28 February, 2018

Diet Challenge : Kesedaran

by on February 28, 2018
Apa dia?Diet Challenge?Boleh ke aku ni?itulah persoalan yang pertama yang terlintas dalam fikiran. Jujur cakap niat di hati ni selalu cakap ok esok aku nak kurangkan makan,tak nak makan malam selepas pukul8. Selalunya niat tinggal habuk je sebab nak memulakan sesuatu yang baik itu sememangnya susah.

Satu hari, sembang-sembang dengan kawan tiba-tiba terajak join diet sama-sama, sebab bila kita buat dalam satu kumpulan, semangat untuk start tu dia lebih kepada berkobar-kobar, berlumba-lumba nak diet. So, dari situlah diri ini ada kesedaran untuk mengurangkan berat badan dan makan makanan yang sihat dan menjalani rutin yang lebih sihat.


Sebelum start diet tu, kena buat research sikit tentang cara diet yang betul, cara pemakanan yang betul supaya diet ini menjadi diet yang sihat dan seimbang. Dan yang paling penting adalah kiraan kalori yang perlu kita ambil setiap hari. 

Sebelum kahwin nieyl pernah juga buat diet atkins tanpa nasi selama 3 bulan. Memang sangat mencabar, hanya orang yang mempunyai azam yang tinggi je yang boleh buat diet atkins ni, tapi selepas start makan nasi berat badan naik berganda-ganda..wow! nak turun bukan main susah,nak naik sekejap je.

So, sekarang ini nieyl amalkan konsep suku, suku, separuh..ha..korang mesti pernah dengar konsep diet ni kan. Inilah yang diet yang terbaik dan yang paling sihat di mana semua keperluan makan kita untuk seharian ada. Jadi nieyl banyak juga cari resepi-resepi diet yang boleh dijadikan panduan untuk nieyl jadikan menu diet nieyl dengan kawan-kawan. Mula-mula nak start makan dalam kuantiti yang sikit tu rasa macam tak cukup je,tapi sebenarnya bila kita dah makan sangat rasa kenyang tau. So, diet nieyl wajib ambil nasi sebesar penumbuk pun dah mencukupi.


Selain dari makanan yang sihat, nieyl juga amalkan exercise setiap petang dan juga malam. Nak tahu apa nieyl buat?Nieyl setkan sehari 30 minit untuk berzumba setiap petang ataupun main badminton untuk keluarkan peluh dan manakala waktu malam sambil-sambil menonton tv nieyl buat senaman yang simple-simple untuk mengembiskan perut, kadang-kadang husband pun join sekali..kekeke..



Dan yang paling penting, banyakkan minum air kosong, jangan skip breakfast ,jangan ambil minuman yang bergas kerana kandungan gulanya sangat tinggi tau. Setiap kali kita makan pastikan hidangan kita itu wajib ada sayur. Itu yang nieyl amalkan.. Nak diet ini kita tak boleh nak ikut cara orang lain, kita kena cari cara yang sesuai dengan diri kita, yang kita selesa dan yang tidak memudaratkan kesihatan kita dan DISIPLIN. 

Oklah nanti nieyl share dengan korang menu-menu diet yang nieyl amalkan untuk panduan korang yang nak start diet macam nieyl. Semoga perkongsian ini dapat memberi semangat baru untuk kita sama-sama mendapat kesihatan yang baik..InsyaÁllah...






Untuk Peminat Starbucks

by on February 28, 2018

Fancy a coffee date today? Come on over to the store from 5pm-8pm today and get two selected Grande Beverages for the sweet price of RM22! 
Choice of beverages : 
- Salted Caramel Mocha Crumble
- Chestnut Mont Blanc Latte 
- Chocolate Black Tea with Earl Grey Jelly 
- Mocha Cookies Crumble
- Choc Cookies Crumble
- Coffee Early Grey Jelly Frapp
- Teavana Apple Black Tea 
- Peppermint Dark Mocha
- Mocha Praline Frappuccino
- Asian Dolce Frappuccino

