Majlis Akikah dan cukur jambul Eryka Ellsa | Akikah bermaksud penyembelihan binatang ternakan Al-An'am) sempena kelahiran bayi sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T manakalah cukur jambul adalah adat unik masyarakat Melayu bagi menyambut kehadiran cahaya mata baru dalam keluarga.
Sambil para hadirin berselawat dan berzanji, bayi didukung oleh bapa atau datuknya kemudian hadirin bergilir-gilir menggunting sedikit rambut bayi.
Tanggal 30 April 2017 yang lepas, berlangsung majlis akikah dan cukur jambul anak buah baru nieyl yang diberi nama Eryka Ellsa di kediaman keluarga mertua nieyl. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dengan bantuan jiran-jiran mertua yang ibarat satu family gotong royong, bantu membantu jadi semua kerja jadi ringan. Masing-masing ada tugasan, jadi kerja tu jadi sangat mudah dan cepat siap.
Cantik tak pelamin untuk ellsa?sweet je kan..decoration pun simple tapi menarik,gabungan warna pink grey memang menepati konsep yang mummy daddy ellsa nak.
Alahai...seronoknya ellsa tidur dalam buai,tapi sekejap je bila dah start marhaban mood Ellsa dah berubah, mungkin panas sebab pada majlis tu cuaca dekat luar memang sangat panas terik, even nieyl sendiri pun tak tahan,berpeluh-peluh juga..
Ellsa dah taknak duduk dalam buai,rimas agaknya sebab panas dia tak selesa. Ini group marhaban mak mertua nieyl dekat taman tu, seragam je pakaian dieorang..Sangat aktif group ni, Alhamdulillah..
Tiba masa untuk acara cukur jambul.Cuma rambut Ellsa sikit je sebab beberapa hari Ellsa lahir hari tu, dah cukur dulu. Nasib baik time buat majlis cukur jambul hari tu adalah rambut ciput-ciput..hihihi..jadi lah buat syarat je..
Ini wan Ellsa a.k.a mak mertuaku..hihihi..amboi,seronok ya Ellsa orang gunting rambut awak,awak lena sungguh ya..baiknya diaaa...
Alhamdulillah selepas Adam, kini Ellsa pula maklong dapat cukur jambul dia..Sebab kalau belah keluarga nieyl kami tak pernah pun buat majlis cukur jambul ni, so..nieyl dengan Husband dah niat kalau kami ada rezeki,ada anak sendiri nanti kami nak buat juga majlis begini juga.
2 bulan sebelum majlis akikah dan cukur jambul Ellsa nie, kiteorang berempat dah plan nak buat apa, nak tema apa, masing-masing bagi idea. Yang mana terer design, dia akan buat design, yang mana pandai membaking tu,kita buat baking..Macam nieyl dengan mummy Ellsa tugas kitaorang membaking daripadi sampai ke petang. Acue pula tugas dia jadi runner pergi ambil kek anniversary nieyl ngan mummy Ellsa... Mummy adam bahagian design dengan decoration.
Kebanyakkan makanan di candy buffet tu kiteorang buat sendiri, antaranya apam polkadot, brownies dan cupcake. Simple-simple je buat pun suka-suka sebab budak-budak suka kan. Selain tu kita ada biskut ikan, mashmellow dan coklat fountain.
Inilah dia rupa cupcake nya..cantik tak?nak tahu x..cupcake tu dah siap kteorang bakar siang hari, lepas tu masing-masing dah penat,rest pastu malam siapkan decoration untuk backdrop itupun siap dalam pukul12 malam, kononnya nak deco cupcake esok hari nya. Last-last terus sambung deco sampai 2 pagi..orang lain semua dah tidur..hihihi..kitaorang deco tergelak-gelak macam orang gilo pukul2 pagi...hahaha..
Inilah dia abang adam dan adik Ellsa, dieorang dah jadi adik beradik dah..Tak leh kawin dah..Sebab mummy adam dah susu kan Ellsa dan abg adam dah minum susu dengan mummy Ellsa..
Inilah keluarga kecil belah en.husband,ketiadaan ayah sangat terasa ketika ini namun Allah gantikan dengan kehadiran 2 insan yang istimewa dalam hidup kami sekeluarga. Semakin hari semakin besar keluarga kami..Semoga kita terus berusaha menjadi keluarga yang bahagia sampai ke Jannah Ameen...Insya'Allah...
wah meriah juga majlis berendoi dan juga majlis akikah....
ReplyDeletesemoga menjadi anak yang solehah
ReplyDeleteTahniah.
ReplyDeleteYa Allah comelnye..so behave tau ellsa..gewam aunty..
ReplyDeleteWe just had mine like two weeks ago. Baru merasai kenduri aqiqah sendiri... alhamdulillah, seronok bila kita dapat berkongsi dan berhimpun bersama-sama. Pelbagai perasaan ada - gembira, sedih, etc.
ReplyDeletemenarik.
ReplyDeletetema comel.
ada awan pink lah kat buaian :-)
kreatif...