31 May, 2017

Shell Out Fanatics Putrajaya

by on May 31, 2017
Shell Out Fanatics Putrajaya | Sebelum Ramadhan tiba, terima whatsapp group dari adik ipar yang bertanyakan tempat makan Sheel Out sebab Mother In Law nak pergi makan sebelum puasa. Terus search area Putrajaya sebab sebelum ini pernah nampak post keknil  tentang tempat Shell Out Baru dekat Ayer 8 Putrajaya. Terus Whatsapp KekNil, tanya tentang Restoran Shell Out tu. KekNil pun rekemen kedai tu..So, terus booked untuk jam 8 malam untuk 8 orang.

 gambar from blog http://www.anilwanina.com
 gambar from blog http://www.anilwanina.com

Shellout Seafood Fanatic terletak di kawasan baru iaitu Ayer8 Putrajaya. Ayer8 adalah tempat baru dan berhadapan dengan Tasik Putrajaya yang nyaman sangat kalau pergi waktu malam sangat sesuai selepas makan boleh bersantai bersama keluarga sampai naik kereta hiasan kayuhan basikal di kawasan bawah.


Nieyl suka sangat dengan family en.husband sebab selalu buat makan-makan, bukan sahaja di luar kadang-kadang dekat rumah pun buat juga asalkan semua ahli keluarga ada bersama. Dengan cara ini hubungan kekeluargaan boleh di eratkan lagi. Moga ianya berterusan sampai anak cucu nanti yaa..


Kalau korang tengok dekat papan menu yang nieyl share di atas tu, terdapat beberapa set menu yang boleh dipilih dan agak mudah kerana dia dah tulis siap-siap berapa pax yang sesuai untuk setiap set. Boleh dikatakan agak murah juga 1pax-2 pax hanya RM39 sahaja.So,andaikana korang bawa anak seorang, korang masih boleh memilih set 1-2 pax dan add-on nasi sahaja..Jimat..


Malam tu nieyl dengan family pilih set Pulau Pangkor, add-on ikan siakap dan Mussel, air pula ambil minuman Jumbo special iaitu sirap selasih dan fresh oren. Total semua dalam RM228.00 sahaja. Kedai ni sangat ramai pengunjung,so..if korang nak try..korang booked dulu okay but make sure bila dah booked jangan datang lambat sebab dia hanya valid 15-20 minit sahaja dari masa yang di booked (ikut pengalaman).



Alamat : C1-G-6, 
Kompleks Perniagaan 8C1 (Ayer@8) 
Jalan P8G1 Presint 8 62100 Putrajaya

Viral : Masker Baru Dari Korea

by on May 31, 2017

Masker Baru Dari Korea | Siapa dekat sini yang rajin pakai masker di rumah?kalau ya..kita geng! Tapi nieyl bukan nak cerita tentang masker yang nieyl pakai, cuma sambil search someting ternampak satu artikel berkaitan dengan masker yang dikatakan tengah viral so..jom kita tengok apa yang viralkan sangat tu.

Korang pun tahu, korea selatan merupakan negara yang majoriti penduduknya begitu mengambil berat tentang kecantikan dan rawatan kulit. Dan baru-baru ini ada satu produk baru keluaran korea yang sememangnya lain dari yang lain.

Ianya dipanggil "Bubble Mask" , dimana fungsi dia tetap sama seperti masker yang lain cuma yang lebih menarik perhatian tu muka si pemakai masker tu. Sebaik sahaja dipakai di muka, terus buih-buihnya menjadi menebal dan menghasilkan gelembung-gelembung dimuka. Jika dibiarkan lagi lama terkena udara, masker ini akan menjadikan muka si pemakai tu kelihatan sangat lucu..

Agak² dekat Malaysia bila nak sampai?nak try juga..hihihi


30 May, 2017

Rezeki Sebelum Ramadhan

by on May 30, 2017
Rezeki Sebelum Ramadhan | Bila tinggal beberapa hari menjelang Ramadhan pastinya ramai yang ambil kesempatan buat jamuan makan. Di opis nieyl sendiri pun ramai yang buat jamuan, sampai naik kembung perut penuh dengan makanan dari sarapan pagi sehinggalah lunch. Alhamdulillah..