1)Valid only on 28th February and 1st March 2018 
2)Only Valid from 5pm-8pm
3) Not valid with other discount or promotion 
4) Valid at all starbucks stores except Genting Highlands stores, Tapah R&R kiosk, Sunway Lagoon Kiosk, Bangsar and Masjid LRT stations. 
5) RM 2 will be charged for upsize

Adam Ikut Pergi Kenduri

by on February 28, 2018
Last week hari sabtu pergi majlis perkahwinan anak boss dengan husband di temani Adam. Kata mummy adam,dia susah kalau bawa pergi kenduri-kenduri ni tapi Alhamdulillah sepanjang berada di majlis tu baik je dia mungkin sebab dengan orang lain dia behave. Bila dah besar ni adam boleh dibawa teman.


Meh belanja gambar adam lagi, bukan main dia pegang goodies macam bawa handbeg..pandai pulak tu sangkut dekat tangan macam tu..









27 February, 2018

Rimasnya sinki selalu tersumbat

by on February 27, 2018
Masalah sinki tersumbat ni adalah dapat 3 4 kali nieyl kena. Ya Allah memang jadi kerja betul nak kena pam, itupun kalau pam dia nak elok kalau dia tak elok jenuh nak clearkan dalam saluran tu kadang-kadang sampai banjir dapur nieyl. Sebabnya orang yang buat rumah nieyl ni dia pergi tanam saluran paip dalam dinding dan saluran paip tu banyak, biasanya kita buat saluran L supaya mudah kan. So, buat masa ni nieyl kena sentiasa pastikan sinki tu tidak akan tersumbat lagi. Sementara nak kumpul duit buat saluran baru.

Tapi sekarang nieyl rasa dah tak perlu lagi nak buat saluran paip baru sebab masalah nieyl selesai dengan adanya soda dan air panas. Cara untuk penyelesaian bila sinki tersumbat. hanya perlukan soda dan air panas sahaja. Soda tu korang boleh beli dekat kedai hardware dan air panas tu korang masak la ya..takkan beli pula..

(gambar dari google)

(gambar dari google)

Soda kita letak seperti gambar di atas tu dan kemudian kita curahkan air panas yang kita masak tadi. Dan bilas dengan bersih dan boleh ucapkan selamat tinggal sinki tersumbat. Tapi kalau korang buat macam ni dekat sinki korang tak berjalan..nampaknya sumbat teruk sangat dah tu dalam saluran paip tu..  

P/s: sebelum cuci pinggan, buang sisa-sisa makan ke dalam tong sampah terlebih dahulu atau tapiskan dahulu, ini menggelakkan sisa-sisa makan termasuk dalam lubang sinki dan lama-lama ianya akan membeku dan tersumbat.



26 February, 2018

Bila Masuk Butik baby

by on February 26, 2018
Jumaat lepas balik kerja memang plan nak pergi Alamanda nak cari something yang boleh buat hadiah untuk baby bff nieyl. Dah 10 tahun nieyl tak jumpa dia, nanti nieyl share tentang bff nieyl tu entry lain ya.. 

Bila dah masuk dalam butik tu, aduhai rambang mata nak pilih sebab untuk baby girl baju semuanya cantik-cantik, tak ada yang tak cantik lagi-lagi warna pink..lemah jantung dan poket tau. Lama juga nieyl belek-belek barang dalam butik anakku tu. Hati pula berbelah bagi, tak tahu nak beli apa untuk gift.. Sebab semua barang dalam butik tu semua benda baby akan pakai..

Nasib baiklah nieyl belum ada anak, kalau tidak memang habislah duit ke baju anak sahaja. Sedangkan beli gift pun ambil masa dekat 1 jam dalam butik tu,macam mana kalau anak sendiri. Macam husband pula lebih suka masuk kedai toys, dalam tu dia boleh habiskan masa memilih sahaja 30 minit..beli tak beli tu belum tentu, kalau ada anak sendiri, dah boleh bayangkan 1 jam dah tentu.


In bajet nieyl dapat beli 2 barang, satu untuk anak bff nieyl dan satu lagi untuk anak buah baru nieyl PUTRI, adik kepada Adam..semoga dieorg semua suka gift ni.. 


