Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

09 December, 2025

Shopping Apa Tu?

by on December 09, 2025

Shopping Apa Tu? | Pada asalnya nieyl nak beli tudung lilac untuk kenduri adik ipar nieyl lagi 2 minggu ni. Tapi biasalah kalau niat nak beli sehelai kejadiannya akan jadi berhelai-helai. hahaha.. Nieyl kalau tudung jarang beli yang mahal-mahal sebab nieyl memang akan pakai selagi tak koyak tapi bertahun-tahun lah. 


Kali ini nieyl beli 7 helai tudung bawal. Kebanyakkannya warna-warna yang nieyl tak ada lagi. Lepas tu husband geleng kepala, dia cakap nak simpan dekat mana lagi tu. Tempat letak tudung dah penuh dan termuntah dah tu hahaha.. Sudahnya duduk dalam beg plastik lagi hehehe.. 

29 October, 2024

Tambah Baju Kerja Lagi

by on October 29, 2024

Tambah Baju Kerja Lagi |  Sayangggggg...baju yang dekat almari tu tak cukup lagi ke?Persoalan dari seorang lelaki bergelar suami.. Soalan yang tidak pernah ada jawapan.. Sebab itulah kalau beli baju nieyl akan sorok dulu, nanti bila pakai nanti dia akan tanya baju baru ke?nieyl selalu akan cakap tak laa... Dah lama beli, baru pakai hahaha..

Nieyl dekat opis memang suka pakai kemeja dengan blouse. Baju kurung biasanya nieyl akan pakai hari khamis sebab kena pakai baju batik. Isnin, selesa, rabu dan Jumaat tu biasanya nieyl akan pakai blouse atau kemeja. Dipadankan dengan Skirt ataupun seluar slack. 

Jadi, bulan ni nieyl beli 2 helai kemeja baru warna pink dan mint green. Kalau dah beli baju ni, biasanya nieyl akan shopping juga tudung untuk match kan dengan baju. Itu yang hari jumaat lepas tu nieyl pergi cari tudung untuk matchkan dengan baju baru nieyl beli tu hehehe..

Last week kononnya nak beli sehelai dua je tudung. Tapi biasalah bila dah sampai kedai, sehelai dua tu boleh beranak pinak. Hahaha..Tapi nieyl beli 3 helai je tudung, kalau ikutkan nafsu ni tak cukup..Tapi kena berlawan dengan nafsu membeli ni. Nieyl beli 3 helai, satu plain hitam actually kan tudung plain hitam ni dekat rumah dah ada 2 helai dah tapi biasalah orang rajin kan tudung dia masukkan dalam mesin basuh jadi berbulu-bulu la dia. 

Lepas tu, memang kena membeli je tudung hitam tu. Kemudian nieyl beli tudung corak satu warna dark blue dan satu lagi corak mint green. 



Cantik tak?






 

11 October, 2024

Bila Nieyl Shopping Online

by on October 11, 2024

 

Bila Nieyl Shopping Online | Manusia yang susah untuk shopping selalu adalah nieyl. Sebab ntahlah pada nieyl kalau nak shopping ni dia kena ada mood. Kebiasaanya nieyl akan habiskan duit ke makan. Ha..kalau tengok nieyl selalu share makan sana makan sini tu, ha..time tu la kepuasan berbelanja nieyl hahaha. 

Disebebkan nieyl ni dah lama sangat tak shopping online kan, minggu ni nieyl shopping online macam esok dah tak boleh nak shopping. hahaha.. masanya dia jadi nampak banyak sebab boleh pula dia sampai semuanya serentak. Adoi husband dah jeling maut dah tu hahaha. 

Barang-barang yang nieyl beli ni dari Shopee dan TikTok. Sebab Tiktok ni asyik bagi free shipping je rugi pula rasanya tak beli hahaha..pantang benda FREE kan..

Jom tengok apa yang nieyl shopping tu...

