Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

02 November, 2026

Korang, comel tak mereka?

by on November 02, 2026



Siapa yang comel tu?semestinyalah bukan nieyl..
ni ha crochet haiwan yang menjadi koleksi di meja nieyl..
Dari pada 1 , jadi 2 dan kemudian tambah satu lagii...
comel kan mereka 3 sekawan..

Bila orang datang ke bilik nieyl..
semua macam geram dengan dieorang ni..
tanya nieyl buat ke?
alamak..tangan tak berseni..
nieyl order dekat adik ipar kakak nieyl..
dia suri rumah, jadi nieyl membantu membeli..
sambil tu nieyl pun promote-promote dekat kawan-kawan..


Yang ini kawan nieyl order..
comel gila..

Yang ni cat , kawan nieyl order juga..
Untung siapa yang tangan, jari jemari kreatif ni..
kalau ada yang berminat nak order juga..
Boleh contact nieyl okay..

 

09 October, 2026

Makluman Penting: Penutupan Sekolah Selangor Mulai Jumaat 9 Oktober 2026

by on October 09, 2026

 

Sekolah Tutup Lagi?
Ya, Kali Ni Sebab Jerebu!
Ha, kalau korang baru bangun pagi ni tengok langit kelabu je,
 korang tak salah tengok.Memang betul,
 semua sekolah di Selangor tutup mulai hari ni, Jumaat 9 Oktober 2026.
 Bacaan IPU dah lebih 180.
 Kategori Sangat Tidak Sihat dah. Patut la semalam dekat luar bau asap kuat betul.

Buat mak-mak ayah-ayah,
ni masa terbaik suruh anak duduk rumah je.
Kalau boleh tak payah keluar main.
Kalau terpaksa keluar, jangan lupa pakaikan mask.

Jaga kesihatan diri dan keluarga kita di musim jerebu ini ok..
take care semua...



29 September, 2026

27 August, 2026

Realiti Kerja Yang Tak Pernah Diajar Di Sekolah

by on August 27, 2026

 

Kalau sekolah  kita di ajar macam-macam kan.
 Matematik, Bahasa Melayu, Sains, Sejarah dan macam-macam lagi.
Tapi bila dah masuk alam pekerjaan,
baru kita sedar…
ada banyak benda penting yang tak pernah diajar dalam buku teks. 😅
betul tak? 

Contohnya, cara kita nak berdepan dengan orang yang macam-macam perangai.
Ada yang baik, ada yang cerewet, ada yang suka last minute,
 dan ada juga yang tiba-tiba bagi kerja dengan ayat, “Boleh siap sekarang?” 

yang ni selalu kan?betul tak?
nak tak nak , kita akur dan buat..

Kita juga belajar bahawa kerja bukan sekadar buat tugas dan dapat gaji.
Kita kena pandai berkomunikasi, jaga emosi,
tahu bila nak bersuara dan bila lebih baik diam.
Kadang-kadang kita kena belajar menerima teguran walaupun hati terasa.

Yang ini paling banyaklah nieyl rasa yang kita semua lalui..

Satu lagi realiti, tak semua usaha kita akan dipuji.
Ada masa kita buat kerja bersungguh-sungguh,
 tapi orang tak nampak pun. Dan itu normal.
Yang penting, kita tahu kita dah buat yang terbaik.

Sedar tak sedar, banyak rupanya  pelajaran sebenar hanya kita dapat selepas masuk dunia kerja.
Dan sampai sekarang pun, kita masih belajar.
Bezanya, kali ini “exam” datang dalam bentuk email, meeting, deadline dan kerja last minute. 

Itulah realiti kerja yang tak pernah diajar di sekolah.
Tak ada buku teks, tak ada nota… cuma pengalaman yang menjadi guru.

Ok nieyl nak tanya siapa yang baca entry ni..
Apa perkara pertama yang korang belajar masa first-first masuk kerja?
Share la dekat komen..teringin nak tahu...


25 August, 2026

Apa yang ada dalam beg saya?

by on August 25, 2026

 

Assalamualaikum..
Selamat pagi..

