15 March, 2019

Lunch Jom Bali Putrajaya

Lunch Jom Bali Putrajaya | Sesekali ada orang nak belanja makan syukur Alhamdulillah hihihi asalnya nak pergi makan Sushi King last minit postpone kita makan dekat Jom Bali Putrajaya selepas tu senang terus shopping barang basah dekat HERO MARKET sebelah tu je. 

Masa pergi tu memang jatuh pada date birthday nieyl, jadi kakak nieyl belanja nieyl makan bersama family dia, husband nieyl tak ikut sebab dia ada kena pergi rewang rumah orang kahwin. Jadi, nieyl pergi denga family kakak dan mak .


Restoran Jombali ni menyediakan pelbagai jenis makanan termasuklah makanan panas, western, set sarapan pagi, set jimat, mee dan lain-lain lagi. Chef Jombali telah dilatih untuk menghasilkan masakan yang bermutu tinggi secara konsisten untuk menjamin kepuasan semua pelanggannya. Selain itu mereka juga menghasilkan makanan menggunakan bahan-bahan yang dijamin segar dan berkualiti.  

Jadi, kalau korang nak singgah minum petang bersama keluarga pun boleh tempatnya sangat relax dan santai untuk seisi keluarga. 


Ini antara menu yang nieyl order iaitu nasi goreng chicken butter dan spaghetti bolognese. So far nieyl rasa makanan dia not bad, boleh tahan cuma spaghetti bolognese dia ada kurang sikit sebab rasa masin sikit.


Untuk nasi goreng chicken butter ni nieyl suka dan kena dengan selera nieyl. Sebab kalau nak masak chicken butter dekat rumah, nanti husband dengan mak tak makan so, memang nieyl tak masak pun dekat rumah. kalau nak makan kena order dekat kedai ..hihihi..


Yang baju biru free hair tu kakak nieyl. Dia kakak nieyl yang kedua best sebab dia selalu bawa nieyl pergi makan dekat luar sebab itulah berat badan nieyl sekarang ni makin berat weh..so,tak heran la kalau pipi nieyl makin jadi pau...hahaha..



4 comments:

  1. Chicken butter and nasi goreng nampaknye sedap betol...

    ReplyDelete
  2. hehe kalo orang nak banjee memang kite pun laju setuju ngeh2..

    ReplyDelete
  3. Macam sedap juga nasi goreng chicken butter tu. Nanti nak try usha² juga la

    ReplyDelete
  4. Chicken butter tu nampak menarik.. Sesekali makan yang berlainan memang best..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)