29 March, 2019

SOGO Di Buka DI Central I-City Shah Alam

by on March 29, 2019
SOGO Di Buka DI Central I-City Shah Alam | Seriously??SOGO dah buka di Central I-City Shah Alam, lepas ini tidak perlu lagi nak bersesak-sesak di SOGO Jalan Tar lagi. Ianya telah dibuka secara rasminya Central i-City bertempat di Seksyen 7 Shah Alam pada 27 Mac 2019. 


SOGO Department Store merupakan penyewa utama di Central i-City. Mempunyai keluasan 200 000 kaki persegi ,wow!sangat luas bolehlah pusing-pusing sambil membeli belah sampai kaki lenguh lepas tu. Berita baik untuk mereka yang kaki movie atau kaki wayang, di Central I-city juga ada pawagan TGV Cinema yang mampu mengisi kapasiti penontin seramai 1800 orang. 

Pelbagai jenis brand terkenal yang akan berada di Central I-City antaranya Brands Oulet, Padini Concept Store, Charles& Keith, UNIQLO dan banyak lagi. Tidak lupa juga ada Foodcourt, grand Palace Chinese Restaurant, Boot Noodle dan lain-lain lagi.

Central I-City ini merupakan pusat membeli belah terbaru dibuka oleh Central Pattana Public Company Ltd(CPN),pemaju peruncit terbesar Thailand dengan kerjasama dari I-City Properties Sdn Bhd (ICP).













1000 Followers

by on March 29, 2019
1000 Followers | Tidak pernah terfikir untuk aktif penulisan dalam blog. Asalnya memang tulis sekadar suka-suka mengisi masa lapang. Daripada 10 followers hari ini Alhamdulillah mencapai 1000 followers. Terima kasih yang sudi follow, blog nieyl ini general jadi ada pelbagai cerita dalam blog ini, resepi, perkongsian ilmu, makanan, family dan review produk..



Hari Jumaat

by on March 29, 2019

Assalamualaikum..
Salam Jumaat ...
Kita kalau nak buat baik tak perlu tunggu hari apa...
Setiap masa, setiap hari kalau kita buat baik...
InsyaÁllah hidup kita lebih berkat dan sentiasa diberkati...

28 March, 2019

Cilok Barang Dari Bilik Hotel?

by on March 28, 2019
Cilok Barang Dari Bilik Hotel? | Cilok tu bahasa budak-budak zaman sekarang ini, Cilok tu bermaksud ambil tanpa pengetahuan. Kita mesti berasa teruja bila menginap di bilik hotel sesekali kan mesti nak ambil sesuatu untuk dijadikan kenang-kenangan. 


Antara barangan di bilik hotel yang dibenarkan untuk kita bawa pulang iaitu 
  • Kelengkapan mandi
  • Alat tulis
  • Selipar
  • Poskad
Manakala barangan yang dilarang bawa pulang seperti
  • Jubah mandi
  • Tuala
  • Pengering rambut
  • Seterika
  • Jam 
  • Radio
Ada sesetengah orang yang akan mencuri cadar, seterika dan yang paling tak terlintas difikiran adalah tempat duduk tandas. Sampai begitu sekali. Sekarang ini sestengah hotel akan kenakan caj tambahan jika mereka dapati ada barang-barang yang dilarang hilang dari bilik hotel. Mereka akan periksa terlebih dahulu sebelum kita check out.




Gara-Gara Drama Penunggu Simpang

by on March 28, 2019
Gara-Gara Drama Penunggu Simpang | Hari sabtu yang lepas balik dari kenduri tu lepak dekat rumah MIL dulu sambil tengok drama Penunggu Simpang Tv3. Tengah layan tu tiba-tiba Ellsa datang duduk belakang nieyl. Dia kata takut-takut hantu..Memang dia duduk menyorok belakang nieyl tu sampai iklan, bila drama dah start dia terus berlari duduk belakang nieyl semula.



Time ni dia acah-acah berani tapi masih lagi duduk belakang nieyl tu, padahal dia tak tahu yang maklong dia ni pun acah-acah tak takut tengok cerita hantu walaupun cerita lawak..hihihi...