Pernah tak korang buka beg sendiri dan baru sedar, banyak betul benda ada dalam tu? 😄

Beg nieyl sebenarnya taklah besar mana, tapi isinya macam-macam.

Selain handphone, ada beg kecil dalam tu semua kad ada,
ada kunci kereta (sekali kunci motor, kunci rumah) ,
Lipstik ada 3, lips treatment , perfume, tag nama, pin tudung kecemasan,
pad dan pantyliner wajib ada , teh biokanaf ( standby) dan olive oil..

Kadang-kadang ada juga resit lama, gula-gula,
duit syiling pun ada cuma hari ini check tak ada..hahaha

Bagi nieyl ataupun beg sesetengah orang perempuan ni bukan sekadar tempat simpan barang. Ia macam “beg kecemasan kecil” yang sentiasa menemani ke mana-mana.Macam poket doremon..

Apa pula yang wajib ada dalam beg korang? 👜✨


24 August, 2026

Me-Time Dan Kenapa ia penting

by on August 24, 2026


Kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan kerja,
keluarga dan urusan harian sampai terlupa untuk luangkan masa untuk diri sendiri.

Bagi nieyl, me-time tak semestinya kena pergi bercuti atau buat sesuatu yang mahal. Duduk minum kopi dengan tenang, tengok cerita kegemaran, jalan-jalan seorang diri atau sekadar baring tanpa buat apa-apa pun dah cukup kan..

Me-time adalah masa untuk kita berhenti sekejap,
tarik nafas dan tanya diri sendiri, “Aku okay ke sebenarnya?”

Tak salah pun ambil masa untuk diri sendiri.
Sebab bila kita dah penat, kita juga perlukan ruang untuk recharge.

Kadang-kadang, bahagia itu cuma perlukan sedikit masa untuk diri sendiri.

Secara peribadi untuk diri nieyl, 
sejak kahwin nanti memang nieyl dan husband kita deal..
untuk akan ada masa Me Time ..

Husband nieyl biasa Me Time dia sebulan sekali pergi MEMANCING dengan kawan-kawan.
Kalau nieyl biasanya ikut perancangan atleast ada setahun sekali..



Ini lah Me Time nieyl, Buddies Travel nieyl Afika & Syida..

21 August, 2026

Bila Kecewa..

by on August 21, 2026



Assalamualaikum..
Salam jumaat..

Korang perasan tak?
Bila kita makin dewasa,
makin kita sedar yang tak semua perkara akan berjalan seperti yang kita harapkan.

Dulu bila kecewa, nieyl selalu tanya “kenapa?”kenapa aku?.Tapi
Sekarang bila dah makin dewasa, 
 nieyl belajar untuk terima yang  ada perkara yang memang di luar kawalan kita.

Nieyl juga belajar  yang tak semua orang akan kekal,
tak semua kebaikan akan dibalas dan tak semua perkara perlu dijelaskan.

Kadang-kadang, kita cuma perlu lepaskan dan teruskan hidup.

Kecewa itu sakit, tapi daripada kecewa juga kita belajar menjadi lebih kuat, matang dan menghargai diri sendiri. 🌷

betul tak?

26 January, 2026

21 January, 2026

Pengalaman duduk asrama

by on January 21, 2026

 

Pengalaman duduk asrama | Semalam petang waktu on the way balik kerja dalam kereta dengarlah celoteh Dj bercerita topik mana lebih baik duduk asrama atau duduk di rumah bersama ibu bapa. Pada nieyl masing-masing ada pendapat sendiri. Ada mak ayah yang nak didik anak berdikari, mereka hantar anak ke asrama. Tapi ada juga mak ayah yang nak anak-anak mereka membesar depan mata. Benda tu semua pilihan masing-masing. 

Oklah nieyl saja nak share pengalaman nieyl duduk asrama ketika umur 12 tahun. Duduk asrama ketika itu adalah pilihan nieyl sendiri. Jarak rumah nieyl dengan sekolah 3km sahaja. Tak jauh mana pun. Apa yang bestnya duduk asrama ni nieyl belajar untuk hidup berkongsi. Bilik tidur, bilik study dan bilik air semuanya kita kena kongsi dengan orang lain. 

