Showing posts with label Muhammad Adam. Show all posts
Showing posts with label Muhammad Adam. Show all posts

06 October, 2020

Happy Birthday Adam 5 thn

by on October 06, 2020
Happy Birthday Adam 5 thn | Lama rasanya tak share tentang Adam dalam blog. 23 September 2020 yang lepas genap umur Adam 5 tahun. Syukur Alhamdulillah Adam membesar dengan sihat dan penuh dengan kasih sayang. Walaupun dah ada adik, nampak matang seorang abang. Untuk tahun ini, kita celebrate secara sederhana dirumah Wan itupun Adam tak tahu yang kiteorang nak celebrate birthday dia, surprise! 

Ucapan untuk Adam :-

Dear Adam Maklong, Happy birthday !
Maklong sentiasa doakan Adam menjadi anak yang soleh didunia dan akhirat..
Sentiasa menghormati orang tua, study rajin-rajin sampai menara gading..
Bila dah besar nanti, Kalau terbaca blog ini..
remember! you are my hero, my jiwa dan always love you forever














28 January, 2019

Bila Sel-Sel Otak berhubung

by on January 28, 2019
Bila dah lama tak update blog ni nak dapatkan balik mood blogging tu Ya Allah..susahnya..itula bila cuti lama-lama.Solute dekat korang yang sentiasa ada mood update entry setiap hari tau. Petang-petang ni nieyl saja je nak share video adam yang suka main dengan lego ni. Dah macam-macam benda yang adam buat dengan menggunakan lego ni..Antaranya jambatan, pistol dan lain-lain. Leka betul dia kalau dapat main lego. Kata orang kalau budak suka main lego ni dia seorang yang kreatif dan daya imaginasi nya tinggi. Ellsa pun rajin juga main tapi lebih kepada mengacau abg adam hehehe.. Semoga Adam menjadi seorang yang soleh dan berjaya dalam hidup..Insya'Allah..




28 February, 2018

Adam Ikut Pergi Kenduri

by on February 28, 2018
Last week hari sabtu pergi majlis perkahwinan anak boss dengan husband di temani Adam. Kata mummy adam,dia susah kalau bawa pergi kenduri-kenduri ni tapi Alhamdulillah sepanjang berada di majlis tu baik je dia mungkin sebab dengan orang lain dia behave. Bila dah besar ni adam boleh dibawa teman.


Meh belanja gambar adam lagi, bukan main dia pegang goodies macam bawa handbeg..pandai pulak tu sangkut dekat tangan macam tu..









22 February, 2018

Rindu Adam tak?

by on February 22, 2018
Adam ada je , cuma jarang dapat jumpa sebab sibuk dengan urusan lain-lain. Last week time celebrate birthday MIL, adam dengan putri pun ada. Sibuk dia dengan lego besar dia, buat senapang nak tembak kucing katanya...


Nampak tak kucing tu dah standby untuk di tembak adam..hihihi..Adam seorang yang sangat berdikari, walaupun masih kecil dia sangat rapat dengan dua-dua keluarga , belah mummy dia dan belah daddy dia. Yela kadang-kadang ada budak dia hanya rapat dengan sebelah pihak je sebab duduk sekali ataupun jarang jumpa. 


Masa nak balik rumah, adam nak ikut kiteorang balik siap salam semua orang yang ada dekat bawah pokok tu termasuklah mummy dia..mummy acah-acah menangis pun dia tak heran..hihihi.. Siap suruh nieyl naik moto cepat dia nak ikut..kekeke...


Biasalah keluarga nieyl besar, anak-anak buah pun ramai..bila petang-petang weekend ada yang main badminton di kawasan rumah tu, jadi adam pun teruja bila nampak orang main badminton..lepas tu anak-anak buah nieyl yang lain rajin layan budak-budak..so, seronok lah dia dapat main ramai-ramai.. 

p/s: satu hari nanti kalau adam baca blog maklong nie, scroll la ya banyak story adam dalam blog ni..

