai rakyat malaysia untuk mengundi. Mengundi adalah satu tanggungjawab untuk menentukan masa depan negara pada masa akan datang. Seumur hidup nieyl, kali pertama mengundi masa umur nieyl 25 tahun pada tahun 2013. Ha..masa tu memang excited sangat dapat mengundi kali pertama dan kali kedua pada tahun 2018 dan kali ke tiga pada tahun ni 2023 dan kali ke 4 untuk PRN sabtu lepas. 

Sabtu lepas seawal 7.30 pagi mak dengan ayah nieyl dah bersiap-siap untuk ke pusat mengundi, setiap kali mengundi, dieorang mesti yang terawal sampai, semangat nak mengundi tu yang patut di contohi tapi pemikiran anak-anak zaman sekarang macam nieyl ni, suka pergi lambat-lambat sebab fikir kalau pergi awal pagi ramai orang kan.. Nieyl pergi dalam pukul10 pagi hari tu,masa tu dekat kawasan mengundi tu tak ramai orang, sampai je terus pergi ke saluran nieyl dan tak sempat nak rasa beratur pun dah kena panggil masuk hehehe...tak sampai 10 minit settel mengundi. Jadi, nieyl tak faham kenapa anak-anak muda ni tak nak pergi mengundi, bukannya ambil masa yang lama pun, tunggu MCD tu lagi lama tau..

Ada kejadian yang menggelikan hati nieyl masa proses mengundi tu, first meja kan kita serahkan Ic dan petugas akan sebut nama dan no kita, kemudian ke meja kedua untuk celup jari , masa celup jari tu petugas tu dia cakap cukup..cukup, yang nieyl dengar celup..celup, nieyl pun celup dalam-dalam hahaha sebab itulah dakwat tu buruk meleleh hahaha..sabar jela aku weh..gelak petugas tu..

Korang ada ke pengalaman masa mengundi?

 

Buah Tangan Dari Mekkah

by on August 17, 2023

Buah Tangan Dari Mekkah | Selalu kalau ada kawan-kawan ke ahli keluarga terdekat yang pergi menunaikan ibadah Haji. mereka pasti akan bawa balik pelbagai jenis kacang, kurma untuk dikongsi bersama dengan kita. Kali ni pegawai nieyl suami isteri dapat panggilan haji di usia muda Alhamdulillah semoga kita yang membaca ni pun akan dipermudahkan segala urusan sekiranya ada niat menunaikan umrah dan haji nanti. Balik dari Haji, dia sediakan kacang-kacang dan kurma untuk dikongsikan satu bahagian nieyl, rasa sorang sikit..

Setiap kali ada kenalan nieyl yang pergi Haji ataupun umrah, mulut ni tidak pernah berhenti kirim doa supaya satu hari nanti Allah makbulkan doa nieyl untuk menjadi seorang ibu. Kita tak tahu doa siapa yang akan Allah angkat mungkin salah satu dari kiriman doa nieyl ni kan..aminn...




 

16 August, 2023

Lunch Date Di Padi House

by on August 16, 2023

Lunch Date Di Padi House | Setiap hari jumaat waktu rehat panjang jadi kalau ada peluang tu memang dimanfaatkan sepenuhnya hehehe..Kali ni nieyl lunch date dengan Puan H, sebab dah lama tak jumpa kebetulan nak hantar bawang goreng Puan H order dengan nieyl. Time set date ni nieyl cuti panjang 2 minggu , jadi boleh la keluar awal pick up Puan H dekat pejabat dia. 

