31 July, 2023

Birthday Raisya Turn 5

Birthday Raisya Turn 5 | Zaman sekarang ni budak-budak ni siap request lagi nak kek apa tahun ni. Ini salah seorang la ni awal-awal lagi dah request nak kek princess pink. Nasib baiklah ibu dengan mummy dia nak layankan. Raisya ni anak buah nieyl yang sangat close dengan nieyl sejak dia lahir lagi. Sekarang ni bila dah besar ni memang boleh buat jadi kawan, kalau nieyl nak pergi kedai ke mana memang akan ajak dia teman. Seronok rupanya ada anak perempuan ni, tapi InsyaÁllah semoga Allah makbulkan doa nieyl satu hari nanti...korang pun doakan ya..Amin..

Raisya ni dia untung sebab dari kecil memang nieyl, ibu dan mummy dia jaga dia, sebab itulah dia tak susah sebab 3 rumah dia boleh pergi. Selalunya kalau nieyl ambil cuti rehat, dia dah pesan awal-awal dah suruh hantar dia pergi school. Lepas balik school dia akan datang rumah nieyl makan, mandi, main dan tidur petang baru dia balik. 
Baru-baru ni nieyl saja melawak dengan dia. Nieyl tanya kalau nieyl tua, ibu dengan mummy tua, boleh tak jaga ?dia jawab ala penat la..lepas tu dia tanya kenapa nieyl tak ambil anak lain hahaha..bertuah punya budak..Sabar jela...kalau ada anak lain, memang awak tu tak dilayan..hahaha
Dia cakap dia tak nak jadi tua,merengek cakap dia tak nak jadi tua..hahaha..Kelakar betul, apa-apa pun semoga Raisya sentiasa dilindungi,dikasihi dan disayangi orang disekeliling. Menjadi anak yang solehah dan anak yang taat. Love u adik..♥



 

1 comment:

  1. aamiin.. in sya Allah Nieyl, one fine day..
    ala ala..tomeinya princess tecik ni.. happy birthday sayang, moga jadi anak yg solehah...aamiin

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)