Selain itu juga ada kakak dekat opis tu, bagi nieyl try air jagung yang sangat sedap jujur kata. Nama dia Air Jagung Malaya . Sampai malam tadi sebelum tidur teringat-ringat air jagung tu tau, nasib baiklah ada lagi dalam peti sejuk tu..dapat lah minum sebelum tidur...

Dan ada satu lagi yang comel lagi sweet sampai rasa sayang sangat nak makan sebab ianya sangat comel tau...Alhamdulillah, rezeki dapat juga rasa cheese tart bee ni, selalu nampak dia post dekat instagram je...jumaat lepas dapat juga rasa...tq kepada kedua-dua pemberi..semoga rezeki kalian berdua bertambah-tambah...Amin...

29 May, 2017

Amalan Harian Di Bulan Ramadhan

by on May 29, 2017
Amalan Harian Di Bulan Ramadhan | Amalan harian tetap sama seperti biasa walaupun bukan di Bulan Ramadhan. Cuma di bulan Ramadhan kita lebih melatih diri untuk menjadi lebih baik di bulan-bulan akan datang. Jangan ditinggalkan amalan di Bulan Ramadhan pergi begitu sahaja malah kita teruskannya sepanjang tahun dan selama-lama InsyaÁllah...


  1. Bangun dengan doa
  2. Solat sunat (Taubat,Tahajjud,Hajat,Witir )
  3. Makan sahur
  4. Baca Al-Quran
  5. Ke sekolah/pejabat

*moga setiap hari amalan kita bertambah baik..Amin...

Pengalaman Pertama Berpuasa

by on May 29, 2017
Pengalaman Pertama Berpuasa | Salam Ramadhan semua. Tajuk pengalaman pertama berpuasa tu sebenarnya adalah pengalaman pertama tidak bersahur di hari pertama berpuasa. Sedih sangat sebab sedar-sedar je dah pukul6 pagi..aduhai...kesian en.husband..tapi Alhamdulillah..Allah beri kekuatan sehingga waktu berbuka puasa. 


Sejak kejadian 1 Ramadhan tu, nieyl minta tolong kakak nieyl kejutkan dalam pukul4 pagi cmtu, walaupun kunci jam kadang-kadang boleh terbabas juga..hihihi..untuk lebih selamat, pesan dekat kakak yang duduk sebelah rumah nieyl ni..hahaha..tak pun dia akan call nieyl..

So,nieyl tak ada menu sahur nak di share kan dan menu berbuka pun x de ya sebab berbuka di rumah MIL nieyl :)

26 May, 2017

Selamat Berpuasa

by on May 26, 2017

Selamat Berpuasa | Yang dinanti bakal tiba beberapa jam sahaja lagi, kepada semua rakan-rakan blogger yang mengenali atau tidak, pembaca semua selamat menyambut bulan ramadhan dan semoga sepanjang menjalani ibadah puasa diberikan kekuatan fizikal,mental dan diberi kesihatan yang baik bagi mengerjakan rukun islam yang ke-3 iaitu berpuasa di bulan Ramadhan..

Kepada mereka yang pulang ke kampung untuk sambut first ramadhan bersama family tercinta, berhati-hati ketika drive. Biar lambat asalkan selamat...

Bersantai bersama di Melaka Mall

by on May 26, 2017
Bersantai bersama di Melaka Mall | Antara tempat yang sering dikunjungi pelancong dan warga Melaka adalah Melaka Mall Food Truck. Ini adalah kali pertama nieyl singgah sini itupun sebab adik ipar yang bekerja di Melaka ni yang ajak bersantai selepas makan capati. 

Kawasan dia tidak besar mana pun tapi berbentuk bulatan, dimana di kelilingi oleh beberapa food truck yang menjual pelbagai makanan. Meja dan kerusi adalah terhad so, kena pandai-pandai bawa diri dan tunggu meja kosong ya...

Sambil kita menikmati makanan yang kita beli tu, kita akan dihiburkan oleh kumpulan Buskers dan ada juga pengujung yang turut sama menyanyi bersama buskers. So, memang sesuai untuk family bawa anak-anak makan sambil berhibur.

 gambar dari google



Malam tu pun nieyl makanan yang simple dan mudah je sebab baru lepas makan capati kan, sambil makan tu layan juga lagu-lagu yang buskers tu menyanyi walaupun kadang-kadang kelaut..hahahaha..