Puan H ni baik sangat dengan nieyl, tak tahu nak kata baik dia macam mana. Kami dah macam mak dengan anak dah. Puan H tak pernah berkira dengan nieyl.  Dengan Puan H ni kau tak akan rasa macam dia boss kau , sebab dia seorang boss yang happy, sporting, tegas dalam kerja dan mudah bekerja. Jadi, bila dah naik pangkat ke agensi lain memang terasa sangat kehilangan dia dalam rutin harian dekat pejabat ni. Kalau dulu, team SKSI ni suka kerja dalam bilik perbincangan berkumpulan, nieyl kalau mengantuk ke stress ke boring ke nieyl akan pergi bilik perbincangan tu makan-makan sambil bergurau senda dengan kakak-kakak ni..hilang semua masalah kalau masuk dalam bilik tu tapi sekarang bilik tu jadi kenangan je..kalau lalu sekarang, bilik tu gelap je.

Ada kisah disebalik perjumpaan nieyl dengan Puan H ni. Kononnya Puan H janji nak keluar pukul12, alih-alih nieyl sampai depan pejabat dia pukul12, dia masih meeting lagi,jadi cakap dengan hati tak apa lah, kejap-kejap lagi habis lah tu..alih-alih pukul1 baru habis weh..naik berasap nieyl tunggu dalam kereta hahaha..Nasib baik Puan H ni kesayangan nieyl, dimaafkan kalau orang lain, dah kena bebel dah ni hehehe...apa-apa pun nieyl rindu dekat Puan H sekarang ni. 


Hati jadi sejuk bila pekena ais krim strawberry, sedapnya cuaca panas dapat aiskrim kan padahal masa tengah makan ni hujan lebat dekat luar hahaha...nasib baiklah hujan tak lama, dalam pukul2.30 tu dah berhenti,sebab Padi House dekat Putrajaya ni kalau nak parking jauh sikit dan tidak berbumbung, kalau hujan memang susah sikit lah nak ke kereta sebab payung pun tak bawa masa tu. 

Ok itula cerita lunch date nieyl dengan Puan H. Wah..tak tahu kenapa bila dah lama tinggalkan blog bila start balik menulis rasa macam bahaya sangat dan banyak je idea nak ditaipkan setiap hari. Doakanlah supaya nieyl istiqamah ye hehehe :P 

 

11 August, 2023

Air Barli Untuk Kesihatan Dalaman Wanita

by on August 11, 2023

Air Barli Untuk Kesihatan Dalaman Wanita | Baru-baru ni mak nieyl mengadu yang dia kerap buang air kecil tapi sikit-sikit macam tak puasa. Lepas tu sakit bila nak buang air kecil, terus nieyl carikan barli dan rebus bagi mak minum dalam 2 ke 3 hari. Kemudian Alhamdulillah, mak dah kembali sihat dan normal. 

Nieyl sangat susah hati bila mak kata dia tak sihat, ataupun ada part-part yang dia sakit. Insya-Allah nieyl akan cuba cari jalan untuk bantu kurangkan sakit dia. Mak nieyl ni jenis orang yang susah sangat nak disuruh minum air kosong yang banyak. Kalau nieyl ada dekat rumah , memang nieyl akan selalu ingatkan mak..minum air banyak..kalau kita leka kan, dia pun leka hahaha...

Macam nieyl, hari bekerja 5 hari tu Insya-Allah sepanjang dekat pejabat nieyl akan minum air kosong sahaja melainkan kalau tiba-tiba ada orang hantar air starbucks , itu rezeki tak boleh di tolak hahaha.. Nieyl memang jarang minum air manis kalau dekat rumah ataupun pejabat selainkan kalau breakfast , lunch ke dinner dekat luar, nieyl akan order air manis la.. Jadi, sekarang ni nieyl memang kurang-kurangkan berjimbara dekat luar supaya kurang pengambilan gula. 