Menang Dan Menang Life is Beautiful 9th Giveaway

by on February 26, 2018
Terima kasih mummy ayu , Ya Allah serius tak sangka pun menang sebenarnya, murah rezeki penganjur giveaway dekat blog. Nieyl di fahamkan semua yang menyertai Life is Beautiful 9th Giveaway ini semua adalah pemenang. Alhamdulillah..detail pun nieyl dah pm dalam blog..tapi ada satu yang mengejutkan pagi tadi bila nieyl nak baca blog mummy ayu..


Nieyl just nak wish congrate dekat pemenang yang bertuah tu, sekali scroll slow-slow..eh..eh..gambar nieyl..aduhai..Alhamdulillah serius tak sangka pun..apa-apa nieyl ucapkan terima kasih mummy ayu sebab pilih nieyl dan semoga Allah sentiasa murahkan rezeki akk sekeluarga.



Kepada blogger yang rajin buat giveaway, buat contest , korang adalah insan yang murah hati dan nieyl doakan semoga Allah beri lagi rezeki pada kalian semua...Amin...

23 February, 2018

AMIRA OTHMAN - Mimpi Indah ( Official Music Video )

by on February 23, 2018



malam terjaga terfikirkannya
sedang apa dimana dia
siang terkenang masih terbayang
bersemuka dengan si dia

senyum mulut bicara
tapi hati tak sama
mungkin kini jaraknya berbeza
namun kau tetap ku dambakan

jagakan dirinya
disaat bila ku tiada
jikalau rindu ingatlah mimpi indah
bersamaku

malam terjaga terfikirkannya
sedang apa dimana dia
siang terkenang masih terbayang
bersemuka dengan si dia

senyum mulut bicara
tapi hati tak sama
mungkin kini jaraknya berbeza
namun kau tetap ku dambakan

jagakan dirinya
disaat bila ku tiada
jikalau rindu ingatlah mimpi indah
bersamaku

jagakan hatinya
disaat ku tak disana
jika tersedar ingatlah mimpi indah
bersamaku

jagakan dirinya
disaat bila ku tiada
jikalau rindu ingatlah mimpi indah
bersamaku

jagakan hatinya
disaat ku tak disana
jika tersedar ingatlah mimpi indah
bersamaku

Sticker Sign Here

by on February 23, 2018
Sticker Sign Here adalah salah satu benda yang wajib kena ada di meja nieyl sebab semua surat yang perlukan sign boss akan nieyl tandakan bagi memudahkan kerja boss dan ianya penting supaya boss tak salah sign. Nampak macam perkara yang remeh je kan, tapi sebenarnya benda yang kita anggap remeh ni la yang kita selalu lakukan kesilapan. 


Selalunya nieyl akan letak sticker-sticker sign here tepi monitor nieyl, supaya mudah nieyl nak ambil dan orang lain nak pinjam. Bilik nieyl dengan bos dekat dengan bilik mesyurat jadi, kadang-kadang bilik PA ni menjadi tempat pegawai pinjam pen, kertas, cop , sampul surat dan sampul fail . Jadi, memang standby je barang-barang tu dekat atas meja..

p/s: dah seminggu boss cuti...

22 February, 2018

Cara Simpan Cili Api Untuk Elak Rosak

by on February 22, 2018

Cili api antara salah satu bahan yang wajib ada dalam dapur sekiranya orang tu suka makan pedas seperti nieyl. Makan pedas ini dia rasa satu perasaan puas, kalau tak pedas tu makan pun tak berapa nak best. Nieyl perasan juga kalau beli cili api beberapa hari selepas tu cili tu jadi buruk dan busuk, korang pun sama tak?

Sebab kalau nieyl jarang simpan dalam peti sejuk pun cili api tu mungkin itu salah satu punca kenapa cili cepat rosak. Ni nieyl ada terjumpa cara kita nak elak cili kita tu cepat rosak, boleh la nieyl cuba juga nanti..



  • Buang batang cili
  • Masukkan cili dalam bekas beralas tisu 
  • Kemudia tutup masuk dalam peti sejuk

Wah!mudah je rupanya..ok,balik nanti nieyl nak buat laa..nak tengok berapa lama boleh tahan cili api ni..Korang pun cubalah juga mana tahu menjadi ke kan..tak ada la nak selalu sangat pergi beli cili api dekat kedai. 