25 May, 2017

Capati Tehel Memang Sedap

by on May 25, 2017
Capati Tehel Memang Sedap | Bila dah banyak kalori terbakar masa berjalan kaki ke padang pasir klebang, perut pun dah terasa lapar sangat.Terus pergi cari tempat makan yang adik ipar nieyl suggest. Kedai yang dikenali sebagai Warung Capati Tehel, berada di kawasan pedalaman sedikit dan berada selepas corner jalan. So,kalau nak pergi kedai ni sepanjang perjalanan tu kena slow-slow sebab takut terlepas simpang belah kanan. 

Apa yang diberitahu, warung ini sering kali menjadi salah satu tempat persinggahan pelancong dari luar Melaka,sebelum mereka pergi ke pusat bandar melaka. So, macam nieyl memang dari pusat bandar gigih en.husband drive yang agak jauh sedikit semata-mata nak pergi rasa capati yang dikatakan terkenal di Melaka ini. 

 gambar dari google

Masa nieyl pergi tu dah malam dalam pukul8.30 macam tu la, ada beberapa meja penuh juga ,kata adik ipar warung ini sentiasa dibanjiri dengan pelanggan yang tidak putus-putus,jadi kena bersabar menanti makanan yang di order. Namun begitu, kalau dah namanya rezeki, Alhamdulillah..time nieyl hari tu,tidak perlu tunggu lama pun mungkin time tu tidak berapa ramai orang. So,boleh makan dengan selesa dan tenangnya.


Malam tu nieyl order 8 keping capati dan 3 kuah kari kambing. Capati yang disediakan di Tehel ini sangat lain dari yang lain kerana keenakan kari kambing dia tu sangat super,tidak ada langsung bau kambing,so..bila kita makan tu rasa macam sekeping tak cukup.ha..that why nieyl dengar orang order dekat sini seorang mampu habiskan 10-15 keping..

Lagipun capati yang dibuat tu pun sangat lembut dan kuahnya pula segala rasa cukup tidak ada kurang pun.Pemilik warung ini berasal dari Pakistan that why capati dia sangat berbeza dari capati yang biasa kita makan. Menurutnya lagi, dia mampu menjual capati sehingga 10 kilogram tepung setiap hari dan setiap bulan mampu menjana pendapatan sekitar RM4000. wow!

Ok kalau korang pergi Melaka, nieyl memang rekemen 100% korang pergi cuba sendiri keenakan capati bersama kuah kambing atau kuah kari ayam dia..memang akan datang lagi,InsyaÁllah..

Warung capati Tehel ini beroperasi setiap hari kecuali Jumaat bermula pukul 5.30 Petang sehingga 11 Malam.

Lokasinya di Batu 9,Jalan Tehel,Benban, 77200,Jasin,Melaka

Padang Pasir Pantai Klebang Melaka

by on May 25, 2017
Padang Pasir Pantai Klebang Melaka | Hai korang,harapnya korang tak jemu lah entry tentang Melaka ni ya..sebab nieyl nak share tempat-tempat best yang jarang sekali kita pergi bila sampai Melaka ni. Kalau entry yang lepas nieyl story tentang restoran yang wajib singgah bila sampai Melaka,so pagi ni nieyl share tentang satu tempat yang sebenarnya tak ramai yang tahu.

Rasanya bila sebut Pantai Klebang Melaka mesti pernah singgah kan?sambil beli coconut shake,selfie dan lepak tepi pantai dengan angin bertiup..wahhh..seronok tau..Tapi tahu atau tidak yang di kawasan Pantai Klebang ini ada satu tempat yang sangat cantik yang dikenali sebagai white desert atau desert in Malaysia. Ya padang pasir seperti di mesir tu..Sebelum pergi holiday tu, nieyl dah search tempat-tempat yang nieyl nak pergi, sebab tak nak pergi tempat yang dah selalu pergi..boring...

Macam mana nak pergi padang pasir klebang?

