07 August, 2023

BookXcess Tamarind Square Cyberjaya

BookXcess Tamarind Square Cyberjaya | Al kisahnya selama ini  pergi tamarind Square hanya nak pergi makan dan juga ke Mr. DIY dekat situ sebab dia besar sikit dari yang ada dekat Dpluze tu. Bookxcess ni betul-betul depan Mr. DIY cumanya selama ni lalu je tak pernah masuk pun. 


Nak dijadikan cerita, satu hari tu lunch hour jumaat kan lama kan, jadi kita nak lunch dekat Locca Cafe tu lepas dah makan-makan masih ada baki 1 jam tu tak tahu nak pergi mana, adik-adik yang keluar lunch dengan nieyl ni ajak pergi bookXcess ni. Ha..kira kali pertama jejakkan kaki dekat dalam tu..
Nieyl sangkakan tak besar mana pun lah kedai buku ni, jadinya nieyl belek-belek la buku-buku dekat situ. Dekat sini rupanya semua buku kita tak boleh nak selak-selak tau, dia dah balut rapi. Ha..kalau kau nak tengok sila bacalah sinopsis belakang buku tu je hehehe..Tapi ada baik juga buat macam tu supaya buku tu tak rosak, tak koyak. Seksyen buku pun banyak dekat sini, jadi tak perlu nak pening sangat nak cari buku apa yang kita nak beli. 

Selain dari jual buku, ada juga tempat dia letakkan barang-barang untuk jualan seperti mug, buku, diary, thumbler dan lain-lain lagi. Contoh yang nieyl pegang ni , berkenan betul sebab warna pink dan wording motivasi dia tu. Lepas tu nieyl jalan lagi ke belakang nak tengok ada apa lagi..

Nampak tak macam lorong tu, nieyl sangka taklah besar mana tempat ni.. Sekali tengok masuk ya sangat besar ya kawan-kawan, dia ada cafe dan juga tempat untuk kau buat assignment , membaca ke ..sangat selesa la. Masa nieyl pergi tu ada nampak beberapa student tengah study.

ingat dah hujung dah ni, rupanya masih ada lagi ya belakang tu hahaha..memang puaslah berjalan dalam bookXcess ni terlalu besar. Boleh sesat kalau nak cari anak-anak yang berlari-lari dalam ni. hehehe.. So, kalau korang yang berdekatan nak pergi BookXcess Cyberjaya ni, nieyl akan bagi dekat bawah alamat dia okay..

 L3M-04, Tamarind Square, Persiaran Multimedia,
Cyber 10, 63000 Cyberjaya, Selangor

 

5 comments:

  1. lama x gi bookstore.....dulu suka sgt lepas lunch gi & sure ada je novel terbeli

    ReplyDelete
  2. Syok kalau dapat masuk kedai buku.. Bau buku yang wangi tu menenangkan..

    ReplyDelete
  3. BookXcess nih memang esthetic sangat dekorasi nya kan :)

    ReplyDelete
  4. Duduk membaca kat dlm boleh tak sedar dah berapa jam ni haha

    ReplyDelete
  5. Hari tu ada lalu kedai buku ni cuma tak masuk je.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)