Rindu Adam tak?

by on February 22, 2018
Adam ada je , cuma jarang dapat jumpa sebab sibuk dengan urusan lain-lain. Last week time celebrate birthday MIL, adam dengan putri pun ada. Sibuk dia dengan lego besar dia, buat senapang nak tembak kucing katanya...


Nampak tak kucing tu dah standby untuk di tembak adam..hihihi..Adam seorang yang sangat berdikari, walaupun masih kecil dia sangat rapat dengan dua-dua keluarga , belah mummy dia dan belah daddy dia. Yela kadang-kadang ada budak dia hanya rapat dengan sebelah pihak je sebab duduk sekali ataupun jarang jumpa. 


Masa nak balik rumah, adam nak ikut kiteorang balik siap salam semua orang yang ada dekat bawah pokok tu termasuklah mummy dia..mummy acah-acah menangis pun dia tak heran..hihihi.. Siap suruh nieyl naik moto cepat dia nak ikut..kekeke...


Biasalah keluarga nieyl besar, anak-anak buah pun ramai..bila petang-petang weekend ada yang main badminton di kawasan rumah tu, jadi adam pun teruja bila nampak orang main badminton..lepas tu anak-anak buah nieyl yang lain rajin layan budak-budak..so, seronok lah dia dapat main ramai-ramai.. 

p/s: satu hari nanti kalau adam baca blog maklong nie, scroll la ya banyak story adam dalam blog ni..

21 February, 2018

Sudut Kongsi Rezeki

by on February 21, 2018
Sejak-sejak EKSA diperkenalkan , banyak idea-idea baru yang boleh dikembangkan disamping kita bekerja kita juga boleh berfikiran lebih kreatif. Ok nieyl dah lama nak share dengan korang sesuatu yang nieyl rasa kita boleh contohi bersama. Di pejabat nieyl terutamanya di aras nieyl di sediakan tempat letak makanan yang di beri nama SUDUT KONGSI REZEKI.

Sudut ini berfungsi sebagai bekerja sambil beramal, ok dalam kotak tu terbuka kepada sesiapa sahaja yang rasa nak belanja atau memberi sumbangan dalam bentuk makanan, boleh letak dalam kotak yang disediakan. Dan pada mereka yang rasa memerlukan, dieorang boleh ambil sekadar yang perlu sahaja.

Sejak diperkenalkan, Alhamdulillah..sambutan sangat bagus, sangat baik untuk kita menabung sedikit saham akhirat. Tiada syarat untuk memberi atau mengambil barangan makanan dalam ni, semuanya seikhlas hati. Selalu nieyl nampak dalam tu ada meggi cup, pelbagai biskut, coklat dan macam-macam lagi tidak lupa juga ada aiskrim yang diletakkan dalam peti ais. 


p/s: Walaupun barangan harga RM1 kita letakkan, tapi Allah menjanjikan pahala berlipat kali ganda untuk mereka yang gemar bersedekah.. Sama-sama kita menabung saham akhirat kita...

Makanan Wajib Order Bila Pergi Kedai Mamak

by on February 21, 2018
Siapa suka lepak mamak? Nieyl pun jarang pergi kedai mamak melainkan kalau pergi pasar pagi ahad balik mesti singgah kedai mamak dengan kakak nieyl. So, kalau nak pergi mamak tu kena tunggu dia balik kampung dulu, sebab kakak nieyl sorang lagi dia tak layan mamak..hihihi..  Biasa kalau pergi kedai mamak nieyl akan order sama ada roti canai cheeses ataupun meggi goreng ayam. Dua ini je menu kegemaran nieyl kalau datang kedai mamak ni. Kalau air pula dah tentulah teh tarik dia. Tapi bila dah start diet ni, sila pergi main jauh-jauh meggi goreng ayam ni..hehehe..