Bagi yang drive, ikut signboard Pantai Klebang sampailah korang akan nampak tulisan bantu besar 1 Malaysia kemudian korang akan nampak juga banyak gerai-gerai sebelah kanan,belok kanan lepas tu korang terus sahaja sampai lah korang akan nampak padang pasir,dari jauh dah boleh nampak dah..

Lepas nieyl parking kereta, tertelan air liur juga tengok jarak padang pasir tu dari tempat parking. Dalam hati macam nak menyerah kalah je, tapi jiwa ketal nak pergi juga so...mulakan perjalanan dengan sebotol air mineral..hahaha..sebab jaraknya sangatlah jauh..masa perjalanan adalah dalam 30min berjalan kaki.Untuk pengetahuan korang, kawasan ni tidak boleh bawa kenderaan masuk dah sekarang ni sebab ada kes bawa kereta masuk di kawasan padang pasir,berakhir dengan tayar kereta tersangkut dan terpaksa minta bantuan.So,disebabkan itulah kini kereta tidak lagi dibenarkan masuk di kawasan padang pasir..Jadi nya kita kena jalan jauh laaa...


Time ni dah hampir suku jalan lah nieyl berjalan kaki,nampak tak belakang nieyl tu ramai lagi orang yang baru sampai,dah teruskan perjalanan walaupun penat..kononnya sangat excited nak tengok sunset yang cantik dekat sini.


Masih jauh lagi perjalanan nak menuju ke padang pasir tu, sepanjang perjalanan separuh jalan kita akan lalui jalan yang dibanjiri batu-batu kecil,so hati-hati pada yang bawa anak kecil ok. separuh lagi perjalanan adalah di atas rumput yang hidup mati segan tak mahu ni..hihihi..


Nampak tak jauhnya padang pasir tu?


Time nieyl sampai tu memang sedang elok sangat matahari nak terbenan,jadi dapatlah nieyl saksikan sendiri matahari terbenam dengan sangat cantik.


Kenangan bersama adik ipar nieyl yang terpaksa nieyl heret sekali dia berjalan jauh, walaupun dia tinggal di Melaka,Ini kali pertama dia jejakkan kaki ke sini. So,pada nieyl ini adalah pengalaman yang tak kan di lupakan. Walaupun penat ianya satu kepuasan yang sukar kita gambarkan dan dapat di mana²..

Dengan perjalanan jarak yang sangat jauh, nieyl terpandang beberapa orang family yang sanggup bawa anak kecil(berdukung) pergi ke padang pasir ni. Gigih mak ayah dia, sebab jujur cakap perjalanan ke padang pasir tu sangat memenatkan. Sedangkan nieyl berjalan kaki tanpa bawa apa-apa pun dah mengah-mengah..Ini kan mereka..walau macam mana pun, tempat ini memang best cuma   kalau boleh,akan datang buat lah kenderaan khas untuk bawa pelancong ke padang pasir tu.. Jimat sikit tenaga nak berjalan kaki..

Kalau korang nak tahu, sesampai je ke kereta, kaki kiri nieyl sangat sakit sampai nak angkat pun tak boleh,sebabnya nieyl dah lama tak berjalan jauh dan bersenam sebab itulah urut kaki terkejut..Nasib baik dah pergi baru sakit, tapi kalau di beri peluang kali kedua pergi sana, nieyl nak request kenderaan khas boleh???hihihi.. 

*tips - sebelum memulakan perjalanan buat sedikit regangan otot supaya otot dan urat tidak terkejut tertiba kena berjalan jauh..

24 May, 2017

Restoran Wajib Di Melaka

by on May 24, 2017
Restoran Wajib Di Melaka | Tidak kira berapa kali pun pergi Melaka nie, belum pernah lagi tak pergi makanan asam pedas di Restoran Asam Pedas Selera Kampung yang sangat terkenal dengan asam pedas pelbagai jenis ikan dan pernah masuk Jalan-Jalan Cari Makan Tv3. 


Bayangkan bila dah rehat sekejap dekat hotel, dengan perut memang tersangat lapar..gigih suami isteri jalan kaki dari hotel ke Restoran Asam Pedas ni, jarak dari hotel mengambil masa lebih kurang 10-12 minit sahaja untuk sampai so, tidak perlu susah payah nak bawa kereta yang memang dah tahu parking memang tersangat susah nak dapat, salah parking kena saman pun tak ada gunanya betul tak..