Duduk di asrama kena ikut peraturan yang telah ditetapkan. Waktu makan, waktu solat , waktu study dan waktu tidur. Ia mengajar kita menepati masa dan ikut peraturan. Kadang-kadang orang luar nampak duduk asrama ni macam tak best sebab tiada kebebasan.. ko tahu ke?hahaha..

Meh nak bagitahu, zaman duduk asrama ni lah moment yang sangat best tau. Kalau duduk asrama ni kalau takkan lari dari penyakit KUTU hahaha. kadang-kadang tak faham betul, macam manalah KUTU ni suka berjangkit ketika duduk asrama je.. Part yang paling best, bila free time je masing-masing berkumpul dengan kertas putih dan sikat kutu. Kita cari kutu di kepala sendiri.. Dah macam pertandingan siapa banyak kutu hahaha.. 

Ada lagi..

Kalau duduk asrama ni tak lari dari cerita hantu dan kena kacau. Ini mana-mana pun mesti ada lagi-lagi kalau kawasan asrama tu ada pokok pisang. Ha..kata orang-orang benda tu ada dekat situ kebetulan masa tu dekat belakang asrama nieyl memang ada 1 pokok pisang yang besar. Satu malam tu, masing-masing ketakutan, tidur berpeluk al-quran ni..mahu tak nya tiba-tba air paip terbuka sendiri Tapi Alhamdulillah tak ada apa-apa terjadi.. 

Ha..ada lagi..ada lagi..

Bila masing-masing cuti tak balik rumah, biasalah zaman budak-budak tak matang kan. Haha..kitaorang main kahwin-kahwin siap kompang pakai baldi bagai, sekali warden datang berlari tak cukup lantai masing-masing hahaha..sebab bising sangat , dah kena denda hahaha... ha..itu pengalaman...

Banyak je lagi pengalaman yang best kalau duduk asrama ni. Tapi terpulang pada penilaian ibu bapa kita. Tapi untuk nieyl, berdikari duduk asrama banyak mengubah diri nieyl yang dari anak bongsu tak suka berkongsi sekarang tak kisah berkongsi dengan orang lain. 

Ok itu je nieyl nak share...siapa pernah duduk asrama?best tak?

09 December, 2025

Keputusan Kecil Yang Mengubah Hari

by on December 09, 2025


Keputusan Kecil Yang Mengubah Hari | Kadang-kadang, hidup bagi kita ni ada dua pilihan: ikut emosi yang kusut… atau tarik nafas dan pilih untuk gembira. Dengar mudah kan , tapi sebenarnya itu satu keputusan sedar yang kita buat setiap pagi, setiap situasi, setiap kali hati mula rasa berat.

Hari ini, nieyl pilih gembira.

Bukan sebab semuanya berjalan sempurna. Bukan sebab tiada masalah. Tapi sebab nieyl sedar, walau apa pun berlaku, kita ni   masih berhak merasai tenang dan bahagia. Ada banyak perkara yang kita tak boleh kawal, tapi kita boleh kawal bagaimana kita melihat sesuatu.

Bila kita pilih gembira, dunia terasa sedikit lembut. Langkah rasa lebih ringan. Dan hati… rasa lebih lapang.

Jadi hari ini, kalau hati mula kacau, kita kena ingatkan diri:
“Gembira itu pilihan… dan saya layak memilihnya.”


Nak bagitahu, semalam nieyl dapat fresh flowers hehehe.
cantikkan pink pula tu...


 

04 December, 2025

Blog Performance

by on December 04, 2025

 

Blog Performance |  semalam nieyl MC sambil baring tu buka tab saje konon nak layan korea, sudahnya buka blog, BW sikit-sikit lepas tu singgahlah blog Linda , nampak dia post pasal blog performance ni, bukan kata dia je terpengarah, dengan nieyl sekali sibuk nak buat juga ala..ini suka-suka je ok.

