Batang Keladi Sedap Masak Apa Ya? | Ada tak yang baca ni tak kenal batang keladi macam mana rupa dia?Sebab selalu kita makan yang dah siap masak dekat kedai kan. Ha..ni nieyl tunjukkan rupa batang keladi yang baru di ambil.. Yang ini ayah dengan mak nieyl rajin tanam batang keladi ni sebab nieyl paling suka makan tapi nieyl hanya makan yang mak nieyl masak je sebabnya batang keladi ni kalau kita nak masak, kita kena pandai bersihkan tau... Tak boleh ambil mudah ya, kalau tidak adoi gatal tekak ko nanti..
Mak nieyl suka masak asam rebus ataupun masak lemak batang keladi. Selain dari itu nieyl tak sure la kalau ada yang boleh masak apa lagi batang keladi ni. Pengalaman nieyl dulu pernah makan dekat kedai batang keladi ni kononnya excited la sebab tak semua kedai makan ada jual masakan batang keladi ni, so ambil la sekali makan, memang rasa sangat-sangat tak selesa di bahagian tekak ya...lepas tu terus stop makan.. ha..sejak itulah nieyl takkan makan masakan batang keladi dekat kedai hanya makan yang mak nieyl masak sahaja.
Batang keladi ni susah nak dapat dekat kawasan bandar, selalunya kawasan-kawasan kampung banyak lah orang tanam. Petua mak nieyl, bila dah potong batangnya tu di jemur dulu sehari ke macam tu bagi layu,lebih mudah nak siat kulitnya. Ha..itu petua mak nieyl la..tapi nieyl sampai sekarang tak berani nak siat kulit batang keladi ni, takut tak bersih..kang sendiri gatal hahaha...kalau korang pernah masak batang keladi, korang masak apa?share la...
betul.. Ibu kak ayu pun suka masak asam rebus..dappp
ReplyDelete