27 March, 2019

Masak Asam Pedas Wajib Ada 2 Bahan Ini

by on March 27, 2019
Masak Asam Pedas Wajib Ada 2 Bahan Ini | Bila cuti-cuti tak ada plan pergi mana -mana, mak  ajak pergi rumah pakcik makcik nieyl. Rumah dieorang tak adalah jauh mana pun lebih kurang 10min dari rumah nieyl je. Bila dah sampai rumah pakcik makcik tu biasalah borak-borak dan tanya khabar. 
Kalau rumah kampung ni banyak kawasan tanah yang boleh bercucuk tanam. Jadi, kalau nak masak apa-apa tu senang je pergi ambil dekat pokok belakang rumah aje.


Ini daun kesum belakang rumah makcik nieyl. Segar-segar banyak dia bagi kiteorang, mana yang muda tu nieyl ambil untuk masak dan yang tua tu mak cucuk tanam dalam pasu.


Yang ini pula bunga kantan, pokok dia depan rumah geram betul nieyl tengok semuanya berbunga, nieyl petik adalah dalam 10 batang. Ada yang dah kembang dan ada yang baru nak kembang. Dua-dua bahan ini wajib ada dalam masakan Asam Pedas tau, baru lah Asam Pedas tu lebih sedap dan wangi.

Selain tu, daun kesum tu boleh campur dalam kuah laksa, dan bunga kantan boleh buat kerabu mangga ke..wahhh...meleleh pula air liur cerita pasal makanan ni..

26 March, 2019

Review - Quad Serum Ardini Essentials

by on March 26, 2019
Quad Serum Ardini Essentials  | Beberapa hari yang lepas ada rakan pejabat nieyl, tegur kenapa muka nieyl semakin hari semakin flawless, guna produk apa? Dalam hati ni berbunga-bunga dan happy lah sebab ada orang nampak perubahan pada kulit muka kita kan.  Sebelum ini memang nieyl jarang sekali nak guna sebarang serum , just guna toner, foundation , bedak je..tapi lepas diberi peluang menggunakan serum terbaru dari Ardini Essentials terus jatuh hati. 


Selepas satu tahun R & D oleh pakar penjagaan kulit SIRIM Malaysia dan diuji pada Kulit Wanita  dan 95% hasil yang paling berkesan. Ianya Pertama di Dunia  dengan teknologi QUAD Serum QUAD adalah gabungan 4 formula secara eksklusif merangsang 4 fungsi penting untuk membantu mempercepat, pembaharuan sambil mencerahkan kulit dan menjadikannya lebih sihat, bercahaya dan licin.


4 Fungsi penting serum QUAD:
  • Cerah -Campuran khas bahan antioksidan dan bahan pemutih semulajadi dan lembut yang melindungi kulit daripada kesan yang membosankan, meringankan kulit, bahkan kulit, menghilangkan bintik-bintik gelap dan memberikan kulit yang cerah dan kulit berwarna.
  •   Menjana semulaMerangsang kulit untuk menggalakkan pengeluaran kolagen dan mempercepatkan proses pembaharuan kulit yang bermaksud tekstur dan keanjalan kulit yang lebih baik
  • Hidrat-Pastikan kulit anda terhidrat dan lembut dari dalam ke luar pada masa yang sama membantu untuk mengelak manfaat menghidrat yang akan menjadikan kulit anda lembut, licin dan melembapkan sehingga 72 jam.
  • Membetulkan Liang –liang roma- Ia mengangkat kulit anda dan mengetatkan liang-liang anda pada masa yang sama mengimbangi pengeluaran sebum dan minyak dalam kulit anda supaya kulit anda kelihatan lebih halus dan licin.

4 Active Ingredients Utama Quad Serum 
  1. Vitamin C- Pearlets gold yang mengandungi vitamin C berfungsi sebagai antioksida kulit dan menolong merangsang penghasilan kolagen.
  2. Whitegen- Mengunakan WhiteGen/Kojic acid derivative stabil untuk menolong memutihkan kulit .Ianya selamat dan berkesan untuk memutihkan kulit Sesuai untuk mengurangkan hyperpigmentation pada kulit
  3. Habatussauda-  Habatussauda mempunyai anti oksida yang tinggi bagi merawat dan meningkat imunisasi kulit wajah. Ia juga berfungsi sebagai antioxidant pada kulit dan agen pelembap serta menolong mengekalkan elastisiti kulit.
  4. Olive Oil - Mempunyai 3 jenis anti-oksida iaitu vitamin E, Polifenol, Phytosterol untuk melindungi kulit dari kesan radikal bebas apabila terdedeah dengan cahaya matahari yang menyebabkan penuaan sebelum waktunya. Ia menguatkan sel kulit dan melembutkan serta mencantikkan kulit.