Say No Panadol Please Untuk Sakit Kepala

by on February 21, 2018

Bila di serang sakit kepala , hanya terbayang panadol untuk melegakan kesakitan kepala. Setiap orang pasti pernah merasai bagaimana bila sakit itu datang menyerang. Jujur cakap nieyl sendiri pun selalu juga di serang sakit kepala, kalau dulu memang nieyl kerap ambil panadol untuk melegakan sakit kepala tapi bila dah tahu ada cara lain untuk melegakan sakit kepala ini nieyl STOP ambil panadol jika sakit kepala yang biasa-biasa sahaja.


Cara lain untuk hilangkan sakit kepala

Limau Kasturi
  • Perahkan jus limau kasturi ke atas kepala, lumurkan sambil mengurut bahagian yang terasa sakit tu. Mana kulit limau jangan di buang, boleh digunakan untuk mandian dan bilas badan.
Pek Ais
  • Pek ais di letakkan di tempat yang sakit selama 15 minit, mungkin kita akan rasa sedikit kebas tapi jangan risau, sakit kepala akan berkurangan ini kerana ia mengecutkan saluran darah dan mengurangkan pengaliran darah ke kepala bagi mengurangkan tekanan.

Cara nieyl 
  • Biasanya nieyl akan cuci rambut dan bawa tidur dalam bilik gelap tanpa lampu atau pun tutup mata dengan penutup mata, supaya kepala boleh relax dan boleh mengurangkan tekanan.


20 February, 2018

Happy Birthday Ibu Mertuaku

by on February 20, 2018
Every weekend sekarang ini nieyl memang sibuk pergi kenduri sana sini dengan program-program family belah nieyl dan belah husband. Tambah pula plan dengan kawan-kawan sekolah, officemate..wah..memang kalau tengok calender handphone nieyl memang penuh kalah wakil rakyat weh..hahaha..

Sibuk macam mana pun time management kena bijak okay, belah pagi sampai tengah hari nieyl memang sibuk dengan program raya cina. Sampai sahaja rumah, sempat juga buat sandwich untuk makan-makan sambut birthday mak mertua nieyl di bawah pokok mangga. 


Yang lahir bulan februari tu kita sambut sekali potong kek, adam pun ada korang mesti rindu adam kan dah lama tak share story adam dalam blog..next entry nanti ya..


Kek birthday ni sedap tau, kek orange..tapi time ni nieyl dah kurangkan manis dalam makanan so, dapat makan sepotong kecil je..


Tengah seronok sembang-sembang bawah pokok mangga, tiba-tiba orang kesihatan datang nak buat fogging, di kitaorang duduk dalam kereta sebab putri tengah tidur...gambar atas tu muka memang bersih tanpa make up..adam ni susah nak snap gambar dengan dia, banyak sangat iklan dia buat..so, ini jela yang cantik..

p/s: sesibuk manapun kita dengan kerja-kerja kita jangan sesekali kita lupa meraikan hari-hari penting orang tua kita atau pasangan kita.

Anda Yang Mana?

by on February 20, 2018


Kalau nak cakap jodoh ni, hati berbunga-bunga teringat zaman cinta cintun dulu..kekeke..ha..berangan..antara 5 pilihan di atas nieyl yang no.2, korang pula yang mana satu?  Seingat nieyl, berkawan dengan husband tak lama pun. Dalam setahun lebih kurang, lepas itu kitaorang terus ikat tali pertunangan. Itupun kalau ikutkan tempoh pertunangan dalam 1 tahun tapi di awalkan kepada 4 bulan sebab nak buat sekali majlis belah husband dengan adik ipar..

Bercinta dari sekolah pun pernah juga, lama tapi yela kalau Allah kata jodoh kita dengan orang lain, maka kahwin lah kita dengan orang lain. Jadi, cari lah kebahagiaan dengan mata hati dan iman..

19 February, 2018

Merasa Tauhu Begedil Yang Viral Tu

by on February 19, 2018
Dua minggu kebelakangan ni nieyl memang rajin scroll instagram ni, selalu juga la ternampak orang upload gambar makan tauhu ni. Yela kalau dah hari-hari ternampak sesuatu makanan tu, tekak pun mula la nak merasa juga walaupun sebenarnya makanan tu korang boleh buat sendiri. Ala..sesekali merasa makanan orang lain apa salahnya kan..


