25 March, 2019

Birthday Mother In Law

Birthday Mother In Law  |  17.2.2019 hari tu nieyl celebrate birthday MIL nieyl dekat luar. Actually , MIL nieyl dia tak tahu pun kitaorang nak celebrate birthday dia pagi tu. Setiap hari ahad MIL akan pergi senaman aerobik bersama kawan-kawan dia, so kiteorang dah bagitahu yang nak pergi breakfast sama-sama lepas senaman aerobik tu. MIL pun memang akan ok sebabnya kiteorang adik beradik belah husband ni memang selalu akan keluar breakfast sama-sama bila semua balik.


Kebetulan minggu tu adik ipar nieyl yang dekat Kedah dan Melaka tak dapat balik sebab masing-masing teringat dengan kerja (Seorang MA,seorang Nurse) . Jadi, nieyl dengan biras nieyl yang uruskan kek, tempat breakfast dan juga hadiah surprise . Nak tahu apa hadiah dia?nanti korang tengok la sendiri okay. 

Sehari sebelum suprise tu, nieyl pergi cari kek kebetulan yang ada pandan dan topping dia kelapa kering. Memang kegemaran MIL nieyl. 


Tugas nieyl bawa MIL pergi breakfast dulu, biras nieyl pula pergi cari belon untuk letak dekat dalam kota surprise tu. So, sementara menunggu tu kitaorang makan dulu la sebab tak nak kasi kantoi dengan MIL nieyl tu. 


Tadaaaa...see nampak tak kotak surprise nieyl tu.. Ok itu hasil kerja DIY nieyl dengan biras nieyl .Time ni MIL nieyl agak emo sikit sebab dia teringat dekat FIL nieyl. Dia terharu dengan usaha anak menantu dia untuk meraikan ulang tahun kelahiran dia. 


Cantik tak hiasan DIY kotak tu?hihihi...klu korang nak tahu, kotak ini di siapkan selama 1 hari setengah. So, memang last minit punya kerja..apa-apa pun puas hati dapat buat sendiri kan...




Tiada sebab untuk kita tidak boleh membahagiakan orang tua kita. Kadang-kadang bukan dengan wang ringit yang ibu ayah kita mahukan dari kita. Tetapi dengan MASA, KASIH SAYANG itu lebih berharga daripada harta dan wang.

Happy birthday MIL, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik..



8 comments:

  1. hepi bestday buat MIL nieyl..:)

    ReplyDelete
  2. Sanah helwah untuk ibu mertua Nieyl ya.Moga sentiasa diberkati dah dirahmati olehNYA.

    ReplyDelete
  3. Hepy Bday makcik. Semoga dipanjangkan usia, sihat selalu dan sentiasa bahagia di sisi keluarga..

    ReplyDelete
  4. selamat hari lahir buat MIL nieyl ya..

    ReplyDelete
  5. Selamat hari lahir untuk mak mertua Nieyl.. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan semoga dirahmati dan diberkati oleh Allah selalu..

    ReplyDelete
  6. Wah.. kreatifnya Nieyl.. Cantik sangat kotak DIY tu...
    happy birthday buat MIL Nieyl..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)