01 August, 2023

Cinta Pertama Zaman Sekolah

Cinta Pertama Zaman Sekolah | Kalau zaman sekolah cintan cinton ni orang panggil cinta monyet. Tapi ada juga cinta monyet yang membawa kepada perkahwinan dan ada juga yang tinggal kenangan je. Kisah cinta pertama nieyl hanyalah tinggal kenangan je la, sampai sekarang nieyl masih ingat lagi detik-detik terjadinya cinta pertama tu.

Dulu zaman budak senior usha budak junior, masa tu nieyl darjah 5 dan dia darjah 6. Satu hari tu tiba-tiba ada kawan hulur surat cinta pertama dekat nieyl, dalam surat tu biasalah dia bagitahu nama dia bla..bla..bla.. masa tu nieyl tak kenal pun siapa dia..nak tahu x cara nak kenal macam mana?ha..dia tulis surat, dia cakap dia dekat tembok tingkat 1.. so, masa tu kita pun sibuk la nak ke toilet, sambil-sambil nak usha tembok tu hahaha... sekali pandang alohai.. mamat ni rupanya...padahal sekolah kebangsaan dia ketua pengawas nieyl hahaha..ala, masa tu tak fikir pun nak tahu nama-nama senior ni..hahaha..


Beberapa bulan juga la kita berutus surat ni. Dulu masa sekolah rendah zaman nieyl, kitaorang memang tak dibenarkan cintan cinton dekat sekolah, nak dijadikan cerita one day cikgu disiplin dapat list nama-nama yang bercinta dengan senior,daripada orang tak tahu, dah satu sekolah tahu kau bercinta dengan siapa..sebab semua kena panggil dekat dalam dewan,haha..masa tu kes senior nak UPSR la.. Yang kelakarnya..senior jiran sebelah rumah nieyl pun kena juga, tak sangkalah dia pun ada girlfriend hahaha..

Lepas dari kes tu, ingatkan masing-masing dah takut...tetap buat juga haha...dasar budak-budak degil kan, tapi zaman dulu bercinta tak ada nak keluar dating ke apa, bodoh-bodoh surat je..So, nieyl berpisah dengan senior nieyl macam tu je sebab dia kena ikut bapak dia pindah ke Penang kalau tak silap nieyl, so..pernah la sekali kot kita hai-hai dekat Fb itu pun masa umur nieyl 22 or 23 tahun..masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Last yang nieyl tahu dia navy, itulah...apa-apa pun first love susah nak hilang dari ingatan..hahaha..bila ingat balik, kelakar gila zaman sekolah bercinta..segalanya kenangan..

2 comments:

  1. ni kesinambungan dr entry Cuya ni.. nanti Kak Ayu pun nak buat la.. he he..
    kak ayu form 1, Nieyl lagi awal ni... wah wah wah...

    ReplyDelete
  2. Cuya punya first love pon masa Cuya darjah 6. Ni sume kes member yang suruh luahkan perasaan kat crush..haish malu betul

    tapi tak sangka dia suka Cuya lama, tpi CUya dah move on..sorry hahaahha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)