Akibat pengaruh sosial media terlalu kuat dalam diri ini, jadinya nieyl order lah tauhu begedil ni dengan officemate punya kawan. Kawan nieyl kata dia sekali hadap sekotak, peh!lagi lah buat terliur..


Untuk pertama kali order tu, nieyl try beli sekotak dulu..nak rasa dulu. Harga dia RM10 sekotak dalam dia ada 8 biji dan sambal hitam.. Sebenarnya yang buat tauhu tu sedap bila kita makan cicah sambal hitam tu..memang sedap..


Dalam tauhu ada begedil, iaitu kentang ,lada sulah,daging cincang sikit dan daun sup. Dia makan time panas-panas lagi menyelerakan tau, nieyl suka Tauhu begedil yang kawan officemate nieyl ni jual sebab rasa dia, secukup rasa tak ada yang terlebih pun dan yang penting tauhu tu tak berminyak.. So, nieyl recommed kalau korang nak cuba..

Facebook : Cik Platipus
Instagram : Cik Platipus



Gong Xi Fa Cai Setiap tahun meriah

by on February 19, 2018
Gong Xi Fa Cai Setiap tahun meriah

Setiap tahun bila tiba tahun baru cina, anak-anak buah nieyl excited nak ikut pergi beraya sebab nak merasai suasana raya cina. Family masih lagi datang menziarahi sedara mara bila tiba perayaan tahun baru cina. Walaupun berlainan agama, ikatan kekeluargaan itu masih lagi tidak putus sampai bila-bila. Mak kata arwah nenek pernah pesan, walaupun dia dah tak ada jangan sesekali lupa sedara mara belah arwah nenek. 


Kebiasaanya dieorang dah tahu, setiap tahun pagi raya pastinya kitaorang sekeluarga akan sampai.. jadi, uncle dan aunty akan siapkan sarapan pagi, menu wajib yang ada nasi lemak. Selalunya aunty akan tempah nasi lemak dekat orang melayu. 


Selain nasi lemak, makanan lain seperti kerepek, kekacangan, kuih raya melayu, limau dan air kotak wajib ada atas meja tu..Kakak dengan abg nieyl pandai cakap mandarin, sebab dieorang ayah hantar pergi sekolah cina masa sekolah rendah. Ruginya lah ayah tak hantar nieyl juga pergi sekolah cina..Kalau tak, mesti pandai juga kan..hihihi...


Nampak tak, anak-anak buah dah macam sebaya makcik dia dah..kekeke..sebab tu ar bila keluar sesama orang kata nieyl sebaya dieorang..ha..ha..ha..sila muntah...


Siapa cakap orang dah kahwin tak dapat angpaw lagi? tu setiap tahun dapat tau..hihihi.. kata aunty raya setahun sekali maa..muka happy dapat angpaw...


Tadaaa...dapat 2 angpaw tahun ni, walaupun tak banyak sangat dalam sampul tu tapi pengalaman pergi raya tu best dan setiap tahun hari raya aidilfitri uncle dan aunty akan datang beraya rumah kitaorang.. Cuma kalau diaorang tak dapat tu, tandanya dieorang pergi holiday dekat oversea. 

Korang cuti panjang 3 hari pergi mana je?

15 February, 2018

Makan Western Di Puffy Buffy Cyberjaya

by on February 15, 2018
Makan Western Di Puffy Buffy Cyberjaya | Kebelakangan ni banyak entry nieyl pasal makanan, kalau yang follow IG tu sorry la korang, spam gambar makanan je banyak..hihihi.. Kali ini mak nieyl ajak pergi makan western food. Time ni nieyl pergi hari yang sama nieyl hang out dengan kawan-kawan dekat Alamanda tu, that why baju dengan shawl serupa. 


Sebelum korang layan gambar makanan yang sedap-sedap, muka dah tak berapa nak ceria sebab kekenyangan makan dekat Alamanda, belum turun lagi makanan dalam perut kena pergi makan lagi..