10 January, 2018

Hari Minggu Bersama Adam

by on January 10, 2018
Hari Minggu Bersama Adam | Minggu lepas sehari selepas kenduri tunang acue (adik ipar bongsu) , memang berehat di rumah je. Lepas siap masak semua, biasalah relax-relax tengok movie kemudian acue hantar gambar dekat whatsapp, gambar adam dah bungkus kepala dengan kain nak ikut paklong (husband) balik rumah.  Bungkus kepala dengan kain sebab panas dekat luar,husband naik moto ikut jalan dalam 5 minit sampai lah rumah kiteorang dari rumah MIL nieyl. 


Setengah hari Adam duduk dengan nieyl, yang kelakar nya nak bagi adam tidur tengah hari..last-last nieyl yang tertidur sama hihihi.. Seronok bila Adam datang rumah sebab dia dah kenal dengan semua orang dalam rumah nieyl tu. Dan lagi satu, adam ni seorang yang berdikari..dia kalau tak ada daddy dengan mummy pun dia tak cari. 


Ini mummy adam kena admit hospital sebab demam panas, Adam tidur rumah MIL nieyl Alhamdulillah dia sangat ok,tak meragam pun..jd, sangat mudah jaga adam ni..Tapi dia takkan ikut orang yang dia tak kenal ataupun kalau orang tak kenal panggil dia pun,dia buat tak tahu je..


Abaikan bantal-bantal dekat lantai tu ya, nieyl dengan husband kalau dekat rumah suka baring tengok tv dekat ruang tamu sampai kadang-kadang tertidur...itulah bila kehidupan suami isteri di hari minggu tak ada anak..:) 

14 December, 2017

Adam Main Tikam -Tikam

by on December 14, 2017
Adam Main Tikam -Tikam | Masa zaman kanak-kanak nakal dulu, boleh dikatakan selalu pergi kedai main tikam-tikam ni, ada mesin yang 20sen dan ada yang 50sen. Kadang-kadang entah apa-apa mainan je pun yang keluar.. Bulan lepas, time nak pergi beli barang goodies dekat kedai borong banting, bawa adam sekali jalan-jalan, dekat depan kedai tu memang banyak mesin tikam-tikam. Teruja adam bila offer dia cuba, mula-mula dia pilih yang 50sen tapi duit syiling ada yang 20sen je,dia main yang 20sen punya je..Mainan ni memang legend zaman sekolah dulu..

Korang pernah main tak?







03 October, 2017

Birthday Adam Yang Ke-2 tahun Meriah

by on October 03, 2017
Birthday Adam Yang Ke-2 tahun Meriah | Meriah bila dalam family hadir dengan anak-anak yang meningkat besar ni kan..Nieyl hanya menumpang kasih sahaja dengan anak-anak buah nieyl ni..InsyaÁllah doakan ya..Oklah nieyl nak share aktiviti last week, sebab dah lama rasanya tak share aktiviti family dalam blog ni.

Sabtu petang last week, buat majlis birthday Adam secara private buat simple dan santai bersama family tercinta. Tahun ni adam dah 2 tahun insyaÁllah tak lama lagi Adam nak dapat adik. Bertambah lagi family Mertua nieyl.Alhamdulillah.. Majlis secara piknik ni kitaorang buat di Tasik Empangan Putrajaya,depan PICC..

Menu-menu di sponsor :-
  • Nasi Lemak (MIL)
  • Ayam Goreng KFC (Nieyl)
  • Koktail ( Mummy Ellsa)
  • Pulut Kuning (Mummy Adam)
  • Kek (acue)


 Kek Didi and Friends Adam

 Adam tengah konfius nak tiup lili ke tak

 Mummy tolong adam potongkan kek

petang-petang biasalah lapar,jadi ambil makan tak pandang dah kiri ke kanan

 Adam bersama basikal baru hadiah dr acue dgn wan..

Adik ellsa tahun depan ya kita sambut birthday dia

Adam main basikal dengan daddy dan paklong...suka dia dapat basikal baru ya..
tak kasi orang tumpang...

 bersama mummy ellsa dan ellsa,sorry mummy..ellsa block mummy...
MIL nieyl bersama acik husband dan mak nieyl 
Ellsa terpaksa pasrah kena bawa lari dengan nieyl,bawa ellsa jenjalan area empangan.