Take care semua♥

 

09 August, 2023

Morning!Dah breakfast ke?

by on August 09, 2023



Morning!Dah breakfast ke? | Pagi ni ingat nak beli nasi lemak rm1.50 je dekat pantry tapi singgah rumah kakak nak ambil karipap kawan order, dia masak nasi goreng dan dia bungkuskan untuk nieyl bawa bekal pergi kerja pagi ni. Nieyl lewat sikit nak makan breakfast selalunya dalam pukul9 ke 9.30 macam tu, sebelum breakfast nieyl akan minum air kosong je dulu, sebelum breakfast.  Tapi kan korang, nasi goreng kakak nieyl hari ini kalau makan memang telinga merah, selsema terus hahaha..pedas gila, berapa banyak cili api dah dia letak dalam nasi goreng ni, tapi nasi goreng kalau tak pedas, tak sedap..jadi gigihlah nieyl makan walaupun pedas sebab dia sedap hahaha..dia bagi juga ayam goreng sekali. Berat sungguh breakfast nieyl lagi ni...

Korang dah breakfast ke?breakfast apa pagi ni..share la..
 

08 August, 2023

Persaraan bermakna bila diraikan bersama

by on August 08, 2023


Persaraan bermakna bila diraikan bersama | Bak kata boss nieyl, perkara yang paling menggembirakan hati seorang penjawat awam adalah apabila persaraan mereka diraikan. Mereka bukan sehari, sebulan. 10 tahun bergelar penjawat awam ada yang lebih 30, 35 tahun dan lebih pun ada. Bila tiba hari-hari terakhir bergelar penjawat awam sangat menyentuh perasaan. Alhamdulillah kali ni nieyl diberi tugas untuk mendeco majlis persaraan timbalan pengarah nieyl bersama kak milah dan kak Su.. Nieyl pilih tema Black Gold dan kod warna pada hari majlis pun adalah black dan Gold..


Tadaa...cantik tak?Jujur cakap nieyl memang tak pernah mendeco belon seperti ini, jadi ini adalah cabaran untuk kami bertiga jadikan ianya kenyataan. Nieyl memang seorang yang penakut belon,bukan takut apa, seriau bila dia meletop tu je, mudah terkejut. Jadi, bab meniup belon nieyl minta bantuan orang-orang yang tak takut belon meletup hahaha..nieyl just bagitahu je nak berapa-berapa.. Nasib baiklah kak milah ni berani main belon, dialah banyak membantu nieyl belit-belitkan belon mengikut arahan nieyl, dan jadilah seperti diatas.. Kalau senget-senget tu biasalah kami bukan profesional pun. Jadi macam ini pun dah rasa satu kebanggaan dah tau. 

Banyak belon-belok lebih tu nieyl lekatkan dekat siling atas untuk nampak lebih cantik..meriah sikit kan bila orang masuk tu nampaklah meriah..hehe..nasib baik ada mereka yang tinggi-tinggi tolong sangkutkan. Yela plan asalnya nak guna helium tapi mahal kan, jadi kita gunalah cara yang lebih menjimatkan duit kelab.

Mereka-mereka nilah banyak membantu dan mereka juga lah sekarang ni menjaga nieyl dekat pejabat.  Kalau mereka ni tak ada, aduhai makin kosong jiwa dekat pejabat tu. Walaupun bekerja dengan mereka yang skim F ni, tapi dieorang ni kadang-kadang kreatif tau..love it♥

Sedikit cerita nieyl tentang Puan Marina. Actually nieyl dah kenal puan marina ni since nieyl mula-mula bekerja dekat JPA 2009, masa tu dia merupakan Ketua Penolong Pengarah, kemudian dia naik pangkat dan berpindah ke agensi lain. Lepas tu kita tak jumpa dah,lama juga...after that tahun 2020 nieyl pindah ke MAMPU, tak sangka nieyl jumpa kembali Puan Marina ketika tu dia salah seorang Timbalan Pengarah di Bahagian nieyl dan best partnya bilik dia belakang nieyl je, jadi memang boleh dikatakan hari-hari kita bercakap, bersembang..

Jadi, bila dia berucap dekat depan tu rasa sebak, sebab lepas ni nieyl kehilangan seorang pegawai yang lama nieyl kenal dan dah anggap puan ni macam mak kita. Apa-apa pun setiap pertemuaan akan berakhir dengan perpisahan. Semoga Puan Marina sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan terus berbahagia dengan keluarga tersayang. Dah tak perlu fikir pasal kerja dah lepas ni. 