Ciri-Ciri Quad Serum Ardini Essentials
  • Berbentuk gel cecair yang tidak bewarna berasaskan air bersesuaian dengan Iklim Malaysia supaya tiada kesan berminyak atau melekit dimana ia cepat meresap ke dalam kulit selepas penggunaan. 
  • Merupakan Serum wajah yang ada manfaat Farmaseutical ( Mencantikkan dan  Merawat) 
  • Menggunakan teknologi terkini untuk membawa bahan aktif premium menembusi lapisan kulit terus kedalam sel-sel akar kulit dengan cepat dan berkesan. 
  • Antioksidan, Antibakteria & Anti-inflammatori

Di sini nieyl berikan juga korang cara-cara nak menggunakan Quad Serum Ardini Essentials ini, so korang boleh cuba nanti.

CARA PAKAI QUAD SERUM ARDINI ESSENTIALS


  1. Pastikan cuci muka sebersihnya dengan cleanser dalam urutan memutar selama 30 saat, kemudian cuci dan lap kering dengan kain yang bersih.
  2. Kemudian picit 1 atau 2 pam Quad Serum Ardini Essentials dan ratakan ke seluruh muka dari arah bawah ke atas dan tap secara pelahan di seluruh bahagian muka.
  3. Gunakan secara konsisten pagi dan malam sebelum tidur. Untuk siang pastikan guna sunblock.

Panduan :-
☘ Serum pakai 2x sehari pagi dan malam sebelum tidur.
☘ Simpan serum dalam suhu bilik.
☘ Elakkan serum terdedah bawah cahaya matahari yg boleh menghilangkan khasiat serum



Extra Fungsi Quad Serum Ardini Essentials
  • Merawat wajah dari dalam kulit dengan lebih berkesan berbanding pelembab yang hanya dipermukaan kulit sahaja. 
  • Mengecilkan pori wajah. 
  • Mengurangkan pertumbuhan jerawat dan kemerahan kulit apabila kulit terdedah pada kekotoran dan debu. 
  • Menyamaratakan tona warna kulit. 
  • Mengekalkan keremajaan kulit untuk jangka masa panjang. 
  • Melembapkan kulit kering.
  •  Menarik kelembapan kedalam kulit agar sentiasa segar dan lembap. 
  • Mengurangkan minyak berlebihan.




Keistimewaan  QUAD serum Ardini Essentials
  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk sensitif. 
  • Dirumuskan oleh formulator penjagaan kulit yang berpengalaman di Pusat Penyelidikan dan  Pembangunan SIRIM. 
  • Berdaftar di bawah garis panduan NPRA. 
  • Selamat dari Merkuri, Hidrokuinon, Paraben dan bahan kimia lain yang merugikan. 
  • Diuji dan selamat dari ujian Kulit dan kerengsaan mata oleh SIRIM Malaysia. 
  • Menghasilkan di kilang dengan status GMP dan HALAL dengan kawalan kualiti dan keselamatan yang ketat. 
  • Ia adalah produk yang selamat yang melalui ujian kestabilan dan mikroba sebelum dapat dilepaskan ke pasaran.

Review :- Nieyl dah mencuba selama seminggu menggunakan Quad Serum dari Ardini Essentials apa yang boleh di bagitahu korang, ianya sangat best. Nieyl jadikan serum sebagai rutin harian nieyl sebelum pakai makeup pergi kerja. Sebab itu make up nieyl dia nampak lagi lembut dan kulit nieyl tidak berminyak. Untuk pemakaian serum ini dia tak perlu terlalu banyak, hanya picit 2x..dah apply ke kulit muka kita,bagi rata... Kalau korang nak kulit lembut dan lebih flawless..boleh cuba..