Baju tidur yang sangat selesa, kain dia jenis sejuk kalau orang yang tinggi mungkin labih dia labur bawah lutut, sebab nieyl jenis rendah jadi labur dia tu sampai buku lali. Yang ni nieyl beli dekat TikToK harga dia sehelai RM13.90. Nieyl beli dekat SINI 

Seluar untuk pakai dekat rumah asalnya, jenis tak perlu nak iron. Jenis kain lembut dan sejuk. Yang ini pun nieyl beli dekat TikTok hahaha.. nieyl beli sekali 3 helai sebab harga sehelai RM7.90 sahaja. Dan kalau korang nak beli juga boleh beli SINI

Jus Kunyit nieyl dah sampai yang nieyl bagitahu semalam tu. Alhamdulillah boleh sambung consume. Yang ini kalau ada yang nak beli boleh beli SINI Sebotol RM18.00

Last item yang nieyl beli dari TikTok adalah Lip Treatment. Yang ni viral dekat Mira View Chin. Sebab sekarang ni nieyl tak boleh nak pakai lipstik sebab bibir cepat kering, jadi nieyl tengoklah review dia kata dia boleh repair masalah lip kita dan boleh pink kan lip kita macam pakai lipstik. Sebab itu jugalah nieyl beli tau. So, nieyl dah try pakai dah..memang nampak macam pakai lipstik tapi tak pakai pun dia ikut warna darah kita dan bila kita minum ke makan ke bibir kita still pink..Itu yang kita mahuu kan.. So, yang ini nieyl beli dekat SINI Rm29.00

Ingat tak nieyl pernah cakap yang nieyl sakit tumit awal bulan 7 hari tu?Siapa yang follow blog nieyl hari-hari mesti dia ingat pasal ni. Sakit tumit yang memang sakit sampai nak berjalan pun susah. One day kawan nieyl yang pernah kena sama macam nieyl sampaikan dia kena pergi hospital buat fisio masalah tumit tu. Dia suggest dekat nieyl, kasut yang tapak dia lembut untuk bagi rasa tumit rasa selesa dan nieyl pun beli lah..selama pakai 2 bulan, Alhamdulillah sakit tumit nieyl makin hari makin sembuh dan jalan pun dah tak ada masalah sampaikan nieyl boleh join Fun Run seperti biasa.

So, kasut yang nieyl beli tu tapak dia dah terbelah yela kasut jenis getah macam ni memang tak boleh tahan lama pun tapi disebabkan keselesaan tu walaupun harga dia murah. Nieyl beli lagi untuk kali ke-2 insyaÁllah akan beli dan beli kot sebab memang selesa. Harga sepasang kasut ni adalah RM13.50 dan nieyl beli di Shopee SINI

Barang yang kedua yang nieyl beli dekat Shopee adalah rak kasut. Memang dah lama nieyl nak beli rak kasut untuk letak dekat opis ni sebab biasalah bila bekerja macam-macam kasut ada. hehehe.. Murah je nieyl beli RM9.94 , beli SINI

Last sekali lapik Bathroom anti Slip. Nieyl memang dah lama nak beli lapik ni nak letak dekat tempat bilik air nieyl tu kadang-kadang licin dan satu lagi sebab dia serap air tak adalah basah-basah kaki kita keluarkan. Harga dia RM9.96 beli dekat SINI

Lepas ni kena puasa shopping online dah ni..hehehe..yeke puasa?diri sendiri pun tak yakin masalahnya ni hahahaha...

28 December, 2023

Pergi Mr. Diy Lagi

by on December 28, 2023

Pergi Mr. Diy Lagi | Semalam masa nieyl keluar lunch date, balik tu nieyl singgah Segi Fresh nak beli barang tapi malangnya bawang besar semua rosak, berair dan basah. Adui, dah beberapa hari dah sebenarnya nieyl mencari bawang besar. Tapi rata-rata semua pasaraya tempat nieyl ni bawang dia teruk kebelakangan ni,tak tahu la kenapa..bila kita tanya, dieorang cakap semua bawang yang sampai semua rosak..rasa nak tepuk dahi sendiri je. Bila dah tak ada bawang, nieyl pun saja singgah Mr. Diy sebelah tu. Macam biasalah korang, nieyl kalau masuk tak pernah lagi keluar dengan tangan yang kosong. hehehe

Nieyl beli hanger baju, Ya Allah tak tahulah ya asyik beli hanger baju je kerja nieyl ni rasa macam dah banyak dekat rumah tu tapi bila nak guna asyiknya tak cukup memanjang, itu tanda baju makin bertambah ke apa..