Bulan 11 ni ada satu lagi majlis persaraan bos nieyl, banyak persiapan awal yang perlu nieyl rancangkan, kalau boleh nieyl nak majlis yang dia akan ingat sampai bila-bila. Masih dalam perancangan dan mencari idea-idea baru untuk majlis bulan 11 nanti...







 

Buah- Buahan Dari Cameron Highlands

by on August 08, 2023

Buah- Buahan Dari Cameron Highlands | Kali ni bukan nieyl yang pergi cameron tapi kakak nieyl dengan anak-anak dia. Tapi biasalah kalau dia pergi dia memang akan beli buah-buahan untuk bawa turun. Dah bertahun dah nieyl tak pergi cameron highland rasanya last nieyl pergi masa anniversary yang pertama tahun 2013, lama dah kan.. 

Sekarang ni kalau nak pergi mana-mana nieyl lebih suka pergi dengan kawan-kawan hahaha...sebab husband nieyl ni sibuk memanjang,kalau nak rancang short vacay pun susah..adoilah..Tapi kalau nieyl pergi dengan kawan-kawan dia izinkan je, sebab dia tahu wife dia suka berjalan, nieyl je kadang-kadang malas nak keluar. Sebab nak keluar ni kena ikut mood..

Anggur hijau ni sedap tak masam, manis...

Ini jagung manis tapi tak berapa nak manis la mungkin sebab cuaca panas kot..

first time nieyl makan jagung susu, betul-betul rasa susu rupanya.. hehe

Nieyl kalau pergi cameron suka beli keledek manis tu bawa balik, tak tahu kenapa suka sangat makan keledek tu dari dulu sampai sekarang, jadi sesiapa yang pergi cameron tu nieyl memang suka kirim. Korang last pergi cameron tu agak-agaknya bila?

07 August, 2023

BookXcess Tamarind Square Cyberjaya

by on August 07, 2023

BookXcess Tamarind Square Cyberjaya | Al kisahnya selama ini  pergi tamarind Square hanya nak pergi makan dan juga ke Mr. DIY dekat situ sebab dia besar sikit dari yang ada dekat Dpluze tu. Bookxcess ni betul-betul depan Mr. DIY cumanya selama ni lalu je tak pernah masuk pun. 


Nak dijadikan cerita, satu hari tu lunch hour jumaat kan lama kan, jadi kita nak lunch dekat Locca Cafe tu lepas dah makan-makan masih ada baki 1 jam tu tak tahu nak pergi mana, adik-adik yang keluar lunch dengan nieyl ni ajak pergi bookXcess ni. Ha..kira kali pertama jejakkan kaki dekat dalam tu..
Nieyl sangkakan tak besar mana pun lah kedai buku ni, jadinya nieyl belek-belek la buku-buku dekat situ. Dekat sini rupanya semua buku kita tak boleh nak selak-selak tau, dia dah balut rapi. Ha..kalau kau nak tengok sila bacalah sinopsis belakang buku tu je hehehe..Tapi ada baik juga buat macam tu supaya buku tu tak rosak, tak koyak. Seksyen buku pun banyak dekat sini, jadi tak perlu nak pening sangat nak cari buku apa yang kita nak beli. 

Selain dari jual buku, ada juga tempat dia letakkan barang-barang untuk jualan seperti mug, buku, diary, thumbler dan lain-lain lagi. Contoh yang nieyl pegang ni , berkenan betul sebab warna pink dan wording motivasi dia tu. Lepas tu nieyl jalan lagi ke belakang nak tengok ada apa lagi..

