Teman Mak Brisk Walk | Nieyl nak share insyaÁllah mak nieyl akan berangkat ke tanah suci 28 Sept 2025 bersama kakak nieyl. Alhamdulillah kursus umrah semua dah selesai, tinggal nak buat kenduri doa selamat dan packing barang. Untuk persiapan fizikal mak nieyl akan pergi brisk walk 2 hari sekali untuk latih kaki mak. Masa hari cuti yang lepas, nieyl dapat spend time teman mak nieyl brisk walk keliling kampung. Sambil brisk walk tu mak share lah tentang kampung nieyl yang dulu.
Kira jauh juga ni mak nieyl berjalan, kebetulan dia cakap nak singgah kedai Aceh beli barang sikit untuk masak. Jadi, kita berjalan kaki pergi kedai Aceh.
Ha...dah sampai dah kedai aceh. Nieyl tunggu dekat luar je, mak nieyl je beli barang yang dia nak beli. Lepas dah beli, nieyl tukang angkat nasib baiklah tak berat ya sebab nak jalan kaki balik rumah pun lebih kurang 20 min..kalau berat, ada yang seret kaki jeee hahaha...
Semoga Allah permudahkan segala urusan mak nieyl nanti. Semoga mak nieyl dapat tunaikan ibadah umrah dengan sempurna dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk beribadah..Aminnn
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)