10 September, 2025

Rasmikan Air fryer Gaabar



Rasmikan Air fryer Gaabar | Excited nak guna airfryer sendiri sebab sebelum ni kalau nak guna pinjam rumah kakak je sebab fikir macam tak ada keperluan nak beli tapi disebabkan live Pinn Yang tu nieyl terbeli satu air fryer jenama Gaabar. So, weekend baru ni baru rasmikan. 

Yang ini nieyl beli 4 liter sahaja sebab nieyl jenis tak masak banyak pun selalunya masak dalam kuantiti sederhana je so, 4 liter untuk nieyl sangat ok. Ini bahagian dalam dia, sebelum nieyl nak ayam untuk dibakar, nieyl akan spray ataupun sapu lapik ni dengan minyak. Kalau ikutkan tak perlu pun dia takkan melekat.

Apa yang nieyl suka dengan Air Fryer ni adalah dia dah tulis siap-siap masa yang perlu nieyl pilih kalau nak makan apa-apa makanan. Jadi, dah tak perlu nak google ke tanya chatgpt dah..Mudah kan. Dan satu lagi air fryer ni dia dah setkan suhu, dia hanya sediakan button masa sahaja. Bagus kan, tak payah fikir nak letak di suhu berapa. 

Tadahh...ini lah hasil ayam bakar nieyl. Untuk first layer nieyl bakar 30 min kemudian side sebelah nieyl hanya bakar 15 min dah cukup. Hasil dia memang nieyl puas hati.. warna dia cantik , tak ada hitam-hitam, warna brown dan lepas tu tidak kering sangat juicy. Isi ayam tu tak ada melekat pun dekat tulang. Nieyl sukaaaa....berbaloi terbeli hari tu hehehe...tak menyesal..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)