Nampak tak macam lorong tu, nieyl sangka taklah besar mana tempat ni.. Sekali tengok masuk ya sangat besar ya kawan-kawan, dia ada cafe dan juga tempat untuk kau buat assignment , membaca ke ..sangat selesa la. Masa nieyl pergi tu ada nampak beberapa student tengah study.

ingat dah hujung dah ni, rupanya masih ada lagi ya belakang tu hahaha..memang puaslah berjalan dalam bookXcess ni terlalu besar. Boleh sesat kalau nak cari anak-anak yang berlari-lari dalam ni. hehehe.. So, kalau korang yang berdekatan nak pergi BookXcess Cyberjaya ni, nieyl akan bagi dekat bawah alamat dia okay..

 L3M-04, Tamarind Square, Persiaran Multimedia,
Cyber 10, 63000 Cyberjaya, Selangor

 

04 August, 2023

Rutin Mak Setiap Pagi

by on August 04, 2023


Rutin Mak Setiap Pagi | Setiap hari dan setiap pagi mak nieyl akan habiskan masa lebih kurang 2 jam dekat luar untuk siram pokok-pokok dan bersihkan kawasan keliling rumah. Kadang-kadang nieyl cakap juga tak yahlah buat hari-hari sebab bukan apa takut dia penat yela dah berusia kan. Tapi biasalah mak-mak kita ni tak boleh dilarang lagi-lagi perkara yang dia suka buat. Dia marah nieyl kalau tak kasi dia buat kerja dekat luar. Dia kata nak keluarkan peluh buat kerja-kerja dekat luar. Jadi, nieyl pun biarkan jela dia nak buat apa yang dia suka. 

Mak nieyl memang suka tanam pokok-pokok hijau macam ni dalam pasu. Segala pokok hijau dia tanam, yang tergantung pun ada, keliling rumah nieyl memang banyak pokok-pokok daun hijau ni. Jadi, bila mak nieyl tak ada dekat rumah, jenuh jugalah nieyl kena kerah tenaga siram pokok-pokok dia kelilingan rumah ni. 

Selain daripada pokok hijau, ada juga tanam pokok kunyit tengoklah daun kunyit dia lebar-lebar kan geram je tengok , kalau tak silap nieyl pokok kunyit dekat rumah tu ada dalam 3 ke 4 pasu besar. Selain dari tu, mak ada tanam pokok bendir dalam pasu juga.

Mak kata pokok bendir tanam tak rugi sebab dia cepat keluarkan hasil sampaikan satu tahap bila pokok bendir mula keluarkan hasil, mak bagi dekat anak-anak dia sebab dah terlalu banyak. Bendir nieyl suka letak dalam asam pedas ataupun tumis. Kalau kakak nieyl dia suka makan rebus buat ulam makan dengan sambal belacan.

Oh ya tak lupa juga mak tanam pokok daun kari. Yang dalam gambar ni pokok dia semakin hari semakin tinggi. Ada juga yang mak tanam dalam pasu dan juga atas tanah. Semua yang mak tanam semuanya menjadi tau, subur-subur semuanya. Sejuk tangan mak ni. Kalau nak masak kari senang petik je dekat tepi rumah tu kan, siapa yang nak daun kari tu dieorang dah tak yah beli, petik je dengan izin mak. 

Salah satu pokok yang nieyl suka adalah pokok ni, tak tahu la nama pokok apa..dia sangat cantik diwaktu pagi ya. Mak tanam pokok ni dekat tepi jalan je, sebelah tu longkang la mungkin sebab tu la kot subur hahaha..Korang yang baca entry ni kan, doakan semoga mak nieyl sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan sihat-sihat selalu ya...terima kasih semua ♥

 

03 August, 2023

Small Celebration Birthday Kak Jane Sayang

by on August 03, 2023

Small Celebration Birthday Kak Jane Sayang | Tujuan asal nieyl buat blog 2009 adalah nak share anything story life dalam ni untuk disimpan sebagai kenangan untuk diri sendiri, kalau ada anak-anak, cucu mereka dalam gambar ni dalam blog nieyl ternampak, tercabar story ini itu kan bagus mereka ada gambar dan cerita tentang nenek-nenek, tok - tok dieorang. Jadi, kalau yang baca itu adalah bonus.