Nieyl bawa mak try makanan western food di Puffy Buffy Cyberjaya. Suasana cafe ni sangat luas dan kemas. Korang boleh pilih makan di dalam ataupun di luar. Masa nieyl pergi hari tu tak berapa ramai orang sebab dah petang sangat. So, makanan pun sampai cepat juga. Jom close up makanan yang nieyl order.


Fish dan Chip untuk anak buah nieyl. Ada ikan dan ikan di goreng tepung, kentang goreng serta salad


Ini nama dia Fried Chicken Chop ,ayam digoreng tepung, kentang putar, sos black paper dan salad



Yang ini Grill Chicken  Chop , sos blank paper pilihan mak nieyl. Mak nieyl tak makan sayur-sayur yang stim jadi, nieyl la yang makan sayur tu semua.


Yang ini nieyl punya nama dia Grilled Chicken with cream mushroom sauce..sos dia serius sedap kena dengan selera nieyl..hihihi..


Alamat Kedai
Suite G-32-4809,,
Cyberjaya Business District Perdana 2,
63000 Cyberjaya, Selangor



Life is Beautiful 9th Giveaway

by on February 15, 2018

Klu nak join, just klik banner ya

Tentang Blog Mummy Ayu"Seingat nieyl, tahun 2009 nieyl start menulis blog dan salah satu blog yang time tu nieyl follow adalah blog mummy ayu. Ya kalau tak silap time tu header mummy ayu semua pakai baju putih. Ini bermakna blog nieyl pun seusia blog mummy ayu la"

Nieyl tak ada apa nak cakap tentang blog mummy ayu cuma nieyl nak ckp, nieyl doakan semoga mummy ayu bersama anak-anak terus dimurahkan rezeki, meneruskan kehidupan dengan baik walaupun kehilangan insan yang tersayang..Kekuatan seorang ibu adalah pada anak-anak..semoga Ian dan Iris sentiasa berada di sisi mummy ayu...

 



Hilangkan Dahaga Musim Panas Ini Dengan Juice Work

by on February 15, 2018
Hilangkan Dahaga Musim Panas Ini Dengan Juice Work 

KUALA LUMPUR: Bunyi letupan mercun waktu larut malan, pelbagai jenis makanan yang enak dan lou sang – tidak juga lupa ang pow mari mari! – Tahun Baru Cina telah pun sampai.

Selain daripada bunyi bising, makanan dan perjumpaaan dengan rakan-rakan dan orang yang disayangi, satu perkara yang kami selalu “nikmati” pada musim ini adalah PANAS. Ya, musim ini adalah benar-benar PANAS sepanjang tahun, SETIAP TAHUN.

Tetapi, melain daripada meminum soda yang dipenuhi dengan bahan kimia dan kalori untuk menangani haba, kenape tidak memilih pemakanan yang kaya dengan nutrien yang AMAT SEDAP?

Apa yang kami maksudkan adalah jus buah dan smoothie, dan sini di Juice Works, kami mempunyai pelbagai pilihan untuk palet yang paling arif.



Untuk sekali, pernahkah anda mencuba Water Works? Diperbuat daripada campuran semangka yang menyegarkan, nenas dan jus tropika, ia adalah cawan yang penuh dengan serat dan tenaga yang baik.



Lychee Cooler kami, yang mengabungkan lychee, tembikai dan sorbet juga merupakan pilihan yang sangat popular dan menyegarkan di bawah cuaca yang panas.



Bagi mereka yang lebih suka minuman yang lebih masam, Zesty Melon kami, yang merupakan gabungan dari oren, semangka, kapur dan sorbet, adalah minuman yang terbaik untuk anda.



Akan tetapi, kegemaran musim kami adalah tidak lain daripada Prosperity Juice, yang di buat dari campuran jus dari jeruk mandarin yang indah, jambu sayuran yang sihat jantung, stroberi buah-buahan dan laici berair. Bergabung dengan sorbet yang lazat, wangi dan menyegarkan ini disokong oleh permintaan popular pada musin ini, dan seperti mananya, ia akan menyediakan anda untuk  menerima apa yang tahun baru ini.

Oleh itu, berilah badan anda satu pilihan yang lebih baik apabila anda minum untuk memerangi badan yang PANAS!