Bateri memang nieyl kena beli untuk jam loceng mak dan juga mini radio nieyl yang ada dalam bilik tu, dah sebulan radio tu tak kedengaran suara dia, asyik terlupa je nak beli, ni semalam baru beli. 

Nieyl suka beli stokin dekat Mr. Diy ni sebab murah dan banyak pilihan color. Macam yang nieyl beli ni harga dia Rm2.30 sepasang, nieyl pilih warna hitam untuk husband , untuk pakai pergi kerja.Saja beli untuk tambah-tambah, biasalah orang lelaki ni pakai stokin kan, kadang-kadang koyak pun dieorang pakai juga..adoi la..Nasib baik ada isteri yang prihatin ni..

Yang ini nieyl beli sebab dia comel dan nieyl beli untuk nieyl petakkan kapas-kapas muka nieyl dalam ni. Mesti cantik je kan, nieyl cari yang jenis petak tak ada pulak , tapi bulat pun cantik je kan..nampak lebih kemas je..

So, total beli barang-barang ni tadi Rm21.00 hahaha, bawang tak beli, barang lain yang dibeli.. kalau korang masuk Mr. Diy biasanya berapa RM korang akan habis?share la..



 

29 March, 2019

SOGO Di Buka DI Central I-City Shah Alam

by on March 29, 2019
SOGO Di Buka DI Central I-City Shah Alam | Seriously??SOGO dah buka di Central I-City Shah Alam, lepas ini tidak perlu lagi nak bersesak-sesak di SOGO Jalan Tar lagi. Ianya telah dibuka secara rasminya Central i-City bertempat di Seksyen 7 Shah Alam pada 27 Mac 2019. 


SOGO Department Store merupakan penyewa utama di Central i-City. Mempunyai keluasan 200 000 kaki persegi ,wow!sangat luas bolehlah pusing-pusing sambil membeli belah sampai kaki lenguh lepas tu. Berita baik untuk mereka yang kaki movie atau kaki wayang, di Central I-city juga ada pawagan TGV Cinema yang mampu mengisi kapasiti penontin seramai 1800 orang. 

Pelbagai jenis brand terkenal yang akan berada di Central I-City antaranya Brands Oulet, Padini Concept Store, Charles& Keith, UNIQLO dan banyak lagi. Tidak lupa juga ada Foodcourt, grand Palace Chinese Restaurant, Boot Noodle dan lain-lain lagi.

Central I-City ini merupakan pusat membeli belah terbaru dibuka oleh Central Pattana Public Company Ltd(CPN),pemaju peruncit terbesar Thailand dengan kerjasama dari I-City Properties Sdn Bhd (ICP).













18 September, 2017

Shopping Di Jakel Mall sangat menyeronokkan!

by on September 18, 2017
Shopping Di Jakel Mall sangat menyeronokkan! | Happy monday korang, selamat bekerja ya semua, tak mo monday blues okay sebab this week kan kita kerja 4 day je..yeay!happy kan..cuti 3 hari this week. 

Last week seperti yang dirancang, nieyl dengan my sukasih sister pergi shopping di Jakel Mall KL ini kali kedua nieyl ke Jakel Mall KL, bulan lepas nieyl datang juga untuk survey kain-kain, so..last week pergi sekali lagi untuk beli. kitaorang ingat beli kain sekayu ni sekejap je rupanya lamo juga berjam-jam kitaorang dalam Jakel Mall ni tapi sangat puasa hati sebabnya layanan Jakel memang tip top la,melangkah masuk ke ke dalam tu akan ada staff yang akan menawarkan perkhidmatan untuk membantu..bagus²..


Bila dah nak habis shopping, sempat snap gambar kenangan depan Jakel ni bukan selalu dapat shopping banyak macam ni. Mesti ramai yang tertanya banyak nya shopping kan, ala korang ini bukan semuanya nieyl punya, ni semua shopping kain untuk semua adik beradik,ipar duai semua untuk majlis perkahwinan adik bongsu nieyl Insya'Allah bulan 12 nanti.