Oklah berbalik pada story nak celebrate birthday kak Jane. Asalnya semua dalam bilik perbincangan tengah berbincang, buat kerja. Tempat nak buat suprisenya tu di bilik Puan H, sebelah bilik perbincangan tu je, jadi sorang-sorang keluar kononnya ada yang pergi toilet la, ada yang pergi bilik mesin la, macam-macam alasan. Sementara tu nieyl dengan yang lain-lain ni mendeco sikit-sikit untuk nak bagi surprise nanti, makanan-makanan semua dah siap sedia dah, tinggal nak panggil kak jane je..

Bila semua dah masuk bilik sebelah, Puan TP call minta kak jane pergi bilik Puan H dengan suara tegas..dia buka je pintu kami jerit Surprise!!! kita nyanyi lagu happy birthday untuk Kak Jane..

Nieyl tak lama kenal kak jane, sejak-sejak join team EKSA nieyl kenal rapat dengan team SKSI ni, rasa sangat rugi lambat kenal dieorang sebab dieorang ni ibarat keluarga nieyl , diaorang layan nieyl ni betul-betul macam adik-adik. Kalau orang ikhlas sayang kita, layan kita.. kita dapat rasa tau..

Sekarang ini team ni dah tak lengkap dah, kak baiti sambung study PhD, Puan H pula dah naik pangkat dah tukar keluar ke GIM, Kak jane sekarang cuti kanser tengah buat rawatan dekat sarawak, Puan Elli dah tukar ke bahagian lain jadi, tinggal Kak Maziah dengan Dr. Lin je sekarang ni..

Ini simple deco yang kami sorok-sorok buat tu khas untuk kak jane..Kepada mereka yang baca entry ini, doakan semoga kak jane sentiasa kuat dan teruskan perjuangan dia melawan kanser dan kembali sihat seperti sedia kala...

"kepada kak jane..Manje doakan semoga Allah kembalikan kesihatan akak seperti sedia kala, dan Allah sentiasa sayang akak, Allah uji kerana Allah sayang. Manje tahu akak seorang yang kuat dan akan tetap lawan sampai sihat. InsyaÁllah..Manje always tunggu akak balikkkk...love u kakak"

Makanan Sihat Versi Nieyl

by on August 03, 2023


Makanan Sihat Versi Nieyl | Bila tanya siapa nak kurus?semua angkat tangan tapi bila suruh makan makanan yang sihat semua lemah sebab malas nak masak kan, termasuklah orang yang tengah menaip ni ha..nieyl pun sebenarnya tak rajin tapi kalau diberi pilihan untuk masak makanan sihat dengan masakan biasa, nieyl lebih suka masak makanan yang sihat. Sebab dia lebih mudah dan tak perlukan bahan yang banyak pun. 

Macam bulan 6 hari tu, mak nieyl pergi rumah kakak nieyl selama 1 bulan jadi, nieyl dengan husband setiap hari tak makan nasi, kami makan makanan bakar-bakar, salad-salad macam tu je. Nasib baik husband nieyl jenis yang tak kisah bab makan ni sangat. Kalau mak nieyl ada dia lebih suka makan nasi, lauk pauk ni. Macam nieyl kadang-kadang dah boring nak makan nasi ni lagi-lagi bila berat badan dah semakin mengembang seperti belon. Aduhi..stress!


Nieyl kalau diet lebih suka makan yang bakar-bakar, ataupun salad paling nieyl suka. Tak kisah salad sayur ataupun buah. Biasanya nieyl tak kan guna garam ataupun gula. Sebab tu kadang-kadang kalau nieyl pergi kerja,pagi nieyl akan bangun awal sikit untuk grill ayam perapan yang nieyl dah siapkan untuk seminggu punya. Ha..nanti nieyl share dengan korang resepi perapan ayam yang paling nieyl suka. Tapi nieyl memang cut garam tau, sebab tu untuk menu lunch diet nieyl, husband nieyl tak berapa suka sebab dia kata tawar hahaha...nak diet biasalah kenalah cut apa yang patutkan..slow-slow insyaÁllah..