So,sangat suka duka bila sampai di Restoran tu terlalu ramai orang sampai tempat duduk pun tak ada,so..tak ada pilihan sebab perut dah lapar sangat..jadinya nieyl pergi Restoran Hajjah Ruhana Asam Pedas yang bertentangan dengan Restoran yang nieyl nak pergi makan tu..It's ok..next time boleh datang lagi...


Walaupun masing-masing lapar, tapi tidaklah ambil makanan macam 10 hari tak makan, kteorang ambil yang simple dan janji kenyang sahaja. Nieyl ambil ikan kembung besar asam pedas, nasi putih dan ulam 2 org makan dan air teh o ais total RM18. 



Oklah..nanti sambung lagi, nieyl nak share dengan korang tempat yang nieyl memang nak sangat pergi bila sampai dekat Melaka ni..nak tahu dekat mana..stay tuned okay...😍



Review Hotel Eco Tree Melaka

by on May 24, 2017
Review Hotel Eco Tree Melaka | Baru-baru ini nieyl baru berkesempatan redeem voucher hotel dari Traveloka . Melaka menjadi pilihan sebab kos perjalanan murah, ada tempat yang nieyl nak pergi walaupun pergi melaka dah berkali-kali. Dan kebetulan adik ipar yang kerja di Melaka cuti juga so, boleh lah pergi jalan-jalan. 

Hotel yang menjadi pilihan nieyl ialah ECO TREE HOTEL. Seperti biasa kali ini nieyl menggunakan sepenuhnya perkhidmatan dari Traveloka. Nieyl memang sangat rekemen kalau siapa yang nak pergi travel atau holiday menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh traveloka dan ianya sangat mudah,cepat dan mesra pengguna. Nieyl survey hotel ini dekat sebulan juga sebab nak cari yang terbaik dan murah.


Bahagian depan Hotel yang penuh dengan pokok-poko hijau dan air pancut yang sangat cantik, kemas sususan dan sejuk sahaja mata memandang Hotel ni.

sumber : google

Kebetulan hari sabtu tu nieyl dengan husband tersampai awal, sepatutnya check in pukul 2 petang tapi pukul 1.30 tu nieyl dah sampai, so terus check in..bilik pun dah ready, so kita terus naik cari bilik. 


Kelakar juga sebenarnya time naik lif dekat Hotel ni, kebanyakkan Hotel kita naik lif lepas tu tekan tingkat berapa yang kita nak kan?nieyl dengan husband masuk lif,keluar semula sebab lif tak boleh tekan. Pergi dekat reception tanya,rupanya kena touch dulu..hahaha..kalau dekat Eco tree ni lepas korang naik lif,make sure korang touch dulu smartcard bilik korang dekat tempat scan tu,lepas tu baru tekan tingkat berapa kita nak pergi..hahaha..


Eco tree Hotel mempunyai 163 room,antaranya superior Queen/Twin, Executive Deluxe King/Twin, Executive Suite, Family Suite,Premier Suite dan Studio Suite. Bilik yang nieyl ambil ni Executive Deluxe King. Harga semalam RM145.24 yang nieyl dapat time booking.. So, kalau korang nak dapat harga tawaran yang best-best jangan lupa selalu la tengok di website traveloka. 


Masuk sahaja bilik hotel perkara pertama yang biasa di buat adalah check toilet dan bilik air dulu,sangat bersih dan teratur sahaja barangan yang ada dalam bilik air.





Bilik air hotel ini banyak sangat cermin, jangan terkejut kalau almari baju pun dieorang letak di kawasan bilik air juga dan ada cermin juga. So, pada pandangan nieyl..bilik Executive Deluxe King ini sangat sesuai untuk suami isteri yang honeymoon sebab pintu bilik air dia tak ada lock..hihi..dia just pintu slaiding je..😍😍


Kalau ada banyak barang-barang yang berharga, bilik hote juga ada menyediakan peti besi untuk pelanggannya menyimpan barangan yang berharga. Nieyl tak guna pun sebab tak ada yang berharga pun selain dari duit.