Penuh bonet kereta dengan plastik Jakel, nieyl suka sangat shopping di Jakel Mall KL ni sebab luas dan lebih banyak pilihan dan menawarkan harga yang super best la..Walaupun harga dia murah tapi kualiti dan corak kain dia sangat cantik. (dah angan-angan nak spend duit gaji bulan depan nak beli kan)

21 September, 2016

Jualan Bagasi Termurah Di Parkson

by on September 21, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Jualan Bagasi Termurah Di Parkson | Rasanya ada kawan²,kakak² yang tengah baca entry ni ada perancangan untuk pergi holiday hujung tahun nie atau dalam masa terdekat ni.. Ala..tak kisah la dalam negara ke ataupun luar negara.Janji pergi holiday kan...

Kalau nak pergi holiday ke dalam kepala kita adalah bagasi atau beg pakaian. Kadang² kita ada bagasi tapi kecil dan perlu bawa banyak bagasi untuk beberapa hari pergi holiday..So, kalau nak pilih bagasi tu bila bagasi yang ideal dan luas.

Nieyl teringin juga nak beli bagasi yang comel² tapi bak kata en.husband awak nak pergi mana dengan bagasi besar² nie..hahaha..okey fine!berangan jelah mampu..hihihi..eh..tak InsyaÁllah one day! Okey nak share ngan korang yang nak tercari-cari bagasi dengan harga MAMPU MILIK UOLLS!  serius lah...


Ha...bulat-bulat semua mata..ha..bukan itu sahaja uolls...banyak lagi diskaun yang ditawarkan masa pesta bagasi ni..ha..ini lah masanya korang nak jimatkan poket korang untuk lebih shopping time holiday nanti...wahh..!cemburunya i oullsss....


Lokasi : Parkson Maju Junction Mall,G Floor Event Hall

Tarikh : 20 September - 3 Oktober 2016

Masa : 10 Pagi - 10 Malam

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

03 November, 2015

Hobi baru

by on November 03, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Kalau ikutkan hobi en,husband nie memancing..
boleh dikatakan setiap minggu la akan pergi memacing..
baru-baru nie nieyl ada share pasal taman mini hijau kan.. ( klik sini )
last week nieyl ambik cuti shari..
nak tahu nieyl g mana?haha..

nieyl ke subang teman en.husband pergi cari pokok² hiasan untuk taman mini dia..
nampak?sampai ke subang mencari pokok..
sebab kata en.husband area subang ada satu kawasan..
sepanjang jalan ada byk kedai jual pokok² bunga..pokok hiasan...
Boleh beli borong..kebanyakkan yg amek tender² lanskap beli kat sini..

Serius memang betul pun...
sepanjang jalan tu kedai pokok saja...banyak sangat..
jadi banyak pilihan...tapi kena pandai pilih kedai laaa...
sebab harga setiap kedai berlainan..hihi..
kebetulan time pergi tu..nieyl pergi kedai yang banyak kereta...
haha...tahu kenapa kan...sbb klu byk kereta bermakna murah..hahaha...
Time nie nieyl malas nak masuk kedai,so..stay dlm kereta je...
nampak x pokok yg tinggi tu..klu x silap nieyl..nama pokok tu bucida variegated..
asalnya nak beli pokok tu...tapi harga dia boleh tahan jugak..hihihi..
tapi buat masa nie x beli lagi laaa...tapi dah ade dlm list dah..hihi..
hobi yang wajib setiap kali keluar rumah...:)
 Kebosanan menunggu en.husband membeli pokok...
nasib baik bawak si kecik nie teman...
so,dalam kereta layan die jelah..

kenapa dalam gambar nie...nampak kurus..huhu..
Patutlahhh..smlm ade orang tegur..nampak kurus sikit..haha.. :P
Ini khalish..MIL mengasuh dia...
die paling rapat ngan nieyl ngan en.husband...