 The balloon Girl

Alhamdulillah walaupun kecil-kecilan kualiti masa itu adalah sangat penting dalam sesebuah keluarga. Family Ellsa duduk nun Kedah sana,jarang-jarang dapat berkumpul bersama. Family adam pula walaupun duduk dekat jarang juga dapat jumpa sebab masing-masing kerja tak sama masa,jadi bila ada event² macam ni seronok berkumpul sama-sama. Semoga ikatan adik beradik,ipar duai terus berpanjangan begini..Amin...

09 August, 2017

Tolong Sidai Baju

by on August 09, 2017

Tolong Sidai Baju | Hari isnin petang Adam datang sekejap rumah maklong, sementara tunggu mummy ambil. Maklong adam biasalah petang-petang lepas memasak, mendobi pula. Kemudian hanger baju sebelum en.husband sidai dekat ampaian. Time tengah hanger baju tu tiba-tiba Adam bangun minta hanger. Ingatkan dia nak main hanger,so bagi lah lepas tu dia minta baju,dia nak hanger kan baju..alahai...rajinnya la anak maklong sorang ni....



Bila baju dah habis hanger, Adam minta lagi hanger sebab dia nak hanger kain pula..hihihi..tengoklah tu dia angkat kain dalam bakul nak hangerkan...rajin sangat Adam ni...siapa nak jadikan menantu boleh la dah isi borang..hihihi..

10 July, 2017

Adam ikut maklong

by on July 10, 2017
Adam ikut maklong | Nasib adam nak dengan paklong dengan maklong dia, so kalau nak bawa pergi jalan-jalan pun dia tak kisah. Setiap kali keluar dengan adam, maklong akan snap gambar-gambar bersama untuk simpanan maklong. Nanti bila adam dah besar nanti, adam boleh tengok dan adam akan tahu betapa maklong sayang sangat dekat adam. 


Berapa banyak kali snap gambar dengan adam nie, ada yang tengok camre ada yang buat tak tahu je..hihihi..sori la adam, maklong memang suka selfie..hihihi.. Tahun depan adam ikut maklong pergi raya la nak?kita collect duit raya banyak²... LOve adam..♥

19 May, 2017

Adam in the house

by on May 19, 2017
Adam in the house | Petang semalam tengah sibuk masak makan malam tiba-tiba dengar orang bagi salam itu dah pastilah en.husband baru balik sekali nampak si Adam pun ada juga. Malam tadi Adam duduk dengan maklong paklong sebab mak wan pergi mengaji lepas tu Wan pergi surau. Daddy adam ada work nak kena buat. Seperti biasa perkara pertama yang Adam buat bila sampai dekat rumah maklong paklong,dia tunjuk TV..hihihi..

Itu tandanya dia minta buka TV kartun atau didi and friends ke apa sahaja la janji kartun.  Biasanya maklong paklong akan buka Youtube dekat TV bagi Adam tengok didi and friends sambil tu dia boleh belajar. No ultraman, No Shin Chan..


Dekat rumah tu memang ada satu meja yang nieyl buat letak laptop kalau lepak dekat ruang tamu, adam dia tarik meja tu letak depan TV, sambil tunjuk-tunjuk 123 ABC..pandai adam nak belajar ya..


Time ni maklong pegang bakul kain nak pergi sidai kain, Adam follow je dari belakang dia pergi bilik ambil semua hanger baju,kononnya nak tolong juga lah gayanyaaa...bagus adam, kecil-kecil ringan tulang nak tolong walaupun pada gaya je yaaa...hihihi...

Terima kasih adam ceriakan malam maklong paklong walaupun sekejap..love u sayang ♥

04 May, 2017

Adam kena warded

by on May 04, 2017
 Adam kena warded | Balik kerja hari selesa hari tu, en.husband bagitahu yang adam kena sawan sebab suhu badan mencecah 39 . Nasib baik time terjadinya tu mummy adam cuti, mak ngah pula kebetulan nak buat assignment dekat rumah mummy adam, makngah yang banyak bantu angkat adam terus pergi bilik air basahkan kepala,badan adam sebelum terus pergi ke emergency hospital putrajaya.

Selasa malam juga pergi tengok adam dekat hospital, masa malam tu nampak dia aktif siap nak ikut balik lagi..dah bye-bye nurse semua dah..mungkin dia boring kot kan..budak biasa lah.. tapi adam tak boleh balik lagi, esok hari nya suhu adam naik lagi..selang beberapa jam turun semula..dan semalam mummy kata doktor dah masukkan antibiotik.


