09 July, 2021

Gambar apa yang banyak dalam handphone

by on July 09, 2021

Gambar apa yang banyak dalam handphone korang | Assalamualaikum korang.. Ya Allah lamanya tak update blog, kalau nampak sawang tu, seguni agaknya ya. Korang semua apa khabar?Sihat semua...Semoga korang semua sihat-sihat selalu okay. jaga diri baik-baik musim covid ni ya.. Untuk permulaan entry, nieyl share la gambar-gambar yang paling banyak dalam handphone semestinya gambar makanan..

Sejak PKP 3.0 ni adik ipar nieyl niaga kecil-kecilan makanan seperti mee kari nyonya, laksa penang, mee udang, so..minggu ni dia nak cuba jual rojak mee, selalunya nieyl akan jadi orang pertama yang merasa makanan tu dan komen apa yang kurang dan apa yang lebih. 

Silau mata tengok makanan ni, ini jagung manis cameron kalau nieyl jual, RM10 untuk 5 tongkol. Zaman-zaman PKP ni, kalau ada kawan-kawan, sedara mara yang berniaga, kalau berkemampuan, bantulah dengan membeli apa sahaja barang yang mereka jual, support mereka okay gaiss...

Salah satu hari nieyl kena masuk pejabat, menu breakfast yang simple beli dekat kedai makan area pejabat. Sekarang ni tak tahu la kenapa suka sangat minum air kopi ntah..

Bila PKP, work form Home rasa penat dia extra sebenarnya sebab selalu kena standby sampai ke malam, jadi biasalah kalau dah buat kerja malam-malam tu perut mula minta makanan, nasib baik ada beli mee kari nyonya adik ipar siang tu, panaskan kuah, makan panas-panas..yummy....

Antara buah-buahan yang tak boleh dilepaskan kalau tiba musimnya. Buah durian gais, nieyl jarang beli buah durian selalunya kakak nieyl yang beli untuk nieyl makan. Rasanya bulan ni je dah dekat 5 6 kali juga nieyl makan durian..hehehe~ Durian kampung, musang king, D24, IOI, Kucing tidur dan lain-lain tak ingat apa nama duriannya lagi..

Bila tiba hari minggu selalunya untuk breakfast, nieyl memang tak pernah buat sarapan pun sebab husband jenis tak makan pagi. Mak nieyl je yang selalu buat sarapan pagi. Nasi goreng ayam untuk breakfast kiteorang.

Hari cuti nieyl memang selalunya tidur lewat, layan movie tak pun online shopping. Biasalah tengah malam ni lapar dia lain macam, nak makan nasi malas nak masak, jadinya kita masak jela meggi simple untuk dua orang. Guna bahan yang ada sahaja dekat dapur tu, licinnnn...hahaha

Oklah korang, kita jumpa lagi next entry ya..insya'Allah take care everyone...