Untuk pengetahuan korang, Quad Serum Ardini Essentials ini akan dilancarkan tidak lama lagi dipasaran. Ianya merupakan limited edition okay, so kalau korang nak dapatkan Quad Serum ini nieyl akan beri detail seperti di bawah :-

Instagram : Ardini Essentials

Sesungguhnya Aku - Alif Satar ( Hannah Delisha & Aziz Harun Cover )

by on March 26, 2019

Sesungguhnya Aku
Apa ku rasa
tak pernah ku duga
hadir dirimu
merubah semua

dan tanpa ku sedari
kau mengajar diriku
membawa hidup erti baru

sesungguhnya aku
telah jatuh pada dirimu
sesungguhnya aku
cintai hanya dirimu

kerna
sesungguhnya
ku sedari
kau lengkapi diriku

sesungguhnya aku
mencintai dirimu
sesungguhnya

siapakah aku
didalam hatimu
harus ku tahu
kerna aku rindu

dan tanpa ku sedari
kau mengajar diriku
membawa hidup erti baru

sesungguhnya aku
telah jatuh pada dirimu
sesungguhnya aku
cintai hanya dirimu

kerna
sesungguhnya
ku sedari
kau lengkapi diriku

sesungguhnya aku
mencintai dirimu
sesungguhnya

kaulah yang terbaik
yang pernah diriku miliki
kan kuberikan sepenuh jiwa
hanya untuk dirimu

sesungguhnya aku
telah jatuh pada dirimu
sesungguhnya aku
mencintai hanya dirimu

kerna
sesungguhnya
ku sedari
kau lengkapi diriku

sesungguhnya aku
mencintai dirimu
sesungguhnya
sesungguhnya

Bersyukur Dalam Hidup

by on March 26, 2019

Assalamualaikum dan selamat pagi...
Setiap pagi tersedar dari tidur,
toleh kanan kiri tengok husband ada tak dekat sebelah..
Keluar pintu bilik cari Mak dulu..
Dah tengok muka mak, baru boleh masuk dapur masak...
Setiap pagi adalah peringatan agar kita kena selalu bersyukur...


25 March, 2019

Birthday Mother In Law

by on March 25, 2019
Birthday Mother In Law  |  17.2.2019 hari tu nieyl celebrate birthday MIL nieyl dekat luar. Actually , MIL nieyl dia tak tahu pun kitaorang nak celebrate birthday dia pagi tu. Setiap hari ahad MIL akan pergi senaman aerobik bersama kawan-kawan dia, so kiteorang dah bagitahu yang nak pergi breakfast sama-sama lepas senaman aerobik tu. MIL pun memang akan ok sebabnya kiteorang adik beradik belah husband ni memang selalu akan keluar breakfast sama-sama bila semua balik.


Kebetulan minggu tu adik ipar nieyl yang dekat Kedah dan Melaka tak dapat balik sebab masing-masing teringat dengan kerja (Seorang MA,seorang Nurse) . Jadi, nieyl dengan biras nieyl yang uruskan kek, tempat breakfast dan juga hadiah surprise . Nak tahu apa hadiah dia?nanti korang tengok la sendiri okay. 

Sehari sebelum suprise tu, nieyl pergi cari kek kebetulan yang ada pandan dan topping dia kelapa kering. Memang kegemaran MIL nieyl. 


Tugas nieyl bawa MIL pergi breakfast dulu, biras nieyl pula pergi cari belon untuk letak dekat dalam kota surprise tu. So, sementara menunggu tu kitaorang makan dulu la sebab tak nak kasi kantoi dengan MIL nieyl tu. 


Tadaaaa...see nampak tak kotak surprise nieyl tu.. Ok itu hasil kerja DIY nieyl dengan biras nieyl .Time ni MIL nieyl agak emo sikit sebab dia teringat dekat FIL nieyl. Dia terharu dengan usaha anak menantu dia untuk meraikan ulang tahun kelahiran dia. 


Cantik tak hiasan DIY kotak tu?hihihi...klu korang nak tahu, kotak ini di siapkan selama 1 hari setengah. So, memang last minit punya kerja..apa-apa pun puas hati dapat buat sendiri kan...




Tiada sebab untuk kita tidak boleh membahagiakan orang tua kita. Kadang-kadang bukan dengan wang ringit yang ibu ayah kita mahukan dari kita. Tetapi dengan MASA, KASIH SAYANG itu lebih berharga daripada harta dan wang.

Happy birthday MIL, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik..



22 March, 2019

Healthy Body & Mind

by on March 22, 2019

Assalamualaikum...
Salam Jumaat...
Untuk dapatkan kesihatan badan yang baik dan minda yang sihat...
jangan lupa untuk jaga kesihatan dan pemakanan kita okay...

