Shell Out Fanatics Putrajaya | Sebelum Ramadhan tiba, terima whatsapp group dari adik ipar yang bertanyakan tempat makan Sheel Out sebab Mother In Law nak pergi makan sebelum puasa. Terus search area Putrajaya sebab sebelum ini pernah nampak post keknil tentang tempat Shell Out Baru dekat Ayer 8 Putrajaya. Terus Whatsapp KekNil, tanya tentang Restoran Shell Out tu. KekNil pun rekemen kedai tu..So, terus booked untuk jam 8 malam untuk 8 orang.
gambar from blog http://www.anilwanina.com
gambar from blog http://www.anilwanina.com
Shellout Seafood Fanatic terletak di kawasan baru iaitu Ayer8 Putrajaya. Ayer8 adalah tempat baru dan berhadapan dengan Tasik Putrajaya yang nyaman sangat kalau pergi waktu malam sangat sesuai selepas makan boleh bersantai bersama keluarga sampai naik kereta hiasan kayuhan basikal di kawasan bawah.
Nieyl suka sangat dengan family en.husband sebab selalu buat makan-makan, bukan sahaja di luar kadang-kadang dekat rumah pun buat juga asalkan semua ahli keluarga ada bersama. Dengan cara ini hubungan kekeluargaan boleh di eratkan lagi. Moga ianya berterusan sampai anak cucu nanti yaa..
Kalau korang tengok dekat papan menu yang nieyl share di atas tu, terdapat beberapa set menu yang boleh dipilih dan agak mudah kerana dia dah tulis siap-siap berapa pax yang sesuai untuk setiap set. Boleh dikatakan agak murah juga 1pax-2 pax hanya RM39 sahaja.So,andaikana korang bawa anak seorang, korang masih boleh memilih set 1-2 pax dan add-on nasi sahaja..Jimat..
Malam tu nieyl dengan family pilih set Pulau Pangkor, add-on ikan siakap dan Mussel, air pula ambil minuman Jumbo special iaitu sirap selasih dan fresh oren. Total semua dalam RM228.00 sahaja. Kedai ni sangat ramai pengunjung,so..if korang nak try..korang booked dulu okay but make sure bila dah booked jangan datang lambat sebab dia hanya valid 15-20 minit sahaja dari masa yang di booked (ikut pengalaman).
Alamat :
C1-G-6,
Kompleks Perniagaan 8C1 (Ayer@8)
Jalan P8G1 Presint 8
62100 Putrajaya
nyum2
ReplyDeletetertelan air liur akak dik! kekeke...mood nak makan dah datanggggggg . kekeke..
ReplyDeleteseronokny! plus konfem2 sedap ni
ReplyDeleteMmg layan shell out ni..hehehe..seronok dgn konsep meratah
ReplyDeleteMemang sedap....kami sekeluarga puas hati...
ReplyDeletealahai kecur air liuq kite ni...XD
ReplyDelete