14 February, 2018

Lunch Date di Alamanda,Putrajaya

by on February 14, 2018
Lunch Date di Alamanda,Putrajaya | Setiap kali tiba weekend je, otak ligat fikir nak buat apa cuti dua hari. Last week officemate ajak pergi tengok wayang filem Behind The Wall, Ya ampun minta maaf ler i tak tengo filem-filem hantu ni, walaupun niat di hati nak cabar diri tapi belum pergi pun semalaman tak boleh tidur apa cter weh..hahaha..

Tak apa la..i rela tak pergi tengok daripada tak boleh tidur 2 3 hari kemudian..ha..ha..ha.. sabtu hari tu dieorang pergi tengok wayang dulu dan nieyl follow makan dan lepak-lepak je. So,datang pun lewat dalam pukul 12.30 macam tu so,tak adalah lama sangat nak tunggu.

Ha..sebelum tu, nieyl nak pagi nama group ni my bambam girl..ha..ha..ha..sebabnya semuanya comel-comel belaka...Kak Lydia kalau baca ni jangan ketawa ya kang sampai bilik saya dengar akak ketawa..ha..ha..ha...


Lepas keluar dari panggung wayang muka semua muka orang tak puas hati sebab filem yang dieorang tengok tu..tak apa la tak nak suruh dieorang review pun sebab kata dieorang tak tahu nak review macam mana..ha..ha..ha.. Ok, perut semua dah lapar, jom kita cari tempat makan sambil borak -borak.. Kitaorang makan di Black Canyon Alamanda. dan ambil makanan set terus untuk makan 5 orang..sharing is caring.. 

Ini adalah minuman fav nieyl bila makan di Black Canyon ni, kalau siapa yang suka minum coffee yang pekat lagi likat boleh cuba Black Canyon Iced  Coffee


Semua ni ada dalam set tau, ini nama dia Stir Fried Mixed Vegetable With Oyster Sauce ala macam sayur campur masak sos tiram , ada carrot , sawi, bunga kobis, cendawan butang..


Yang ini pula nama dia Minced Chicken & hot basil with fried eggs.  Sedap juga walaupun nampak simple je menu dia,telur pun dia goreng setengah masak..kuning dia masih cair..yumyum..


Tom Yum di Black Canyon ni memang antara yang sedap, so memang recommed . Dia ada chicken , seafood so, kalau korang pergi Black Canyon..sila order okay..


Nampak seperti telur hancur yang biasa kita buat dekat rumah tu kan. Sebenarnya ini adalah chicken , Chili dan Praw..Dia masak sekali bersama telur..rasa dia sedap..manis-manis udang tu rasa. 


gambar makanan adalah wajib untuk di snap untuk nieyl share dengan korang tempat-tempat yag sedap untuk korang makan bila tiada idea...


Ok dekat Black Canyon ni nasi dia bagi tu nampak macam tak cukup untuk seorang makan tapi untuk nieyl memang cukup sebenarnya. Untuk makan 5 orang sedang elok tiada pembaziran. So, incase kalau korang rasa tak cukup nasi tu boleh je add on lagi nasi atau makanan lain. 


Bila perut dah kenyang makan nasi, kitaorang beredar ke luar pula lepak dekat area RASA sambil makan Crispy Popiah. Kalau dah makan-makan tu harus la borak-borak panjang, gelak ketawa.. tapi mulut menyungah tak berhenti-henti..ha..ha..ha..Tq kak lydia for crispy popiah..


Ingatkan makan crispy popiah dah kenyang la, sekali order lagi waffle pula..ha..ha..ha... pencuci mulut katanya ya..macam mana nak diet ni weh... kalau korang nak tahu, hari sabtu lepas adalah hari yang paling banyak nieyl makan makanan yang mengandungi gula yang tinggi...weh!seminggu ni pulun minum air kosong..ha..ha..ha...

Apa-apa pun kan, seronok dapat luangkan masa di luar pejabat. Rasa macam bebas..korang, next time tu kalau nak pergi tengok wayang tu, tak yah la tengok filem yang seram-seram...bulan depan kita keluar lagi okay....