Ha..amekaw!A sis hahaha..template ni nieyl tak ingatlah rasanya nieyl tempah dan beli rasanya lebih 10 tahun yang lepas rasanya,zaman tukar-tukar template dulu. Cuma nieyl tukar font sendiri, ikut color yang nieyl suka dan juga header juga nieyl suka tukar-tukar hahaha...

Korang, kalau tak ada modal nak buat entry tu bolehlah try tengok performance blog korang pula di https://gtmetrix.com/

24 November, 2025

Kecik-Kecik Tapi Bau POWER

by on November 24, 2025

Kecik-Kecik Tapi Bau POWER | Siapa yang suka petai? Nieyl kalau ada makan, tapi bukan penggemar sangat,  petai ni memang kategori makanan yang “you either love it or hate it”. Bau dia memang menusuk, tapi effect puas hati.. memang susah nak explain. Hari ni nieyl  nak kongsi sedikit tentang petai, kenapa ramai orang suka dan khasiatnya. Gambar di atas tu, nieyl snap masa bercuti dekat melaka weekend baru ni kakak-kakak nieyl tengah mengopek petai untuk masak sambal. Besar kan?

Kakak nieyl tinggal di Petaling Jaya. Dia beli petai ni murah 1 ikat ada 4 papan baru rm5 tau..Kalau tempat nieyl tak dapat lah..lagi dapat yang besar dari ibu jari ni..aduhai..

Sebenarnya petai ni ada satu rasa yang unik tau dia rangup, pahit-pahit manja dan wangi (walaupun lepas tu semua orang tahu kita makan petai!). Kadang-kadang bila makan sambal udang petai panas-panas dengan nasi putih, terus rasa dunia ni aman.

Walaupun bau dia kuat, petai ni rupanya kaya dengan manfaat:

  • Tinggi serat, bagus untuk sistem pencernaan.

  • Sumber vitamin B dan C, bagi tenaga dan bantu tubuh melawan jangkitan.

  • Potassium tinggi, baik untuk tekanan darah.

  • Ada yang kata petai juga boleh kurangkan stress sebab ada tryptophan—bahan yang membantu hasilkan serotonin.

Ha Petai ni mungkin bukan makanan kegemaran semua orang, tapi bagi nieyl, dia ada tempat istimewa dalam hati (dan dalam peti ais!). Bau dia boleh tahan, tapi rasa dia… priceless. Kalau korang belum cuba, mungkin dah tiba masa bagi peluang. Mana tahu jatuh cinta?hehehe

18 August, 2025

Buli di Sekolah: Masalah Lama yang Perlu Kita Hentikan

by on August 18, 2025

 

Buli di Sekolah: Masalah Lama yang Perlu Kita Hentikan | Bila sebut pasal sekolah, kebanyakan orang akan terbayang tempat belajar, kawan-kawan, dan pengalaman indah masa remaja. Tapi realitinya, ada juga sisi gelap – iaitu buli.

Sekarang ni boleh dikatakan hampir setiap hari di akhbar, di berita pasti ada cerita tentang buli. Actually Buli ni bukan sekadar usik-usik biasa dah sekarang, ia  jadi masalah bila mengejek nama, menolak di koridor, merampas barang, menyebarkan gosip dan macam-macam lagi sekarang ni. 

Kenapa buli ni boleh terjadi, sebenarnya banyak faktor yang boleh mendorang perkara ni seperti :-

  • Kurang didikan empati – pelaku tak faham atau tak peduli perasaan orang lain.

  • Nak tunjuk kuasa – terutama bila rasa tertekan di rumah atau mahu perhatian.

  • Budaya sekolah – kalau sekolah anggap buli “biasa”, ia makin berleluasa.


Antara kesan buli ini boleh terjadi kepada dua-dua pihak yang dibuli dan pembuli. Contohnya

  • Mangsa jadi murung, hilang keyakinan diri, malas ke sekolah.

  • Boleh membawa kepada masalah mental jangka panjang.

  • Pelaku sendiri berisiko teruskan perangai agresif hingga dewasa.


Yang lebih menakutkan sekarang ini aktiviti buli membaca kepada kehilangan nyawa. Allahuakbar.  Kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah harian ataupun berasrama please sentiasa ambil pendekatan menantau serta mengambil lebih berat selepas ini.