Dekat pejabat ni kadang-kadang mereka suka bawa makanan breakfast, kadang-kadang tu makanan yang sihat, kadang-kadang makanan yang boleh mengundang ternakan lemak hahaha..jadi, berpada-pada lah orang yang sedang diet ni kadang-kadang boleh tergelincir di tengah jalan akibat makanan dieorang ni..Tapi orang kata rezeki tak baik di tolak, jadi kita pun ngap la tanpa rasa bersalah..lepas tu duduk tempat rasa menyesal tak berjaya menahan nafsu..

Breakfast yang paling ringkas yang nieyl suka buat adalah wrapp..Tersangat mudah dan cepat je nak buat dan yang penting kenyang sampai waktu tengah hari. Kalau rajin nieyl akan grill ayam sikit untuk letak dalam wrap tu, kalau malas nieyl akan balut dengan telor dadar je settel! sedap pun sedap...kenyang...

Part ayam yang paling bagus adalah dada ayam. Nieyl buat perapan ayam semua pakai dada ayam. Tapi kalau buat bakar-bakar ni husband nieyl suka part peha or kepak..jadi, kita masak ikut selera dia la, kalau selera kita je semua kesian pula kan. Kita yang nak diet, hehe..

Paling-paling nieyl suka dalam banyak-banyak menu diet, salad ayam.. Ya Allah..sumpah sedap..daging ayam tu perap , grill.. Salad tu nanti mix kan je dengan sos kewpie , cili flake dan mustad kewpie..terbaikk!!!Memang kenyang.. Oh ya, lupaa...air pula nieyl memang amalkan minum air kosong dekat pejabat dan dan rumah setiap hari. Kalau nampak nieyl minum air manis tu, dalam seminggu skali ataupun sebulan sekali je itupun kalau nieyl ada lunch dekat luar dengan kawan-kawan.

Korang kalau diet macam mana?masak ke atau beli je dekat luar..?

 

02 August, 2023

Suka Brisk Walk dan Jogging

by on August 02, 2023


Suka Brisk Walk dan Jogging | Sejak - sejak umur dah masuk 35 tahun ni,hari cuti dipenuhi dengan aktiviti brisk walk. Kalau sebelum-sebelum ni hari sabtu nieyl akan bangun pagi, kemas rumah, cuci kain, sidai kain , masak, teengok tv, tidur ha..itu la rutin hari sabtu tapi sejak suka brisk walk ni nieyl akan spend 1 hour 30 minute, start pukul7 sampai 8.30 untuk brisk walk, tak lama pun dapat keluarkan peluh awal pagi sebelum matahari terbit. Memula nak mulakan tu kan rasa macam satu beban tau sebab kena bangan awal pagi, lama-lama kan bila benda tu dah jadi rutin automatik kau takkan rasa beban dah..love it♥

Tempat pilihan nieyl brisk walk area Cyberjaya dan Putrajaya. Selalu nieyl akan selang seli tukar-tukar supaya tak boring asyik pemandangan yang sama je. Kalau di Cyberjaya tu pemandangan tasik buatan , pokok-pokok hijau dan kita boleh cuci mata tengok design rumah orang-orang kaya dekat situ. Cantik-cantik semuanya. Kalau brisk walk dengan putrajaya dia lebih kepada Tasik putrajaya dan bangunan-bangunan kerajaan. So far, dua-dua tempat ni best je kalau nak brisk walk dengan family.

Kalau brisk walk dekat Cyberjaya, nieyl memang wajib snap gambar kepuasan dekat lorong-lorong perjalan kaki ni sebab cantik sangatkan. Walaupun ada yang kata ala brisk walk je pun, eh..suka hati kita la nak brisk walk ke apa, yang penting kita ada kesedaran nak jaga kesihatan okay..awok tu bila nak start?