Malam tadi mummy adam whatsapp gambar, adam tengah mensibukkan diri melawat wad sambil tu saja je tu nak tunjuk dekat nurse-nurse tu yang dia dah sihat dan boleh keluar..hihihi..bijak la adam ni..


Pagi-pagi adam dah turun pergi lobi beli pau, Alhamdulillah nampak dah sihat sepenuhnya, lega hati kami sekeluargaaa...


Yeay...doktor kata adam dah boleh balik jam 9.00 pagi tadi, time nak balik baru adam nak tidur..hihihi..sorry adam,mummy kena kejut awak juga sbb mummy dah nak demam duduk hospital lama-lama..Alhamdulillah..adam dah sihat,nanti petang nanti jumpa wan, jumpa ellsa ya....

21 March, 2017

Adam dah besar

by on March 21, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Adam dah besar | Seronok rasanya bila ada anak yang membesar depan mata kita kan. Nieyl belum ada peluang itu lagi tapi tetap bersyukur sebab dikelilingi dengan anak-anak buah yang dah di anggap macam anak sendiri. Adam ini anak adik ipar nieyl, dari dia lahir sehingga kini dah setahun lebih umur dia, nieyl berpeluang melihat dia membesar.

Hari Ahad yang lepas, berkesempatan jaga ellsa sampai petang lepas tu bawa adam balik rumah sementara tunggu mummy dia balik kerja pukul9 mlm. Ya Allah rasa seronok sangat tau, sebab rumah tak pernah ada budak kan, rasa riuh la main dengan dia,pujuk dia makan. Walaupun sekejap tapi itulah nikmatnya...sekarang lagi rasa nak ada anak sendiri cepat...kena buat cepat ni..hahaha... InsyaÁllah... mudah-mudahan..doakan yaaa...Ameennn...
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

27 September, 2016

Birthday Adam 1

by on September 27, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Birthday Adam 1 | 23092016 genap adam elzafrel setahun,Alhamdulillah..membesar dengan sihat dan penuh dengan kasih sayang. Semoga Adam menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat Amin.. Siapa adam?adam nie my nephew belah en.husband dan dia merupakan cucu sulung dalam family en.husband. Last week mummy dan daddy adam buat majlis untuk celebrate birthday adam dekat rumah wan (rumah MIL). Walaupun simple tapi meriah dengan kehadiran jiran² dan family terdekat.


Backdrop mummy dengan acue yang gigih buat sama-sama dekat rumah wan..Simple tapi menarik sebab warna warni pakai kertas crepe je..:)


Birthday boy masih ambil mood sebelum potong kek. Sebelum acara potong kek ada buat sedikit doa selamat untuk lebih berkati majlis yang di adakan nie..


Kanak-kanak kalau pergi majlis hari jadi,benda yang mesti kena ada gula-gula, belon dan topi atau topeng birthday. :)


Sebahagian hadiah yang adam dapat dari tetamu yang hadir,actually banyak juga hadiah adam dapat,ini sebelum majlis,lepas majlis penuh 1 meja dengan hadiah adam..Alhamdulillah murah rezeki dia..



Inilah dia captain M.Adam El Zafrel tema birthday adam tahun nie. Nampak tu baju captain dia pakai nak bawa kapal terbang kata mummy...InsyaÁllah...Amin...


Kek birthday adam bertemakan captain cantik kan,bukan cantik je sedap juga kek dia. Budak² yang meraikan siap beratur ambil kek tapi yang dia nak nya tu kapal terbang tu..hihihihi


Sebelum adam potong kek.. maklong,mummy,maklang dengan acue berposing dulu dekat kek adam..



Alhamdulillah..majlis berjalan dengan lancar, this week dieorang nak pergi ke Penang jenjalan dekat sana sambil pergi rumah adik ipar (maklang)..alahai..kalau ikutkan hati memang nak join sangat tap i keadaan dan masa tidak sesuai sebab Mak tengah tak sihat,ayah masih dekat hospital..Tapi tak apa, mana yang penting dulu..InsyaÁllah next percutian kita pergi ramai² ya... :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png