Sebolehnya anak-anak tidak menjadi mangsa buli dan menjadi Pembuli di sekolah. Sentiasa pantau perubahan anak-anak tidak kira lelaki ataupun perempuan. Buli kini tidak mengenal jantina. 

Sekolah sepatutnya jadi tempat selamat untuk belajar dan berkembang. Tapi selagi ada budaya “alah, biasalah budak-budak”, buli akan terus jadi racun. Kita semua termasuk guru, ibu bapa, pelajar kena ada peranan untuk hentikan.

Semoga anak-anak sahabat-sahabat nieyl yang membaca ni dijauhi masalah buli ini..Amin...




04 August, 2025

Benda Kecil Yang Buat Hidup Saya Lebih Bahagia

by on August 04, 2025

 

Benda Kecil Yang Buat Hidup Saya Lebih Bahagia | Kadang-kadang kita terlalu fokus mencari kebahagiaan dalam perkara-perkara besar – kejayaan kerjaya, pencapaian hidup, atau impian yang tercapai. Tapi semakin nieyl belajar mengenali diri, nieyl sedar… benda-benda kecil pun sebenarnya mampu memberi kita bahagia yang luar biasa.


1. Minum kopi sambil dengar lagu/muzik

Tak tahu kenapa bau dan rasa kopi tu boleh buat diri ini rasa gembira. Tak perlu habiskan beratus-ratus untuk gembirakan diri cukup kalau dapat kopi kegemaran. Boleh dikatakan setiap bulan nieyl akan spend sikit duit untuk beli kopi bila nieyl perlukan. Kita tak perlukan orang lain untuk mengembirakan diri kita sebab kita sendiri boleh happykan diri kita dengan cara kita sendiri.


2. Menulis tanpa tekanan

Macam sekarang ini, nieyl duduk dan menulis entry tanpa fikir "berapa view" atau "menarik ke" atau "ada orang baca ke" . Nieyl cuma nak menulis dan itu salah satu perkara yang buat nieyl rasa gembira. Simple je kan nak gembirakan hati nieyl ni hehehe..

Nieyl percaya setiap dari kita ini pastinya ada perkara yang boleh buat korang gembira. Kalau tak ada, cuba cari, tak perlu cari yang besar-besar, yang kecil itu lebih bermakna kadang-kadang tau.

Cubalah share dekat komen..

01 August, 2025

Suka Inai Lukis atau Inai Tampal?

by on August 01, 2025

 

Suka Inai Lukis atau Inai Tampal? Setiap kali ada majlis perkahwinan, bukan sahaja pengantin beria pakai inai, kita yang sipi-sipi ni pun nak pakai juga kan. Seronok malam majlis berkumpul ramai-ramai sambil pakai inai, bergurau senda. Korang rasa inai yang nieyl pakai masa majlis bertandang sabtu lepas nieyl pakai inai apa?Lukis ke sticker..


Sebenarnya yang nieyl pakai masa majlis bertandang tu inai sticker. Kenapa nieyl pakai inai sticker ni sebab dia lebih mudah, jimat masa dan boleh dibuang bila-bila masa. Nama pun sticker kan, dia tak sah di bawa solat tau sebab air tak boleh lalu dekat kulit, selepas selesai majlis, nieyl akan buang semua sticker ni. Tak sampai 10 minit pun buang.. Selain dari itu, nieyl kan bekerja kan kadang-kadang ada mesyuarat, ada event rasmi segan sikit bila pakai inai lukis ni..tapi nak melawa..hehehe

Yang ini nieyl pakai inai lukis untuk majlis nikah dan sanding belah perempuan. Inai lukis ni pun ok je cumanya nak hilang tu ambil masa seminggu macam tu baru betul-betul hilang. Tapi ok je pakai inai lukis ni sebab sekarang ni dah ada sticker tekap tu kan..semua orang boleh pakai inai lukis. 

So, kalau korang yang mana korang akan guna?

