29 March, 2019

SOGO Di Buka DI Central I-City Shah Alam

SOGO Di Buka DI Central I-City Shah Alam | Seriously??SOGO dah buka di Central I-City Shah Alam, lepas ini tidak perlu lagi nak bersesak-sesak di SOGO Jalan Tar lagi. Ianya telah dibuka secara rasminya Central i-City bertempat di Seksyen 7 Shah Alam pada 27 Mac 2019. 


SOGO Department Store merupakan penyewa utama di Central i-City. Mempunyai keluasan 200 000 kaki persegi ,wow!sangat luas bolehlah pusing-pusing sambil membeli belah sampai kaki lenguh lepas tu. Berita baik untuk mereka yang kaki movie atau kaki wayang, di Central I-city juga ada pawagan TGV Cinema yang mampu mengisi kapasiti penontin seramai 1800 orang. 

Pelbagai jenis brand terkenal yang akan berada di Central I-City antaranya Brands Oulet, Padini Concept Store, Charles& Keith, UNIQLO dan banyak lagi. Tidak lupa juga ada Foodcourt, grand Palace Chinese Restaurant, Boot Noodle dan lain-lain lagi.

Central I-City ini merupakan pusat membeli belah terbaru dibuka oleh Central Pattana Public Company Ltd(CPN),pemaju peruncit terbesar Thailand dengan kerjasama dari I-City Properties Sdn Bhd (ICP).













4 comments:

  1. Tak yah dah nak bersesak di Jalan Tar.. boleh shopping dengan bahagia nie..

    ReplyDelete
  2. Nak pergilah nanti bestnya xyah jauh2 ke jalan tar

    ReplyDelete
  3. tapi kawasan icity tu pun sesak jugak. hopefully ada banyakla parking lots. x macam Sogo KL adeh..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)