En.husband memang tak boleh kalau tak minum air panas dalam sehari, so..sampai je bilik perkara pertama yang dibuat adalah masak air dan buat air panas. So,dia sahaja yang habiskan teh-teh dekat hotel tu.


Di bahagian atas hotel, ada swimming pool tau..time nieyl pergi jalan-jalan sekitar hotel ni tak ada orang pun sebabnya dia ada waktu yang dibenarkan iaitu dari 7.00 am - 6.00 pm ..



Kemudahan lain yang ada di Eco Tree Hotel
  • Coffee house
  • Bilik Mesyuarat
  • Milan & holand Restaurant
  • Skydeck 360
  • Gym
  • Laundry Services
  • Bilik Solat
  • Free Wifi
  • 24 hours Security and CCTV
  • Ample Free Parking
  • Rak Tourist information
Kenapa pilih Eco Tree Hotel?

  1. Harga bilik yang ditawarkan adalah mampu milik
  2. Keadaan bilik dan hotel sangat kemas dan bersih
  3. Kedudukan Hotel sangat strategik dengan tempat-tempat yang nieyl nak pergi
  4. Hanya perlu jalan kaki sahaja untuk pergi ke tarming sari, Dataran Pahlawan, makan asam pedas popular di Melaka.

* nanti nieyl sambung story lagi tentang percutian nieyl dekat Melaka Okay..


1, Jalan Melaka Raya 9, 
Taman Melaka Raya, 
75000 Melaka, Malaysia. 
Telephone:+606 - 292 1888 
Fax:+606 - 281 9991
 E-mail::reservation@ecotreehotel.com
atau layari
http://www.ecotreehotel.com/

23 May, 2017

Serunding Daging

by on May 23, 2017
Serunding Daging | Antara makanan yang wajib ada sepanjang bulan Ramadhan adalah serunding daging. Ini makanan yang kena ada sebab waktu sahur biasanya jarang kita nak makan pagi-pagi masak lemak,kari ke kan..so, kalau nieyl dengan en.husband ada serunding dengan telur goreng pun dah boleh sahur dah..so,semalam sempat singgah Warta Bangi eh tukar nama dah..Kipmall..hihihi.. beli serunding daging dekat sana untuk bulan puasa. 

Kalau korang,apa makanan yang wajib ada sepanjang Ramadhan?meh la share...


DMS 360-Terbukti berkesan

by on May 23, 2017
DMS 360-Terbukti berkesan | Kalau yang masih tercari-cari produk kecantikan yang mampu memberi kesan dalam masa 7 hari dengan harga MAMPU MILIK . Yela lepas ramadhan, Syawal pula menanti, ha..pakat-pakat nak kulit cantik dan berseri kan.. Apa kata korang try produk dari DMS 360 atau nama penuh dia Dermax Superskin 360. Produk ini terkenal, terlaris dan telah diiktiraf di 7 buah negara ASEAN..wow!hebat bukan..


Sebab perlu memilih DMS 360?
  • Disahkan Halal 
  • Mendapat pengiktirafan dari KKM, GMP & BPFK
  • 100% TIADA Mercury 
  • Mempunyai SPF25 
  • TIADA Hidroquinone 
  • Tanpa pengelupasan 
  • Tiada kesan sampingan 
  • Sesuai untuk lelaki & wanita



DMS 360 Menyelesaikan masalah kulit
  • Jerawat / Parut Jerawat 
  • Blackhead / Whitehead 
  • Cela / Tompokan Hitam 
  • Liang Pori Terbuka 
  • Jeragat / Pigmentasi Mencerahkan Kulit 
  • Sesuai Untuk Kulit Sensitif / Kering / Berminyak 
  • Meratakan Tona Kulit Muka 
  • Mengurangkan Kedutan / Garisan Halus 
  • Mengawal Minyak Berlebihan 
  • Memberi Kelembapan Kulit 
  • Memperbaiki / Mengaktifkan Sel Kulit Yg Rosak 
  • Melambatkan Proses Penuaan 
  • Menegangkan Kulit Muka..