28 July, 2025

Chili Oil SK Recommend

by on July 28, 2025


Chili Oil SK Recommend | Ha..jangan nak judge ye..memang la chili oil ini boleh buat sendiri, kalau korang rajin buat sendiri teruskan, cuma nieyl ni tak rajin nak buat dan takut-takut tak kena dengan taste nieyl ni, kang hangus , pahit sudahnya kang ke tong sampah juga kan. Daripada membazir, baik nieyl beli hihihi. Siapa kenal shakila khoriri?seorang pelakon now dia buat bisness Chili Oil. Nieyl ikuti proses dia dari mula-mula start jual Chili Oil ni banyak rintangan dia, dari segi rasa, packaging dia, macam-macam dugaan ni tau, sampailah ke hari ni Sk Chili Oil dia successfull dan ramai peminat. 

Jadi, 19 Jun yang lepas kali pertama nieyl cuba SK Chili Oil dia, nieyl beli sebotol sahaja dulu sebab baru-baru nak try rasa kan, nak tengok kena ke tidak dengan taste nieyl. Ha..jangan nak judge lagi ye sebab taste kita tak sama..

Korang nampak tak nieyl zoom sikit dalam tu ada bawang putih yang sangat crunchy, chili flake, udang kering yang sumpah sedap, memang kena dengan selera nieyl. 

Kalau malas nak masak yang berat-berat, goreng telur, ikan goreng ke garing-garing makan bersama chili Oil ni, memang sedap. Sekarang ni nieyl memang akan makan telur goreng dengan chili oil berbanding dengan kicap. 

Disebabkan sebotol tu dah habis, minggu lepas nieyl beli lagi combo 2 botol SK Chili Oil buat stok kebetulan dia buat Combo RM30 , jadi nieyl grab terus. Harga sebenarnya RM15.90 sebotol.

Kalau korang nak beli juga, nak try dulu boleh klik SINI okay

16 June, 2025

Beli tudung di Muaz KL

by on June 16, 2025

Beli tudung di Muaz KL | Idea nak pergi Muaz KL ni adalah anak buah nieyl (aqila) sebab dia kata dekat Muaz ni banyak pilihan dan murah. Tudung family untuk majlis sanding bella nanti di sponsor oleh anak buah nieyl ( Aqila) . So, di sebabkan dia yang akan keluarkan duit jadi kita follow yang mana dia nak pergi. 

Ini kali pertama nieyl pergi kedai Muaz ni selalu dengar je orang kata Muaz tudung murah, murah tapi semalam bila nieyl masuk je kedai dia mak ai memang harga dia murah ya. Banyak pilihan warna, corak dan design.

Harga memang murah tapi tetap. Ambil banyak ke ambil sikit ke harga dia sama.  Semalam nieyl beli tudung sarung dewasa dan juga kanak-kanak. Sambil tu nieyl pun beli untuk diri sendiri juga hehehe..banyak pilihan sampai tak tahu nak beli pilih yang mana last-last warna hitam juga menjadi pilihan. 

Lepas shopping dekat Muaz ni nieyl pergi jalan-jalan dekat kedai tudung PARI-PARI. Ha. dekat situ pun tudung murah-murah gila. Harga 2.50 pun ada.. 

Masa ni nieyl tengah mencari bawal kosong yang masuk dengan warna baju. Dekat pari-pari ni ada jumpa warna yang masuk dengan warna baju kiteorang. Kebetulan dia offer 20 helai RM65 so, 1 jatuh RM3.25 murah kan. 

Alhamdullah, semalam 1 urusan dah selesai. Ini betul-betul nieyl yang mak pengantin ni..hahaha.. Next kita sembang lagi pasal persiapan wedding anak buah nieyl okay...









 

Pergi KL naik pengangkutan awam

by on June 16, 2025

Pergi KL naik pengangkutan awam | Sejujur-jujurnya kan nieyl jarang nak pengangkutan awam terutamanya MRT ke LRT ke sebab nieyl tak pandai bila melibatkan pertukaran train.. Petang semalam plan nak pergi KL naik kereta untuk settelkan beli tudung-tudung family untuk majlis sanding anak buah nieyl tu. Masa dah on the way tu, kita tukar fikiran untuk naik train je ke KL sebab takut jalan jem . 

