04 May, 2017

Adam kena warded

 Adam kena warded | Balik kerja hari selesa hari tu, en.husband bagitahu yang adam kena sawan sebab suhu badan mencecah 39 . Nasib baik time terjadinya tu mummy adam cuti, mak ngah pula kebetulan nak buat assignment dekat rumah mummy adam, makngah yang banyak bantu angkat adam terus pergi bilik air basahkan kepala,badan adam sebelum terus pergi ke emergency hospital putrajaya.

Selasa malam juga pergi tengok adam dekat hospital, masa malam tu nampak dia aktif siap nak ikut balik lagi..dah bye-bye nurse semua dah..mungkin dia boring kot kan..budak biasa lah.. tapi adam tak boleh balik lagi, esok hari nya suhu adam naik lagi..selang beberapa jam turun semula..dan semalam mummy kata doktor dah masukkan antibiotik.


Malam tadi mummy adam whatsapp gambar, adam tengah mensibukkan diri melawat wad sambil tu saja je tu nak tunjuk dekat nurse-nurse tu yang dia dah sihat dan boleh keluar..hihihi..bijak la adam ni..


Pagi-pagi adam dah turun pergi lobi beli pau, Alhamdulillah nampak dah sihat sepenuhnya, lega hati kami sekeluargaaa...


Yeay...doktor kata adam dah boleh balik jam 9.00 pagi tadi, time nak balik baru adam nak tidur..hihihi..sorry adam,mummy kena kejut awak juga sbb mummy dah nak demam duduk hospital lama-lama..Alhamdulillah..adam dah sihat,nanti petang nanti jumpa wan, jumpa ellsa ya....

1 comment:

  1. takutnya kalau budak2 kena demam panas ni..mmg kena jaga2 selalu, kalau dah sawan takut sangat affect otak kan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)