21 March, 2019

Dapatkan Bau Daun Limau Purut Yang Kuat

by on March 21, 2019
Daun Limau Purut | Aroma daun limau purut yang segar dapat membantu menyedapkan masakan seperti tomyam, rendang dan tumisan yang lain. Nieyl suka juga kalau masak nasi goreng letak daun limau purut ni. 

Selalunya kalau nak dapatkan bau yang kuat, kita akan koyak-koyak dan potong daun limau purut tu kan tetapi sebelum itu pilih daun yang elok, segar , warna yang hijau tua dan licin permukaan daun tu. Kalau boleh elakkan daun yang ada kesan tompok coklat, kekuningan , kering dan rosak sebab ia boleh mempengaruhi bau dan rasa dalam masakan nanti.


Petua mak nieyl kalau nak simpan sayur, daun-daun dalam peti sejuk dengan menggunakan surat khabar, kertas ataupun tisu, bungkuskan dan simpan dalam peti sejuk. InsyaÁllah lebih tahan lama daripada terdedah tanpa ditutup atau dibungkus.

Semoga ianya bermanfaat untuk semua. 

Dont Talk, Just Act

by on March 21, 2019

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...
Sesetengah manusia ini jenis pandai bercakap je..
Tapi nothing tak ada action pun...
Lepas tu pandai pulak tu nak judge orang lain...
Tak baik tau...
elakkanlah perangai macam tu ya..

20 March, 2019

Ayda Jebat - Mana Ada Hati (Yang Ingin Trus Disakiti) | OST Asalkan Dia...

by on March 20, 2019

Dahulu kau buatku terus terpaku
Kini kau tak seperti itu
Yang menjaga hatiku

Walaupun telah ku berikan semua untukmu

Tapi yang terbaik dariku
Belum cukup bagimu

Kurang apa lagi yang harus ku beri

Jika memang cinta tak bisa memberi arti
Mana ada hati yang ingin terus disakiti
Untuk apa aku kau miliki lagi

Walaupun telah ku berikan semua untukmu

Tapi yang terbaik dariku
Belum cukup bagimu

Kurang apa lagi yang harus ku beri

Jika memang cinta tak bisa memberi arti
Mana ada hati yang ingin trus disakiti
Untuk apa aku kau miliki lagi

Kurang apa lagi yang harus ku beri

Jika memang cinta tak bisa memberi arti
Mana ada hati yang ingin trus disakiti
Untuk apa aku…ohhh
Untuk apa aku kau miliki lagi

Untuk apa aku kau miliki lagi…

Makanan yang menyelerakan

by on March 20, 2019
Makanan yang menyelerakan | Selalunya memang bawa bekal pergi kerja untuk breakfast dan juga untuk lunch. Bila ada apa-apa majlis atau ada plan nak keluar makan sahaja nieyl takkan bawa bekal. Macam last week ada 2 hari nieyl tak bawa bekal sebab ada orang nak belanja nieyl makan. hehehe... Rezeki Alhamdulillah.


Nasi kerabu adalah makanan breakfast yang memang nieyl paling suka. Yang ini boss nieyl belanja makan minggu lepas, special sebab itu ayam rempah bakar...yumyum...


Ini tauhu begedil, kawan pejabat jual RM5..Sedap cuma sambal hitam tu kalau pedas sikit lagi sedap..


Jarang breakfast di cafe, sesekali tu breakfast dengan kengkawan dekat cafe pekena nasi lemak anak dara..ceeehhhwaaaahh...nasi lemak ayam cincang telur mata RM8..

Adoi..bila tengok balik makanan breakfast tu kan, baru terfikir..macam manalah berat badan tak naik bertingkat-tingkat kan...hahaha :P 



Dont Stop

by on March 20, 2019


Assalamualaikum...
Happy working everyone..
Jangan berhenti berusaha sampai tercapai apa yang kita nak..
Banggakan orang tersayang dan diri sendiri...♥


19 March, 2019

KFC Free 1 Piece Chicken

by on March 19, 2019
KFC Free 1 Piece Chicken | Siapa penggemar ayam KFC ?Bermula 10 - 22 March 2019 ini KFC akan berikan 1 piece ayam secara percuma dengan pembelian Snack Plate Combo dan Dinner Plate Combo.. Wahhh!bestnyaa..


