01 August, 2025

Suka Inai Lukis atau Inai Tampal?

 

Suka Inai Lukis atau Inai Tampal? Setiap kali ada majlis perkahwinan, bukan sahaja pengantin beria pakai inai, kita yang sipi-sipi ni pun nak pakai juga kan. Seronok malam majlis berkumpul ramai-ramai sambil pakai inai, bergurau senda. Korang rasa inai yang nieyl pakai masa majlis bertandang sabtu lepas nieyl pakai inai apa?Lukis ke sticker..


Sebenarnya yang nieyl pakai masa majlis bertandang tu inai sticker. Kenapa nieyl pakai inai sticker ni sebab dia lebih mudah, jimat masa dan boleh dibuang bila-bila masa. Nama pun sticker kan, dia tak sah di bawa solat tau sebab air tak boleh lalu dekat kulit, selepas selesai majlis, nieyl akan buang semua sticker ni. Tak sampai 10 minit pun buang.. Selain dari itu, nieyl kan bekerja kan kadang-kadang ada mesyuarat, ada event rasmi segan sikit bila pakai inai lukis ni..tapi nak melawa..hehehe

Yang ini nieyl pakai inai lukis untuk majlis nikah dan sanding belah perempuan. Inai lukis ni pun ok je cumanya nak hilang tu ambil masa seminggu macam tu baru betul-betul hilang. Tapi ok je pakai inai lukis ni sebab sekarang ni dah ada sticker tekap tu kan..semua orang boleh pakai inai lukis. 

So, kalau korang yang mana korang akan guna?

4 comments:

  1. Kita suka yang lukis...sebab kita tak jumpa bos²..jadi,takde lah rase segan sangat ..hihihi

    ReplyDelete
  2. sis pun suka inai lukis jugak.. tp kalau di ofis, kalau rajin sis akan pakai inai pada kuku je.. macam nieyl cakap, segan tp nak melawa jugak.. hehehe.. ^^

    ReplyDelete
  3. selalunya guna inai lukis jer... but hari tu iris ada beli inai tampal bi, dia beli guna lagi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)