08 August, 2023

Persaraan bermakna bila diraikan bersama


Persaraan bermakna bila diraikan bersama | Bak kata boss nieyl, perkara yang paling menggembirakan hati seorang penjawat awam adalah apabila persaraan mereka diraikan. Mereka bukan sehari, sebulan. 10 tahun bergelar penjawat awam ada yang lebih 30, 35 tahun dan lebih pun ada. Bila tiba hari-hari terakhir bergelar penjawat awam sangat menyentuh perasaan. Alhamdulillah kali ni nieyl diberi tugas untuk mendeco majlis persaraan timbalan pengarah nieyl bersama kak milah dan kak Su.. Nieyl pilih tema Black Gold dan kod warna pada hari majlis pun adalah black dan Gold..


Tadaa...cantik tak?Jujur cakap nieyl memang tak pernah mendeco belon seperti ini, jadi ini adalah cabaran untuk kami bertiga jadikan ianya kenyataan. Nieyl memang seorang yang penakut belon,bukan takut apa, seriau bila dia meletop tu je, mudah terkejut. Jadi, bab meniup belon nieyl minta bantuan orang-orang yang tak takut belon meletup hahaha..nieyl just bagitahu je nak berapa-berapa.. Nasib baiklah kak milah ni berani main belon, dialah banyak membantu nieyl belit-belitkan belon mengikut arahan nieyl, dan jadilah seperti diatas.. Kalau senget-senget tu biasalah kami bukan profesional pun. Jadi macam ini pun dah rasa satu kebanggaan dah tau. 

Banyak belon-belok lebih tu nieyl lekatkan dekat siling atas untuk nampak lebih cantik..meriah sikit kan bila orang masuk tu nampaklah meriah..hehe..nasib baik ada mereka yang tinggi-tinggi tolong sangkutkan. Yela plan asalnya nak guna helium tapi mahal kan, jadi kita gunalah cara yang lebih menjimatkan duit kelab.

Mereka-mereka nilah banyak membantu dan mereka juga lah sekarang ni menjaga nieyl dekat pejabat.  Kalau mereka ni tak ada, aduhai makin kosong jiwa dekat pejabat tu. Walaupun bekerja dengan mereka yang skim F ni, tapi dieorang ni kadang-kadang kreatif tau..love it♥

Sedikit cerita nieyl tentang Puan Marina. Actually nieyl dah kenal puan marina ni since nieyl mula-mula bekerja dekat JPA 2009, masa tu dia merupakan Ketua Penolong Pengarah, kemudian dia naik pangkat dan berpindah ke agensi lain. Lepas tu kita tak jumpa dah,lama juga...after that tahun 2020 nieyl pindah ke MAMPU, tak sangka nieyl jumpa kembali Puan Marina ketika tu dia salah seorang Timbalan Pengarah di Bahagian nieyl dan best partnya bilik dia belakang nieyl je, jadi memang boleh dikatakan hari-hari kita bercakap, bersembang..

Jadi, bila dia berucap dekat depan tu rasa sebak, sebab lepas ni nieyl kehilangan seorang pegawai yang lama nieyl kenal dan dah anggap puan ni macam mak kita. Apa-apa pun setiap pertemuaan akan berakhir dengan perpisahan. Semoga Puan Marina sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan terus berbahagia dengan keluarga tersayang. Dah tak perlu fikir pasal kerja dah lepas ni. 

Bulan 11 ni ada satu lagi majlis persaraan bos nieyl, banyak persiapan awal yang perlu nieyl rancangkan, kalau boleh nieyl nak majlis yang dia akan ingat sampai bila-bila. Masih dalam perancangan dan mencari idea-idea baru untuk majlis bulan 11 nanti...







 

7 comments:

  1. dah sampai masa untuk mereka yang telah berkhidmat ni berehat dan menumpukan pada ibadah dan keluarga kan Nieyl .. cantik dekor belon2 tu :)

    ReplyDelete
  2. Meriahnya majlis persaraan di situ di office Mrs. A simple ya'amat hehehee...

    ReplyDelete
  3. wah memang meriah.. betul tu, rasa dihargai bila ada majlis2 mcm ni kan..
    they all deserved it!!!

    ReplyDelete
  4. betul..tp kt tmpt saya xmcm ni..tpi ni kira inisiatif sahabat2 ye Nieyl?bagus la uolss

    ReplyDelete
  5. Betul tu bila persaraan diraikan maka rasalah bermakna dlm perkhidmatan..

    ReplyDelete
  6. x dpt nk bayangkan mcm manalah nnt saat diraikan bila bersara... tp sempat ke kita? wallahualam

    ReplyDelete
  7. Kombinasi warna yang cantik ni. Black and Gold!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)