Lunch Date Di Padi House | Setiap hari jumaat waktu rehat panjang jadi kalau ada peluang tu memang dimanfaatkan sepenuhnya hehehe..Kali ni nieyl lunch date dengan Puan H, sebab dah lama tak jumpa kebetulan nak hantar bawang goreng Puan H order dengan nieyl. Time set date ni nieyl cuti panjang 2 minggu , jadi boleh la keluar awal pick up Puan H dekat pejabat dia.
Puan H ni baik sangat dengan nieyl, tak tahu nak kata baik dia macam mana. Kami dah macam mak dengan anak dah. Puan H tak pernah berkira dengan nieyl. Dengan Puan H ni kau tak akan rasa macam dia boss kau , sebab dia seorang boss yang happy, sporting, tegas dalam kerja dan mudah bekerja. Jadi, bila dah naik pangkat ke agensi lain memang terasa sangat kehilangan dia dalam rutin harian dekat pejabat ni. Kalau dulu, team SKSI ni suka kerja dalam bilik perbincangan berkumpulan, nieyl kalau mengantuk ke stress ke boring ke nieyl akan pergi bilik perbincangan tu makan-makan sambil bergurau senda dengan kakak-kakak ni..hilang semua masalah kalau masuk dalam bilik tu tapi sekarang bilik tu jadi kenangan je..kalau lalu sekarang, bilik tu gelap je.
Ada kisah disebalik perjumpaan nieyl dengan Puan H ni. Kononnya Puan H janji nak keluar pukul12, alih-alih nieyl sampai depan pejabat dia pukul12, dia masih meeting lagi,jadi cakap dengan hati tak apa lah, kejap-kejap lagi habis lah tu..alih-alih pukul1 baru habis weh..naik berasap nieyl tunggu dalam kereta hahaha..Nasib baik Puan H ni kesayangan nieyl, dimaafkan kalau orang lain, dah kena bebel dah ni hehehe...apa-apa pun nieyl rindu dekat Puan H sekarang ni.
Hati jadi sejuk bila pekena ais krim strawberry, sedapnya cuaca panas dapat aiskrim kan padahal masa tengah makan ni hujan lebat dekat luar hahaha...nasib baiklah hujan tak lama, dalam pukul2.30 tu dah berhenti,sebab Padi House dekat Putrajaya ni kalau nak parking jauh sikit dan tidak berbumbung, kalau hujan memang susah sikit lah nak ke kereta sebab payung pun tak bawa masa tu.
Ok itula cerita lunch date nieyl dengan Puan H. Wah..tak tahu kenapa bila dah lama tinggalkan blog bila start balik menulis rasa macam bahaya sangat dan banyak je idea nak ditaipkan setiap hari. Doakanlah supaya nieyl istiqamah ye hehehe :P
semoga istiqamah menulis. Nama restoran pun dah klasik dan sedap disebut, makanan pun mesti sedap kann
ReplyDeletealhamdulillah... seronoknya dpt boss yg sgt baik mcm ni kan
ReplyDeleteselalu nampak, tp xpernah lg try n cuba foods kat sini. nt nak try
ReplyDeleteCantiknya hijab kombinasi hitam dan emas. Pernah makan sekali je kat sini. Padi Putrajaya.
ReplyDelete