Terbukti berkesan dan antara perubahan yang akan diperolehi selepas menggunakn DMS 360
  • Kulit kurang berminyak 
  • Tona kulit akan lebih sekata 
  • Wajah akan menjadi lebih cerah berseri secara semulajadi 
  • Kedutan serta garis halus akan berkurangan 
  • Wajah akan kekal awet muda 
  • Kulit wajah akan lebih anjal & tegang 
  • Blackhead &; Whitehead akan semakin hilang 
  • Pigmentasi yang teruk(tompokan hitam) serta jeragat mulai pudar 
  • Liang pori akan lebih mengecil 
  • Jerawat akan mengecut malah parut juga akan menghilang 
  • Kulit akan semakin gebu &menjadi kemerah merahan 
  • Kulit akan kelihatan lebih muda &segar 
  • Kulit menjadi lebih halus & lembut

Selain itu, DMS 360 juga mempunyai SET JIMAT untuk merawat kulit yang kusam dan tidak bermaya. Ada di antara wanita di luar sana yang tidak suka bermake up tapi nak kulit muka cerah dan glowing, kini anda tidak perlu lagi pakai sebarang bedak lagi hanya sapukan foudation DMS sahaja.
  • Mesra solat
  • Mudah dicuci
  • Mampu merawat kulit wajah
  • Tidak melekit dan tidak berminyak
  • Makin lama pakai..makin glowing
  • Meresap ke dalam kulit dan tidak bercapuk
  • Waterbased,bau wangi

Sebotol foudation mampu bertahan berapa lama?

Sebotol foudation DMS 360 mampu bertahan 3-4 bulan, ianya sangat berbaloi untuk dimiliki.



Jika korang mempunyai masalah seperti :-
  • Masalah pori berlubang
  • Wajah lebih tua dari usia
  • kulit rosak akibat tersalah guna produk
  • Muka rosak akibat kemalangan,melecur dan bernanah
Memperkenalkan serum Superstemcell dari DMS 360. Ianya lebih power dari suntikan botox, lebih mudah digunakan,7x meresap ke lapisan kulit dan lebih awet muka. Ramai yang bertanyakan tentang anti penuaan, tip menutup pori kulit yang kasar,wajah berlubang kesan dari masalah jerawat batu, inilah dia rahsianya SUPER STEMCELL SERUM dari DMS 360. Tidak perlu disuntik ke muka ianya hanya perlu anda sapu secara konsisten ke kuliy wajah kita yang bermasalah..

Keistimewaan Serum Stemcell
♡Serum ringan yang senang dan mudah digunakan
♡Menyegarkan , meganjalkan , melembabkan kulit wajah
♡Mengawal dan Menghalang pengeluaran minyak yang berlebihan di wajah
♡Mencerahkan kulit wajah cantik berseri tanpa adanya pengelupasan
♡Menghalang dan mematikan pertumbuhan jerawat dikulit wajah
♡Mengecilkan liang pori dan menutupnya
♡Mengurangkan dan mencegah pigmentasi di kulit wajah
♡Kulit wajah awet muda dari usia sebenar
♡Mengekalkan dan mencantikkan solekan di wajah

Antara testimoni pelanggan DMS 360 yang telah menggunakan set-set produk dari DMS 360




Cara untuk mendapatkan rangkaian produk DMS 360

Whatsapp  ke 011-2890312
atau
Klik SINI

Promosi Raya Hebat!Jasmine & Courts Malaysia

by on May 23, 2017
Promosi Raya Hebat!Jasmine & Courts Malaysia | Bulan Ramadhan bakal menjelang tinggal beberapa hari sahaja lagi, courts Malaysia dan jasmine Food Corporation Sdn Bhd telah melancarkan promosi hari Raya dengan diskaun penebusan untuk semua pelanggan setianya.


Dengan pembelian mana-mana produk keluaran jasmice seperti PusaCream,Basmathiking,PusaGold dan Super5 dari pasar mini dan pasar raya besar, pelanggan boleh mengemukkan resit mereka di cawangan Courts di semenanjung Malaysia untuk mendapatkan diskaun sebanyak rm5 daripada pembelian bernilai RM199 dan ke atas.

Ahli HomeClub Courts juga akan menerima Jasmine Super5 500g pek secara percuma.Promosi akan bermula dari 27 Mei sehingga 17 Julai 2017 sah di semenanjung Malaysia sahaja.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.jasmine.com.my atau facebook.com/Jasmine food Corporation.