Dalam pukul 5.15 petang tu nieyl dan 2 orang anak buah nieyl naik MRT dari Cyberjaya ke Sungai Besi. Kemudian kita tukar train naik LRT dan turun ke Bandaraya. Nampak macam terer kan, hahaha cuba sorang-sorang, memang ke mana jela nieyl pergi..

Sepanjang naik train pergi dan balik KL tu kira ok la modal cuma RM8 je dan Alhamdulillah tak berdiri, sentiasa ada seat untuk duduk mungkin sebab ahad kot kan kurang orang kalau hari biasa tu rasanya 9 stesen kena berdiri tu dan nieyl suka MRT ke LRT ke dia buat train khas untuk women sahaja rasa selamat dan boleh rest dengan tenang. 

Nieyl pergi KL beli tudung dekat mana?next nieyl share..
 

14 May, 2025

Aroma Diffuser Baru

by on May 14, 2025



Aroma Diffuser Baru | Bos masuk bilik cakap wah wanginya bilik. Mestilah, kalau tak wangi tu bukan bilik nieyl lah. hihihi , Dah lama nieyl usha nak beli diffuser untuk letak dekat bilik office nieyl ni sebab nieyl memang suka bau wangi. Sebelum-sebelum ni nieyl pakai pewangi stick tu kan, dia wangi tapi tak tahan lama dan cepat kering. Kali ini cuba pakai diffuser pula tengok macam mana.  First ni nieyl try beli yang raindrop. 

Yang raindrop ni nieyl beli dekat Shopee harga dia RM47.++ cmtu. Dalam kotak tu dia bagi sekali dengan remote control.. nak beli ni link dia https://my.shp.ee/1q3kdDu

Lampu automatik bertukar-tukar sama macam YL punya juga. Specialnya dia boleh set time 2 jam, 4 jam ataupun 8 jam. Tapi biasanya nieyl tak set jam pun, nieyl biar je dia on hehehe...lepas tu nieyl suka raindrop tu ..Setakat ini nieyl puas hati tapikan nieyl macam nak beli water fountain hihihi
 

28 April, 2025

KKV Alamanda

by on April 28, 2025


KKV Alamanda | Last week habis waktu bekerja, kebetulan anak buah nieyl pick up nieyl balik kerja sebab kereta nieyl beteri kong. Nieyl nak cari baju T-shirt putih dekat Uniqlo sekali tengok harga tak jadi nak beli dekat situ, jadi nieyl berjalan-jalan dekat Alamanda tu untuk mencari yang murah sikit. Actually dah lama nieyl tak pergi alamanda ni, sejak-sejak banyak kedai dia renovate sekarang ni..

Jalan-jalan ada satu kedai tu warna dia sangat menyerlah dan menarik untuk kita. Nama dia KKV korang pernah dengar tak?Jujur cakap nieyl baru first time dengar dan masuk. Dia ni ala-ala kedai Daiso, Miniso , Muji.. So, jom layan gambar yang nieyl sempat snap masa masuk dalam kedai dia.

tengoklah pokok kecil palsu ni.Siap ada kecing tepi tu. Nieyl memang suka tengok-tengok barang comel. Nak beli, kena fikir nak letak mana dulu..Skrg ni kalau beli benda-bemda comel ni selalu jadi mangsa office sampai padat dah hihihi

Ok siapa tahu ini apa?Sekali pandang macam makanan kan tapi ini bath bomb biasanya kitaorang bawa hotel, isi air penuh-penuh dalam bathtub lepas tu letaklah benda ala ini.

Sumpah cute, comel rasa macam cupcake betul-betul.

Ini bahagian pencel warna warni

Bahagian lego pun nieyl suka juga sebab nieyl suka buat lego bila dah berumur ni..hehehe

Yang ini bahagian mug yang cute-cute kalau ikutkan hati ini memang nak beli je tau sebab cuti cuma harga dia bukan harga macam kedai Eco tau hehehehe,kesimpulan dia kalau bawa anak-anak, poket ayah ibu kena tebal sikit hehehehe...