19 August, 2025

Make Over Bedroom : Barang-barang dah sampai

Make Over Bedroom : Barang-barang dah sampai | Weekend yang sangat memenatkan. Minggu ni nieyl dah start shorting baju-baju husband yang dah tak boleh muat lagi tu dan juga baju-baju nieyl yang dah tak boleh nak dipakai lagi. Nieyl kumpulkan untuk sedekah pada mereka yang memerlukan. Actually, baju-baju semua cantik lagi ada yang tak sempat pakai dah kecil hahaha. Jangan tanya kenapa ya..

Ahad, semalam ada 2 item yang nieyl beli dah sampai. Dia sampai awal pula dari yang nieyl jangkakan. Jadinya ruang tamu nieyl sekarang memang penuh dengan barang-barang dari bilik nieyl, nasib baik mak nieyl tak ada dekat rumah hehehe..

First yang nieyl beli adalah tilam 10 inci , ada spring size king anggaran harga dalam RM1400 brand Master Coil. Serius ya sangat beratnya, tak boleh angkat 2 orang, ini rasanya 3 orang ke 4 orang boleh angkat. 

Semalam juga sampai almari 3 pintu. Ok yang ini nieyl beli dekat Shopee.. Harga dia murah je cuma penghantaran dia mahal sebab dia memang sangat berat ya hehehe.. Nieyl ada beli lagi 2 almari baju hihihi..husband nieyl kata kenapa beli almari sampai 3.. Nieyl cakap, 1 untuk dia, dan 2 lagi tu untuk nieyl sebab nieyl tak cukup satu almari hahaha...

Sebab dah alang-alang nak make over ikut citirasa nieyl, nieyl labur duit sikit untuk tukar katil. Katil sekarang yang nieyl guna ni katil arwah nenek husband, yang katil tinggi lama-lama tu..Korang tahu kan?
Gambar kredit google, pinjam jap..
Ha..macam ni katil dia tapi besar macam sign queen. Nieyl dah guna katil ni dekat 10 tahun. Rasanya dah tiba masanya untuk bertukar. Faktor utamanya sebab dah tak larat nak mendaki setiap hari hahaha. Dah tua sis, kalau muda lagi boleh lagi kot guna kan. 

Ha..ok lah setakat ini sahaja dulu nieyl share perkembangan make over bedroom nieyl. Nanti nieyl sharing lagi okay...
 

4 comments:

  1. makeover terus nie..
    katil lama tu kalau letgo pun ada je yang nak beli lagi...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. rezeki dapat make over bedroom.. sekali sekala nak update ikut selera kita jugak kan.. semoga tidur nieyl lebih lena lepas ni.. ^^

    ReplyDelete
  3. Betul, makin berumur katil samada tinggi atau rendah memang makin susah. Kami pun dah letgo katil pesen Jepun yang rendah tu.

    ReplyDelete
  4. Moga dipermudahkan urusan nieyl makeover bedroom...nnt tunjuk hasil k...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)