18 March, 2019

Raisya Dah Banyak Akalnya

by on March 18, 2019
Raisya Dah Banyak Akalnya | Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Macam tak percaya pula hari ini hari isnin, rasa macam baru je Jumaat semalam kan. Tapi terimalah realitinya hari ini hari ISNIN. Semua orang dah kembali bekerja dan kembali rutin menghantar anak-anak ke sekolah. 


Ini Raisya anak buah nieyl yang ke..ala..tak ingatlah yang ke berapa, sebab ramai sangat. Tapi budak kecil ni memang membesar depan mata nieyl, sekarang umur dah masuk 9 bulan. Dah pandai merangkak merata, dah pandai memilih orang dah sekarang dia ni. Kalau orang pakai tudung bukan main lagi dia kejar nak ikut. Kalau sehari - dua nieyl tak jumpa dia, bila jumpa balik dia macam sombong tak nak dekat kita. Adeh!budak ni.. 

Betul la kata orang, bila balik kerja jumpa anak-anak kecil hilang semua rasa beban kerja dan kekusutan. InsyaÁllah anak-anak buah menjadi penyeri dalam hidup nieyl.. ♥ Happy working semua.

17 March, 2019

16 March, 2019

OST Drama leftenan zana - Ayda Jebat - MATA

by on March 16, 2019


kerana kau tiada
kau sangka ku rapuh
kerana ku terluka
kau sangka ku jatuh

kerana kau menghina
kau sangka ku marah
kau sangka ku pasrah
tak terdaya tanpa kamu

aku bukan seperti kau sangka
aku tabah tanpa resah
ku laku apa yang ku mahu
hanya kau mampu mengarah aku

jangan kau pertikaikannya
jangan kau tertanya tanya
aku tak perlu dirimu
aku hidup hanya untuk-nya

mata jangan jangan sangka aku lemah
mata cangkuk kiri kanan bibir berdarah
mata lihat lihat siapa yang dah rebah
mata angkat tangan mundur baik kau menyerah

walaupun ku menghilang
bukannya ku retak
walaupun ku kecundang
malam tak gelita

walaupun ku berdiam
masih ku berapi
kau tak kenali
siapa aku sebenarnya

aku hanya menunggu saatku
takkan ku terburu buru
ku tahu kekuatan diriku
tiada siapa yang kan menumpasku

jangan kau pertikaikannya
jangan kau tertanya tanya
aku tak perlu dirimu
aku hidup hanya untuk-nya

mata jangan jangan sangka aku lemah
mata cangkuk kiri kanan bibir berdarah
mata lihat lihat siapa yang dah rebah
mata angkat tangan mundur baik kau menyerah

guruh
guruh mengiringi
tegakku berdiri
menanti pagi

kamu
kamukan tahu
siapaku siapaku
tanpa kamu

jangan jangan sangka aku lemah
cangkuk kiri kanan bibir berdarah
lihat lihat siapa yang dah rebah
angkat tangan mundur baik kau menyerah

Hip Hip Hurray

by on March 16, 2019

Assalamualaikum...
Good Morning...
happy weekend uolls...
Hari ini banyak kerja rumah yang nak di buat...
mengemas, mendobi, mop lantai...
semoga hari sabtu korang lebih ceria..♥

15 March, 2019

Lunch Jom Bali Putrajaya

by on March 15, 2019
Lunch Jom Bali Putrajaya | Sesekali ada orang nak belanja makan syukur Alhamdulillah hihihi asalnya nak pergi makan Sushi King last minit postpone kita makan dekat Jom Bali Putrajaya selepas tu senang terus shopping barang basah dekat HERO MARKET sebelah tu je. 

Masa pergi tu memang jatuh pada date birthday nieyl, jadi kakak nieyl belanja nieyl makan bersama family dia, husband nieyl tak ikut sebab dia ada kena pergi rewang rumah orang kahwin. Jadi, nieyl pergi denga family kakak dan mak .


Restoran Jombali ni menyediakan pelbagai jenis makanan termasuklah makanan panas, western, set sarapan pagi, set jimat, mee dan lain-lain lagi. Chef Jombali telah dilatih untuk menghasilkan masakan yang bermutu tinggi secara konsisten untuk menjamin kepuasan semua pelanggannya. Selain itu mereka juga menghasilkan makanan menggunakan bahan-bahan yang dijamin segar dan berkualiti.  