Actually,lepas beli pokok² en.husband..
bonet penuh...seat belakang penuh...
nieyl memang dah plan nak ke ikea..nak cari beberapa barang..
so,lebih 3 jam jugak la dlm ikea...huhu..
nnt nieyl share barang yg nieyl beli kat ikea tu...
Akhirnya...maklong ngan khalish kepenatan...
terus tidurrrr..hhahahaha...


-LOVE xoxo-

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

29 September, 2015

Shopping Shawl Again....

by on September 29, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Apabila nieyl start shopping....
Inilah hasilnya...Bila mood shopping shawl tibaaa..
sekali borong 9 helai uollss...
kali ni jenama mumuscarves..

Ada target nie nak buat koleksi semua color..
huhu...hopefully tercapai laaa...

Bila shawl bertambah...
stok hanger shawl dah kehabisan di rumah..
terpaksa la pakai hanger baju untuk sementara...
sebab baru order on9 hanger shawl..
30 pcs hanger dah abis digunakan untuk hanger shawl yg sedia ada...


Ok..hanger dah pun beli..tunggu sampai depan umah pulak..
skrg tgh usha cari stand tudung...
sebab yang ada pun dah nak roboh dah uollsss...
dah terlalu padat ngan tudung..ngan shawl..

*shopping shawl ni pun..senyap²..haha
takut kena marah ngan en.husband...huhuhu...
lelagi klu dia tahu harga sehelai shawl ni...haha...
berapa??huhu...biarlah rahsia :P

sebab dah jatuh cinta ngan shawl nie..
pertama kali pakai..shawl yg paling cepat bersiappp...
-LOVE xoxo-

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

07 July, 2015

Terkeluar dari niat sebenar

by on July 07, 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat Petang uolls...
kebekuan duduk kat office kebelakangan nie...
ini belum minggu depan bila dah ramai balik kampung nie..
memang kena beli sarung tangan, stokin..
letak air mineral pun boleh sejuk nie..

Ni cerita ahad yang lepas lah...
Memang dari rumah lagi niat di hati nak beli makanan kucing..
Sebab makanan kucing menang tak ada langsung..
kesian anak² bulus kat rumah tu kan...

Sebelum tu pergi alamanda nak tengok kalau² ada kasut yang berkenan di hati..
biasalah kalau pergi ke alamanda tuh tempat lain tak di pergi nyer pun...
kalau tak carlo rino..ke primavera...
hihi..jangan tanya kenapa yea..
sebab tak ada jawapan..hihihi..

Pusing punya pusing..jumpa la satu kasut yang simple..tapi heel laaa..
Sbb tahun nie mmg nak pakai heel sbb tahun nie baju raya meleret..huhu..
nak tengok baju raya?hihi..x boleh la...time raya la nanti yeaaa...
surprise²..

Kebetulan MIL ngan adik ipar buka puasa kat alamanda..
so,lepas buka tu plan nak pergi beli makanan kucing kat ioi mall putrajaya tu..
MIL pun nak ikut..nak cari kasut katanya...
Lepas beli makanan kucing tu..ikut sekali la MIL cari kasut..

Carik punya carik..last sekali nak tahu kedai apa yang MIL masuk??
hihihi..CARLO RINO haha..sbb time kat alamanda tu..mmg keras hati tak nak masuk..
sebab takut tak boleh kawal nafsu membeli ini..
adoi...MIL dah masuk..dah belek² kasut...

Dengan tidak sedarnya..diri ini pergi ke kaunter jual purse/wallet..
mula² tu tengok aje..sekali promoter yang kerja kat situ kenal..
sebab pernah beli ngan dia kat butik CARLO RINO Alamanda..
sekali tersangkut jugakkk..terbeli satu purse..Oohhh nnooo....
so,ini lah hasilnya...boleh tunjuk bag je...
dalam dia nanti pakai raya baru tunjuk nyer..hihihi..:P

okley lah dah membebel panjang dah petang nie...
tangan pun sejuk membeku dah nie...
esok kita jumpa lagi di n3 baru yea...

Selamat berbuka uollssss...

seindahcerita: buka nie nak makan durian..yumyum...