Jadi, kalau korang nak singgah minum petang bersama keluarga pun boleh tempatnya sangat relax dan santai untuk seisi keluarga. 


Ini antara menu yang nieyl order iaitu nasi goreng chicken butter dan spaghetti bolognese. So far nieyl rasa makanan dia not bad, boleh tahan cuma spaghetti bolognese dia ada kurang sikit sebab rasa masin sikit.


Untuk nasi goreng chicken butter ni nieyl suka dan kena dengan selera nieyl. Sebab kalau nak masak chicken butter dekat rumah, nanti husband dengan mak tak makan so, memang nieyl tak masak pun dekat rumah. kalau nak makan kena order dekat kedai ..hihihi..


Yang baju biru free hair tu kakak nieyl. Dia kakak nieyl yang kedua best sebab dia selalu bawa nieyl pergi makan dekat luar sebab itulah berat badan nieyl sekarang ni makin berat weh..so,tak heran la kalau pipi nieyl makin jadi pau...hahaha..



14 March, 2019

Restock Stains Remover CLORIN - RM2.10

by on March 14, 2019
Restock Stains Remover CLORIN - RM2.10 | Salah satu benda yang wajib nieyl restock bila dekat rumah dah habis stok iaitu  Stains Remover CLORIN ini.. Sebelum ni nieyl pernah share dalam blog keberkesanan dia..korang boleh baca di SINI . 

Dengan  bermodalkan RM2.10 je nieyl dapat hilangkan kesan-kesan degil di lantai bilik air dan tandas. Tak perlu lagi nak gunakan tenaga mengental, sangat power hihihi.. Jadi, kalau pergi ke KEDAI ECO tu memang akan beli stok berbotol-botol untuk letak dekat rumah. Cuma perlu diingatkan jangan guna di sinki besi ya... Clorin tak sesuai di benda-benda berbesi okay kang rosak sinki korang kang. 


13 March, 2019

Ellsa Birthday Turn 2

by on March 13, 2019
Ellsa Birthday Turn 2 | Birthday Ellsa jatuh pada bulan Feb tapi sebab mommy tak ada class bulan Februari jadi, celebrate bulan Mac minggu mommy ada class (sambung Degree). 1 Mac 2019 hari jumaat, dua minggu sebelum majlis, nieyl, mommy ellsa, adik ipar dengan biras nieyl dalam group masing-masing amek tugasan untuk realisasikan Birthday Party untuk Ellsa. 

Backdrop Banner yang cantik tu design by biras nieyl aka mummy adam termasuk design untuk T-Shirt (graphic design job) , so apa-apa berkaitan dengan design memang akan diserahkan kepada dia.  Manakala untuk bahagian tempahan kek , makanan adik ipar nieyl berdua ni yang akan uruskan. Bahagian nieyl biasa part deco dan benda-benda yang memerlukan tenaga kerja tangan. Cuma untuk majlis Ellsa ni buat hari kerja , nieyl kerja so tak banyak dapat bantu dieorang buat persediaan. Lupa nak share printing banner last minit tu print dekat kedai printing suami kepada adik ipar bongsu nieyl. 


Birthday party Ellsa untuk tahun ini bertemakan UNICORN. Background banner pun ada unicorn, belon-belon semua guna warna pastel , ada juga cookies rainbow dan cupcake warna pastel. Untuk majlis ini ada 3 kek kena potong..banyakkan?


Ini kek Unicorn birthday Ellsa yang di taja oleh acue (adik ipar bongsu). Bab-bab kek ni memang serah je dekat dia.Cantikkan..


Ini pula biskut coklat untuk celebrate birthday baby Feb, termasuk jiran-jiran rapat rumah mak mertua nieyl yang kiteorang dah anggap macam keluarga. 


Yang ini memang surprise, sebab nieyl tak tahu pun ada nya kek burger ni time keluarkan nak letak atas meja baru dieorang cakap nak celebrate juga birthday nieyl (yg jatuh pd esok harinya) dan 2 orang lagi yang sambut birthday bulan MAC. Terharuuuuu...


Pulut kuning ini pula untuk mak mertua nieyl yang sambut birthday pada bulan Feb yang lepas. 







Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar..birthday girl happy, ramai kawan-kawan yang hadir meraikan bersama. Walaupun keluarga mertua nieyl ni kecik tapi Alhamdulillah..semua sepakat dalam apa jua keadaan. I love this family forever n ever...♥